Jemputan FamTrips Bike Ride @ Padang Rengas dan Program Kebudayaan dan Kesenian Royal Belum 2014 | www.sobriyaacob.com

Saturday, June 28, 2014

Jemputan FamTrips Bike Ride @ Padang Rengas dan Program Kebudayaan dan Kesenian Royal Belum 2014


Assalamualaikum dan salam sejahtera pembaca semua, baru-baru ini telah diadakan FAM Trips Bike Ride @ Padang Rengas dan Program Kebudayaan dan Kesenian Royal Belum 2014, bertarikh 20-24 Jun 2014 bertempat di Padang Rengas, Kuala Kangsar dan Royal Belum, Gerik, Perak. Syukur alhamdulilah dan beribu-ribu ucapan terima kasih kepada Tourism Malaysia Perak, kerana sudi lagi mengundang saya untuk menyertai dan merasai kemeriahan penganjuran FAM Trips kali ini.

Credit: PakDolly photograpy 
Visit Year Malaysia 2014 #VMY2014

Tujuan Program ini dijalankan ialah untuk mempromosikan tempat-tempat perlancongan menarik yang ada di Negeri Perak sempena dengan Tahun Melawat Malaysia / Visit Year Malaysia 2014 #VMY2014 sesungguhnya jemputan kali ini amat bermakna bagi saya kerana saya adalah anak jati perak dan berasai daripada Gerik, Perak. Satu penghormatan kepada saya untuk mempromosikan negeri dan daerah sendiri kepada orang ramai serta dapat menyokong usaha kerajaan dalam usaha mempromosikan Malaysia khasnya untuk Tahun Melawat Malaysia 2014 

Ini adalah jemputan kali kedua saya sebagai bloogers bersama dua orang lagi bloggers terkenal iaitu Bro Sham-www.shamphotography.com dan Tuan Fuad-malaysianaexplorer.blogspot.com sekiranya anda masih ingat entry terdahulu saya ada memperkenalkan serta mempromosikan tempat-tempat menarik di Daerah Pengkalan Hulu iaitu tarikan alam semulajadi yang terdapat di sana seperti Gua Gendang dan Gua Itik serta Pesta Songkran yang dijalankan oleh komuniti siam yang tinggal di Daerah Pengkalan Hulu. Bagi yang belum pernah membaca, bolehlah klik pautan di bawah : 


Edisi Pengkalan Hulu Trip :The Undiscovered Trail 

Untuk Fam Trips kali ini kami dibawa sendiri untuk menyertai program Bike Ride @ Padang Rengas untuk berbasikal, laluan sepanjang 18 Km di mana tujuan utamanya untuk mempromosikan Padang Rengas sebagai lokasi laluan berbasikal kepada penggemar sukan berbasikal. Fun Ride @ padang rengas berpontensi untuk dijadikan salah satu tarikan perlancongan baru yang boleh dijalankan selain daripada produk perlancongan perusahaan homestay dan perusahan tradisional seperti pembuatan laksa, pekasam dan bengkel pembuatan parang oleh penduduk setempat. 

Program Kebudayaan dan Kesenian Royal Belum 2014, kami di bawa ke Taman Negeri Royal Belum diberi gelaran 'permata hati negeri perak' kaya dengan pelbagai biodiversiti kerana banyak flora dan faunanya masih dalam keadaan asal di mana masih banyak yang belum diterokai dan diusik oleh manusia. Antara objektif Program Kebudayaan dan Kesenian Royal Belum 2014 ialah seperti kepentingan kita menjaga alam sekitar kerana itu antara khazanah alam yang tak ternilai harganya, perkongsian kajian-kajian yang di jalankan di Royal Belum, perkongsian budaya penduduk setempat terutama orang asli daripada keturunan Jahai Seperti budaya, tarian, cara hidup serta mempromosikan Royal Belum antara tarikan perlancongan yang terkemuka di Perak. 

Program kali ini turut disertai oleh bloggers, wakil media, wakil travel agensi untuk merasai sendiri tarikan yang ada di negeri perak serta mempromosikanya kepada orang ramai. Memang banyak tempat-tempat menarik yang kami kunjungi sepanjang trips ini berlangsung nanti saya akan ceritakan secara santai pengalaman serta tarikan perlancongan yang ada di setiap lokasi, owh seperti biasa setiap lokasi yang saya lawati akan ceritakan secara berasingan, pastinya banyak pengalaman menarik, lucu memori indah sepanjang saya menyertai trips ini akan saya kongsikan kepada anda semua :P 

Untuk entry permulaan saya akan senaraikan lokasi-lokasi yang saya kunjungi sepanjang FamTrips Bike Ride @ Padang Rengas dan Festival Kebudayaan dan Kesenian Royal Belum 2014 dijalankan! 

