Nuffnang Penipu - Buat Duit Melalui Nuffnang | sobriyaacob.com

Sunday, June 15, 2014

Nuffnang Penipu - Buat Duit Melalui Nuffnang

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua, arh sementara tunggu game perlawanan bola antara England dan Itali, rasanya sempat lagi saya upadate barang satu entry. Opps terlupa kalau tak silap saya RTM tidak menayangkan perlawanan antara England dan Itali, dijangka berlansung pada pukul 6.00 pagi nanti! arhh tensen aku dengan RTM! kata penyiar rasmi bola sepak FIFA 2014, dah la rumah aku tak ada astro! nampaknya kena lepak kat kedai mamak la, btw bagi anda yang masih tercari-cari Jadual Lengkap Piala Dunia Brazil 2014 #2014FIFAWorldCup boleh (klik disini) untuk dowlode! ya



Hari ini saya nak bincang-bincang secara santai dengan korang, adakah boleh buat duit melalui blog, dan bagaimana caranya. Saya percaya ramai diantara kita buat blog pada mulanya hanya sekadar suka-suka sekadar berkongsi coretan, pengalaman paling tidak menambahkan kenalan tapi dalam tidak sedar sebenarnya kita boleh buat duit dengan blog dengan cara memasang pengiklanan di blog, sponser post, cara sewakan iklan, buat review produk atau service, jual e-book dan lain-lain tapi pastikan traffik anda cukup mantap, cara lain paling mudah boleh pasang pengiklanan melalui Nuffnang, Mangga ads, Innity dan banyak lagi tepuk dada tanya traffik blog. 


Seperti saya memng cukup setia dengan pengiklanan melalui nuffnang (klik sini), walaupun banyak review yang ditulis blogger di luar sana mengatakan nuffnang pembohong dan tidak boleh dipercayai, nuffnang tak hantar duit, tak boleh buat dengan nuffnang, payah nak dapat Be dengan nuffnang dan selalunya yang komen itu ini adalah bloggers baru tidakpun traffik sendu-sendu macam saya tapi memberi komen bukan main banyak, kalau bloggers lama / otai teman tak kisah la sebab traffik dah mantap boleh pilih pengiklanan mana yang diorang mahu, ini baru buat blog tak sampai setengah tahun dah komen itu ini, cubalah sabar dan positif jangan terlalu ghairah berblogging kerana duit tapi blogging kerana minat dan income yang bakal menyusul adalah reward terhadap minat anda, tapi kalau betul nak buat duit melalui blog pastikan niche blog anda power, seo hebat di carian, rajin belajar dekat otai-otai insaallah tak sampai sebulan dua dan nampak hasilnya.


Btw saya bukanya bloggers yang hebat, saya bloggers suam-suam kuku ada pasang surutnya mood nak berblogging tapi alhamdulilah sepanjang 3 tahun lebih baru dapat 4 cek dari nuffnang itupun keahlian nuffnang Non- Giliterat itupun mampu angkat camera dlsr nikon sebijik hasil berblogging :P dalam setahun dua ini aftif kembali berblogging semenjak keahlian bertukar balik menjadi Giliterate, tipsnya rajinkanlah upadte maklumat anda dan hantar tiket kepada pihak nuffnang dan rajinlah menulis dan update blog.Kalau anda tak percaya cek ke 4 yang saya dapat ya boleh klik sini sebagai bukti dan peransang untuk terus berblogging serta memilih dan terus setia beriklanan bersama nuffnang!


Walaupun ramai yang cakap nuffnang amat kejam dengan bloggers baru susah  nak berikan kampen / Be tapi mengikut kajian saya secara tidak rasmi sebenarnya blog yang trafiknya kurang mantap itulah yang selalu dapat BE contohnya blog kedua saya Tips & Panduan Blog's rasanya dah ramai tahu kot akan kewujudanya masih new baby berusia 3 bulan telah berjaya mendapat dua Be / buffered earning tapi CTR bonusnya sangat sikit tapi bolehlah daripada tak ada! siapa cakap nuffnang kejam dengan blog baru janji tahu caranya dan iklas berblogging.

Tips & Panduan Blog's
Jemputlah singgah ke sini, banyak tips, petua dan panduan  yang awesome saya kongsikan! dekat blog ini di kongsikan info ringkas dan padat dalam bentuk santai yang pasti tidak melalut-lalut macam  di blog ini sesuai untuk dibaca semua peringkat umur serta bahan bacaan yang halai ! itu pasti :P


Alhamdulilah sepanjang saya berblogging balik juga modal! eh dapat sesuatu, maksudnya ada la insentif RM yang saya dapat walaupun sedikit, terlebih dahulu terima kasih kepada rakan-rakan yang selalu memberi sokongan dan tabungan secara iklas ataupun tidak iklas -LOL, apa yang saya pentingkan ukwah dan networking yang dibina. Nak cakap blog saya hebat? niche pun terabur, blog genre apa pun tak tahu! yang pasti saya suka kongsikan sesuatu yang berinformasi yang boleh menambah nilai tambah kepada minda yang membaca *ayat profesor abam sobri* bukan sekadar pengkongsian kosong.


