Biodata - Almarhum YDMM Paduka Seri Sultan Azlan Muhibbuddin Shah ibni Almarhum Yussuf Izzuddin Shah | www.sobriyaacob.com

Thursday, May 29, 2014

Biodata - Almarhum YDMM Paduka Seri Sultan Azlan Muhibbuddin Shah ibni Almarhum Yussuf Izzuddin Shah

Assalamualaikum dan salamsejahtera

Seperti yang kita sedia maklum semalam Menteri Besar Perak YAB Dato’ Sri Dr. Zambry Abdul Kadir telah mengumumkan bahawa Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Yussuf Izzuddin Shah Ghafarullahu-lah Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan telah mangkat, Al fatihah dan salam takziah diucapkan atas kemangkatan Almarhum Paduka Sultan Perak, Sultan Azlan Muhibbuddin Shah serta kerabatnya.

Saya sebagai anak jati negeri perak turut merasa sedih atas kemangkatan Almarhum Paduka Sultan Perak, Sultan Azlan Muhibbuddin Shah. Almarhum Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Azlan Muhibbuddin Shah telah banyak berjasa sepanjang tempoh pemerintahan baginda sebagai Sultan Perak dan semasa baginda menjadi Yang Di Pertuan Agong. Almarhum Sultan Azlan Shah juga telah berkhidmat dengan cemerlang sepanjang tempoh baginda menjadi Ketua Hakim Negara. Di bawah saya kongsikan Biodata Ringkas Almarhum Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Azlan Muhibbuddin Shah ibni Almarhum Yussuf Izzuddin Shah


Almarhum Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Azlan Muhibbuddin Shah ibni Almarhum Yussuf Izzuddin Shah :Sultan ke 34 yang memerintah negeri Perak Darul Ridzuan (1985 ~ 2014)


Surah Al-Fatihah
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani

Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang Memelihara dan Mentadbirkan sekalian alam

Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani

Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan (hari akhirat)

Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan.

Tunjukkanlah kami jalan yang lurus.

Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang Engkau telah murkai dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat.


P/s: Patik sekalian rakyat jelata negeri Perak Darul Ridzuan akan sentiasa merinduimu, Semoga roh baginda, Sultan Azlan Shah Muhibbuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Yussuf Izzuddin Shah Ghafarullahu-lah dirahmati Allah swt dan tempatkan bersama golongan yang beriman dan beramal soleh.


19 comments:

  1. Semoga Allah sentiasa mencucuri rahmat ke atas roh almarhum baginda sultan & menempatkan baginda dikalangan hamba2Nya yg beriman.. Al Fatihah... aamiin..

    ReplyDelete
  2. my king... tiada galang gantinya.. semoga tuanku tenang disana...
    patik akan kenang segala kebaikan tuanku kpd rakyat negeri perak..
    al-fatihah...

    ReplyDelete
  3. Semoga Allah sentiasa mencucuri rahmat ke atas roh almarhum Tuanku.. Al Fatihah...

    ReplyDelete
  4. innalillahi wainna lillahi rojiun.
    Setiap jiwa yang hidup pasti merasai mati.

    ReplyDelete
  5. semoga ditempatkan di kalangan mereka yang beriman.

    ReplyDelete
  6. al fatihah ... ok gak lenovo ni kan . jom mkn nestum !

    ReplyDelete
  7. Pergi yang tak akan kembali.. Al-fatihah...

    ReplyDelete
  8. Alfatihah. Sebagai penduduk pekan Batu Gajah, kemangkatan baginda Sultan tentu sahaja amat memberikan kesan kerana di sinilah tempat baginda membesar dan mendapat pendidikan awal.

    ReplyDelete
  9. ALFATIHAH...DOAKAN SEGALA YG TERBAIK UTK ALMARHUM SULTAN AZLAN SHAH...

    ReplyDelete
  10. Al Fatihah...Semoga roh baginda akan dicucuri rahmat...

    Regards,
    -Strider-

    ReplyDelete
  11. “Innaa lillaahi wa-innaa ilaihi raa-ji’uuna. Allaahummaajirni fii mushiibatii wakhluf lii khairam minhaa”

    ReplyDelete
  12. Innalillahiwainnailaihirojiunn

    ReplyDelete
  13. Semoga abaginda ditempatkan dikalangan orang yang beriman...In shaa Allah..

    ReplyDelete
  14. Wish his royal highness rest in peace.

    ReplyDelete

Komen Anda Amat Dihargai
Terima Kasih Kerana sudi membaca