Perak Trip - Galeri Sultan Azlan Shah | www.sobriyaacob.com

google advertising

Monday, July 7, 2014

Perak Trip - Galeri Sultan Azlan Shah

Assalamualaikum dan salam sejahtera, Galeri Sultan Azlan Shah terletak di Bukit Chandan, Kuala Kangsar, merupakan galeri yang mempamerkan koleksi kepunyaan Almarhum Sultan Azlan Shah sama ada koleksi peribadi, pemberian daripada rakyat jelata atau pembesar negara, turut dipamerkan susur galur Kesultanan Melayu dan info mengenai kesultanan Perak.


Galeri Sultan Azlan Shah, Bukit Chandan, Kuala Kangsar, Perak

Kali ini saya akan membawa anda semua meneroka salah satu lagi tarikan pelancongan yang terdapat di kuala kangsar iaitu Galeri Sultan Azlan shah. Sebelum ini saya memang pernah berkunjung ke muzium ini tapi tidak dibenarkan untuk mengambil gambar, tapi untuk trips kali ini agak istimewa kerana saya diberikan kebenaran untuk mengambil untuk tujuan promosi, jadi saya amat teruja untuk berkongsi pengalaman saya melawat Galeri Sultan Azlan shah dengan korang semua, sesungguhnya kunjungan saya di Galeri ini membuatkan lebih dekat dan memahami instutusi kerajaan Beraja Negeri Perak, Daulat Tuanku. Bagi anda yang mengunjungi muzium ini anda amat dilarang untuk mengambil gambar kecuali diberi kebenaran oleh pihak Galeri.

Bagi anda yang terlepas membaca entry terdahulu boleh klik pautan dibawah:




Untuk pengetahuan korang semua, Galeri Galeri Sultan Azlan Shah dibahagikan kepada dua bahagian pameran, di bahagian pameran pertama dipamerkan barangan koleksi almarhum tuanku yang bersaiz kecil, manakala di bahagian pameran kedua dipamerkan koleksi yang bersaiz besar seperti kereta dan motosikal milik almarhum tuanku.

Bahan-bahan pameran di Galeri Sultan Azlan Shah dibahagikan mengikut ruang-ruang pameran tertentu seperti salasilah diraja, gambar-gambar DYMM bersama keluarga, DYMM sebagai tokoh perundangan di Malaysia, info-info mengenai Istiadat pertabalan DYMM sebagai Sultan Perak Ke-34, DYMM sebagai Dipetuan Agong Malaysia Ke-9, penglibatan DYMM sebagai tokoh sukan terutama sukan Hoki, Koleksi peribadi DYMM Tungku Permaisuri Bainun, koleksi cenderamata yang diberikan oleh para pembesar negara lain, DYMM semasa zaman remaja dan persekolahan, Anugerah-anugerah Kehormat Pendidikan yang diterima, koleksi keris dan yang terakhir koleksi kereta yang dimiliki oleh DYMM.

Bergambar kenangan Majlis santapan Diraja sempena Jubli Perak.

Sebelum kita meneroka dengan lebih mendalam, jom baca sedikit info mengenai sejarah dan maklumat tentang Galeri Sultan Azlan Shah

"Galeri Sultan Azlan Shah secara rasmi dibuka oleh DYMM Paduka Seri Sultan Perak pada tarikh 9 Disember 2003. Awalnya istana yang disebut "Istana Hulu" atau disebut Istana Kota terletak di Bukit Chandan, merupakan istana konkrit yang pertama dibina di Negeri Perak. Istana ini kepunyaan Almarhum Sultan Idris Murshidul Azam Shah, Sultan Perak ke 28 (1887-1916). Ia mula dibina pada tahun 1889 dan siap pada tahun 1903. Pada tahun 1916, istana ini diduduki oleh anakanda baginda, Almarhum Sultan Abdul Jalil. Dua tahun kemudian, istana ini telah diduduki pula oleh putera baginda iaitu Sultan Yussuff Izudin Shah, Sultan Perak ke 32 (1948-1963). 
Dalam tahun 1954, Istana Hulu ini telah dimiliki oleh Kementerian Pelajaran, dan dalam tahun 1957, bangunan ini di gunakan sebagai sekolah yang dikenali dengan nama Sekolah Kebangsaan Istana Kota. Pada tahun 1970, Sekolah Kebangsaan Istana Kota ditukar dengan nama Sekolah Raja Perempuan Muzwin, iaitu mengambil sempena nama DYMM Raja Perempuan Perak iaitu Raja Muzwin Binti Raja Ariff. Pada tahun 1996, Sekolah Raja Perempuan Muzwin telah mendapat bangunan barunya yang berhampiran dengan kawasan ini. Bangunan istana yang ditinggalkan ini akhirnya telah dicadangkan untuk di jadikan Galeri Sultan Azlan Shah. Galeri ini memaparkan sejarah dan tonggak kehidupan termasyhur DYMM Sultan Perak Darul Ridzuan. 
Tidak terlepas dari signifikansi sejarahnya, bangunan megah Galeri Sultan Azlan Shah menunjukkan perpaduan unik dari gaya arkitektur seperti atapnya unik berbentuk 'bumbung limas' dari nyeri, struktur bumbung begitu menarik seperti piramid,manakala bentuk keseluruhan adalah campuran estetika ciri tempatan dan kolonial. Pada peringkat awal pembinaan, bahan bangunan yang berpunca dari luar negeri - genteng dari Perancis, sementara dinding dan lantai ubin yang berpunca dari Itali - untuk melengkapkan batu tempatan dan yang terbaik dari 'Cengal' dan 'Meranti' kayu yang digunakan untuk atap rangka batang dan balok . 
Pelbagai aneka memorabilia dan barang-barang peribadi milik Sultan Perak dipamerkan di galeri ini. Ada juga bangunan berasingan yang menunjukkan unit kereta kerajaan dan kereta peronda yang digunakan dalam iring-iringan kereta ketika Sultan Azlan Shah memerintah. Ada juga kedai cenderamata yang menjual barang yang berkaitan dengan kesultanan Perak "


