Panduan Hilangkan Perut Boroi | www.sobriyaacob.com

google advertising

Wednesday, June 4, 2014

Panduan Hilangkan Perut Boroi

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua, wanita-wanita cantik dan warga lelaki kacak di luar sana! entry ini adalah kesenambungan entry tips dan penjagaan keterampilan diri khas buat kaum lelaki! yang saya rasa amat menarik untuk dikongsikan dengan anda semua. Memandangkan pada masa sekarang kemampuan untuk menaip amatlah terbatas disebabkan kekurangan idea + idea + idea dan masa, disebabkan itu buat masa sekarang saya akan kongsikan banyak tips dan panduan yang boleh dijadikan rujukan buat kita semua.

Jadi topik kita pada edisi kali ini anda masalah yang sering dihadapi oleh kaum lelaki terutama yang sudah berkahwin aitu masalah perut buncit atau boroi! sebelum ini saya pernah kongsikan a few tips untuk elakkan perut boroi (klik sini). Seperti yang anda sedia maklum Perut boroi boleh menjejaskan penampilan individu tersebut malah, beberapa jenis penyakit turut berselindung di sebalik perut buncit itu yang mana saiznya tidak sepadan dengan keseluruhan tubuh pemiliknya, ini bukan setakat menjejaskan penampilan anda yang maskulin tapi juga memudaratkan kesihatan oleh itu di bawah saya kongsikan Panduan Hilangkan Perut Boroi

Ramai yang mungkin sedar perubahan fizikal badan mempengaruhi cara pembawakan diri seseorang apabila berdepan dengan orang ramai. Perubahan fizikal seperti ‘perut buncit’ kadang-kadang membuatkan seseorang itu berasa malu atau tidak mempunyai keyakinan diri apabila ingin menonjolkan diri di khalayak ramai. Sumber

Antara cara-cara untuk mengempiskan perut / hilangkan perut boroi ialah :

1. Minum Air Masak Yang Banyak.

Apabila tubuh badan kita menerima sumber air yang banyak, keadaan itu akan mencairkan kuantiti sodium dalam tubuh badan sehingga membolehkan kuantiti air yang keluar dari tubuh badan juga meningkat. Mendapatkan jumlah air yang banyak juga akan menjaminkan fungsi hempedu yang lebih efektif sewaktu proses pembuangan air berjalan dengan lancar.

2. Makan Perlahan-lahan.

Ketika menjamah makanan, kita tidak digalakkan makan dengan cepat kerana udara akan terkepung di dalam usus dan seterusnya membentuk gas yang menggalakkan perut menjadi perut buncit. Makanan yang tidak dikunyah sehingga kecil juga tidak dapat dicerna dengan sempurna yang seterusnya menyebabkan proses kembung perut berlaku.

3. Kurangkan Garam Dalam Makanan.

Terlalu banyak garam dalam proses diet akan menambah ekstrak sodium terhadap cairan dalam tubuh dan melambatkan mekanisme proses pengeluaran air dari sel badan. Akibatnya, perut akan menjadi kembung dengan gas-gas yang terbentuk. Lama kelamaan, perut buncit pun boleh berlaku.


4. Makan Makanan Yang Penuh Serat.

Ramai yang mungkin sedar perubahan fizikal badan mempengaruhi cara pembawakan diri seseorang apabila berdepan dengan orang ramai. Perubahan fizikal seperti ‘perut buncit’ kadang-kadang membuatkan seseorang itu berasa malu atau tidak mempunyai keyakinan diri apabila ingin menonjolkan diri di khalayak ramai. Bukan itu sahaja, perut buncit juga merupakan tanda awal kepada pelbagai jenis penyakit berbahaya (LINK). Serat adalah elemen yang penting dalam piramid makanan. Untuk mengimbangi kuantiti air dalam tubuh badan, amalan memakan sayur-sayuran hijau dan buah-buahan seperti epal dan pear dapat membantu dalam proses penjagaan dari mendapat penyakit perut buncit ini.

5. Kesan Pengambilan Ubat.

Terdapat juga kajian yang dilakukan mengatakan, pengambilan pelbagai jenis ubat-ubatan menjadi salah satu punca perut menjadi perut buncit. Sebagai contoh, ubat Aspirin yang terlalu kerap di ambil akan menyebabkan timbulnya penyakit lain seperti sembelit.

