8 Panduan Diet Dan Pemakanan Seimbang | www.sobriyaacob.com

google advertising

Thursday, June 12, 2014

8 Panduan Diet Dan Pemakanan Seimbang


Assalamualaikum dan salam sejahtera semua, seperti kita sedia maklum masalah berat badan berlebihan kini menjadi isu yang semakin serius dalam masyarakat kita. Ramai yang mengambil pendekatan mengurangkan makan dan bersenam untuk menurunkan berat badan.Tanpa kita sedari, ada yang membuat kesilapan dalam usaha menurunkan berat badan sehingga diet yang dijalankan kurang berkesan, jadi untuk info kecergasan dan kesihatan hari ini di bawah saya kongsikan 8 panduan diet seimbang yang boleh anda amalkan!.


8 Panduan Diet Dan Pemakanan Seimbang

1. Banyakkan minum air.

Air adalah sangat penting untuk fungsi-fungsi tubuh anda, termasuk penghadaman, penyerapan dan pengangkutan zat, perkumuhan, pengawalan suhu badan dan bertindak sebagai pelincir bahagian tubuh yang bergerak. Tubuh kita akan kehilangan lebih kurang 11/2 hingga 21/2 liter air dalam satu hari melalui air kencing, tinja, peluh dan wap daripada paru-paru. Jangan tunggu sehingga sudah berasa dahaga, untuk menggantikan cecair yang telah hilang dari badan. Minum sekurang-kurangnya 6 hingga 8 gelas air setiap hari. Cecair juga boleh didapati daripada minuman lain, buah-buahan, sayur-sayuran dan makanan lain.


2. Banyakkan makan makanan yang berbuah.

Kalau nak kira memang banyak sebenarnya buah yang sedap lagi berkhasiat. Diantaranya ialah buah apple, nenas, pisang, bawang putih, gandum, kentang, dan buah betik. Semua jenis buah yang disebut ini sebenarnya banyak khasiat tersendiri.


3. Banyakkan juga memakan kekacang.

Kacang pea, kekacang dan lentil adalah kaya dengan protein, karbohidrat, gentian dan beberapa vitamin (terutamanya vitamin B). Kacang soya yang sangat kaya dengan protein tumbuhan – boleh didapati dalam pelbagai bentuk seperti susu kacang soya, tauhu, tempe, protein sayuran bertekstur dan taugeh.


4. Kurangkan kandungan lemak dalam makanan.

Sebenarnya lemak itu penting, tetapi dalam diet harus menyumbangkan 20% hingga 30% sahaja dalam jumlah keperluan tenaga harian.Jadi, oleh itu kita harus elakkan pengambilan lemak berlebihan dengan:

  • Memilih makanan yang rendah lemak dan kolesterol.
  • Menggunakan minyak masak dalam kuantiti yang sedikit sahaja.
  • Mengurangkan penggunaan santan atau minyak kelapa dalam masakan.
  • Memilih daging tanpa lemak, serta membuangkan kulit jika boleh (contoh: kulit ayam).
  • Menghadkan penggunaan lemak yang boleh dilihat (seperti marjerin, mentega, minyak salad, krim dan mayonis).
  • Mengamalkan kaedah masakan alternatif (seperti membakar, menggunakan ketuhar gelombang mikro atau mengukus) daripada menggoreng.


5. Kurangkan gula.

Makanan yang diproses dan makanan manis seperti kek coklat dan aiskrim mengandungi banyak gula yang memberikan sejumlah besar kalori tanpa khasiat makanan atau serat.Kehadiran gula juga menggantikan makanan yang berkhasiat dan menyingkirkan beberapa vitamin dan galian dari tubuh.Memakan gula yang berlebihan bermakna anda menanggung risiko kerosakan gigi, kegemukan dan masalah-masalah lain yang dikaitkan dengannya seperti kencing manis, serangan jantung dan sebagainya.


