Tips Menjaga Keterampilan Dan Kekemasan Diri Lelaki | www.sobriyaacob.com

google advertising

Saturday, May 24, 2014

Tips Menjaga Keterampilan Dan Kekemasan Diri Lelaki


Assalamualaikum dan selamat berhujung minggu, entry copy paste hari ini, saya akan kongsikan beberapa tips untuk semua kaum lelaki yang kacak dan maskulin seperti saya ? tips menjaga keterampilan dan kekemasan  diri kaum lelaki dan sesuai juga dibaca untuk semua kaum isteri solehah untuk maintaine kekacakan suami anda walaupun perut sudah boroi ke hadapan!  Penampilan dan kekemasan diri antara aspek utama yang perlu lelaki titik beratkan. Bukan hanya perempuan yang perlu mementingkan penjagaan diri.



Sabun buku bukan untuk wajah

LELAKI mempunyai kulit yang berminyak kira-kira 15 peratus melebihi wanita. Pori besar membenarkan segala kekotoran meresap ke dalam kulit. Usah malas mencuci muka menggunakan pembersih wajah yang betul. Elakkan penggunaan sabun buku untuk badan pada wajah. Begitu juga dengan syampu dan krim pencukur, pastikan anda mempunyai sabun khusus untuk setiap perkara.


Pemakaian

PILIH baju yang diperbuat daripada fabrik kapas yang ringan bagi mengurangkan peluh. Rapikan bulu ketiak secara berkala kerana ia boleh mengundang bau badan yang tidak menyenangkan. Baju yang berkedut-kedut melambangkan keperibadian lelaki yang tidak ‘taat’ pada kebersihan dan kekemasan.


Bercukur

HAMPIR semua lelaki perlu bercukur. Perapian misai dan janggut perlu agar penampilan sentiasa tampak kemas. Jangan sekali-kali bercukur tanpa krim yang betul kerana boleh mencederakan kulit. Mesin pencukur yang tepat juga memainkan peranan bagi membentuk gaya yang diingini. Selepas bercukur, aplikasikan after shave yang bertujuan mengurangkan kerengsaan.


Potong kuku

KUKU sering dipandang remeh oleh lelaki. Mereka hanya memotong kuku tangan apabila betul – betul panjang manakala kuku kaki mungkin dirapikan sebulan sekali. Beri penekanan pada kebersihan kuku kerana ia terdedah pada bakteria hampir setiap saat. Kuku kaki khususnya hampir separuh hari diliputi stoking dan kasut boleh menyumbang pada masalah kaki berbau.


Senaman dan pemakanan

SUKAN atau senaman sudah sebati dengan karakter lelaki. Jadi, tiada apa yang perlu dirisaukan kerana majoriti mereka memang mengamalkan gaya hidup yang sihat. Bagaimanapun, bagi jejaka yang kurang memberi perhatian pada kepentingan senaman, sudah tiba masa untuk anda mengubah cara hidup. Riadah ringan tiga kali seminggu cukup untuk membekalkan kecergasan dan mengekalkan bentuk badan yang ideal.


P/s: Pernah dengar istilah lelaki metrosexual? Istilah ini diberi kepada lelaki yang suka bergaya hebat, berpenampilan menarik, menjaga pakaian dan juga alat solek, tampil dengan penampilan yang sangat berbeza dengan kebanyakan lelaki bukan metrosexual. Ada sesetengah orang, tak suka dilabel menjadi metrosexual, ya lah, mungkin disebabkan ‘malu’ kerana penjagaan penampilanhanya untuk perempuan semata-mata, btw untuk entry di atas tak kira sama anda metrosexual atau tidak sebagai lelaki kita juga perlu menjaga keterampilan diri, list di atas adalah basic rutin penjagaan diri yang memang kita amalkan. Menjaga kekemasan dan keterampilan diri ini sangat penting untuk memastikan diri dalam keadaan bersih dan mudah berdamping / bergaul dengan orang sekeliling, barulah tidak di cop sebagai lelaki pengotor!  

