Perak Trip : Senarai Tempat Menarik di Kuala Kangsar - Lenggong - Gerik - Pengkalan Hulu | www.sobriyaacob.com

Thursday, May 1, 2014

Perak Trip : Senarai Tempat Menarik di Kuala Kangsar - Lenggong - Gerik - Pengkalan Hulu




Assalamualaikum dan salam sejahtera pembaca semua, ini adalah entry terakhir mengenai Trip Pengkalan Hulu - The Undiscovered Trail dimana saya akan membuat sesi penggulungan yang terakhir! *perh ayat versi parlimen* mengenai kawasan tarikan perlancongan yang ada di Pengkalan Hulu + bonus tempat-tempat menarik di sepanjang jalan menuju ke Hulu Perak iaitu Kuala kangsar, Lenggong, Gerik & Klian Intan

Sebenarnya ramai yang menggunakan jalan Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS) melalui EXIT 143 kuala kangsar, sama ada menuju ke Kelantan, Peneng ataupun Betung terutama pada hujung minggu adalah perkara biasa kita akan jumpa rombongan berjemaah abang-abang bikers kental riders ke thailand! dan mesti ramai mati akal tak tahu kawasan-kawasan / port menarik yang boleh disinggah di sepanjang perjalanan terutama sekiranya anda first time atau jarang lalu jalan ini. Meh saya kongsikan sikit tempat-tempat menarik yang anda di sepanjang jalan yang boleh anda singgah. 


Kuala Kangsar, Perak 


Siapa yang tak kenal kuala kangsar, merupakan bandar diraja di perak. Bandar yang bersejarah dan kaya dengan pelbagai tarikan perlancongan yang tersendiri, boleh boleh klik ke Blog Nota Kembara di situ dikongsikan secara lengkap aktiviti dan destinasi menarik yang boleh anda lawati di Bandar diraja Kuala Kangsar. 

*sebenarnya saya ada banyak benda nak kongsi mengenai kuala kangsar terutama tempat perlancongan Menarik di Kuala Kangsar, coming soon saya akan update ya :P 

Antara tempat perlancongan menarik yang anda boleh lawati di Kuala Kangsar:

  • Galeri Sultan Azlan Shah 
  • Istana Iskandariah, Bukit Chandan 
  • Berjalan-jalan di sungai Perak 
  • Istana Kenangan / Istana Kuning
  • Malay College Kuala Kangsar 
  • Kampung Sayong / Labu Sayong 
  • Masjid Ihsaniah Iskandariah
  • Masjid Ubudiah 
  • Air terjun Ulu Kenas 
  • Syamille Agro Farm & Resort 

For more information, Please visit www.mpkkpk.gov.my

Daerah Lenggong, Perak

Seterusnya moh le kita ke Pekan Lenggong jangan terkejut walaupun pekan lenggong antara pekan yang kecil tapi susana dan pandangan di pekan lenggong sangat cantik dan super!  Dikiri & kanan dilitupi oleh bukit bakau! memang cantik pemandangan terutama pada waktu pagi siap nampak kabus di sebalik bukit bakau,  rasa damai dan sejuk mata memandang :P

Ada satu kedai makan cina yang menyajikan seafood dan nama masakan itu ialah *Sultan* teringin juga nak rasa tapi was-was sama ada kedai tu halal ke tak? pernah masuk dalam rancangan Food Suprise - by KF Seatooh antara cheff yang popular di Singapore, sebab saya pernah tengok rancangan Food suprice dekat TLC memaparkan tempat makan best di gerai, warung, tepi jalan yang orang tak sangka tapi rasa 5 star! so you guys must try, for non muslim la :P

Selain itu yang membuatkan pekan lenggong ini sangat special ialah pengiftirafan UNISCO yang diterima, menyebabkan lenggong antara tapak ke 4 senarai warisan dunia di Malaysia yang iktiraf oleh Unisco. Oh ya boleh klik ke sini untuk membaca pengalaman saya di Muzium Arkeologi Lembah lenggong. 

Antara senarai destinasi menarik yang anda boleh lawati di Lenggong, Perak 

For more information, Please visit mdlg.gov.my

Antara barang Pameran yang dipamerkan di Dalam Muzium


Gerik antara destinasi yang paling saya teruja untuk berkongsi dengan anda semua, ya ramai yang sangka saya berasai daripada pulau pinang, sebab saya banyak buat pos mengenai tempat menarik di Penang, untuk pengetahuan anda semua saya orang perak dan berasal daripada gerik . Gerik is my hometown, so let me introduce you guy's about humble small town Gerik.  


Daerah Gerik, Perak

Ok apa yang menarik dekat gerik, kalau saya cakap berasai dari gerik perkara pertama orang akan ingat ialah Al-Ma'unah, tak pun soalan biasa kat gerik banyak gajah tak?

