Perak Trips - Advanture Of Royal Belum Rainforest | www.sobriyaacob.com

google advertising

Thursday, July 17, 2014

Perak Trips - Advanture Of Royal Belum Rainforest


Assalamualaikum dan salam sejahtera semua, 

Kunjungan korang ke Royal Belum Rainforest, pasti tidak akan menyesal hanya satu perkataan yang boleh saya gambarkan ialah terbaik.. cukup terbaik! salah satu destinasi perlancongan yang wajib korang datang sekali dalam seumur hidup. Masih teringat akan kesejukan udara segar di pagi hari, kepanasan air tasik di kala matahari melabuhkan tirai, bunyi cengkerik yang gian mengawan di malam hari krik..krik..krik.. perhh memang sentiasa akan terdetik di dalam hati untuk datang lagi untuk meneroka khazanah yang tersimpan di Royal Belum.

The Advanture Of Royal Belum Rainforest I 22-24 Jun 2014

Seperti pucuk dicita ulam mendatang, menerima jemputan daripada Tourism Malaysia Perak untuk pergi ke Royal Belum sempena dengan Program Kebudayaan dan Kesenian Royal Belum 2014, memang terdetik di dalam hati sekiranya tak pergi amatlah rugi sebab hati ini memang udah teringin bebenor hendak kesana tambahan lagi FAM Trips yang dianjurkan oleh Tourism Malaysia Perak memang terbaik, layanan staff memang sangat baguih..baguih terutama Kak Hana, Abang Shahril kak Shiela serta yang lain-lain terutama Bigbos Tuan Haji Ibrahim yang sangat humble orang.

Apabila membaca email jemputan yang mengatakan akan berkampung di royal belum untuk beberapa hari dan kami akan menginap di boathouse terus meronta-ronta adeneraline mesti joint trips kali ini, alhamdulilah akhirnya tercapai juga niat saya untuk menjejakkan lagi sekali ke Taman Negeri Royal Belum diberi gelaran 'permata hati negeri perak' sangat kaya dengan pelbagai biodiversiti flora dan faunanya.

Sebenarnya saya tidak tahu hendak mulakan daripada mana cerita pengembaraan saya di Royal Belum sebab semuanya amat menarik untuk dikongsikan, kami berada di hutan royal belum selama 3H2M, segala urusan penginapan, aktiviti yang dijalankan diuruskan oleh Perbadanan Taman Negeri Peradan dibantu oleh Tourism Malaysia Perak dan NCIA (Northern Corridor Implementation Authority)

Penerokaan kami menjelajah Royal Belum mengguna houseboot Arus belum - antara tour guide tempatan yang menawarkan pakej houseboot

sebelum saya menaip dengan lebih panjang sebab terlalu banyak luahan hati yang hendak dicoretkan disini yang pasti entry Edisi Royal Belum Trips akan bersambung-sambung jadi mohon jangan muak dan tolan telan serta hadam semua yang saya kongsikan :P

Di bawah saya senaraikan aktiviti yang kami lakukan sepanjang berada di Royal Belum.

  • Program Kebudayaan dan Kesenian Royal Belum 2014
  • Melawat Air Terjun Kooi dan misi mencari bunga pakma di Sungai kooi
  • Mandi manda di Sungai Ruok dan bermanja dengan ikan kelah jinak
  • Mengenal flora dan fauna serta melawat klinik semulajadi haiwan, sira garam di Kem Papan
  • Water confident dan bermain rakit di kem Sungai Tiang dan lain-lain

Kami bergerak daripada Padang Rengas sejurusnya tamat Program Bike Ride @ Padang Rengas melalui Tasik Raban, Lenggong, Pekan Lawin, Gerik dan seterusnya meneruskan perjalanan selama 1 jam lebih ke Jeti Banding / jeti aman dimana boothouse menunggu kehadiran kami semua. Setelah didarab dicongak dan dibahagi, untuk edisi pertama Fam Trip: Advanture of Royal Belum, saya akan kongsikan kepada korang semua bagaimana cara untuk ke sana, Perkhidmatan yang disediakan dan pakerj-pakej yang ada, jadi untuk entry berikutnya barulah bermulanya perjalanan kita meneroka Royal Belum Rainforest