26 comments:

  1. Ooo untuk lelaki yer... bagus la... sbb Ida baru jer update entry "Tabiat Buruk Lelaki Yang Menggelikan Wanita"
    http://idasyuhada.blogspot.com/2014/05/10-tabiat-buruk-lelaki-yang-menggelikan.html

    ReplyDelete
  2. mosty lelaki pun ada yg pergi buat facial setiao bulan kan Sobri..
    akak suka lelaki ala2 mcm Aaron Aziz.. fuhhhh boleh nanges tengok dia kalau depan mata hahaha.. *over kakak ko ni dik oii*

    mcm biasa nuff3x ;)

    ReplyDelete
  3. baru nak ikut tadi.
    ghopenyer untuk lelaki.
    HAHAHA

    ReplyDelete
  4. sis suka lelaki yang tau jaga penampilan sekurang2nya muka tu nampak bersih ... jumpa 2 whisper dan lactacyd di petang sabtu .

    ReplyDelete
  5. lelaki yg nampak smart ktrampilannya mmg disukai wanita..klik3..

    ReplyDelete
  6. Tahniah anggap diri sebagai lelaki kacak dan maskulin..

    ReplyDelete
  7. Great grooming tips for the gentlemen.

    ReplyDelete
  8. yg sabun buku tu rasanya ramai lelaki yg buat macam tu...tp zaman dah berubah..ramai yg dh tau menjaga penampilan diri.. :)..darlie & w tuk sobri..

    ReplyDelete
  9. Ehehe suka jugak lelaki macamni :p <3

    ReplyDelete
  10. nice share.. ramai lelaki tahu, tapi malas nk buat.. hehe.. ramai lelaki tak suka dianggap metroseksual kerana selalunya golongan macam ni dikaitkan dengan lelaki lembut. tapi ada je golongan lelaki yg tak lembut, tapi metroseksual..

    ReplyDelete
  11. metrosexual guys are quite common in developed countries.

    ReplyDelete
  12. Singgah hujung minggu sambil klik Lactacyd untuk Sobri..

    ReplyDelete
  13. heheh, bagus2... semua pun wajib menjaga keterampilan diri, dan percayalah, kalau anda 'kurang hensem' tetapi menjaga kebersihan dan keterampilan diri dengan baik, anda akan secara otomatis nampak hensem dan smart ^^

    menabung~ ;D

    ReplyDelete
  14. first impression itu penting..keterampilan yg pertama org tengok..

    kalau ditambah dgn sikap yg gentleman lagi bertambah-tambah menarik keterampilan..*gaya,.mutu,.keunggulan*

    ReplyDelete
  15. Tapi biasanyalah (tapi tak semua) kaum lelaki bila dah kahwin sedikit sebanyak tak rajin lagi nak melakukan semua itu..

    ReplyDelete
  16. rasanya ni mcm penjagaan basic je kot..xde la nampak mcm lelaki metrosexual..kebersihan tu penting dlm diri semua org..hehehe...

    ReplyDelete
    Replies
    1. lupa plak..menabung whisper kat sni.. :D

      Delete
  17. Penampilan aku mula dijaga sejak aku berkahwin. Sebelum ni memang tak ambik tau sangat. Jaga pun simple-simple aje la. Takda la sampai pakai lip gloss macam dalam iklan D'Herbs terlajak laris tu. Itu gila namanya.

    ReplyDelete
  18. akak perasan zaman la ni ramai dah (lelaki muda-muda terutamanya) yg ala-ala metroseksual..
    betul² menjaga ketrampilan mereka..

    ReplyDelete
  19. errrmmmm... rasa nye lepas kawin baru awok jaga... maklumle... masa bujang dulu... main hentam keromo je... ni dah kawen... Mem awok mesti tego kalo tak kena di mata dia.... ahaksss

    ReplyDelete
    Replies
    1. eh!!.. patut ler teman tengok yeop hensem, smart, bergaya dan penuh macho......ekekekekeke.... :D

      Delete
  20. Tips yang hebat bagi semua kaum lelaki diluar sana..... aku ni sejak lahir lagi mmg dah digrooming kan....ahahahaha... tu yg semat dan bergaya tuuu...ahahahahahaha.... nice sharing bro.... :D

    ReplyDelete
  21. Lelaki zaman skrng mmg perlu jaga penerampilan.. klu tak segak pun, sekutang2nya taklah serabai kan. Thanks sharing tips bro Sobri.. :)

    ReplyDelete
  22. betul.
    jangan seghabaiiii je kan baru kemah hehehehehe

    ReplyDelete
  23. patut laa ko sentiasa nampak kacak bergaya bro..hehehe

    Regards,
    -Strider-

    ReplyDelete

Komen Anda Amat Dihargai
Terima Kasih Kerana sudi membaca