Cerita Gay Melayu ? | sobriyaacob.com

Sunday, May 18, 2014

Cerita Gay Melayu ?


Assalamualaikum dan salam sejahtera, apa kahabar semua? diharapkan korang semua sihat, amin. Seperti yang korang semua tahu baru-baru ini saya ada menukar domain daripada blogspot kepada Com jadi sekarang blog aku VS kehidupan telah menggunakan domain www.sobriyaacob.com tapi sekiranya korang masuk melalui akusobriyaacob.blogspot.com pun masih available dont worry. 



Salah satu trend rakyat Malaysia sekarang, ambil gambar berjimak uplode dalam media sosial, tak kisah dalam tandas, dalam bilik, dapur ke yang penting perkongsian saat intim itu harus dikongsikan kepada rakan-rakan yang lain, Please guy's sebelum lakukan cuba fikirkan aplikasi yang bakal berlaku di kemudian hari ya. Bukan apa kesian juga kalau dapat kepada pihak lain mulalah dibahan kan aksi korang contohnya di blog ini? Terbaca komen dekat blog lain sayang muka hensem tapi gay bagaimana pulak muka pecah rumah tetap gay?


*Back to topic* 

Tapi mesti korang tertanya-tanya apa kaitan entry saya menukar domain dengan tajuk kontroversi Cerita Gay Melayu? eleh mesti korang cakap arh ini trick nak upkan traffic masuk la tu, main SEO bagai. Apa yang saya nak kongsikan dengan korang ialah perubahan semenjak saya menggunakan domain Com, kebanyakan keyword / carian yang masuk ke dalam blog ini adalah keyword berunsur gay-gay gitu! seperti kenapa aku menjadi gay? gay oh gay, cerita gay melayu, Pelajar Poli Gay *aku tau la aku belajar kat politeknik* cara mengenal gay, gay radar, planet romeo sekarang saya dah tahu apa itu planet romeo, baru buat kajian tadi rupanya ada kaitan juga dengan gay  serta keywords sewaktu denganya

Seingat saya hanya pernah terbitkan dua entry berkaitan isu gay iaitu gay oh gay! dan adakah kamu gay? kononya nak mengupas isu semasa gejala gay di Malaysia ternyata bukan mudah nak membuat entry sebegini sekiranya salah tulis tanpa fakta sekadar bermain emosi akan menguris hati dan perasaan orang lain tapi saya memang respect dengan entry Bro khir seorang aktivis kemasyarakatan, perkongsian pandanganya dalam entry  Homoseksual Dalam Masyarakat Kita sangat mendalam  dan menarik pengupasan yang diberikan yang mampu membuatkan kita terfikir kenapa masalah ini boleh berlaku. 

  • Homoseksual bukanlah isu yang remeh. Kini, mereka subur dikalangan kita… bangsa kita, kaum kita atau rakyat Malaysia. Malah hubungan homoseksual ini juga sudah mendapat pengiktirafan di beberapa pelusuk dunia. Janganlah memandang sepi isu ini hanya disebabkan kita sibuk dalam mengejar kejayaan kerjaya atau taksub memperjuangkan isu politik, pembangunan, kemajuan dan sebagainya, sehingga menjadikannya sekadar isu remeh dan tidak intelek.
  • Kita perlu suatu usaha yang halus dalam mencegahnya dari bertapak subur di bumi kita bermula dengan kesedaran dalam kekeluargaan. Mereka yang telah tersasar perlu dibantu untuk kembali ke pangkal jalan. Toleransi psikologikal perlu dalam bermain dengah isu ini kerana yang buruk adalah perlakuan bukan orangnya yang tidak luput dari kesilapan dan dosa. 


Btw kalau Bro khir membaca entry ini saya berharap bro boleh memberi sedikit pandangan dan buah fikiran daripada orang yang lebih berpegalaman menghadapi isu sebegini sebab apa yang saya baca daripada entry itu ia lebih kepada pemerhatian / kewujudan golongan songsang yang wujud di Malaysia sama ada diam atau terang-terangan. Diharapkan bro khir dapat membuat satu entry khas untuk golongan ini bagaimana cara untuk berubah sedikit demi sedikit untuk meningalkan perbuatan ini sama ada dari sudut sikologi serta pandangan agama sebab saya percaya perubahan bukan boleh dibuat sekelip mata semuanya perlukan langkah demi langkah serta tindakan yang harus diambil oleh masyarakat sekeliling untuk membantu mereka.

Sebagai remaja saya paham apa masalah yang dihadapi oleh remaja lain, kadang-kadang malu untuk bertanya kepada orang lain mengenai sesuatu masalah yang timbul tambah-tambahan kalau masalah itu sangatlah personal,  sebab budaya orang melayu bukanya suka berterus terang dalam mencari penyelesaian semuanya berkias-kias, alternatif lain mulalah google mencari penyelesaian terhadap masalah itu, diharapkan bro khir dapat memberi sedikit pandangan dari sudut fikiran Bro Khir :)


Antara komen yang saya terima untuk entry gay dahulu.