Galeri Sultan Azlan Shah

Pemandangan indah di Luar Galeri Sultan Azlan Shah 



Galeri Sultan Azlan shah terletak di Bukit Chandan, Kula Kangsar, merupakan galeri yang mempamerkan koleksi kepunyaan Almarhum Sultan Azlan Shah sama ada koleksi peribadi atau pemberian daripada rakyat jelata atau pembesar negara. Saya sangat bertuah diberikan kebenaran untuk mengambil gambar untuk tujuan mempromosi, entry seterusnya saya akan menceritakan mengenai sejarah hidup Almarhum Sultan Azlan Shah sesungguhnya kunjungan saya di Galeri Sultan Azlan Shah membuatkan saya lebih dekat dan memahami instutusi kerajaan Beraja Negeri Perak, Daulat Tuanku. 

Mariwasa Kraftangan

Antara proses yang dihasilkan untuk menghasilkan pingat, di Mariwasa Kraftangan 



Mariwasa Kraftangan merupakan pengeluar tunggal pingat-pingat darjah kebesaran di seluruh malaysia, Melihat sendiri bagaimana sesuatu proses pembuatan medal dari mesin makanikal yang digunakan sepanjang bermulanya proses rekaan die atau acuan , kemudian proses penempaan medalion , kemudian proses cantuman pengikat medal , proses pegilatan , dan proses pembukusan, banyak info dan maklumat baru dipelajari sepanjang lawatan ke Mariwasa krafftangan.

Masjid Diraja Ubudiah 



Masjid Ubudiah turut juga dikenali sebagai Masjid Diraja Ubudiah ialah sebuah masjid negeri terletak di Bukit Chandan, Kuala Kangsar, Perak. Menampilkan rekabentuk yang sangat menarik dan merupakan antara masjid-masjid yang tercantik di Malaysia 

 Azydar Enterprise 

Antara produk tenun tekap yang dihasilkan oleh Perusahaan Tenun Tekat, Azydar Enterprise 



Puan Azizah menunjukkan kepada kami proses-proses untuk menekap benang emas, memerlukan kesabaran dan kemahiran yang tinggi untuk menghasilkan sesuatu corak Tenun Tekap Perusahaan Tenun Tekat diusahakan oleh Puan Azizah Adam, berlokasi Kampung Padang Changkat, Bukit Chandang, Kuala Kngsar, Perak

Victoria Bridge 

Pemandangan indah di Victoria Bridge, kuala kangsar 



Victoria Bridge merupakan jambatan keretapi antara yang tertua di Malaysia, ketika itu dikenali sebagai Malaya. Jambatan ini merentangi Sungai Perak yang menghubungkan Bandar Diraja Kuala Kangsar. Jambatan ini terletak di Karai, Kuala Kangsar, victoria Bridge antara jambatan yang tercantik dan kaya dengan pelbagai sejarahnya sendiri. 


Program Bike Ride @ Padang Rengas 2014 


Program Bike Ride @ Padang Rengas 2014, inisiatif tourism malaysia perak untuk mempromosikan padang rengas sebagai produk terbaru kepada peminat-peminat basikal. Turut mempromosikan produk dan perkidmatan yang ditawarkan oleh penduduk setempat. 

Bengkel Pandai Besi, Kampung Rambung 

Perusahaan Pembuatan Pekasan, Kampung Tanah Merah 

Perusahaan Pembuatan Laksa, Kampung Paya 

Muzium Arkeologi Lenggong 


Muzium Arkeologi Lenggong, lokasi terletak di kota Tampan, Lenggong untuk melihat sendiri Perak Man, antara artifak sangat bernilai dan berharga di malaysia. Daerah Lenggong Tersenarai sebagai antara 953 Tapak Warisan Dunia oleh Unesco juga berkaitan dengan penemuan beberapa artifak berusia lebih 11,000 tahun menerusi kerja-kerja eskavasi ahli arkeologi negara sejak 20 tahun lalu sekaligus membuktikan wujudnya penempatan awal manusia prasejarah di negara ini.

Hutan Libur Lata Kekabu


Hutan Libur Lata Kekabu terletak dalam hutan simpan bintang hijau, berpeluang untuk mandi manda di sini merasai sendiri kesejukan air terjun lata kekabu, Lata kekabu ini merupakan antara tempat rekreasi perlancongan popular di daerah Lenggong.