Dan semestinya tarikan perlancongan yang sangat mashur dan terkenal di daerah Gerik ialah Hutan Diraja Belum, kawasan hutan yang luas ini boleh dianggap seperti tembok semulajadi dan gazette sebagai zon keselamatan / selamat. Taman simpanan Belum dan Temenggor dibiarkan tumbuh meliar ke untuk mengekalkan kawasan tersebut sebagai simpanan semulajadi bagi tujuan penyelidikan dan semestinya tarikan utama di royal belum forest ialah kepelbagaian spesis flora dan fauna yang terdapat di sana antaranya bunga pakma bunga terbesar di dunia, ikan kelah jinak dan kepelbagaian spesis burung kenyalang.

Sebenarnya dekat gerik sendiri pun banyak tempat menarik yang boleh dilawati atau dijadikan kawasan tarikan perlancongan selain daripada Hutan Royal Belum cuma banyak destinasi tersebut belum di highlight secukupnya kerana di kawasan daerah gerik mempunyai banyak tarikan alam semula jadi antaranya gunung, bukit, sungai, air terjun dan juga tasik yang boleh dikomersialkan untuk memberi nilai tambah kepada industri perlancongan di Gerik 

Antaranya boleh mengadakan pesta ikan loma, saya dipahamkan pada musim hujan lebat ikan-ikan ini akan bergerak dalam kuantiti yang besar untuk bertelur dan pada masa itu orang ramai akan berkumpul di tepi-tepi sungai untuk menangkap ikan loma, bayangkan berapa riuh dan meriahnya suasana pesta tersebut dan sekiranya ada pihak berwajib memperkenalkan pesta tersebut dan mempelbagaikan aktiviti menarik dijalankan sepanjang pesta ikan loma berlangsung seperti berkayak / berakit / menyusuri sungai perak dan lain-lain saya pasti pesta ikan loma ini boleh dijadikan sebagai salah satu produk perlancongan terbaru yang boleh ditawarkan selain Hutan Belum 

Di Daerah Gerik juga mempunyai banyak bukit / gunung yang sangat menarik untuk diterokai antara Gunung Kenderung, saya masih belum berkesempatan untuk mendaki gunung Kenderung dan setakat ini hanya mampu bertentang mata daripada jauh! itu juga salah satu sektor perlancongan yang boleh dibangunkan terutama peminat sukan outdoor Jadi kepada anda semua yang sukakan aktiviti luar dan lasak saya mencadangkan untuk mendaki dan meredah sendiri Gunung Kenderung.

Saya juga ada terfikir kenapa tak jadikan daerah gerik sebagai salah satu tempat / destinasi popular untuk kaki outdoor datang ke sini dan antara aktiviti yang boleh dibuat ialah seperti mendaki gunung Kenerong, water riffing dan sukan berkayak, menjelah hutan atau air terjun, motocross, menjelajah dengan pacuan 4x4, memancing dan lain-lain lagi, owh sekiranya anda tahu tempat atau lokasi aktiviti outdoor yang saya senaraikan di atas dijalankan di daerah gerik feel free please sharing, how to contact them. I'm very appreciative 

Tak banyak yang boleh saya kongsikan mengenai tarikan dan aktiviti perlancongan yang best di gerik sebab saya sendiri tak pernah melakukan aktiviti tersebut kecuali aktiviti menangkatp ikan Loma dan aktiviti outdoor di Hutan Belum, dan sekiranya ada ahli rombongan FAM -Trip Pengkalan Hulu terbaca entry ini saya sudah cuba menjawap persoalan anda, antara tarikan perlancongan yang menarik di Gerik btw next project apa kata datang ke Gerik pulak dan meneroka dan mencuba sendiri tarikan yang ditawarkan di daerah gerik! 

Senarai tempat-tempat menarik di Gerik, Perak

  • Hutan Belum 
  • Pulau Banding 
  • Dataran Kuala Rui
  • Batu Hampar
  • Air Beruk
  • Kampung Bongor, Taman Rafflesia
  • Pulau Tali Kali
  • Gunung Kenderong, Kerunai,
  • Lata Ulu Lawin
  • Klian Intan 

For more information, Please visit www.gerik.gov.my

Suasana di Hutan Belum




Klian Intan, Perak

Antara kawasan yang wajib dilalui sekiranya hendak ke Pengkalan Hulu dan saya boleh gelarkan sebagai pekan Bijih Timah sebalik pemandangan indah Klian Intan, kedinginan dan kekayaan khazanah alam ciptaan Tuhan yang tiada tandingan tentunya tersemat 1001 kisah yang mungkin tidak diketahui ramai kerana disini masih dijalankan operasi perlombongan bijih timah paling lama beroperasi dan terbesar di Malaysia. Boleh baca entry saya terdahu mengenai perlombongan bijih timah di Rahman Hydraulic Tin Snd. Bhd  bagi anda yang ingin tahu bagaimana proses perlombongan bijih timah dijalankan bolehlah singgah di sini pastinya banyak ilmu dan kajian yang terbaru mengenai proses pengalian dan pencarian bijih timah boleh dipelajari :P

  •  Rahman Hydraulic Tin Snd. Bhd

Antara proses mendulang Bijih Timah

Proses untuk membersihkan bijih timah daripada kotoran, proses pengasingan batu dan tanah.

