Tips Sihat Cara Rasulullah | sobriyaacob.com

Tuesday, May 20, 2014

Tips Sihat Cara Rasulullah

Assalamualaikum dan salam sejahtera, untuk entry hari ini saya akan kongsikan beberapa amalan sunnah yang dilakukan oleh Rasulullah untuk menjaga kesihatan rohani dan fizikal Sebaik-baik amalan, ialah meniru gaya hidup dan panduan kesihatan yang sudah pun dicatatkan dalam al-quran dan sudah diwarisi amalan dari Rasulullah s.a.w.

Berikut adalah amalan sunnah untuk menjaga kesihatan, untuk kesihatan rohani dan fizikal. Rasulullah sebaik-baik mentor atau teladan dalam amalan penjagaan diri dan kesihatan.


1. Bangun sebelum subuh

Sebaik-baik permulaan hari memulakan qiamullail atau bertahajud, menyampaikan hajat dan menyepikan diri untuk muhasabah, doa. Ia sebaik-baik permulaan hari. Mandi awal pagi, bertahajud dan terus sambung menunaikan solat subuh. Jadi tidak ada alasan lagi bagi orang cemerlang yang berpagi-pagi ke arah kebaikan. Antara hikmah dan manfaat, mendapat udara segar awal pagi mengelakkan pelbagai penyakit. Ia juga menguatkan mental dan fizikal untuk menyambung perjuangan dalam rutin harian.


2. Aktif menjaga kebersihan

Rasulullah sentiasa rapi dan bersih. Setiap Jumaat melakukan amalan bercukur, memotong kuku, menyikat rambut dna berwangi-wangian.

"Mandi pada hari Jumaat adalah wajib bagi setiap orang-orang dewasa. Demikan pula menggosok gigi dan memakai wangi-wangian" (HR Muslim)


3. Makan sekadar perlu

Dalam tubuh manusia terdapat tiga ruang, satu pertiga untuk udara, satu pertiga untuk air dan satu pertiga lagi untuk makanan. Bahkan, puasa bulan Ramadhan dan puasa sunat Isnin dan Khamis sebaik-baik amalan untuk menyeimbangka kesihatan tubuh.

Sabda Rasulullah:

"Kami adalah sebuah kaum yang tidak makan sebelum lapar dan apabila kami makan tidak terlalu banyak (tidak sampai kekenyangan)" (Muttafaq Alaih)


4. Gemar berjalan kaki

Rasulullah berjalan kaki ke masjid, mengunjungi sahabat, medah jihad, pasar dan sebagainya. Berjalan kaki menjadikan diri aktif, menlancarkan peredaran darah dan boleh berpeluh. Ini boleh mencegah pelbagai penyakit.


5. Sabar

Maksudnya tidak pemarah. Kekuatan dan hakikat kesihatan sangat berkait rapat emosi dan fizikal. Apabila seseorang menahan marah ia juga sedang menguatkan fizikal dan mental. Cara untuk mengelakkan marah, apabila sedang berdiri maka duduk. Jika sedang dudu maka berbaring. Segera berwuduk. Solat doa rakaat untuk menghilangkan kegundahan hati.


6. Tidak putus asa dan optimis

Sentiasa positif, sabar, istiqamah, serta tawakkal kepada Allah s.w.t


7. Tidak iri hati

Buang segala perasaan dengki atau iri hati. Ia juga adalah toksin yang boleh meracun diri dalam keadaan tidak sedar. Perasaan negatif ini boleh membuatkan tubuh rasa letih, dan juga punca meransang pelbagai penyakit fizikal tanpa kita sedar.

30 comments:

  1. woooowww... perkongsian yang bagus bro...


    #Amboi... perli aku nampak.... aku suke lagu tu bro... relek jeee gagagaga pettakkk

    ReplyDelete
  2. salam. insyAllah sy cuba amalkan hee

    p/s menabung vmal & bepanthen :)

    ReplyDelete
  3. tq dik...sama2 kita amalkan utk kumpul pahala in shaAllah

    ReplyDelete
  4. Aku rasa dalam 7 perkara ni yang nombor 1 tu yang paling payah sekali nak buat.

    ReplyDelete
  5. thanks sobri...utk no.7 tu sekarang ni mcm payah sikit..hahaha...
    menabung nestle dan vmall kt sini...

    ReplyDelete
  6. comelnyer gambar di atas... tips yg sgt bermanfaat... nampak senang tp susah...
    insyaAllah akan cuba diamalkan... terima kasih :)

    ReplyDelete
  7. nombor 5, 6 dan 7 untuk kesihatan rohani. kadang terbabas jugak...

    ReplyDelete
  8. Perkongsian bagus ni...semoga kita dpt mengamalnya dgn sempurna dan diberkat

    ReplyDelete
  9. Boleh amalkan dengan sebaik mungkin, semoga dapat dibiasakan dalam kehidupan seharian ^^

    menabung~ ;3

    ReplyDelete
  10. Malangnya bukannya begitu yang kita ada pada hari ini kan. Walhal sebenarnya hanya dengan keimanan yang kukuh seseorang mampu melakukannya..

    ReplyDelete
  11. tips yg lengkap..sihat fizikal, mental and spiritual..

    ReplyDelete
  12. sunnah rasullullah yg sunat diikuti..elok jadi amalan...klik3...tq...

    ReplyDelete
  13. bangun sebelum subuh,
    dah solat subuh jangan tido balik.
    pegi jogging..hehe

    ReplyDelete
  14. insyaAllah sama2. yang paling susah disitu mandi sebelum subuh..

    ReplyDelete
  15. InshaaAllah bro... jom kita sama2 praktikkan... pengkongsian yang berguna bro..... :D

    ReplyDelete
  16. bagus ekali entri ini,, mari kita cuba amalkan

    ReplyDelete
  17. baca mcm murah.. nk pratikkan tu yak payah #nanges

    ReplyDelete
  18. In sha allah aksn cuba peraktikkan mana yg belum ikut tu coz ada yg culas nih

    ReplyDelete
  19. Moga-moga kita dapat mengamalkannya secara istiqamah

    ReplyDelete
  20. Semuanya amalan yang sangat bagus untuk kesihatan kalau diamalkan, cuma jangan malas..

    ReplyDelete
  21. tips yg hebat tp nak buat tu faham2 jelah bukan senang... makan mase utk berubah... heheh...

    ReplyDelete
  22. jom sama2 kita praktikkan ... :)

    ReplyDelete
  23. banyak kebaikkan yang kita boleh dapat kalau kita mengamalkan sunnah2 rasullullah ini...

    Regards,
    -Strider-

    ReplyDelete
  24. Tips sihat ni adalah sunnah.. dlm sunnah pasti ada kebaikan & kejayaan...

    ReplyDelete
  25. nabi contoh tauladan yg baik, x kira dari segi sahsiah mahupun dari segi kesihatan... :)

    ReplyDelete
  26. contoh yang terbaik boleh kita ikut....... Insyallah sihat ..... kal otak sekarang kita berubah... sampei bila2 pun kita takkan berubah.....

    ReplyDelete
  27. Contoh ikutan terbaik. tapi kita jarang ikut

    ReplyDelete
  28. berjalan kaki dapat aktifkan saraf2 di kaki yang berfungsi utk selururh badan ... 3x lactacyd

    ReplyDelete

Komen Anda Amat Dihargai
Terima Kasih Kerana sudi membaca