Panduan Berbelanja Ketika Musim Perayaan | www.sobriyaacob.com

google advertising

Friday, July 25, 2014

Panduan Berbelanja Ketika Musim Perayaan


Assalamualaikum dan salam sejahtera, pada hujung minggu ini pastinya ramai mengambil kesempatan untuk membeli-belah di saat-saat akhir sempena dengan kehadiran hari raya aldilfitri, rasanya masih tidak terlambat untuk saya kongsikan beberapa tips dan panduan yang boleh korang aplikasikan ketika membeli belah untuk mengelakkan pembaziran ketika berbelanja. Kadang kala dalam keseronokan membeli belah, kita terlebih membuat perbelanjaan yang tidak sepatutnya, diharapkan tips berbelanja ketika musim perayaan di bawah sedikit sebanyak dapat membantu korang semua dalam membuat perancangan.


1. Rancang perbelanjaan dan buat senarai barangan

Pengguna harus merancang keperluan dengan membuat senarai barangan yang diperlukan sesuai dengan peruntukan (bajet) perbelanjaan mereka. Senarai barangan ini penting bagi memudahkan urusan pembelian ketika bebelanja di pusat membeli belah kelak. Selain menjimatkan masa, ia juga boleh mengelakkan anda daripada membeli barangan yang tidak diperlukan.

2. Ikut kemampuan dan jangan bersaing

Anda tidak sepatutnya terpengaruh dengan corak perbelanjaan rakan atau jiran anda kerana tahap kewangan serta tanggungan yang berbeza. Oleh yang demikian, anda harus berbelanja mengikut kemampuan dan bukan atas tujuan untuk bersaing dan menunjuk-nunjuk kepada orang lain agar tidak melampaui tahap kewangan anda.

3. Menawar harga barangan

Cuba amalkan tabiat suka menawar harga barangan, melainkan jika harga barangan tersebut tetap. Dengan tawar-menawar sebelum membuat pembelian, anda boleh mendapat harga lebih murah berbanding harga biasa. Manfaatkan membeli belah ketika potongan harga diadakan. Walaupun dalam keadaan tertentu, potongan harga tersebut hanya merupakan gimik perniagaan, tetapi sekiranya anda membuat pertimbangan yang waras, anda mampu mendapat harga yang berpatutan.

4. Beli mengikut kesesuaian dan pastikan ianya berkualiti

Pastikan anda membeli barangan yang berkualiti setimpal dengan harga yang ditawarkan. Anda boleh membuat perbandingan harga serta kualiti barangan yang diingini terlebih dahulu sebelum membeli. Contohnya, bagi pakaian anak-anak yang masih kecil, anda boleh membeli saiz yang lebih besar sedikit kerana faktor tumbesaran mereka yang cepat meningkat. Pastikan pakaian mereka juga berkualiti dan tidak mudah koyak atau lusuh agar ia boleh dipakai berulang kali biarpun selepas perayaan kelak. Dengan cara ini anda dapat berjimat daripada kerap berbelanja.

5. Tidak mudah terpengaruh dengan iklan

Apabila tiba musim perayaan, promosi iklan giat dijalankan. Ketika ini pelbagai barangan dengan harga menarik ditawarkan kepada pengguna. Walaubagaimanapun, jangan mudah terpegaruh dengan tawaran yang dipaparkan. Anda harus mempertimbangkan kepentingan barangan tersebut. Jika tidak penting, anda tidak perlu membelinya. Anda juga harus pastikan stok barangan tawaran istimewa seperti yang diiklan masih boleh didapati.

6. Ganti perhiasan yang perlu sahaja

Perabot , langsir, permaidani dan cat antara perkara yang sering diganti setiap kali musim perayaan. Namun tidak semua perhiasan tersebut perlu diganti sekiranya ia masih dalam keadaan yang baik. Gunakan kreativiti anda untuk menjadikan ia lebih menarik contohnya seperti menjahit juraian kristal pada langsir lama anda.