6. Hindari Sembelit.

Sembelit berlaku apabila seseorang itu mengalami masalah dalam pembuangan danhanya membuang tidak lebih dari tiga kali seminggu. Sebagai akibat dari penyakit ini, perut akan mengumpul gas-gas yang berlebihan dan merangsang isi perut mengumpul lemak-lemak yang boleh menyebabkan kekembungan dan perut buncit. Oleh itu, pengambilan serat adalah digalakkan.


7. Lakukan Senaman atau Bersukan.

Bersukan sebanyak tiga kali seminggu dapat membantu meningkatkan kadar metabolisme dalam tubuh badan yang bagus untuk pembakaran dan pemecahan lemak.Bersukan akan membantu menggerakkan cairan berlebihan dalam perut dan dikeluarkan dari tubuh badan sebagai peluh. Ini seterusnya akan mengekalkan bentuk badan seseorang yang sesuai dengan ketinggian dan berat badan.


P/s: Memang banyak tips kesihatan, penjagaan diri, kecergasan yang saya kongsikan khas untuk semua  pembaca blog aku Vs kehidupan terutama untuk  pembaca lelaki *penulis blog ini lelaki jadi memang tips yang dikongsikan adalah untuk mengatasi masalah yang selalu dihadapi oleh kaumnya!* jadi buat kaum hawa yang baca siap komen eh asyik-asyik tips or panduan untuk lelaki sahaja jangan risau semua tips ini boleh anda aplikasikan kepada anak-anak, suami dan teman lelaki! jadi tak sia-sia anda membaca ya :P

19 comments:

  1. Sama jer kot... untuk wanita pun sama... bab no 7 yang surrender tu... hehehe... :D

    ReplyDelete
  2. nice tip bro,..paling berkesan adalah bersukan,.:)

    ReplyDelete
  3. Ehhhh x jugak, sebenarnya tip yg d kongsi di sini boleh juga d amalkan oleh kaum wanita selepas bersalin jgk tak semestinya utk lelaki je. Ada jgk kaum hawa perut agak buncit so Jm pulak nk kongsi tips yg Jm amalkan sekarang ni
    1. Jangan minum air ais seperti milo ais, teh ais semua yg berkaitan ais. Gantikan dengan minum air panas
    2. Jangan terus minum air selepas mkn pagi, tengahari atau malam. Minum selepas 1 jam mkn pastikan minum air kosong bukan air ais. In sha allah perut x buncit. Selamat beramalTak

    ReplyDelete
  4. Tq ye infonya..perut pun sedang memboroi ni..

    ReplyDelete
  5. sokong JM...jangan minum minuman berais dan nak tambah, minuman bergas & manis menambah lagi keboroian .. :D

    ReplyDelete
  6. no.7 tu mmg berkesan ... sis klu rajin , buatlah .

    ReplyDelete
  7. HUHU . Boleh lah share dekat bapa tercinta . HEHE .

    ReplyDelete
  8. wahhhh.. tips beguna utk pra boroi mcm shin ni hukkk #nanges

    ReplyDelete
  9. rasanya perempuan pn boleh praktikkan tips ni kot sbb bkn lelaki je boroi kan?hahaha...
    hai sobri!menabung lenovo kt sini..hehe

    ReplyDelete
  10. boroi sbb terlebih makanlah tu kot...apapun tips yg dikongsi boleh membantu...klik2 menabung.

    ReplyDelete
  11. Mmg masih semangat jaga ni.. thanks sharing tips bro Sobri.. :)

    ReplyDelete
  12. syukurlah perut abe kie masih rata spt umur 20 thn gitu. now i am 41 yo!

    ReplyDelete
  13. good tips sobri sebelum cik abang kak ana boroi bolehlah ambil tips yg mana boleh diamalkannya..hehe masih belum kritikal lagi ni..:)

    ReplyDelete
  14. entry yang sangat menarik nie bro...kena pulak aku memang mempunyai masalah sikit ngan perut ini..nak suh dia turun bukan main susah, dia nak naik sekejap jer..insyallah akan cuba amalkan semua tips2 diatas...

    Regards,
    -Strider-

    ReplyDelete
  15. Aduyaii..boroi ni memang sensitip..huhuhu

    ReplyDelete
  16. Takut juga kalau perut terlalu boroi.

    ReplyDelete
  17. bukan tuk lelaki ni sobri...pompuan pun boleh ikut tips ni...

    ReplyDelete
  18. aku amalkan minum air suam jer..tp kdg2 bantai gak ais...lagipom perut aku x boroi sgt..eheh

    ReplyDelete

Komen Anda Amat Dihargai
Terima Kasih Kerana sudi membaca