Shopping Online Di Zalora Malaysia | www.sobriyaacob.com

google advertising

Thursday, June 19, 2014

Shopping Online Di Zalora Malaysia



Assalamualaikum dan salam sejahtera!

Siapa di sini tak pernah beli secara online walaupun sekali seumur hidup, saya ulangi tidak pernah ? kalau pernah sila angkat kaki anda, kalau tak pernah sila angguk kepala. Saya percaya ramai diantara kita pernah mencuba membeli secara di atas talian / online sama ada pernah mengalami bad experince or good experince yang akan menentukan langkah seterusnya sama ada kita terus berminat untuk terus shopping secara online atau tidak. Untuk entry hari ini saya akan berkongsi pengalaman saya pertama kali membeli belah di Zalora, dan apa boleh saya ulaskan service di zalora memang sangat memuaskan hati dan terbaik nampaknya zalora telah bangkit daripada zaman kegelapan di awal kemunculan mereka. Saya rasa semua bloggers pernah baca bad review atau komen mengenai zalora di twitter, facebook tambah-tambah komen secara personal di blog yang amat tidak puas hati dengan service yang diberikan.


Tahniah zalora sebab *hadam & telan* semua komen negetif yang dilemparkan serta memperbaiki kelemahan pengurusan dan menukarnya kepada service yang lebih baik pada masa kini. Ok bagi yang masih tertanya-tanya apa itu zalora / www.zalora.com.my ialah sebuah portal membeli belah secara online yang menawarkan pelbagai item seperti aksesori lelaki dan wanita, baju, seluar, kasut dan pelbagai lagi yang menawarkan polisi penghantaran dan pemulangan secara percuma barangan yang dibeli sekiranya anda tidak berpuashati! cool bukan, kalau anda kaki blogging or kaki surfing internet pastinya selalu melihat iklan zalora di mana-mana website, kiranya advertising zalora ini viral di media massa dan hebat sehebat servicenya sekarang!


Kenapa saya cakap service zalora sangat bagus dan pantas, sebab barang yang saya beli tidak sampai tiga hari sampai ke rumah hari ini saya order esok dah sampai terkejut beruk jugak almaklumlah teman ni selalu juga usher kedai blogshop di insta, blog dan facebook tapi tak pernahlah penghantaran selaju zalora hantar. Selalunya ambil masa 3 atau 4 hari baru sampai rumah kadang-kadang 2 minggu pun tak sampai, letih kena follow up call baru nak eespon, alasan barang out of stock duit kau nak tapi barang hantar lambat cubalah bawa masej, email atau call sekurangnya pelanggan tidaklah tertunggu barang sampai, sejuklah jugak hati barulah berkat perniagaan yang anda jalankan. Kalau service bagus insaallah secara tidak langsung akan dipromosikan kedai online anda kepada kawan-kawan yang lain! janji mau service bagus.


Customer service di zalora antara yang terbaik handle setiap masalah yang dihadapi oleh para pelangganya, sungguh cepat membalas email yang diberikan, tak percaya boleh tengok bukti di bawah :P



Seluar jeans yang dibeli oleh saya agak kecil saiz, jadi memang tak muat jadi saya ambil keputusan untuk menukar kepada saiz yang lebih besar, tapi sayang untuk saiz yang saya mintak tukar saiznya out of stock. Yang bestnya zalora siap mintak maaf sebab saiz tidak ada dan memberikan boucher untuk pembelian seterusnya.

customer service Zalora siap sent sampai 2,3 email reminde saya untuk pilih item lain sebab barang yang saya nak tukar out of stock, bagus customer service zalora sebab rajin mengingatkan customer sekiranya kita lambat memberi respond! good job zalora :P

Ini Antara Barangan Yang Saya Beli Di Zalora


yeah, bungkusan yang sampai di rumah menggunakan perkhidmatan GDex, siap disertakan sampul pos laju dan borang sekiranya anda ingin memulangkan semula barangan yang dterima sekiranya tidak berpuas hati.


Apa yang saya beli dengan menggunakan boucher sebanyak RM 150.00 hasil daripada kerjasama yang dijalankan dengan Pihak Zalora, terima kasih kerana sudi bekerjasama dengan www.sobriyaacob.com

Seluar jeans, Dompet tropicana life, seluar bercorak askar senang nak pergi outdoor pakai :P

Komen saya
  • Saya amat berpuas hati dengan kualiti produk yang dihantar oleh pihak zalora, tips yang paling penting sekiranya anda tidak paham atau ada melakukan kesilapan ketika membeli belah di Zalora pastikan segera menghantar email masalah yang anda hadapi ke pihak customer service zalora, pasti mereka akan membantu setiap masalah anda. So far pengalaman pertama kali saya shoping online di zalora amat memuaskan hati, saya bagi 5 Bintang terutama kepada team Customer service, I have to say you guys did a great job! nampaknya zalora yang sekarang bukan lagi zalora yang dahulu, syabas! 

