7 Posisi Senaman Yang Mudah dilakukan di Rumah | www.sobriyaacob.com

google advertising

Tuesday, May 27, 2014

7 Posisi Senaman Yang Mudah dilakukan di Rumah

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua, malam tadi ketika saya search internet terjumpat beberapa keping gambar posisi senaman yang sebenarnya kita boleh lakukan ketika berada di rumah contohnya ketika memasak, menonton television dan mencuci pinggan mangkuk. Ingat tak sebelum ini di bawah label kesihatan saya ada kongsikan a few tips senaman mudah yang boleh kita amalkan di rumah (klik sini), walaupun  ada beberapa senaman itu agak kelakar untuk dilakukan stepnya tapi kalau selalu di amalkan boleh juga berpeluh badan  :P

Meh saya kongsikan satu step senaman yang mudah dilakukan di rumah daripada entry terdahulu, antara senaman yang boleh kita lakukan ialah ketika memberus gigi! saya percaya ramai di antara kita belum pernah mencuba senaman ini, sekarang dah tahukan? apa lagi cubalah bersenam sambil mengosok gigi :P

Ketika memberus gigi

  • Ini bunyinya agak kelakar, untuk memastikan anda tidak mengantuk dan segar pada pagi hari, senaman cangkung atau squat boleh dilakukan ketika sedang memberus gigi. Dengan cara ini, kekuatan lutut anda dapat ditingkatkan selain mengurangkan risiko artritis. Mulakan dengan bilangan yang sedikit seperti 6 hingga ke 7 kali setiap hari. Apabila sudah menjadi kebiasaan, tingkatkan bilangan sedikit demi sedikit.


Bagi anda yang malas nak membaca, boleh lihat step-step senaman di bawah, mana tahu selepas ini tergerak hari nak cuba buat di rumah! Percuma sahaja bukan kena bayar



Sambil-sambil akak melayan sinetron atau drama melayu,  boleh cuba step di atas contohnya, boleh cuba naikkan kaki setinggi boleh ataupun paling kurang sehingga 45 darjah dari lantai dengan menggunakan kekuatan paha.



Para suami membantu isteri basuh pinggan mangkuk atau potong-potong bawang,  sambil itu boleh cuba lakukan step di atas tapi pastikan cabinet dapur atau singki anda kuat kalau tak naya buta-buta singki roboh no!



Boleh cuba juga gerakan stretch in di dapur, Lakukan step tarian mudah yang anda ingat sambil menyapu atau mop lantai. Anda juga boleh mainkan muzik kesukaan untuk menjadikannya lebih seronok, sambil menyapu dan menari satu gabungan yang menghasilkan senaman yang menarik! pasti  tidak akan membosankan anda ketika melakukanya!



Ini sangat sesual untuk dipractice  oleh kaum-kaum ibu solehah di luar sana, guna gerakan gaya memasak untuk bersenam, nak kesan lebih baik jangan hanya pukul telur buat telur dadar sebab masa yang diambil sekejap, tapi boleh pukul telur buat kuih bahalu! rasakan kenikmatan bersenam gaya manual cooking tanpa mesin! selain itu alatan lain juga boleh digunakan seperti menumbuk, menggiling dan lain-lain comform bertambah sedap masakan yang dibuat!



Seterusnya cuba untuk berdiri dengan sebelah kaki sahaja. Cara ini dapat mengukuhkan kawalan saraf sekitar buku lali, lutut dan pinggul. Ia turut membantu anda dalam menstabilkan tubuh badan sendiri!



Sambil akak-akak mengelap / mengemas kotor-kotor di dapur atau ruang tamu, boleh juga menggunakan tuala sebagai salah satu bahan untuk  berexperimen dalam  senaman boleh pusing-pusingkan tuala, turun naik dan pelbagai gaya lain tak kisahlah gaya macam mana janji keluar peluh, itu yang kita mahu :P 



Siapa cakap frying pan tak boleh dijadikan sebagai salah satu alatan senaman, yang pasti anda cuma perlu tahu bagaimana untuk menggunakanya sebaik mungkin! di atas antara step yang boleh dilakukan cuma pastikan sebelum nak lakukan kuali kosong kalau tidak boleh bersepah rumah tertumpah makanan dek kerana senaman anda :P


P/s: Senaman boleh dilakukan di rumah dengan apa yang ada di sekeliling kita. Tidak semestinya ke gimnasium atau ke padang untuk bersenam. Untuk sihat kita boleh lakukan sendiri menerusi aktiviti harian dan paling bestnya dengan keselesaan di rumah sendiri, jadi apa lagi jom bersenam gaya suri rumah style!




