Perak Trip - Keindahan Masjid Ubudiah | sobriyaacob.com

Tuesday, July 8, 2014

Perak Trip - Keindahan Masjid Ubudiah


Assalamualaikum dan salam sejahtera, Masjid Ubudiah turut juga dikenali sebagai Masjid Diraja Ubudiah adalah masjid yang terindah dan bersejarah yang terletak di Bukit Chandan, Kuala kangsar antara masjid yang menjadi kebanggaan rakyat perak. Ini adalah pertama kali saya berkunjung dan bersolat di Masjid Ubudiah, syukur kepada allah diberikan peluang untuk melihat sendiri masjid yang dibina di atas kehendak Sultan Idris Murshidul Azam Shah, Sultan Perak ke-28 (1887-1916) kerana menunaikan nazar baginda. Melihat serta meneroka sendiri keindahan keunikan seni bina masyarakat islam dalam pembinaan masjid ini dimana pembinaan masjid ini penuh dengan nilai-nilai kesenian dari segi struktur seni binanya, bentuk, peralatan yang digunakan.

Masjid Ubudiah atau turut juga dikenali sebagai Masjid Diraja Ubudiah

Sebelum ini kita telah meneroka antara warisan sejarah dan budaya yang terdapat di kuala Kangsar iaitu meneroka sejarah yang terdapat di vicoria bridge (klik sini), mempelajari insitusi kesultanan Perak di Galeri Sultan Azlan Shah (klik sini) dan melihat kehalusan seni tradisional Melayu iaitu seni tekad benang emas (Klik sini), penerokaan kita seterusnya singgah ke Masjid Ubudiah untuk melihat sendiri keindahan senibina masjid ini. Di bawah saya kongsikan sedikit latar belakang  dan sejarahnya Masjid Ubudiah

Sejarah Masjid Ubudiah
"Masjid yang terindah di Negeri Perak ini terletak di sebelah kawasan permakaman Di Raja Bukit Chandan, Kuala Kangsar. Masjid ini dibina di atas kehendak Sultan Idris Murshidul Azam Shah, Sultan Perak ke-28 (1887-1916) kerana menunaikan nazar baginda. 
Kerajaan Negeri Perak kemudian mengarah Colonel Huxley dari Pejabat Kerja Raya di Kuala Lumpur supaya merangka sebuah pelan masjid yang hendak didirikan itu. Tugas membuat pelan rekabentuknya telah diberikan kepada Hubbeclk, seorang arkitek kerajaan dan tugas melaksanakan bangunan itu pula diserahkan kepada Caufield sebagai ketua jurutera Negeri Perak ketika itu.
Pada hari Jumaat 26 September 1913, Sultan Idris Murshidul Azam Shah telah meletakkan batu asas masjid tersebut. Pembinaan masjid tergendala beberapa tahun kerana kerosakan ketul-ketul marmar di tempat simpanannya yang telah dipijak oleh dua ekor gajah kepunyaan Sultan Idris dan Raja Chulan. 
Pesanan batu marmar yang baru dari Itali tergendala akibat tercetusnya Perang Dunia Pertama, sehinggalah 1917 barulah masjid yang terindah di negeri Perak itu dengan rasminya dibuka oleh Sultan Abdul Jalil Nasaruddin Shah iaitu Sultan Perak yang menggantikan Sultan Idris yang mangkat pada tahun 1916. Belanja pembinaan masjid Ubudiah ketika itu di anggarkan berjumlah RM200,000.00"

Masjid Ubudiah merupakan lambang atau simbol kesenian melayu islam yang bertapak kukuh di Malaysia

Ruangan solat di dalam Masjid Ubudiah


Pemandangan di waktu petang, di Masjis Ubudiah



Pemandangan Masjid  Ubudiah daripada luar, antara masjid  yang tercantik di Malaysia

"Masjid Ubudiah merupakan lambang atau simbol kesenian melayu islam yang bertapak kukuh di Malaysia ini. Digelarkan antara Masjid yang tercantik di Perak, kaya dengan sejarah tersendiri selain daripada itu keindahan senibinaya dapat membangkitkan rasa takjub dan terpegun oleh setiap mata yang memandang, sesuai dengan fungsinya, jadi kunjungan anda ke kuala kangsa tidak lengkap sekiranya tidak melawat atau singgah di Masjid Ubudiah yang terletak di Bukit Chandan, Kuala Kangsar, Perak"

