Panduan Hidup Bahagia | sobriyaacob.com

Saturday, June 21, 2014

Panduan Hidup Bahagia


Bahagia? semua orang inginkan kehidupan yang bahagia, bagi saya definasi untuk bahagia adalah berbeza bagi setiap individu kerana kehendak dan keperluan kita adalah berbeza, bagi saya bahagia ialah kehidupan yang mendamaikan di mana setiap masalah yang digadapi dapat diatasi dengan sebaik mungkin. Dibawah saya kongsikan beberapa tips yang mungkin boleh membantu kita untuk hidup lebih bahagia dengan mengamalnya dalam kehidupan seharian kita :P


Rasulullah S.A.W bersabda lagi:

” Bukanlah kekayaan itu dengan banyaknya harta benda tetapi kekayaan itu sebenarnya ialah kaya hati “
Kaya hati bermaksud hati yang tenang, lapang dan merasa cukup dengan apa yang dimiliki – bersyukur dengan apa yang ada, sabar dengan apa yang tiada.


Panduan Hidup Bahagia

1. Berfikiran positif

Bagi mengelakkan diri memikirkan perkara yang tidak berfaedah atau membebankan perasaan dan pemikiran kebiasaannya olyn akan mula berfikir secara positif. Iaitu olyn akan selalu menganggap bahawa masalah yang datang dan menjadikan diri kita tertekan sebagai cabaran dan rencah dalam kehidupan. manusia mana yang tidak ditimpa masalah dan mengalami tekanan. Perkara ini bergantung kepada diri setiap individu bagaimanakah cara untuk menangani stress masing-masing. Sebolehnya apabila menghadapi tekanan harus berfikir secara positif bahawa kita di uji kerana Tuhan sayangkan kita dan Tuhan tahu kita mampu menghadapinya oleh kita diuji. Kita juga harus berfikiran positif dan memikirkan bahawa stress adalah suatu keperluan hidup untuk kita meningkatkan kualiti kehidupan

2. Sentiasa Mengingati Tuhan 

Mengingati Tuhan juga adalah merupakan salah satu cara untuk mengatasi stress. hanya Tuhan sahaja yang punya kuasa untuk menentukan takdir hidup manusia. Namun sebagai manusia kita seharusnya berusaha untuk menghadapi segala ujian yang mendatang dengan kental. Jadilah seteguh karang. Nun jauh rendah di dasar lautan namun jiwa kentalnya sekental gunung di daratan.


3. Sedia berkongsi masalah 

Bersedia berkongsi masalah dengan mana-mana individu yang kita percayai mampu mengurangkan tekanan dalam hidup. Sekurang-kurangnya bila kita telah meluahkan perasaan dan berkongsi masalah dengan orang lain perasaan kita kan menjadi lebih tenang dan lega. akan merasa lebih tenang dan mendamaikan kerana keluahan telah diluahkan sepenuhnya. Namun berhati-hati, pilih individu yang boleh dipercayai.


4. Terima kelebihan dan kekurangan diri

Kebiasaannya, kita akan tertekan atau mengalami stress bila orang lain mengungkit kekurangan kita. apa salahnya jika kita menerima kekurangan diri dan kritikan yang diterima dijadikan sebagai panduan untuk memperbaiki kelemahan diri sendiri. Terimalah juga kelebihan itu sebagai penghargaan kepada diri sendiri. Berdasarkan cara ini sekurang-kurangnya kita tahu bahawa setiap apa yang berlaku adalah bersebab.


sentiasa positif dan terima kelebihan dan kekurangan diri 

5. Bergaul dengan individu yang positif

Bergaul dengan individu yang positif akan menjadikan diri kita lebih bermotivasi. Ini kerana cas positif tersebut akan berpindah secara tidak langsung kepada kita.Persekitaran kita juga turut positif.


Sumber: Facebook


19 comments:

  1. Jm bahagia sgt dpt kenal blogger soyie yg berfikiran +ve heeeee
    Ok2 bagus info ni tapi hati belum lg kaya so perlu peraktikkan apa yg d kongsi. Thanks bro :p

    ReplyDelete
  2. Itulah impian semua org cuma kadang nak aplikasikan tak mudah kalau tak bersungguh...

    ReplyDelete
  3. Sangat sokong..tq for sharing.tengah usaha utk kaya dengan hati akal dan fikiran..hehe

    ReplyDelete
  4. akak pun nak bahagia selalu..
    terima kasih ya

    ReplyDelete
  5. alhamdulilah panduan yang baik sekali ^_^ inshaALLAH akan sellau bahagia

    ReplyDelete
  6. bergaul dengan orang yang mengajak kita ke arah kebaikan .. in shaa Allah , Allah akan berikan hati kita tergerak untuk ke arah kebaikan ..dan sebaliknya jika mengikuti sahabat ke arah keburukan

    ReplyDelete
  7. Marilak kita semua sentiasa mencari & mengejar kebahagian di dunia & akhirat.. t kasih atas perkongsian bro Sobri.. :)

    ReplyDelete
  8. BERBAHAGIA HIDUP SEADANYA SAMBIL BERSYUKUR ATAS NIKMATNYA...

    ReplyDelete
  9. bahagia mmg bermula dr diri sendiri ... jadinya , bahagiakan diri dulu sblm bahagiakan diri org lain .

    ReplyDelete
  10. Alhamdulillah semua orang berhak hidup bahagiakan ...semoga tips kat atas membantu mereka yang sedang mencari kebahagiaan..

    ReplyDelete
  11. definisi yang terbaik, dan tips yang ohsem... *thumbs up*

    menabung~ ;D

    ReplyDelete
  12. salam. sy pun nak bahagia juga hehehhe nice sharing...nanti yang mana sy tak amalkan..sy amalkan ok :))

    p.s menabung huawei 2kali :))

    ReplyDelete
  13. nice sharing sobri...bagus ni utk di amalkan.. ^_^

    ReplyDelete
  14. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete

Komen Anda Amat Dihargai
Terima Kasih Kerana sudi membaca