Misi seterusnya jom kita meninjau serba sedikit pameran yang ada di dalam Muzium, yang pasti sangat menarik untuk dikongsikan sehinggakan boleh membuat korang semua sangat teruja untuk datang sendiri berkunjung ke Galeri Sultan Azlan Shah.

Turut dipamerkan pelbagai jenis koleksi Keris, milik Almarhum Tuanku 

Di salah satu sudut ruang pameran, menghimpunkan koleksi gambar tuanku bersama keluarga dan rakyat, di sini juga kita dapat mengetahui dengan lebih jelas salasilah keluarga Diraja Perak

Koleksi Darjat Kebesaran

Turut dipamerkan koleksi pakaian dan tengkolok diraja, ketika Almarhum Sultan Azlan sebagai SPB Yang Dipetuan Agong Ke-9


koleksi tulisan tangan Almarhun Tuanku ketika itu sebagai bekerja sebagai Majistret Taiping, antara info lain di awal kerjaya almarhum tuanku ialah Sekembali ke tanah air telah berjaya memperolehi Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang dari University of Nottingham dalam tahun 1953, almarhum tuanku telah dilantik sebagai Penolong Setiausaha Kerajaan Negeri Perak, memulakan perkhidmatan dalam perkhidmatan perundangan sebagai seorang mejistret dan pada 7 November 1982,  dilantik sebagai Ketua Hakim Negara.


Di ruangan Pameran Almarhum Tuanku sebagai Tokoh Sukan, terutama sukan yang amat digemarinya iaitu sukan hoki, sedikit info Almarhum Tuanku sebagai tokoh pemimpin sukan yang berkaliber memimpin Persekutuan Hoki Malaysia, sebagai Timbalan Presiden kepada Tun Abdul Razak dan Tun Hussein Onn dan dilantik sebagai Presiden pada tahun 1981. Almarhum Tuanku juga adalah Presiden Persekutuan Hoki Asia dan Naib Presiden Persekutuan Hoki Antarabangsa.


Tuan Sham pemilik blog - www.shamphotography.com, antara bloggers yang mengikuti Fam Trips, diingatkan lagi sekali korang amatlah dilarang untuk mengambil gambar di dalam Galeri tanpa kebenaran.


Di ruangan koleksi kereta Almarhum Tuanku, kereta rasmi ketika menjadi Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong ke 9.


Pemandangan indah di luar Galeri sultan azlan shah

Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua pegawai dan warga kerja dari Galeri Sultan Azlan Shah, kerana menyambut kedatangan kami serta memberi masa dan layanan mesra.

Sedikit Info Mengenai Galeri Sultan Azlan Shah :

Galeri Sultan Azlan Shah
Bukit Chandan, 33000 Kuala Kangsar
Perak Darul Ridzuan
Tel: 05-7775362 atau Fax: 05-7774957
Email : gsas@perak.gov.my
Website : http://www.muziumperak.gov.my atau http://gsas.perak.gov.my
Dibuka Setiap Hari : 9.30 pagi – 5.00 petang
Jumaat : 9.30 pagi – 12.15 tengahari dan 2.45 petang – 5.00 petang
Bayaran Masuk:
Dewasa
 : RM4.00 / Warga Emas : RM2.00