P/s: Terima kasih zalora kerana memberikan satu pengalaman shopping secara online yang sangat memuaskan hati, di atas antara sebab saya akan membeli belah lagi di Zalora Malaysia untuk pembelian yang seterusnya jadi kalau korang teringin nak cuba pengalaman membeli secara online yang memuaskan bolehlah cuba di www.zalora.com.my


31 comments:

  1. Tq for sharing the experience..mungkin lepas ni boleh cuba..!

    ReplyDelete
    Replies
    1. your are welcome..
      ya nanti bolehlah cuba ya :P

      Delete
  2. wahhh shopping baju kat zalora, ada style~ ;3

    menabung~ ;D

    ReplyDelete
    Replies
    1. barang pun murah..
      tapi kenapandai pilih..takut nanti x puas hati :)

      Delete
  3. aku beli 3 jersey dari zalora.
    2 hari pastu dah sampai kat tangan.
    service best..nanti nak shopping lg ni..haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul aku ckap delivary diorg skrag amat pantas..
      best shooping kat situ..

      Delete
  4. aku sangat setuju ngan entry ini...aku pun penah shopping dekat zalora nie..memang so far tak ada masalah langsung and delivery dia pun cepat...menabung huawei sini..

    Regards,
    -Strider-

    ReplyDelete
    Replies
    1. ha..ha.. nampak..org2 yg pnah beli kat zalora je tau
      bgus x bgus shopping kat sini.. cuma kita kena pandai
      pilih brang la.. sbab stengah material just ok..
      tapi bab customer sercive diorg memng tip top :)

      Delete
    2. yup...barang dia jangan harapkan betul2 high quality sangat sbb tgk harga laa..but its still worth buying..bab customer service nie so far mereka done a good job..hehehe..menabung vw sini

      Regards,
      -strider-

      Delete
  5. Sobri.. belanja lah akak shopping kat Zalora hehhee

    3x menabung :))

    ReplyDelete
  6. mudah shopping dgn zalora ya nanti boleh cuba..klik3 selalu....

    ReplyDelete
  7. zalora... erm nama pun cantik dan sedap... kalau orang belanja lagi cantik dan sedap ni... ;)

    ReplyDelete
  8. sy tak pernah lg shopping kat zalora

    ReplyDelete
  9. Cik Nun angkat kaki n tangan!!setuju ngan entri nie hehe

    ReplyDelete
  10. Mcm dah dengar dr ramai org semua mcm ok je bli brg kat zalora ni. Sy x prnh bli online. Emm tak tau lah

    ReplyDelete
  11. Jm org pertama angguk kepala sbb x pernah try beli online ntah la rasa takut dan bimbang pun ada walhal dh byk dgr review dari kwn2 servis dar zalora terbaik tp still x berani try. So one day nanti nk try klik klik klik jgk lah zalora.com tu

    ReplyDelete
  12. Tiba-tiba rasa macam ada voucher zalora yang masih belum digunakan lagi...

    ReplyDelete
  13. xprnah beli on9 kt zalora.. nnt nk try.. tq sharing ya...

    ReplyDelete
  14. Zalora tak best ..hahaha..brang branded sangat .. pasar malam jugak best :P cewahhh

    ReplyDelete
  15. Wahhh menarik ni.. mmg yakinlah bila bro Sobri dah membelinya.. :)

    ReplyDelete
  16. belum pernah mencuba lagi. apa pun terima kasih sebab kongsikan pengalaman

    ReplyDelete
  17. ada yg menjerit tak bila zalora berada depan pintu hehe....
    anak bongsu akak berkata d ayahnya..

    "ayah..zalora ni free shiping.."

    kata si ayah.."habislah ayah.."

    ReplyDelete
  18. service zalora ni mmg betul2 bagus..niesa pn ada pengalaman yg tersendiri..hehehe..5 bintang utk zalora!

    ReplyDelete
  19. Saya jumpa kedai baju laki yang murah dekat www.ellemaristore.com
    Dah beli satu kemeja, style gila.

    "Sharing Is Caring."

    ReplyDelete

Komen Anda Amat Dihargai
Terima Kasih Kerana sudi membaca