10 Fakta Mengenai Piala Dunia Di Brazil Harus Anda Tahu | www.sobriyaacob.com

Friday, June 13, 2014

10 Fakta Mengenai Piala Dunia Di Brazil Harus Anda Tahu



Assalamualaikum dan salamsejahtera semua peminat tegar bola sepak! walaupun anda bukan peminat bola dan tidak kisah dengan Piala Dunia 2014.Tetapi dengan kejohanan yang akan berterusan selama satu bulan, pastinya demam Piala Dunia dapat dirasai dimana-mana sahaja, dan anda mungkin dipaksa oleh ahli keluarga atau teman-teman untuk menonton satu perlawanan *jadi adik-adik, makcik-makcik yang tak minat bole sepak redha, layankkan aje! ola..ola..ole..ola! *

Persembahan pembukaan Hebat daripada J.lo, Pitbull dan Claudia Leitte.

Untuk membantu anda, kami sediakan 10 fakta yang anda perlu tahu tentang temasya ini:

  • Brazil dipilih sebagai tuan rumah untuk Piala Dunia 2014 pada 30 Oktober 2007.

  • 12 bandar-bandar tuan rumah adalah Rio de Janeiro, Brasilia, Sao Paulo, Fortaleza, Belo Horizonte, Porto Alegre, Salvador, Recife, Cuiaba, Manaus, Natal dan Curitiba.

  • Brazil sepatutnya melengkapkan 12 stadium tuan rumah pada 31 Disember, 2013 tetapi separuh daripadanya tidak siap pada tarikh yang ditetapkan.
  • Google Maps membenarkan peminat untuk membuat lawatan secara maya untuk kesemua 12 stadium.

  • Beberapa hari sebelum majlis perasmian, acara ini dicemari dengan mogok dan protes. Pembangkang kepada temasya ini berkata lebih bagus jika perbelanjaan kerajaan sebanyak $11 bilion (RM35 bilion) untuk menganjurkan temasya ini diperuntukkan untuk sistem pengangkutan, sekolah dan penjagaan kesihatan.

  • Twitter memperkenalkan hashflags bagi setiap negara, dan ingin membuat Piala Dunia sebagai acara dunia dengan jumlah tweet paling banyak, mengalahkan Sukan Olimpik 2012 di London.

  • Perlawanan pertama, juga dikenali sebagai peringkat kumpulan, menampilkan lapan kumpulan dengan empat pasukan di dalam setiap kumpulan. Pasukan-pasukan yang hebat dan dari rantau yang sama biasanya diasingkan. 

  • Namun, tiga pasukan dari Kumpulan B (Sepanyol, Belanda, Chile, dan Australia) mempunyai mempunyai peluang yang cerah untuk ke peringkat akhir.

  • Hanya dua pasukan dari setiap kumpulan akan mara ke pusingan kedua.

  • Pusingan 16 (pusingan kedua) dijadualkan bermula pada 28 Jun, suku akhir pada 4 Julai, separuh akhir pada 8 Julai dan terakhir pada 13 Julai. Pertandingan untuk tempat ketiga adalah pada 12 Julai.


P/s: Memandang mood piala dunia telah bermula, maka blog aku vs kehidupan akan lebih banyak menyediakan bahan rangsangan, fakta-fakta dan info yang dirasakan menarik oleh pemilik blog mengenai Piala Dunia 2014! jadi untuk entry permulaan #2014FIFAWorldCup, jom layan 10 fakta mengenai piala dunia di brazil yang harus anda tahu!


17 comments:

  1. Interesting! Tp kali ni Vee tak layan sgt. Duk kat hostel, hostel mana ada tv. Huhuhu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. alamak sayangnya..
      tulah cabran duk hostel..
      tgok kat utube je lah vee :P

      Delete
  2. bulan puasa dah tentu pukul 4 tu kena bangun n memasak di dapur . blh lah sambil jeling2 tv tu kan ... meriah2 dgn promoted content n huawei lah .

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya salah satu cara utk mnyennagkan kaum lelki
      bgun bsahur.. siap2 boleh dgar jiran2 sblah menjerik2 tgok bola..
      x yah kkunci jam :P

      Delete
  3. Dari x minat bola jd terminat sikit2 lepas baca fakta ni :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. wah2 wah jm lpas ber ola..ole..la sambil tgok bola :P

      Delete
  4. bro, kasi post bebanyak pasal piala dunia nie..menarik juga fakta ini :)

    ReplyDelete
  5. musim bola ni tulis banyak2 pasal bola ramai yg minat tu sobri..klik4 menabung.

    ReplyDelete
  6. wah!wah!menarik!hahaha..semangat sobri..majukan sukan utk negera..go England..eh..hahaha
    menabung kat sini.. :D :D

    ReplyDelete
  7. terbaek info..lepas ni boleh sahur beramai-ramai lps tngok bola

    ReplyDelete
  8. aku x sempatnak tgk lagi..asyik tertido jer..

    ReplyDelete
  9. Dulu zaman bujang mmg havoc bila time world cup ni.. rumah jadi port dah mcm stadium.. :D

    ReplyDelete
  10. qila malas nak tengok first first ni xD
    hihihi

    ReplyDelete
  11. Brasil oh brasil...rasa2nya adalah brasil akan merampas takhta daripada spain?.... tungguuuuuuu....ekekekeke... dapat travel ke brasil kan best...ahahahahaha

    ReplyDelete

Komen Anda Amat Dihargai
Terima Kasih Kerana sudi membaca