Taman Negeri Royal Belum


Untuk program Kebudayaan dan Kesenian Royal Belum 2014, kami di bawa ke Taman Negeri Royal Belum, Gerik, Perak untuk menerokai sendiri khazanah yang bernilai yang ada di Royal Belum seperti melawat Air Terjun Sungai Kooi untuk melihat bunga Pakma, Pusat Sintuari Ikan Kelah Sungai Ruok dan pelbagai tarikan lain yang ada di sini. Hutan Royal Belum kaya dengan pelbagai biodiversiti kerana banyak flora dan faunanya masih dalam keadaan asal di mana masih banyak yang belum diterokai oleh manusia malah dipahamkan usia hutan royal belum adalah lebih tua daripada Hutan Amazon! menarik bukan :P

Program Kebudayaan dan Kesenian Royal Belum 2014

Pemandangan di Air terjun sungai kooi, sangat cantik.

Ke Sungai kooi, menikmati keindahan alam semujadi yang masih belum terusik serta misi utama mencari bunga pakma 

Pusat sentuari ikan kelah di Sungai Ruok 

Pemandangan di Kem Sungai Papan, mempelajari kepelbagaian jenis pokok dan tumbuhan, melawat klinik semula jadi haiwan iaitu sira garam.


Ini antara sebahagian aktiviti yang dijalankan sepanjang program berlangsung, sebenarnya masih banyak lagi tempat-tempat menarik dan aktiviti yang saya lakukan sepanjang mengikuti FAM Trips Bike Ride @ Padang Rengas dan Program Kebudayaan dan Kesenian Royal Belum 2014, untuk entry berikutnya saya akan kongsikan secara detail dan santai tempat menarik dan aktiviti yang saya lakukan dengan anda semua, 

Terima kasih kepada Belum State Park, Tourism Perak dan semua pihak yang terlibat menjayakan program FamTrips kali ini, kerana memberikan kerjasama dan layanan yang sangat baik kepada saya. Ribuan terima kasih kepada Tourism Malaysia Perak kerana sudi menjemput saya untuk merasai kemeriahan dan keseronokan cuti-cuti di Malaysia. Saya amat berbangga dan teruja untuk berkongsi, mempromosikan pelbagai tarikan yang ada di Negeri Perak, tanah kelahiran saya kepada anda semua! sekarang saya masih pening memikirkan entry mana yang ingin dikongsikan bersama korang semua! jadi nantikan entry saya yang berikutnya ya :P 



Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, atau ingin mendapatkan maklumat-maklumat terkini perlancongan yang ada di Negeri Perak, sila hubungi :

Tourism Malaysia Perak,
No. 12, Medan Istana 2,
Bandar Ipoh Raya,
30000 Ipoh, Perak


Tel                     : +605-2552772/9962
Faks                  : +605-2532194
Like Facebook   :Tourism Malaysia Perak

Website                  : www.tourism.gov.my


47 comments:

  1. subhanallah
    indahnya.done klik..
    selamat menyambut ramadhan al Mubarak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih sis..
      slamat myambut ramadhan

      Delete
  2. Wah... Penampilan pun menarik... Best penceritaan anda.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ha..ha. tq bro..
      bayak lagi nak dkongsikan..
      kena tunggu next entry..
      happy reading bro :)

      Delete
  3. menarik sekali tempat2 yg dilawati...perak indah bersejarah..klik3 invest..selamat berpuasa sobri.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu sis..
      banyak betul tempat2 menarik di perak..
      kaya dgn keindahan alam semulajadi dan
      mempunyai sejarah yg tersendiri ;p

      Delete
  4. Seronok bila dapat jemputan mempromosikan negeri masing-masing. Tertarik dengan reka bentuk masjid ubudia.

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulilah rezeki...salah satu usaha kita sbgai bloggers
      mempromosikan keindahan malaysia..
      nanti ada klapangan bilehlah mlawat masjid ubudia di
      kuala kangsar bro :)

      Delete
  5. This is my next destination for travelling.

    ReplyDelete
    Replies
    1. must come and visit kuala kangsar and royal belum..
      royal belum forest totally recommended..
      awesome place!

      Delete
    2. Yes, thanks for introducing these great places!

      Delete
  6. wah... tampaknya menyenangkan sekali tempat-tempatnya, hmm...

    ReplyDelete
    Replies
    1. jemputlah dtang ke malaysia mas :P
      visit year 2014!

      Delete
  7. Wahhhh... sudah up nampak entrinya...ekekekeke... aku pun tgh prepare draft banyak2 ni... Bro... bukan FarmTrip laa tp FamTrip... kalau FarmTrip kang semua gi ladang nampaknya...ahahahahahaha.... :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. inipun ambik masa..ni bulan puasa lg la slow nak mengupdte entry bro...
      ni draff pun x buat lagi..nampanya lpas sahur baru la ada masa nak mendraff bagai entry..
      orite take note! thank abg sham :P

      Delete
  8. Woww best nyaa... byk juga tempat2 tu yang idah belum pernah singgah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya tempat2 kat atas tu memng sangat menarik..
      nanti klau bkesempatan ke perak jmputla singgah
      mlawat!