  • kalau dah gay tuh gay, macam orang yang suka makan tahan2 punya tahan kalau dah buffet depan mata takkan nak tahan macam mana. Sama macam orang straight kalau tak kawin, main jugak dah nafsu macam tuh. Takde siapa mintak lahirkan jadi gay, takde siapa pilih jadi gay, tapi dah fitrah macam tuh itu Tuhan jadikan gay sooo howww????
  • saya jadi gay sejak 20 tahun yg lalu...tp recently ni bertemu dgn someone (perempuan)...sy sukakan dia...dan tak lama lagi kami akan berkawin.. cuma saya risau yg saya tak mampu nak menghadapi mlm pertama..takot tak bole perform...sbb terlalu lama bergelumang dgn lelaki... mcm mana saya nak kembalikan nafsu saya pada wanita? p/s: saya sememang benar2 mahu ke pangkal jalan..doakan saya 

Dan semestilah setiap komen atau pertanyaan yang diberikan saya tidak mampu menjawapnya memandangkan pengalaman dan ilmu yang ada sangatlah sikit, hanya mampu doakan semuanya baik-baik dan kembali ke pangkal jalan. Kadang-kadang orang cakap perkara ini berlaku sebab asas agama / pelajaran tak cukup bagus tapi bagaimana pulak ustaz, pensyarah atau golongan yang ilmunya tinggi masih terjerumus ke arah ini ! persolan tetap menjadi persolan?, ia betul tiada kompromi dalam isu homoseksual dan haram hukumnya mengamalkan perhubungan sejenis tidak dinafikan itu adalah hukum Allah swt, sebagai manusia sifat ingin tahu kepada setiap peroalan yang bermain di benak fikiran sentiasa ada dan ingin jawapan :P


P/s: Sebenarnya hari ini nak buat entry berkaitan  pertukaran dominan *mungkin next entry pulak*  sebab, saya perasan semenjak tukar ke com ni memang trafik turun gila-gila dan ada juga entry yang hilang harap ini hanya sementara nampaknya kena banyak lagi menuntut ilmu blogging kat Sifu Hasrul Hassan, sebelum itu  saya baru sahaja kemaskini senarai bloglist baru yang lama hilang kesan pertukaran ke  com,  pada nama yang tak ada dalam senarai nanti bagi tahu saya ya, i will update soon  :)   



48 comments:

  1. sama lah..blog aku pun banyak gak masuk keyword gay nih...

    ReplyDelete
    Replies
    1. owh.. ye ke..agaknya keyword mcm tgh dicari skrg...

      Delete
  2. banyak ah nanti traffik dr google masuk dr entry nie hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. dan diharapkan mana yg msuk dpat menjawap soalan dan persoalan di atas bro :)

      Delete
  3. Wah... Isu itu hangat .. Kan satu trend yg hangat menular masyarakt kita..

    ReplyDelete
  4. macam tak bestkan bila 'keywords' sebegini yang masuk kat blog...tapi isi kandungannya yg penting sobri..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya yang penting isi kandungan tu,, :)

      Delete
  5. Bab trafik tu memang akan jatuh banyak sobri coz Google anggap this domain sebagai new add. So ranking pun kira macam baru bermula..slowly nanti dia akan ok..

    Gay ni antara masalah sepanjang zaman. Dari zaman Nabi LUt samapai sekarang. Susah juga nak komen coz semuanya terletak pada hati masing-masing. Kalau kurang didikan ugama, pasti unsur-unsur macam ni senang meresap kat jiwa kan. Hanya doakan yang terbaik untuk mereka..Semoga tak terlewat untuk kembali ke pangkal jalan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Darlie & Whisper for you..

      Delete
    2. insaallah... terima kasih ats komen....

      ya kak semenjak tukar ..traffik memng jatuh gila2 .. kena banyakkan bersabar je la :)

      Delete
  6. Isu berat ni. Isu di akhir zaman... Perlu memilih rakan dan pergaulan dan selalulah berdamping dgn rakan2 yg soleh dan beriman.
    Tahniah, selangkah lebih maju! Semoga pertukaran domain memberi lebih semangat utk berblogging!

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih bro,,insaallah smoga lebih gigih dlm berblogging :)

      Delete
  7. nau'zubillah..akhir zaman ni..mulalah dok tringat kat anak-anak..

    ReplyDelete
  8. wahhh..dh bertukar domain rupanya..baru perasan..hehe..pasal gay ni mcm susah nk komen..jd niesa baca je lah entry sobri..heee..

    menabung nestle dan vmall kat sini...