Oklah rajin pulak saya menaip panjang-panjang malam ni, almaklumlah taknak bagi mata mengantuk nak layan bola England VS Itali, yang pasti bagi yang belum mendaftar dengan nuffnang blog anda bolehlah mendaftar dengan segera (klik sini) mana tahu rezeki anda dapat income bertingkat-tingkat masyuk!! yang mana selalu maki-maki sakit hati dengan nuffnang sebab jarang dapat BE / kampen baru, harap teruskan berusaha. Macam saya abam sob sentiasa sabar dan setia dengan nuffnang! ternyata nuffnang memag tak menipu dan anda boleh menjana duit melaui nuffnang :P eh kalau Nuffnang penipu tidaklah sampai sekarang BN, RM, Cik epal, Hanis Zulaika dan lain-lain masih setia dengan nuffnang itu yang popular.. tak termasuk yang beratus ribu bloggers yang tak popular dan suam-suam kuku pun..masih setia dengan Nuffnang :P   


P/s:Article ini ditulis berdasarkan pengalaman saya bersama nuffnang, so far tak pernah ada pengalaman buruk dan tak ingin madukan nuffnang dengan advertising yang lain sebab abam sob sangat setia dengan yang satu, lagipun traffik blog ini belum cukup mantap dan kuat jadi buat apa nak susah-susah nak bermadu dengan yang lain janji setiap bulan lekat BE 2,3 ataupun dapat sponser post bertambahlah sayang dengan nuffnang, sebenarnya apa yang saya cari adalah networking income tu lebih kepada perangsang kalau dapat alhamdulilah :P


38 comments:

  1. biar betik bro, siap dpt angkat dslr tu..jelez siak....entri pun menarik, banyak tip serta kata2 semangat..ole-ole-ole

    ReplyDelete
  2. Teruskan berblogging, sebab ianya adalah satu cara mengisi masa lapang yang bermanfaat ;3

    menabung menabung~ ;D

    ReplyDelete
  3. blog sy pun suam2 kuku tp lekat la jgk 2 3 BE =)

    ReplyDelete
  4. Saya ni masih baru juga berblog, tp oklah nuffnang sbb dah 2 x juga cash out tak de masalah.. klu nak mengejar duit semata2 tanpa tengok faktor2 lain mcm tulah jadinya kot... semua mcm nak tipu dia je huhu... wallahualam.. :D

    ReplyDelete
  5. dah lama x check earning nuff..last month check cuma rm20. huhuhuuh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pasang adsense sekali..berbaloi boh.

      Delete
    2. tak boleh pasang bro..kena reject
      sbab blog bhasa melayu kot :P

      Delete
  6. Jm pun blogger suam2 kuku je. Tulis blog pun ikut suka hati dan x ada niat pulak nk earning duit from blog tu. Tajuk entri buat Jm teruja je nk baca hikk saje je tau. Moh kita support blig each other baru networking tu berpanjangan sbb ada tu mengumpan je pastu sunyi sepi maybe blog x menarik kot. Apa2 pun Jm setia d sini hee

    ReplyDelete
  7. Tahniah bt tuan blog kerana kesetian tdk berbelah bahagi dgn nuffnang.. Saya pula stkt ni mmg x blh la nak brtunang dgn nuffnang ni. kuat cemburu sgt la..hehe

    ReplyDelete
  8. cik nor takat nak isi minyak kereta full tank tu blh la..nak angkat dlsr xdapetlah lagi..huhu

    ReplyDelete
  9. HUHU . Saya dah lama buat blog sejak 2009 , tapi berani daftar nuffnang tahun 2012 . Menyesal tak buat awal-awal sebab tak berani nak daftar benda-benda online masa sekolah >_<

    ReplyDelete
  10. ish qila ingat betul betul tipu dah tadi tak baik ah buat qila terkejut beruk cemtu ekeke :P
    hihihi betul, relax je hehe.
    nak senang, bila kita suam suam kuku, earning pun suam suam lah hihihihi.
    and yes, melainkan yg dah pemes tu boleh cerita ler kan hihihihi.

    ReplyDelete
  11. TAHNIAH SOBRI..KALAU RAJIN MENULIS MCM SOBRI NI MESTI ADA HASILNYA ...KLIK3 MENABUNG.