Pengkalan Hulu / Kroh

Akhirnya sampai juga ke destinasi utama kita iaitu pengkalan hulu - The Undiscovered Trail, kuala kangsar, Lenggong, Gerik & Klian Intan sebagai bonus tambahan untuk entry kali ini, di sini saya cuba senaraikan secara ringkas tempat-tempat menarik yang ditawarkan di pengkalan hulu ataupun boleh digelarkan Pengkalan Hulu- Bandar Perlancongan Sempadan! sekiranya anda datang ke sini :

For more information, Please visit www.mbi.gov.my


Dataran Gading / Tasik Mekong






Kolam Air Panas / Chalet Air Panas




Lapangan Golf Pengkalan Hulu















Allhamdulilah akhirnya siap juga entry terakhir FAM Trip Pengkalan Hulu #VMY2014 atau Pengkalan Hulu - The Undiscovered Trail, terlebih dahulu saya ingin ucapkan ribuan terima kasih kepada Tourism Malaysia Perak kerana menjemput saya sebagai bloggers untuk mengikuti trips ini, Sempena dengan Tahun Melawat Malaysia 2014 marilah kita mengambil peluang dengan melawat lokasi-lokasi yang menarik  yang ada di seluruh Malaysia. kalau kita sendiri  rakyat tempatan tak sokong kempen  #VMY2014, siapa lagi yang nak sokong? jadi jom cuti-cuti di dalam Malaysia. 

Dan anda juga boleh membaca pengalaman  bloggers lain yang tidak kurang menarik yang turut mengikuti trips Pengkalan Hulu - The Undiscovered Trail di Blog mereka :




Sekiranya anda semua ada sebarang pertanyaan, atau ingin mendapatkan maklumat-maklumat terkini perlancongan yang ada di Negeri Perak, sila hubungi :

Tourism Malaysia Perak,
No. 12, Medan Istana 2,
Bandar Ipoh Raya,
30000 Ipoh, Perak

Tel : +605-2552772/9962
Faks : +605-2532194
like Facebook Tourism Malaysia Perak
Website : www.tourism.gov.my





42 comments:

  1. Wow, many places to visit in Perak!

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya.. welcome to perak aman jaya bro :)

      Delete
  2. Tahniah... Sama2 kita promote Perak. Teman orang Tanjong Malim

    ReplyDelete
  3. Wahh.. menarik info ni.. bnyk tempat yg saya belum explore lagi.. hutan belum tu pun belum hehee..
    Thanks sharing bro Sobri.. sgt bermanfaat.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya jangan lupa bro khir..nanti jemputlah dth teroka hutan belum tu.. ha..ha.. kalau x memang belum sampai bila2 la.. terima kasih

      Delete
  4. banyak sejarah menarik di grik ni...hutan semulajadi yg menyempadani thailand tampak sangat tebal..klik2 menabung selalu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu bayak sejarah yg terjadi di gerik.. salah satu tembok ptahanan smula jadi antara simpadan malaysia thailand :P

      Delete
  5. Plan nak pergi bercuti di Perak Next week...Bolehlah singgah kat salah satu tempat ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. jangan lupa singgh mana2 tempat yg ada dlm list klau ke blah kk,lenggong, gerik dan kroh :P

      Delete
  6. Estee lauder & Libresse for you..

    ReplyDelete
  7. Perak memang banyak tempat menarik yang nature..
    lepas ni kalau nak pilih Duta Pelancongan Perak memang aku undi ko lah :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. ha..ha.. perak segah dengan namanya..wah ayat puji melebih2 ngeri sendiri..
      jgn lpa kalau ada vote aku bro :P

      Delete
  8. wahh bestnya ..banyak tempat cantik di malaysia ^_^

    ReplyDelete
  9. owhh baru tahu Lenggong dapat pengiktirafan UNESCO.

