9 Sebab Kenapa Perlu Mengembara Di Usia Muda | www.sobriyaacob.com

Thursday, June 5, 2014

9 Sebab Kenapa Perlu Mengembara Di Usia Muda


Assalamualaikum & salam sejahtera semua, Pengumuman buat semua kaki-kaki travel atau bakal menjadi kaki travel anda diharuskan untuk membaca post ini *9 sebab kenapa perlu mengembara di usia muda* kerana entry ini telah berjaya meransangkan adrenaline jiwa muda saya untuk keluar menjelajah dunia walaupun hanya untuk seketika, namun perasaan adrenaline itu hilang selepas beberapa hari seperti tiupan lembut bayu laut! puihh! anyway entry di bawah memang menginspirasikan diri saya untuk keluar travel melihat dunia, insaallah satu hari nanti siapa tahu bukan, doakan ya :P



Terdapat banyak sebab kenapa digalakkan mengembara di usia muda dan kenapa anda perlu melakukannya. Di sini ada sembilan sebab yang dapat membantu anda untuk mengorak langkah pertama menjelajah dunia.


1. Mengenalpasti kemahuan dalam hidup anda

Adalah menjadi perkara normal apabila manusia tidak tahu apa yang mereka inginkan sebenarnya dalam kehidupan mereka sehinggalah mereka sendiri mencuba sesuatu. Mengembara ketika usia muda adalah platform terbaik untuk mempelbagaikan pengalaman dan mengenalpasti apa tujuan hidup. Setiap negara, setiap bandar, malah setiap restoran yang anda kunjungi akan memberi peluang untuk anda menikmati pelbagai pengalaman berbeza. Lebih baik anda sedar akan keinginan dan potensi diri di usia muda berbanding menyedarinya di kemudian hari yang ketika itu sudah pun terlewat.


2. Kurang aset menjadikan anda lebih bebas

Semakin meningkat dewasa, anda mula mengumpul aset-aset seperti kereta, rumah, keluarga dan sebagainya. Mengembara sebelum tiba peringkat itu akan menjadi lebih mudah dan bebas kerana tiada sekatan atau bebanan. Ketika itu aset pun masih belum banyak. Anda boleh mengembara dengan tempoh masa yang lama, lebih kerap dan lebih jauh.


3. Mengembara boleh menjana ilmu 

Pendidikan di luar lebih luas daripada pendidikan di sekolah dan sudah tentu ianya boleh didapati melalui pengembaraan. Dengan mengembara, anda boleh meluaskan ilmu pengetahuan yang kesemuanya boleh diaplikasikan dalam kehidupan seharian. Malah sedar atau tidak, anda akan menjadi semakin berkeyakinan, berani, bijak membuat keputusan, bijak menangani masalah dan sebagainya. Sesungguhnya, dunia ini adalah universiti kehidupan.

4. Mengembara menjadikan personaliti anda lebih menarik 

Tiada perkara yang lebih menarik berbanding berbual dengan seseorang yang mempunyai perkara untuk diperkatakan. Anda tidak lagi menjadi kanvas putih yang membosankan, pengembaraan telah mewarnakan hidup anda menjadi lebih menarik berbanding sebelumnya. Bicara tentang pengembaraan dengan kawan-kawan dapat membuka mata mereka tentang anda dan dunia pengembaraan, malah anda mungkin menjadi inspirasi kepada mereka yang baru hendak keluar melihat dunia. 


5. Dewasa dengan kaya budaya 

Bila mengembara, anda terdedah dengan pelbagai budaya yang sebahagiannya pasti memberi impak kepada kehidupan anda. Dengan mempelajari budaya asing, anda akan melihat sesuatu dengan pelbagai perspektif. Setiap budaya adalah berbeza, begitu juga dengan setiap manusia. Pertukaran budaya juga menjadikan anda lebih peka dengan sekeliling, malah minda menjadi lebih merdeka dan berfikir lebih luas dalam berbicara dan mengungkapkan pendapat.