    ReplyDelete
  12. Tahniah Sobri,macam kak ana juga sambil2 berkongsi idea dan pengalaman lekatlah juga nuffnang walau tak banyak...

    ReplyDelete
  13. Emmm.. chegu dah berkali2 dapat, kebanyakan trafik datang dari google, takde masalah pun.. ikut nasib kot

    ReplyDelete
  14. biasanya nuffnang kasi blog yang traffic rendah BE supaya dia tak perlu bayar banyak.. traffic tinggi selalunya dia tak kasi.. I dah kena.. memang dia tipu.. pernah kasi BE tapi credited awal gilaa. amount pun RM 0.00 sen...

    ReplyDelete
  15. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  16. biasanya nuffnang kasi blog yang traffic rendah BE supaya dia tak perlu bayar banyak.. traffic tinggi selalunya dia tak kasi.. I dah kena.. memang dia tipu.. pernah kasi BE tapi credited awal gilaa. amount pun RM 0.00 sen...
    Lepastu bila I tanya kenapa dapat BE tapi takde amount? Padahal unique visitor 1000++ sehari. dah nak dekat 2 minggu dia tak balas lansung.

    ReplyDelete
    Replies
    1. owh..itulah kadang nuffnang ni memng susah sdikt nak bg be.. :P
      kena sabar la.. tapi banyak lg advertsing kat luar bleh kita pilihkan
      slain nuff :P

      Delete
  17. Terbaek laaa bro sobri... bagus gak nuffnang ni ek... blog aku takde nuffnang.. aku pernah cuba tp problem ngan template blog aku.. abis berterabur blog aku... ekekekeke... semoga lebih bertambah rezeki dgn nuffnang... :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. patutla x de ya bro :)
      x pe abang dah kaya :P

      Delete
  18. hehe..dulu niesa mmg x terfikir langsung pasal nuffnang ni..sbb masa tu mmg xtau apa bnda n mcm mna nk dpt..last year baru aktif..Alhamdulillah la jugak kan..thanks for sharing sobri.. :D

    ReplyDelete
  19. sy pun suam² kuku.. tp bersyukur bila dpt duit dr Nuffnang biarpun ratusan aje

    ReplyDelete
  20. Assalammualaikum...sobri,

    nice entry suka baca.. bagus pengkajian iklan nuffnang nie untuk sesama kita mengkajinya. Trend nuffnang sekarang agak berubah2.. susah nak baca... tips yang dikongsikan nie bagus untuk diamalkan.

    mselim3

    ReplyDelete
  21. Sama laa kita bro, so far aku pun belum experience apa2 yang tak best dengan nuffnang..kekadang memang ade rasa nak try product lain tapi selagi nuffang okay dengan aku why change kan??hehehehe

    Regards,
    -Strider-

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya jangan sesekali madukan nuff..nanti status akan dtarikbalik he..he :P

      Delete
  22. nice entry. thanks for sharing. tahniah jugak untuk saudara Azlan yang Berjaya mendapat rezeki dari Nuffnang. Saya pun masih baru lagi. Kena banyak usaha dan sabar untuk mendapatkan hasil dari Nuffnang ni.

    ReplyDelete
  23. Salam.. Hehe kalau blh angkat dslr tu bkn blogger suam
    Kuku tu.

    LM ni suam2 milo je, tp nuffnang tak la anak tirikan. Masih hantar jugak cek walau tak byk cashout tu

    ReplyDelete
  24. apa2 pun tengok niat kita berblog..kalau nak kejar duit...mmg payah la..nk kejar duit...ilmu kena ditambah dari semasa ke semasa...apa2 pun tahniah kat sobri sbb dah 4 kali cash out.. :)...sis noe belum pernah cash out lagi walaupun dah boleh nak cash out...saja simpan dulu...

    ReplyDelete
  25. salam. sy pun blogger suam+ kuku juga..belum penah dapat cek dari Nuff lagi sebab sy tak pernah cashout biarpun da bole cashout :) simpan ja dulu kut..hehe

    ReplyDelete
  26. fuh boleh angkut dlsr 1 tu hebat betul

    ReplyDelete
  27. Terbaik info yang diberikan....sya pun nak kembali ke pangkuan nuffnang...sya dh pernah dpt cek tahun 2013 dulu...
    Tpi sya malas nk update bloq sbb msa tu kena buka laptop....malasnyA
    Tapi akrg guna android settle...

    ReplyDelete
  28. Terbaik info yang diberikan....sya pun nak kembali ke pangkuan nuffnang...sya dh pernah dpt cek tahun 2013 dulu...
    Tpi sya malas nk update bloq sbb msa tu kena buka laptop....malasnyA
    Tapi akrg guna android settle...

    ReplyDelete

Komen Anda Amat Dihargai
Terima Kasih Kerana sudi membaca