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih niesa..lpas ni tukar la jugak domain he..he..

      Delete
  9. Tahniah dah ada domain sendiri..

    Amalan yg melanggar hukum-hakam Allah pasti ada balasan. Moga yg terlibat segera bertaubat.

    ReplyDelete
  10. aduh aduh aduh... sakit mata ni! hahaha..
    buka2 je terus gambar gay tu..
    member kat belakang dh tepik "ain!! ko tgk apa tu???"
    alamak.. kantoi plak...

    hmm.. back to the topic..
    sedih sgt ngan gejala yg berleluasa ni..
    rasanya gay n lesbo ni dr dulu dh ada.. tp dulu xde media sosial.. maka aktiviti2 mereka mcm senyap je..
    now.. since ada media social.. mereka lebih terbuka n tak kisah ngan tohmahan masyarakat..

    my 2cent.. gejala lesbo/gay/mengandung anak luar nikah ni.. msyrakat dh kene tukar pendekatan..
    kita kalau boleh jgn mencemuh.. sbb it gets worse.. caci maki sikit pun x merubah mereka..
    mereka ni perlu didekati dgn penuh berhemah n kasih syg.. bimbing mereka kembali ke pangkal jalan..
    saya rasa... saya rasalah tau.. kalau kita semua menarik mereka secara halus.. insyaAllah.. Allah tolong.. Allah bantu.. insyaAllah mereka masih dpt diselamatkan... sorry terpanjang plak komen.. :)

    ReplyDelete
  11. Terkezut nak pengsan akak nengok gambar tu sobri oiii...Nauzubillah..minta dijauhkan keturunan kita..Ya Allah...

    ReplyDelete
  12. mak aiii gambar tu...berani mati punya gambar.

    ReplyDelete
  13. erk....mak aiiii...tp betul..SA yang tetiba x tau pape ni kadang2 keywords pencarian kuar citer lucah...eh..pesal diorang cari tu erk kat blog SA...

    ReplyDelete
  14. x pelah kalau tak masuk keyword tu pun tak pe seram..tahniah dah tukar domain

    ReplyDelete
  15. Gay radar or simply gaydar, dengar perkataan ni sure aku tergelak sebab teringat kisah membahan sesama member. Dulu-dulu ada member kena ayat dengan gay, walaupun member ni orientasi seksualnya straight, kitorang saje seronok nak kenakan. Saje buat teori tentang, only gays can sense the other gays. Haha.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ha..ha.. teori tu kadang2 betul2 jgak..dpent on situasi le...

      Delete
  16. HUHU . Bahaya jugak ada banyak kes ni dalam masyarakat kita >_<

    ReplyDelete
  17. Assaalammualaikum... sobri,

    sebenar nya masalah gay nie memang daripada dahulu ada dah ada sejak kaum nabi luth.. pape kita di zaman minta dijauhkan daripada perkara2 sebegini ... minta dijauhkan. Permasalahan gay nie akhir2 nie memng kritikal...

    mselim3

    pls: nafsu memng selalu mengajak kita ke arah yang salah...

    ReplyDelete
  18. kisah ayam kunyit ya...xreti nk komen...klik3

    ReplyDelete
  19. aduss pedih mataku... awat tak kasi censored skit picture berani mati tu dik... huhuu, apa2 pun minta dijauhkan ler, nauzubillah sungguh...

    menabung~ ^^

    ReplyDelete
  20. outside there..boys experimented a lot. sometimes no feelings involve.

    ReplyDelete
  21. Pertama sekali.. Tahniah bro Sobri atas domain tu.. pasti lebih bersemangat utk berblogging lagi lepas ni.. alhamdulillah.. :)
    Isu gay & homoseksual ni mmg sesuatu yg semakin subur sekarang ni. Bukan mudah utk dipadamkan jika hanya dengan penguatkuasaan.. apa yg saya pasti, klu dgn penguatkuasaan semata2 akan menyemarakkan pemberontakan mereka.. ia bukan masalah perundangan semata2.. ia masalah hati. In shaa Allah, sy akan usahakan utk mendapatkan maklumat kuaran dari yg pakar... mungkin mereka yg terselamat dari terus terjerumus dalam lembah ini. Cuma mungkin agak mengambil sedikit masa ye.
    Anyway, t kasih atas ulasan yg diberi tu bro Sobri... all the best ye.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih bro khir atas respon yg diberikan.. insaallah semoga pkongsian bro khir..bermanfaat utk kita smua..amin

      Delete
  22. Eeee.. geli la tengok gambar tu... tak kuasa I... ;(

    ReplyDelete
  23. sebagai pihak ke3 mmg sukar nak mengubah mereka . perlukan org terdekat seperti ahli keluarga untuk menasihatinya . Alangkah bagusnya kalau ada satu pusat khas utk membawa mereka balik ke pangkal jalan seperti KEWAJA ... darlie di awal pagi ....