6. Belajar berdikari dan menjadi lebih bertanggungjawab 

Mengembara adalah cara terbaik untuk belajar berdikari. Bila anda mengembara, semuanya bergantung pada diri anda sendiri. Anda bertanggungjawab menguruskan tiket penerbangan, penginapan, pengangkutan, pasport, duit dan sebagainya. Malah kesusahan dan kesulitan yang dialami semasa pengembaraan juga boleh menjadikan perjalanan anda lebih bermakna.

7. Belajar menguruskan kewangan 

Kehabisan duit boleh menjejaskan perjalanan. Walaupun duit sebenarnya bukan menjadi masalah utama, tetapi tanpa duit di zaman ini, segalanya mungkin boleh menjadi mustahil untuk dilaksanakan. Tiada zon selesa apabila anda keluar mengembara, segalanya bergantung pada diri anda sendiri dalam mengawal keluar-masuk kewangan dari poket anda. Maka disebabkan itu, pengembaraan menjadi platform terbaik untuk anda belajar mengurus kewangan. 


8. Tidak menyesal di kemudian hari 

Tiada yang lebih teruk daripada meniti usia yang semakin meningkat dengan menyesal atas perkara yang anda tidak lakukan ketika di usia muda. Terlalu banyak untuk dilalui dan dilihat di dunia ini, jadi kenapa harus tunggu di kemudian hari untuk menikmati kehidupan anda? Tiada alasan kukuh kenapa anda harus menghabiskan masa muda anda dengan hanya bekerja. Seperti kata pepatah, jangan hidup untuk bekerja... kerja untuk hidup. 


9. Kerana anda memang berhak menikmati pengembaraan 

Hell yeah! Anda semua berhak memiliki masa terbaik untuk mengembara dan melihat apa yang ada di luar sana. Jangan tunggu lagi, mulakanlah langkah pertama anda untuk menjelajah dunia. Jangan biarkan peluang ini terlepas, terokalah dunia ketika anda masih muda.

Diterjemah dan diolah daripada artikel Norbert.


P/s: Article di atas saya pernah baca beberapa tahun yang lepas di sebuah blog travel, tapi lupa apa nama blog tu, almaklumlah 2,3 tahun yang lepas! entry ni dicopy paste dari facebook kerana telah berjaya menginspirasikan saya untuk menjelajah dunia . Mungkin daripada angan-angan melihat orang lain travel secara bacpacker / travel secara budget mat salleh style!  mungkin menjadi realiti! jadi langkah pertama mulakan dengan menjelajah negara sendiri dahulu sesungguhnya MALAYSIA-The Undiscovered Trail.  saya suka denga reason ke 8 / 9 supaya tidak menyesal di kemudian hari dan kita semua berhak untuk menikmati pengembaraan yang hebat! ingat hak mengembara, hak kami! *iklan milo sebentar*




23 comments:

  1. Waktu muda ni lah elok berkelana. Tanggungjawab pun masih lagi kurang beratnya jika nak dibandingkan waktu sudah berumahtangga nanti. Lagipun, waktu usia muda remaja ni, bagi yang lelaki, kebanyakan parent Melayu lebih sukakan anak mereka merantau. Kalau boleh berdikari hidup di rantau lagi bagus. Hehe

    ReplyDelete
  2. agreed with all the point bro..memang tak dinafikan ketika usia muda nie, mengembara adalah satu aktiviti yang menarik untuk dilakukan...macam aku pulak, kalau setakat mengembara kat dalam Malaysia tu okay lagi cuma kat luar Malaysia tu payah sikit sebab aku banyak benda tak makan..jadi nak dapatkan makanan yang sesuai + halal itu agak sukar..hehehe

    Regards,
    -Strider-

    ReplyDelete
  3. sangat setuju !!!!! kalau ada duit banyak memang teringin mengambara ke mana sahaja

    ReplyDelete
  4. shin x sabar nk mengembara lagikk.. semakin suka hiking.. betul betul menguji mental dan fizikal..