Pelajar IPTA dan Sekolah Menengah : RM2.00 / Sekolah Rendah : RM1.00


FAM Trips kali ini ditaja oleh Tourism Malaysia Perak, terima kasih kerana sudi menjemput saya dalam usaha mempromosikan tempat-tempat Pelancongan menarik yang ada di sekitar Negeri Perak sempena Tahun Melawat Malaysia 2014. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, atau ingin mendapatkan maklumat-maklumat terkini pelancongan yang ada di Negeri Perak, sila hubungi :


Tourism Malaysia Perak
No. 12, Medan Istana 2,
Bandar Ipoh Raya,
30000 Ipoh, Perak
Tel : +605-2552772/9962
Faks : +605-2532194
Like Facebook :Tourism Malaysia Perak


28 comments:

  1. jgn lupa masok pertandingan "surat utk pm" tau

    ReplyDelete
  2. sukanya kalau dpt melawat kesini n mengambil tahu sejarah tentangnya...sultan Azlan ni sultan yg berwibawa n disegani semua..klik3 xlupa.

    ReplyDelete
  3. wahh serononknya dapat pergi ke sana.. di samping tengok serajahnya... cantik gambar yang di ambil

    ReplyDelete
  4. Awesome! nice place many story in there.
    and your trips is very very awesome! ^^)

    ReplyDelete
  5. salam. wahh..banyak koleksi keris..seronok kalau dapat pegi sini

    ReplyDelete
  6. wah senoroknya bro dapat pergi..Info dan olahan yang menarik..InshaaAllah bila berkesempatan bolehlah ke sana..:D

    ReplyDelete
  7. Menarik.thanks fo sharing ya...

    ReplyDelete
  8. kenapa agaknya dalam galeri macam nie tidak dibenarkan bergambar yer?

    ReplyDelete
    Replies
    1. entahlah.. mesti pihak pengurusan ada alasan sendiri..
      sellanya setngah muzium memg dilarang utk mngambil gambar..
      kcuali ada kbnran :P

      Delete
  9. Menariknya muzium ni. dengan adanya muzium diraja mcm ni lah, kita boleh tahu salah silah keluarga diraja kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul membuatkan kita lebih rapat
      dgn institusi diraja.. lebih mngetahui :P

      Delete
  10. akak pun belum sampai ke sini lagi...

    ReplyDelete
  11. daulat tuanku.... tertarik dgn koleksi keris tu :)

    ReplyDelete
  12. Bestnya , tak sangka banyak jugak tempat menarik dekat Perak . Poli dah la dekat Sabak Bernam , aishh bila masa nak jalan2 kat Perak . Sedihh >_<

    ReplyDelete
  13. Menarik info ni.. kalau saya sekeluarga ke Kuala Kangsar, mmg kena singgah tempat ni. Thanks sharing bro Sobri.. :)

    ReplyDelete
  14. Great place to know more about Perak.

    ReplyDelete
  15. Yup... 1 pengalaman yang menarik.... time ni 1st time aku masuk galeri sultan azlan shah ni...mmg menarik dan bersejarah.... :D

    ReplyDelete
  16. Menarik galeri ni. Boleh belajar sejarah tentang almarhum Sultan Azlan Shah. Tq sharing. Gambar bro ambil pun cantik.

    ReplyDelete
  17. Alhamdulillah kak ana dah pernah sampai, memang menarik dengan foto2 Almarhum Sultan Azlan Shah dipamerkan disini...banyak info yg sobri kongsikan..tahniah..

    ReplyDelete
  18. Assalammualaikum... sobri,

    wahh.. seronok sangat entry nie... bagus galeri nie.. dipamerkan pada awam.. agar rakyat lebih mencintai sultan.. Raja adalah lambang kesultanan melayu..

    mselim3

    ReplyDelete
  19. rasa macam malu pulak saya orang perak tapi tak pernah pergi tempat ni.... nampaknya kena ajak orang yang dah pergi bawa saya gi jalan2 pergi galeri... ekekek....

    ReplyDelete
  20. banyaknya keris ... dpt gak tgk apa ada dlm galeri tu . klu x sekadar dgr cerita saja lah kan . 2x dove sini .

    ReplyDelete
  21. tak pernah lg masuk sini...balik kg nanti nk g tempat ni

    ReplyDelete
  22. bertuahnya sobri boleh pg melawat tempat2 yg ada bnda sejarah mcm tu..mesti dpt ilmu baru...

    ReplyDelete
  23. bestnya tempat nie..mesti terasa macam dalam istana...tak pun dapat membayangkan bagaimana kehidupan dalam istana...

    Regards,
    -Strider-

    ReplyDelete
  24. Yang ini, aku tak pergi lagi rasanya.

    ReplyDelete

Komen Anda Amat Dihargai
Terima Kasih Kerana sudi membaca