    Kalau ada outdoor activity kat Gerik ni, jgn lah lupa ajak saya !! teringinnnnn nak water rafting !! ~

    ReplyDelete
    Replies
    1. insaallah x de masalah ,esti invite punya he..he.. :P

      Delete
  10. nice one Sobri... entri mabeles.... teruskan promosi Perak... banyak tempat yang menarik di Perak yang kita perlu teroka dan bagitau orang luo.......

    ReplyDelete
    Replies
    1. thank abang.. ya saya setuju tu...moh le kita ke perak :P

      Delete
  11. cantik-acntik gambarnya sobri....Ya, perak memang banyak sangat tempat menarik...

    ReplyDelete
  12. Sakan Perak ni noo... lama dah tak turun Perak, nanti mai musim manggis, turun la kot... heheh ^^

    blogwalking sambil menabung di sini~ ;3

    ReplyDelete
  13. istana tu macam iklan adabi dulu2 plak..

    ReplyDelete
  14. Need to plan to visit Perak soon!

    ReplyDelete
  15. Kejor Yeop kejor....byk tempat menarik di Perak..KK kpg teman..jgn lupa makan laksa kuale...

    ReplyDelete
  16. salam. seronoknya kalau dapat pegi sini :)

    ReplyDelete
  17. Thanks, we appreciate your articles. Good day! DB Product Review

    ReplyDelete
  18. best ni best!!! ika tak pernah lagi jejak perak ni...dulu pernah singgah sekali je kat mcD ke kfc mana tah..ika tak ingat nama tempat ahahahah...itu pun sebab daripada kuala selangor...saja ikut jalan dalam tak guna highway..sampai sempadan perak tu isi minyak kat fuel station then makan...terus masuk haighway semula...apetah nama tempat tu tak tahu...hohoho

    ReplyDelete
  19. sy pun ingat awak org penang... hehehe..... kalau kita org ada buat plan nak ke hutan belum, boleh lah roger awak sobri.... discover nature lagi... heheh....

    ReplyDelete
  20. Alamak..dah macam menteri kabinet di parlimen...siap ada sesi penggulungan yang bergulung2 panjangnya...ekekekeke... good entri bro... complete dan padat... banyak jugak tempat2 yg menarik rupanya...aku tak abis round semua lagi...maybe next trip aku leh gi ngan cheq eem...roadtrip lagi ke sana... aku maybe nak buat trip ke royal belum ni... tgh nak deal sewa 1 houseboat...tgh cari mana yg murah... nanti ko mesti join k... :D

    ReplyDelete
  21. singgah lagi klik2 menabung...

    ReplyDelete
  22. kat Tasik Banding tu boleh sewa bot utk memancing dan bermalam..semalam rm1500 lbh kurang...tu kalau nak masak sendiri...biasanya satu bot pakat2 sewa,20-30 org..lengkap dgn tv,astro,karaoke dan lengkap bagaikan rumah sendiri..

    ReplyDelete
  23. Banyak kali dah lalu Perak tapi tak pernah lagi teroka Perak hehe. Bila la nak ada kesempatan

    ReplyDelete
  24. Will plan a trip there this coming holiday!

    ReplyDelete
  25. Banyak tempat-tempat menarik kat perak rupenye.. gambar2 yang cantik dengan penerangan yg jelas dan menarik! Tahniah Sobri..

    ReplyDelete
  26. Eh... Mane comment arjuna kat sini... Tak silap dah comment... Ayoooo... Gagagaga pettakkk

    ReplyDelete
  27. N3 ini betul-betul menggamit rasa keinginan kakak ke tempat-tempat tersebut.
    Cantik dan menarik sangat..

    ReplyDelete
  28. banyaknya tempat menarik tu.....wuaa..bila la nk g nih..
    sobri niesa tag sobri tau.. http://niesa-lovecrew.blogspot.com/2014/05/liebster-award-by-pha-is.html
    hehe

    menabung inti, libress dan ribena kat sini..

    ReplyDelete
  29. salam. waa cantiknya view!
    darlie for u!

    ReplyDelete
  30. dah ke lenggong tapi blom ke grik... lawo tempatnya terutama gua tu

    ReplyDelete
  31. Walaupun orang Perak, tapi majoritinya k nrl x tau pun macam kat Gerik tu yang k nrl cuma tahu tarikannya Hutan Belum...kat sini baru tau...
    Tulaa, k nrl ingat pun Sobri ni orang Penang, rupanya orang Gerik... Promosi Gerik tu ;D

    ReplyDelete
  32. ini baru tempat kat perak...belum lagi masuk negeri2 lain...no wonder orang semua kempen cuti2 Malaysia dahulu sebelum bercuti kat perak sbb kat Malaysia sememangnya banyak lagi tempat untuk dilawati...

    Regards.
    -Strider-

    ReplyDelete

Komen Anda Amat Dihargai
Terima Kasih Kerana sudi membaca