FAM Trips kali ini ditaja oleh Tourism Malaysia Perak, terima kasih kerana sudi menjemput saya dalam usaha mempromosikan tempat-tempat Pelancongan menarik yang ada di sekitar Negeri Perak sempena Tahun Melawat Malaysia 2014. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, atau ingin mendapatkan maklumat-maklumat terkini pelancongan yang ada di Negeri Perak, sila hubungi :

Tourism Malaysia Perak
No. 12, Medan Istana 2,
Bandar Ipoh Raya,
30000 Ipoh, Perak 
Tel : +605-2552772/9962 
Faks : +605-2532194 
Like Facebook :Tourism Malaysia Perak
Website : www.tourism.gov.my

36 comments:

  1. cantiknya masjid nie..insyallah bila ke Perak nanti boleh la menyinggah disini

    ReplyDelete
    Replies
    1. subhanallah memng cantik..
      tambah waktu malam..

      Delete
  2. cantik sungguh masjid ni.. tak penah sampai lagi ke perak :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau sampai ke kuala kangsar bolehlah dtg :P

      Delete
  3. No other word..CANTIK!!! belum jejak kaki ke masjid ni lagi

    ReplyDelete
  4. salam...

    weh, kebetulan la! aku baru je pergi masjid ni malam tadi. sempat jugak solat tarawikh sekali. memang betul, masjid ni cantik luar dan dalam...

    heheee...

    ReplyDelete
    Replies
    1. wasalam..
      kebetulan aku memng x pnah solat trawih dkat sana..he..he..
      tambahan waktu mlam lagi lawa masjid disinari dgn lampu

      Delete
  5. cantik sungguh gambar masjid tuh dr segi pencahayaannya .

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya kehalusan dsignya....
      ditambahkan dgn pencahayaan yg menarik..
      membuat setiap mata yg mlihat pasti kagum dgn keindahan masjid ini :)

      Delete
  6. tak jemu mata memandang rumah Allah ini.....jom benteras rokok haram..

    ReplyDelete
  7. wow....cantiknya....indah seni binanya...

    ReplyDelete
  8. I always saw the photo of this mosque in magazine or newspaper. So it's actually in Kuala Kangsar.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya..because of design and architecture this mosque..
      very beutiful.. :)

      Delete
  9. It's a beautiful mosque. Nice an architecture like this only in Kuala Kangsar?

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup.. very beautiful and peaceful mosque, yup this design only in
      kuala kangsar, state of perak..one of beutiful mosque at malaysia :P

      Delete
  10. indah sekali masjid ni n penceritaan sejarahnya yg unik...klik3 menabung.

    ReplyDelete
  11. Maha Suci Allah, memang sangat cantik senibina masjid ini, seronok dapat solat disini beberapa kali dah..

    ReplyDelete
  12. Pernah ke sini di musim cuti zaman persekolahan dulu... lawatan yg penuh nostalgia. Mmg cantik masjid tu, suasananya pun indah. Pasti akan singgah lagi jika ada ke sana nnti. Thanks sharing bro Sobri... :)

    ReplyDelete
  13. salam. subhanallah...cantiknya..teringin nak ke situ ..

    ReplyDelete
  14. Thanks Sobri..Canti & Unik masjid ni..

    ReplyDelete
  15. wah cantikkkknya!lama betul niesa xsinggah sini..mesti byk ketinggalan cerita cuti2 sobri ni...
    menabung kt sini..hehe

    ReplyDelete
  16. uiks....cantik giler masjid nie...tatau pulak aku kat perak ada masjid cantik macam nie bro...

    Regards,
    -Strider-

    ReplyDelete
  17. guna camera apa nie?/ lawa gambar..../

    ReplyDelete
  18. Memang cantik masjid ni...kebanggaan orang kuala kangsar... :D

    ReplyDelete
  19. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  20. subhanallah cantik nya masjid ni.. selalu tengok dalam gambar2 dalam kalender. Insya Allah nak singgah ke masjid ni kalau kebetulan lalu di kuala kangsar

    ReplyDelete

Komen Anda Amat Dihargai
Terima Kasih Kerana sudi membaca