Perak Trip - Seni Warisan Tekat Benang Emas | sobriyaacob.com

Saturday, July 5, 2014

Perak Trip - Seni Warisan Tekat Benang Emas


Assalamualaikum dan salam sejahtera, masyarakat Malaysia khususnya kaum Melayu kaya dengan pelbagai kemahiran seni warisan tradisional melayu yang diwarisi turun-menurun seperti kemahiran seni ukir, anyaman, tenunan dan pertukangan yang sangat tinggi nilai seninya. Alangkah sayangnya sekiranya kemahiran tersebut dibiar pupus di telan zaman tanpa waris untuk terus menghidupkan seni warisan bangsa, alhamdulilah baru-baru ini saya berpeluang untuk melihat sendiri bagaimana proses penghasilan produk kraftangan yang berasaskan seni tekat benang emas oleh Puan  Azizah Adam, Perusahaan Tenun Tekat Azydar Enterprise yang berlokasi di Kampung Padang Changkat, Bukit Chandang, Kuala Kangsar, Perak


Puan Azizah Adam dan anaknya menunjukan bagaimana proses tekat benang emas dilakukan

Bagi generasi sekarang terutama generasi Y iaitu generasi saya, mungkin tidak begitu mengenali seni tekat benang emas, sebelum kita bekenalan dengan lebih lanjut serba sedikit mengenai seni warisan tekat emas seni warisan pusaka, jom kita baca sedikit info mengenai seni tekat di Malaysia

Di percayai seni tekat di negara ini menerima pengaruh dari India, China dan Arab. Reka corak dan motif eksklusif dari Arab dijadikan ilham oleh tukang tekat mengikut lenggok dan cita rasa tempatan. Tekat turut dikenali sebagai sulaman benang emas amat popular di Semenanjung Malaysia di Perak dan Selangor. Ketika zaman kegemilangannya, seni itu dipelopori golongan istana dan menjadi perhiasan di istana dan golongan bangsawan. Mempulur yang diperbuat daripada rotan saga atau ‘calamus caesius’ atau kertas keras dibentuk dalam pelbagai reka corak berinspirasikan alam semula jadi. Tekat banyak digunakan sebagai hiasan dalaman dan ketika istiadat perkahwinan khususnya masyarakat Melayu. 


Bagaimana cantik tak set kelengkapan Pelamin Perkahwinan ini, sangat unik penuh dengan ciri-ciri tradisional semuanya mempunyai unsur-unsur dari penggunaan seni tekat benang emas. Pada masa kini amat susah untuk kita melihat orang sekarang berkahwin menggunakan set pelamin sebegini, difahamkan hasil tekat puan azizah juga telah digunakan semasa Majlis Perkahwinan Diraja Kerajaan Perak iaitu Sultan Nazrin Muizzudin Shah dan Raja Permaisuri Tuanku Zara Salim Davidson. 

Menurut puan azizah pada masa sekarang barang yang dihasilkan daripada benang emas digunakan untuk istiadat tertentu di istana seperti pertunangan, perkahwinan, ulang tahun keputeraan dan pertabalan diraja tapi pada masa dahulu keluarga diraja menjadikan tekat benang emas sebagai pakaian kebesaran dan hiasan seharian mereka.


Terdapat dua jenis Tekat iaitu Tekat Timbul Bunga Emas dan Tekat Gubah. Antara jenis-jenis corak / motif seni benang tekat dihasilkan ialah flora, fauna atau berbentuk geometri.


Antara contoh produk kraftangan berasakan tekat benang emas yang dihasilkan oleh Perusahaan Tekat Azydar Enterprise adalah seperti kipas, bantai, set perkahwinan, set pelamin, set bilik tidur dan lain-lain semuanya boleh dihasilkan berdasarkan tempahan pelanggan. Proses yang digunakan mengunakan kaedah tradisonal dan selalu Corak yang biasa digunakan untuk tekat benang emas adalah paku pakis, pucuk rebung, sulur buyung, bunga raya, bunga kemboja, awan larat dan bunga asam batu.


Di sini juga turut diwujudkan ruangan pameran yang mempamerkan produk berasakan seni tekat benang emas, jadi kepada anda semua yang sangat berminat untuk menempah, membuat kajian, rujukan atau melihat sendiri bagaimana proses penghasilan tekad benang emas yang dijalankan boleh menghubungi sendiri:

Puan Azizah Adam I Tel : 017 -  5128720
Azydar Enterprise
No. 57A, kampung Padang Changkat,
Bukit Chandan.33000 kuala kangsar,
perak, Malaysia


Inilah anak gadis puan Azizah Adam, Faiztol Fazleha antara generasi baru yang mewarisi seni kemahiran tekat benang emas daripada ibunya, untuk pengetahuan anda juga Puan Azizah dan anaknya telah pergi ke beberapa buah negara luar seperti, Amerika Syarikat, Tokyo, jepun, Indonesia,  India, United Kindgom dan lain-lain untuk mempromosikan serta memperkenalkan budaya seni tekat benang emas yang sangat halus dan bermutu tinggi pembuatanya kepada negara luar, perh hebat bukan! siapa cakap warisan kraftangan Malaysia tidak hebat dan tidak setanding dengan kraftangan negara-negara luar :P

