Tips Melambatkan Proses Penuaan | sobriyaacob.com

Tuesday, June 10, 2014

Tips Melambatkan Proses Penuaan

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua, apa khabar semua? mesti ramai yang sibuk di musim cuti sekolah ni  balik ke kampunglah, pergi ke sana kesinilah tambah-tambahan yang sudah berkeluarga banyak aktiviti boleh  dilakukan bersama dengan anak-anak. Tahukan anda beriadah bersama ahli keluarga atau teman-teman antara salah satu terapi diri untuk membantu kita lebih releks /  stress dan merupakan salah satu tips untuk Melambatkan proses penuaan. Ingat tak lagi dulu saya pernah berkongsi a few tips tips penuaan secara sihat (klik sini). Oh bagi yang tertanya-tanya apa itu penuaan ? penuaan ialah satu proses di mana kebanyakan warga emas mengalami perubahan-perubahan fungsi badan. Perubahan badan warga emas disebabkan oleh proses penuaan sel dan organ di dalam badan. Perubahan ini mungkin mengakibatkan perubahan fungsi badan, rupa bentuk dan pengalaman lain.

Di bawah saya kongsikan beberapa tips untuk melambatkan proses penuaan berlaku dalam diri anda.


1. Makan mesti cukup tetapi bukan berlebihan. Jangan kerana ingin kuruskan badan, anda rela berlapar setiap hari. Cara yang baik, makan ketika lapar dan berhenti sebelum kenyang. Makanan memberikan tenaga dan vitamin yang diperlukan badan, tetapi jeling-jelinglah makanan anda. Pastikan ia menu sihat dan bukan penuh lemak atau “junk food” dan “fast food” semata-mata.

2. Luangkan masa untuk memanjakan diri seperti membuat “facial” atau mencuci rambut di salun, sauna dan spa. Atau pun nikmati mandian buih di rumah. Tidak semestinya di salun. Cari pelbagai jenis bunga yang wangi dan lakukan sendiri mandian bunga. Bunga dikatakan mempunyai energi tersendiri untuk mencantikkan tubuh badan.

3. Elakkan Stress. Stress mempercepatkan proses penuaan. Nikmatilah muzik lembut di kamar bagi meredakan ketegangan.

4. Tidur mesti cukup. Jangan asyik berjaga waktu malam. Kurangnya tidur akan membuat anda kelihatan lebih tua dan mata lebam.

5. Bersenam. Baik untuk jasmani dan rohani. Kalau anda berjalan di sekitar rumah pun satu bentuk senaman yang mudah. Jangan malas untuk bersenam. Selepas bangun tidur, cuba lakukan sedikit senaman renggangan untuk melancarkan kembali peredaran darah.


P/s:  Kalau diteliti tips di atas sebenarnya antara perkara basic yang harus dilakukan dalam kehidupan! jadi amalkan gaya hidup yang sihat dan sentiasa senyum, pasti anda akan sentiasa nampak muda :P

21 comments:

  1. Dalam 5 tips tu...bersenam je masih belum terlaksana...paling mudah adalah SENYUM...walaupun senyuman ku tidak menawan hati ahahaah

    ReplyDelete
  2. Yeahhh..nice tips...niesa mmg pantang kalau x ckp tdo...paling2 niesa perlu 7/8 jam..kalau kurang mesti pening2.. Bersenam ni je agak berat nk buat..hahaha

    ReplyDelete
  3. baiklah terima kasih Sobri.. akak akan ikut petua2 ni..
    tapi lama kelamaan akan kedut2 jugak kak jah ni dimamah usia.. hahahahahaha

    psstt : nuff 3x ye :D

    ReplyDelete
  4. semua tu mmg ptg dan mmg mempengaruhi ...

    ReplyDelete
  5. patut lah saya awet muda.... saya sentiasa amalkan semua tips yang sobri bagi nie... hehehe.... dan yg penting kena sentiasa berfikiran positif untuk ceria selalu... :)

    ReplyDelete
  6. HAHA . Malasnya nak bersenam >_<

    ReplyDelete
  7. topik yg best ni...jgn tua sebelum waktunya..

    ReplyDelete
  8. tips untuk kesihatan yg sihat jgk nie..

    ReplyDelete
  9. No 2 tu walaupun nampak macam keperempuanan tapi benda tu sekali sekala kena buat jugak..anggap jer sebagai reward kepada diri sendiri..hehehe

    Regards,
    -Strider-

    ReplyDelete
  10. Balance dalam kehidupan. Nampak mudah, tapi tekanan kehidupan zaman moden ni yang menyukarkan kita memenuhi tuntutan fikrah kita masing-masing sebagai umat manusia.

    ReplyDelete
  11. Nice sharing Sobri.. nampak mudah tapi memerlukan disiplin untuk konsisten

    ReplyDelete
  12. orang kata banyak makan buah epal dengan anggur nak bagi nampak kulit muda dan licin :)

    ReplyDelete
  13. Perkongsian yg baik utk rujukan semua.. dlm zaman skrng, tips2 spt ini mmg amat perlu kan.. Thanks sharing bro Sobri.. :)

    ReplyDelete
  14. Patut laa bro sobri ni nampak muda belia jer....ahahahahahahaha.... btw tips yang berguna bro.... elakkan stress dan sentiasa senyum... ketawa juga adalah senaman muka tapi jgn lebih sgt nanti org ckp poyo....ekekekekeke... :D

    ReplyDelete
  15. Vitamin C sangat penting dalam melambatkan proses penuaan nih, maka banyakkan makan buah2an yang padat dengan vitamin C dan serat~ ;3

    menabung~ ;D

    ReplyDelete
  16. betol2.. kalaau ikutkan, tips semua tu bnda basic untuk hidup sihat..

    ReplyDelete
  17. betul tu amalkan gaya hidup sihat yg paling utama...

    ReplyDelete
  18. senyum tak perlu kata apa-apa..huhu

    ReplyDelete

Komen Anda Amat Dihargai
Terima Kasih Kerana sudi membaca