      Delete
  9. Bestnyer dapat jemputan untuk memperkenalkan negeri sendiri

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulilah rezeki..salah satu sumbangan
      yg bleh kita beri kpada negeri sendiri :P
      sbgai ank jati perak :)

      Delete
  10. FUH, ni lagi meriah
    dapat naik basikal ramai-ramai camni
    klu trip camni memang terbaik

    ReplyDelete
    Replies
    1. ha..ha.. event kau pergi lg meriah bro..
      siapa ada taylor swift..
      memng terbaik la trips travel kali ni :P

      Delete
  11. Meriahnya teringin nk folow aktiviti begini
    Festime dgr victoria bridge di kola kangsar tu
    Perak not bad jugk eh mcm adooo
    Nampak pucuk paku tu terus teringat nk masak lomak cili padi opsssss puasa lah
    Selamat berpuasa sobyieee mohon maaf jika ada salah silap eh

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah malaysia pun byak tmpat menarik..
      cuma kita lah kena rajin cari...
      owh samalah kita jm..
      mintak maaf dan ampun skiranya terlebih kurang berbalas komen ya..
      salam ramadhan jm :P

      Delete
  12. seronok betul mengkome rombongan jenjalan ke perak eh... jeles orang yg kena tinggal nie... hehehe...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ala.. orang tu pun p sabah lama seminggu,,
      mohon jangan jeles ya sis :P

      Delete
  13. Ternag mata tengok gambar-gambar yang ohsem kat sini...bestkan dapat jalan-jalan selalu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Ramadhan Sobri...

      Promoted Content & ASTRO for you..

      Delete
    2. alhamdulilah...
      salam ramadhan dan slamat bpuasa sis :P

      Delete
  14. selamat berpuasa ek Sobri Yaacob.. jgn korek idung di siang hari ek huhu

    ReplyDelete
  15. wahhh...bestnya tempat ini...terasa nak pergi melawat belum pulak lepas ini....

    Regards,
    -Strider-

    ReplyDelete
    Replies
    1. jemput2 dtang ke sini..tambah2 royol belum kalau
      ko nak cari peaceful please..sinilah patut ko pergi..
      coverage telifon pun x de memng damai rasa :)

      Delete
    2. kalau aku datang ko kena tunjuk jalan...kalau xde line tepon makna waze pun takde..hehehhe

      Regards,
      -Strider-

      Delete
  16. wah kampung teman... begitu menarik, ermmm teman tak sempat le nak jenjelan mcm nie... koje je memanjang... gagagaga nak cuti pun tak tahu bile... raya tahun nie pun rasenye koje... huhuhuhu sabo je laaaa... biasa la kuli kulian :P

    ReplyDelete
    Replies
    1. dimanakah kampung mika? kuala kangsar ke royol belum> he..he..
      sabarlah tuntukan kerja.. nanti kalau ada masa jalan2 la,,
      tak apa mula2 kuli-kulian lepas ni bo-bosian bro :)

      Delete
  17. Salam Ramadhan yer... Zumal dah lama teringin pergi Hutan Belum tapi tak kesampaian lagi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam ramadhan..
      nanti plan bolehlah pergi..
      tidur plak kat house boot memng terbaik!

      Delete
  18. halus sungguh hasil tekad tuh ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. memerlukan kretiviti dan seni tekap yg bkemahiran sis..
      harga pun bleh tahan

      Delete
  19. seronoknya join activities macam ni. lagi lagi kalau dijemput memang terasa macam VVIP :D
    CT suka travel blog and jalan jalan ni.. kita tak tahu banyak lagi tempat menarik ada kat Malaysia kan..

    ReplyDelete
  20. wow alangkah indahnya kalau dapat join bersama. sangat menarik. dapat melihat keindahan alam ciptaan tuhan. Membuka mata kita sebagai hamba yang kerdil

    ReplyDelete
  21. Wow menarik... pasti bnyk ilmu & pengalaman baru diperolehi dlm aktiviti spt ini.. seronok. Thanks sharing bro Sobri.. :)

    ReplyDelete
  22. salam. wahhhh..bestla dapat pegi ..

    p.s menabung kkbox :)

    ReplyDelete
  23. Tempatnya nampak macam menarik...

    ReplyDelete
  24. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  25. byk tempat menarik di negeri teman ni...hehehe...sis noe mmg teringin nak pegi royal belum...x sampai2 lg....cantik2 gambar dlm ni sobri......VW lagi tuk sobri :)

    ReplyDelete

Komen Anda Amat Dihargai
Terima Kasih Kerana sudi membaca