7. Tidak menyediakan juadah hari raya secara berlebihan

Cuba anggarkan jumlah tetamu yang akan mengunjungi anda dan masak sekadar diperlukan sahaja. Jika perlu , simpan stok makanan mentah yang boleh dimasak segera terutama ketika menerima kunjungan tetamu yang tidak disangka. Elakkan daripada membeli atau menyediakan juadah hari raya secara berlebihan hingga menyebabkan pembaziran.

P/s: Kepada semua yang pulang ke kampung, diharapkan korang semua berhati-hati dan banyakkan bersabar ketika memandu sudah pasti akan menghadapi kesesakan jalan raya yang teruk, jadi tenangkan diri sepanjang perjalanan dengan mendengar lagu-lagu raya di radio yang pasti membuatkan perjalanan pulang ke kampung lebih bermakna, ingat pandu cermat jiwa selamat & selamat menempuh jalan jem semua :P


19 comments:

  1. masih blum beli apa2 untuk raya...guna apa yg sedia ad..hihihih
    Selamat hari raya bro...maaf zahir batin...:D

    ReplyDelete
  2. bab juadah raya tu yg selalu terlebih ... excited lah katakan ... heh heh

    ReplyDelete
  3. Jualan2 raya ni mmg mudah buat kita rambang mata... thanks sharing tips bro Sobri.. :)

    ReplyDelete
  4. Alakadar saja raya kami setiap tahun..ada rezeki lebih..senyum ank2 lebar la sikit..
    Semoga Syawal ini disambut dengan gembira bersama insan2 tersayang. Mohon ampun dan maaf jika ada salah dan silap sepanjang perkenalan.
    Selamat hari raya aidilfitri, maaf zahir batin... :)

    ReplyDelete
  5. Done..Tq Sobri..

    Salam Aidil Fitri buat Sobri Sekeluarga. Mohon maaf jika ada yang tersentuh sepanjang kita berblogging k...

    ReplyDelete
  6. kualiti tu top prior den. kadang terpaksa pejam mata sebab kualiti. bukan sebab ikut nafsu, tapi sebab nak pakai lama.
    cara den berbelanja pula. beli bila ada diskaun. jgn tak percaya, kadang den beli baju sebelum bulan puasa sbb ada sale, so baju tu simpan tuk raya

    ReplyDelete
  7. Shopping biar berpada-pada, elakkan pembaziran raya... heheh, salam AidilFitri~ ;3

    menabung sini pada hujung ramadhan~ ;D

    ReplyDelete
  8. Betul tu bro..kita kena berjimat cermat..Salam Aidilfitri

    ReplyDelete
  9. Biasanya tips2 begini kena bagi kaum hawa baca sebab dorang yg biasa rambang mata...ekekekeke... cam aku baju raya pakai tahun lepasnya..kasut raya pun tahun lepasnya... semua laa tahun lepasnya...ekekekeke... cuma beli seluar jer sehelai untuk raya ni....ekekekekeke... tapi nice tips bro...

    Selamat Hari Raya Bro, Maaf Zahir dan Batin... :D

    ReplyDelete
  10. Tawar menawat tu sebenarnya pelu sebab normally peniaga dah letakkan haga paling rendah untuk dijual..lagi satu tak salah kalau mencubakan...hehehe

    Regards,
    -Strider-

    ReplyDelete
  11. Ufuk Ramadhan mulai memudar, Cahaya Syawal kian memancar, Dosa dan Khilaf saatnya dibakar, Marah dan Dendam saatnya dikubur. Kadang hati berburuk sangka, Langkah membekas lara, Tutur kata tidak terjaga, Tingkah laku membawa luka. Andai tangan tak dapat berjabat, Setidaknya kata masih terucap : "Selamat IDUL FITRI 1435H, Minal Aydin Walfaidzin, Mohon Maaf Lahir dan Batin ya :)

    ReplyDelete
  12. Shopping is not my favorite activity, but if in book store love its so much :))
    Thank you very much for tips :))

    ReplyDelete
  13. bukan untuk musim perayaan je.. rasanyaboleh digunakan untuk sepanjang musim.. hehehe

    ReplyDelete

Komen Anda Amat Dihargai
Terima Kasih Kerana sudi membaca