6. Kurangkan garam

Makanan segera, makanan dalam tin, daging yang diawet dan makanan ringan bergaram seperti kentang goreng, mengandungi terlalu banyak garam. Memakan terlalu banyak garam boleh menyebabkan tekanan darah tinggi yang akhirnya boleh membawa kepada serangan jantung atau strok.Sesetengah orang mungkin menghadapi masalah terlalu banyak air di bawah kulit (edema).


7. Makan Perlahan-lahan

Makan Cepat, mungkin inilah perkataan yang kita sering dengar daripada ibubapa kita sewaktu kecil dulu. Mungkin kerana mereka tidak sabar menunggu kita menghabiskan makanan kita secepat yang mungkin. Akan tetapi, kita tidak sedar bahawa makan makanan dengan perlahan mempunyai banyak manfaat untuk kesihatan. Ia boleh merangsang pengeluaran lebih banyak air liur yang mengandungi enzim emilase yang membantu menghancurkan dan menghadamkan makanan. Makan perlahan-lahan membantu kita mengawal jumlah makanan yang masuk ke dalam perut. Ini penting bagi mereka yang hendak mengurangkan berat badan.


8. Pengambilan susu & snek

Jangan sesekali menidakkan pengambilan susu dalam diet harian. Anda disaran meminum sekurang-kurangnya dua cawan susu tanpa lemak. Alternatif lain, anda boleh menggantikannya dengan yogurt atau keju. Untuk pengambilan snek pula tidak salah jika sesekali mahu menjamah snek tapi pilihlah yang rendah lemak. Antara yang boleh dipilih ialah sandwich, bertih jagung atau pun popia basah.


P/s: Dah tahukan, lepas ini tiada masalah nak lakukan? jadi apa lagi jom kita sama-sama ke arah kehidupan yang lebih sihat :P


19 comments:

  1. Makanan seimbang sememangnya penting utk kesihatan kita kan.. t kasih atas perkongsian & peringatan bro Sobri.. :)

    ReplyDelete
  2. Balance diet is really important! Thanks!

    ReplyDelete
  3. memang penting makanan seimbang dalam kehidupan kita nie,thanks sharing

    ReplyDelete
  4. Makanan seimbang adalah penting untuk tubuh kita... perkongsian yang berguna bro... tp jangan tak senaman pulak yer...ekekekeke... :D

    ReplyDelete
  5. Good sharing bro :-) Apa yang penting adalah keseimbangan. Tak lebih dan tak kurang.

    ReplyDelete
  6. Macam nak nangis pun ada... banyak yg pernah dengar.. tapi buat tak sampai separuh jalan dan tersungkur hahahaa.. :apa pun thanks for sharing :D

    ReplyDelete
  7. Makanan seimbang sangat penting utk mengekalkan kesihatan.. greta sharing Sobri :D

    ReplyDelete
  8. amat bagus perkongsian infonys...klik3 menabung...

    ReplyDelete
  9. entri yang best..... bulan puasa ni waktu terbaik untuk diet.... boleh lah mencuba.... :)

    ReplyDelete
  10. Entri ni Cik Nun nak kena mencuba...sebab berat badan makin hari makin laju ja naik..hehe..tima kasih for sharing =)

    ReplyDelete
  11. Makan perlahan-lahan tu ikut sunah Rasulullah... Rasulullah kunyah makanan sebanyak 40 kali

    ReplyDelete
  12. sis kurangkan makan nasi ... jetta here .

    ReplyDelete
  13. singgah sini....
    kena selalu amalkan baru ler boleh diet....nice sharing

    ReplyDelete
  14. Very useful guide, revisit on Friday!

    ReplyDelete
  15. nampak mudah tp susah ..huuuuu

    ReplyDelete
  16. niesa sgt xsuka susu...wekkk..nak muntah..buah naga tu nampak menyelerakan..hehehe..nice sharing sobri..

    ReplyDelete
  17. Jom mkn seimbang. LM pun tgh diet. Ariti ketagih asik minum manis berat naik mencanak2. Mujur cpt sedar diri

    ReplyDelete

Komen Anda Amat Dihargai
Terima Kasih Kerana sudi membaca