25 comments:

  1. hehehe mcm lawak sgt.. sambil bangun n mencangkung gosok gigi,, mmg bagus pun alang2 tu senaman.. tp kelakar bila membayangkannya.. hahaha

    ReplyDelete
  2. manual cooking tu yg rasanya paling efektif..menumbuk cili...kalau menggiling guna batu giling lagi best utk otot..

    ReplyDelete
  3. Tapi kakak gelihatilah pulak Sobri. Tak dpt kakak bayangkan kalau kakak masak kat dapur buat semua tu. Mesti baik-baik masak 1 jam boleh siap sampai 3 jam baru siap sebab nak campur dgn exercise lagi hihi...

    ReplyDelete
  4. daripada memasak 1 jam, mau jadi 3 jam nie sobri.... ekekeke..... klu kita org melayu tumbuk sambal belacan pon eksesais gak.... :D

    ReplyDelete
  5. sekarang kuali kat rumah dah jadi dumbell hahahahahahhaah!

    ReplyDelete
  6. Segmen bersenam selepas penat merantau ke tuan admin..hehe

    ReplyDelete
  7. muhahaha.
    senang nya hikhik tapi cam biasa ah.
    malas hikhik.

    ReplyDelete
  8. Syarat yang paling penting ialah anda tidak MALAS.... klu malas nak angkat berus gigi pun tak larat...ahahhahahaha..... bahaya tu senaman mencangkung sambil berus gigi sbb nanti tertiba perut memulas.....ahahahahahahahahaha.... entri terbaekkk lah bro...bagus entri ni..aku pub x pernah terpikir nak senaman cangkung sambil berus gigi.... hihihihihihi... :D

    ReplyDelete
  9. wah.. bagus idea2 ni...boleh la sis sambil2 mengemas di dapur..menari2 sama...hehehe...

    ReplyDelete
  10. ahaksss... tak sangka2.... benda mudah pun boleh dijadikan tempat senaman..... macam Sham cakap le... pucuk pangkal nya... kita rajin ato idak..... kalo udah malas tu... yang depan mata pun kita payah nak buat......

    ReplyDelete
  11. menarik gak nih...tapi yang no 2 tu kena berhati2 laa skit..takut roboh kitchen cabinet tu nanti..hehehe

    Regards,
    -Strider-

    ReplyDelete
  12. Kena konsisten nak amalkan senaman ni. Kalau tak, memang naik balik. Tambah-tambah kalau usia dah meningkat, mudah aje mengalami keboroian perut. hehe

    ReplyDelete
  13. yang no.2 tu tak mampu nak buat, tangan tak kuat... huhuhu ;p

    menabung~ ;D

    ReplyDelete
  14. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  15. berdiri lama-lama kat dapur pun dah penat rasa kaki ni..maklom la berdiri je sejam dua..haih lama betul memasak...lauk yang kuar cuma dua jenis je..hehee~!

    ReplyDelete
  16. Hehehe.. macam2 cara senaman nie... nak dengan taknak buat jerr... :D

    ReplyDelete
  17. ha..ha..This is so cute Sobri...

    Lactacyd for you..

    ReplyDelete
  18. sis memasak pun dah berpeluh2 dik ... whisper n 2x lactacyd .

    ReplyDelete
  19. salam. aha comel ja senaman ni sy rasakan hehehe
    thanks share ye..t sy try buat :D

    ReplyDelete
  20. Bagus ni.. tak susah sebenarnya klu nak sihat kan.. thanks sharing tips bro Sobri.. :)

    ReplyDelete
  21. hehe...senaman yang simple tapi jarang dipratikkan. antaranya lagi. ketuk ketampi.

    ReplyDelete
  22. hehe tak terfikir senaman cam nii

    ReplyDelete
  23. dah lama betul tak bersenam asyik kerja ajer....huhuhuhu..
    kt mmg kena bersenam barulah badan sihat dna seimbang...
    tak pernah terfikir boleh bersenam semudah ni...
    senang rupanya nk bersenam kat rumah...cuma kena creative jer...
    thanks sudi kongsi tips...:)

    ReplyDelete

Komen Anda Amat Dihargai
Terima Kasih Kerana sudi membaca