    ReplyDelete
  24. skang ni ramai kalangan remaja yang dah kurang sifat malu...semua sumbang mahram nak dikongsi di laman sosial,,,,bab gay ni...mmg bukan isu baru...cuma golongan ini makin berani mendedahkan status mereka...kawan sis yng bersekolah di kolej agama ada bercerita..masa zaman di kolej agama tu pun ada golongan2 ni...bayangkan pelajar sek agama pun boleh terpengaruh..inikan yang kurang asas agama....apa2 pun diri sendiri penentu hala tuju diri sendiri...

    ReplyDelete
  25. saya ada dua orang kawan gay sejak skola..
    now semua dah berubah..dah kawin dan ada anak..
    rasanya semuanya terletak pada kemahuan...sekuat mana kita nak berubah..
    dan juga dengan dorongan keluarga..sentiasa ada support keluarga..Insyaallah boleh berubah..
    buang kawan-kawan yang tarik kita ke lembah hina ..
    bina network dengan kawan-kawan normal lagi positif..

    p/s: thanks link balik blog !! ^ ^

    pps: wahh serious yek ko berblogging ni smpi tuntut ilmu..now dah fulltime blogger ke ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. tq kak.. owh x de la serius sangat..ala baca tips2 free kat blog lain je...
      x dela fulltime bloggers .. part time ada ..he,,he

      Delete
  26. Tahniah di atas penukaran domain ke .com... bro sobri skrg dah selangkah maju ke hadapan dan harap bro sobri ni lebih hebat berblogging walaupun mmg telah bergelar blogger termasyhur Gerik...ekekekekeke... :-p

    Gay oh Gay!.. time aku sekolah dulu mmg jarang dengar perkataan Gay ni tapi biler zaman semakin maju ni dah byk timbul isu pasal gay ni... drg dah berani menonjol secara terang-terangan... yang paling sedihnya masyarakat melayu juga banyak tergolong drpd gologan ni... apa nak jadi lah masyarakat skrg... kdg2 nampak cam lelaki maskulin tp minat pada lelaki...sama jugak dgn lesbian cuma jantina yg lain jer... aku ada kenal sorang ni kat tempat keje... dier secara terang-terangan inform kat aku yg dier mmg minat lelaki... naik bulu roma aku siot....ahahahahaha... tp sib baik boleh dikawal lg dier tuu...

    Kawan2 pun kena mainkan peranan yg penting supaya mereka yg ingin atau sedang berubah dapat kesedaran . Mintak2 dijauhkan drpd kaum keluarga dan kawan2 kita...

    ReplyDelete
  27. Klau semua lelaki dah jadi gay melopong lah Jm heee

    ReplyDelete
  28. YaAllah takut tengok Allah dah turunkan bala pada mereka baru tahu yang Allah jadikan akal untuk berfikir mana baik buruk... dah tahu tak de siapa nak jadi gay jgn la buat.. Bina Iman dalam diri biar menjadi benteng kepada perkara mungkar

    ReplyDelete
  29. Firstly tahniah bro atas penukaran domain baru..hehehe..nafsu ko nak blogging akan meningkat selepas ini..hehe.

    secondly pasal gay ini, ia memang sesuatu gejala yang membimbangkan kan??aku recall balik back on 2002 mcm tu, waktu aku baru habis SPM memang golongan gay nie pun ada cuma mereka lebih bergerak secara tersembunyi dan akan deny apabila dituduh..tapi kalau nak compare sekarang, mereka dah berani mengaku dan secara terbuka berani upload2 gambar dalam media social..itu baru cerita 12 tahun, bayangkan kalau tak dibendung apa yang jadi pada golongan ini dalam masa 12 tahun akan datang??

    Regards,
    -Strider-

    ReplyDelete
  30. Masuk je entry ni.. pheww, terperanjat nampak pic tu.. sedih+geram mixed feeling.. salah siapa sebenarnye?
    *Tahniah atas pertukaran domain.. Nurul sapot^^

    ReplyDelete
  31. bagus la kalau entri tu banyak orang cari, tanda seo mantap..hehe

    ReplyDelete
  32. awok tak tau nak cakap macam mana bila ada pihak yang selalu cakap.... 'kita tka minta dilahirkan begini.... tapi dah fitrah tuhan yang ajdikan begini" ...
    salahkah Tuhan pulak.... TUhan jugak bagi kita akei dan fikiran..... dan agama .... kalo agama kita letak nombor 2... habis le.......

    ReplyDelete

Komen Anda Amat Dihargai
Terima Kasih Kerana sudi membaca