    ReplyDelete
  5. mengembara akan meluaskan pandangan dan menambahkan ilmu...

    ReplyDelete
  6. saya setuju. Walaupun tidak mengembara ke luar negara. Dalam negara pun mampu buat kita terpesona dengan keindahan alam ciptaan Allah S.W.T. Apatah lagi ke tempat orang.

    ReplyDelete
  7. sokong 101% mungkin tak semua bfikiran begini.ada setengah akan kata time tua baru nak melihat dunia.sebab muda2 ni nak kumpul harta untuk masa depan.siapa kata muda2 tak boleh simpan?dan siapa kata time tua akan ada harta?kadang2 kita kena pandai bahagi kan kehidupan kita ni..

    ReplyDelete
  8. yeah... time muda2 la kaki dan badan rasa kuat nak berjalan, mata pun cerah nak tengok pemandangan sekeliling dan otak masih segar nak belajar dan memahami pelbagai budaya ;3

    menabung~ ;D

    ReplyDelete
  9. jyeahh. memang sokong 100% travel waktu muda. sekarang ni gigih lagi nak berjalan ke sana sini :)

    ReplyDelete
  10. Waktu muda memang banyak energy nak pergi sana sini . Pengembaraan seperti percutian yang ringkas dan mudah . Seronok juga , saya pun memang sukakan cabaran . HUHU .

    ReplyDelete
  11. saya kaki travel...mengembara sejak muda lagi....

    ReplyDelete
  12. jauh perjalanan luas pemandangan.. gittue..
    hakak ni dah dua anak baru sibuk2 nak melancong & bercuti sana sini dik.. hahaha kesian kannn
    Sobri time2 tgh muda kuat tubuh badan ni pergi berjalan dik.. tak rugi.. bila dah kawin dah beranak pinak sok dah lain keseronokannya.. time single2 pulak lain perasaannya.. :))

    psstt click2 kat nuff yer :))

    ReplyDelete
  13. bila masih x ada komitmen ni elok la mengembara...bila dah ada komitmen susah...

    ada 3 content promoted... :)

    ReplyDelete
  14. saya ni suka travel. teringin nak travel jauh2. tp masalah pada masa dan keuwangan

    ReplyDelete
  15. Agree, just do it when we are still young.

    ReplyDelete
  16. ya, betul..kurang/tiada komitmen kerja, perkahwinan, hutang, anak, dll..buat travel lagi seronok..

    rebut 5 perkara sebelum datang 5 perkara...muda sebelum tua..lapang sebelum sibuk..

    ReplyDelete
  17. Sangat sesuai mengembara dikala usia muda dan belum ada komitmen kepada isteri dan anak-anak..

    ReplyDelete
  18. Agreed...Kita memang suka travel..tapi bila dah start kerja..tak banyak masa terluang...Waktu yang paling best travel masa cuti semester...

    ReplyDelete
  19. Sobri..ada lagi satu sebab yang menghalang...masalah kewangan...kalau lah duit banyak...waduh...tiap2 bulan mahu berjalan je :-)

    ReplyDelete
  20. belum ada komitmen . cuma perlu jaga diri sendiri . senang sikit kalau nak pergi ke mana - mana .

    ReplyDelete
  21. Setuju.. waktu mudalah tenaga masih segar.. jauh perjalanan, luas permandangan.. :)

    ReplyDelete
  22. Im next!nk travel sorg2 ke luar negara..tp mayb negara yg dekat2 je lah..hihi..mengembara ni lebih berbaloi drpd habiskan duit dgn barang2 sbb dgn mengembara mcm2 memori dan pengetahuan kita dapat kan..so sobri jgn lupa ajak niesa kalau nk travwl jauh2 ye...hihih

    ReplyDelete

Komen Anda Amat Dihargai
Terima Kasih Kerana sudi membaca