"Seni tekat benang emas memang cukup sinonim dengan bandar diraja Kuala Kangsar. Setiap kali kita menyebut atau melihat produk berasaskan seni tekat, pasti kita sudah dapat membayangkan kehalusan dan keindahan seni warisan Melayu tradisional ini, tekat benang emas atau sulaman emas adalah warisan kesenian dan keindahan hasil tangan yang dibuat dengan menjahit benang emas ke atas lapisan kertas dimana ia kelihatan timbul. Reka bentuk serta kehalusan jahitannya memerlukan kepakaran hasil tangan selain tumpuan menggambarkan ketelitian dan keindahan seni pembuatan tekat benang emas, jadi kunjungan anda di kuala kangsar pastinya lebih menarik sekiranya dapat melihat sendiri kehalusan seni warisan tekat benang emas seni warisan bangsa"

FAM Trips kali ini ditaja oleh Tourism Malaysia Perak, terima kasih kerana sudi menjemput saya dalam usaha mempromosikan tempat-tempat Pelancongan menarik yang ada di sekitar Negeri Perak sempena Tahun Melawat Malaysia 2014. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, atau ingin mendapatkan maklumat-maklumat terkini pelancongan yang ada di Negeri Perak, sila hubungi :

Tourism Malaysia Perak
No. 12, Medan Istana 2,
Bandar Ipoh Raya,
30000 Ipoh, Perak
Tel : +605-2552772/9962
Faks : +605-2532194
Like Facebook :Tourism Malaysia Perak
Website : www.tourism.gov.my


33 comments:

  1. Cantiknya kraftangan dia . Beruntunglah siapa yang ada ilmu tekat benang emas . Sayang kalau tak dikembangkan ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. memng cantik..
      untung sebab boleh mempertahankan seni budaya..
      lg satu mmeng masyuk kalau buat seni tekat ni..
      memerlukan kmahiranyg tinggi :)

      Delete
  2. Cantik...kreatif dia orang...

    ReplyDelete
    Replies
    1. memrlukan ketekunan
      dan kemahiran yg tinggi :)

      Delete
  3. Wahh...sememangnya menarik!! Halus buatannya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. halus.. bak kata harish iskander dlm iklan nescafe :)

      Delete
  4. dulu selalu nampak time keje kawen.. tp skrg ni dah xde hukkk semua nk nampak modern.. syg leh pupus begitu saja

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup..dekat batai..kipas..telepak sirih..
      ada la sikit2 masih digunakan unsur tekat ni,, klau knduri kat kampg
      cuma kalau wedding moden skarg jarang la nak jumpa :)

      Delete
  5. Generasi baru skrg ni mana nak teruskan perusahaan tradisional.. harap janganlah pupus seni ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. nasib baik puan azizah ada juga mngajar kelas2 tekat ni..
      anak dia pun dah mewarisi kemahiran ini... harap diteruskan :)

      Delete
  6. subhanaALLAH cantik tu,.,halus dan teliti pembuatannya

    ReplyDelete
    Replies
    1. warisan bangsa yg harus kekal dipelihara :)

      Delete
  7. tekat karya seni warisan yg tinggi nilainya...skil yg sukar dimiliki jika tidak disertakan tekad n kerajinan...klik3 menabung.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu sis..
      sangat tinggi nilai ..harus erus dijaga untuk
      mengekalkan warisan ini :)

      Delete
  8. There is really a lot to explore in Perak!

    ReplyDelete
    Replies
    1. perak now truely asia!
      a lot of intresting place to explore :)

      Delete
  9. Nice entry.. jarang pi perak.last time pi batu kurau.. air terjun kt situ mcm air mineral.terbaik

    Jom Terjah : Buffet Ramadhan Casa Ombak :)


    ReplyDelete
  10. Cantiknyaaaa! Sungguh. Syukur ada anak muda yang mewarisi bakat mak dia. Harap2 seni ni tak lapuk dek zaman.

    ReplyDelete
  11. Ehem2 naper gambar faiztol tu byk sgt heeee cantik org nya secantik namanya nk berkenalan boleh?

    ReplyDelete
  12. owh, tetiba je rasa macam nak gi beli baju kurung songket benang emas pulak, hehee~ ;p

    ReplyDelete
  13. Seni tekat ni warisan bangsa kita.. kreatif & nampak ketinggian nilai budayanya. Tahniah bro dpt melihat sendiri pembuatan seni bangsa kita.. menarik. Thanks sharing bro & slmt berbuka.. :) :)

    ReplyDelete
  14. cantik2 hasil seni khatnya ... 2x promoted content

    ReplyDelete
  15. Awesome crafted with designs unique and very beautiful. ^^)b

    ReplyDelete
  16. Cantik seni tekat ni. Pernah juga tengok masa kenduri kahwin, tapi sekarang ramai dah tak gunakannnya. Sayang sekali kalau tak kekalkan seni melayu ni.

    ReplyDelete
  17. Warisan negara haruslah dijagai agar tak luput ditelan zaman.... :D

    ReplyDelete
  18. Teringat sewaktu kakak sulung kakak kahwin semua peralatan pelamin dan bilik banyk menggunakan tekad benang emas. Bila kenang balik sangat unik dan cantik.

    ReplyDelete
  19. owhhh...ada rupanya skill tekat benang nie rupanya ek...aku pun tatau sebelum ini pasal benda2 camnie...

    Regards,
    -Strider-

    ReplyDelete
  20. ada lagi ke orang guna tekad ni lagi ek... kalau ada pun susah nak jumpa... mungkin sebab harganya mahal kot sekarang nie...

    ReplyDelete
  21. wahhh..mmg halus2 hasil tgn dorg tu..cantik sgt...mmg rugilah kalau waris xpandai mewarisi bakat tu..

    ReplyDelete
  22. salam .. boleh sy dptkan email puan azizah? please .

    ReplyDelete
  23. masih beroperasi hingga sekarang ke??

    ReplyDelete

Komen Anda Amat Dihargai
Terima Kasih Kerana sudi membaca