Bagaimana cara hendak sampai ke Royal Belum Forest

1- Memandu sendiri menggunakan kereta:

Melalui Lebuh Raya Utara Selatan Plust melalui exit 143 kuala kangsar terus memandu sehingga ke Gerik lebih kurang 1 jam sehingga jumpa roundabout bulat jalan terus ke pengkalan hulu, sekiranya hendak ke jeti awam tasik banding sila ambil laluan kanan jalan untuk ke kelantan sehingga sampai ke pulau banding perjalanan dianggarkan dalam 1 jam, banyak sigboard disediakan sepanjang jalan boleh dijadikan jalan petunjuk arah. Sekiranya ingin membeli sebarang barang keperluan seperti makanan dan barang keperluan dicadangkan beli di Pekan Gerik dan pastikan isi minyak penuh di stesen minyak di situ kerana perjalanan seterusnya ke Royal Belum tidak akan jumpa mana-mana lagi pekan atau perhentian.

2- Menaiki kenderaan awam bas atau teksi: 

Menaiki bas akan turun di stesen bas gerik, boleh ambil teksi di belakang stesen bas gerik (hubungi 05-7911263) dikenakan tambang sebanyak RM60.00 sebiji kereta digalakkan anda berkongsi tambang.

Cara-cara untuk memasuki ke Hutan Royal Belum boleh didapati daripada Perbadanan Taman Negeri Perak untuk mendapatkan maklumat yang selanjutnya:


Sedikit info pakej dan perkhidmatan yang boleh anda rujuk sebelum pergi ke sana

1- Melalui Pihak Perbadanan Taman  Negeri Perak (sangat dicadangkan)

Perbadanan Taman Negeri Perak
11067, Jlan Suda Bahagia, Gerik, Perak
Tel    : 05-7914543/05-7917858
Email : fadhilahtamannegeri@gmail.com

2- Melalui Jabatan Perhilitan atau Jabatan Perhutanan Daerah Hulu Perak, Gerik

Telefon   : 05-7911164, 7911963, 536261
faksimile : 05-7912933 dan 5363275.

3- Melalui pihak nature guide yang didaftar dengan Perbadanan Taman Negeri Perak

Zulkarnain Manas : 019 - 408 3043
Azmi                  :012 - 578 9554
Samsudin            :019 -526 0067

4- Melalui Pihak Belum Rainforest Resort

Belum Rainforest Resort 33200 Pulau Banding, Gerik, Perak
Phone: 05-791 6800

5- Melalui pengusaha boothouse, banyak pakej yang disediakan bergantung kepada bajet

Arus Belum Houseboot (sangat dicadangkan)
Arus Belum Snd. Bhd
Royal Belum Gerik 33320 Perak Darul Ridzuan
Tel:   05-7917909/ 019-5260067 ( Din @ Gopa)
Tel:   019-3455233 ( Zain)

6: Melalui travel agensi

Tuan Zuk Yusuf (sangat dicadangkan)
Zuk Travel & Tours Sdn Bhd
Tel: +6010-2254 668
E-Mail: zuktravel@yahoo.com.my
Facebook Pages: Zuk Travel & Tours

Diwajibkan untuk membuat permit, caranya boleh berurusan dengan Perbadanan taman negeri perak.

Amazing view at Royal Belum Rainforest

Di sini saya kongsikan peraturan-peraturan yang anda perlu patuhi sepanjang berada di kawasan Royal Belum wajib ikut

Semua pelawat-pelawat dan pengunjung serta sesiapa sahaja adalah tertakluk kepada peraturan-peraturan berikut semasa berada di dalam kawasan Taman Negeri Royal Belum. Tiada seorang pun boleh, kecuali seperti yang dinyatakan oleh Peraturan-peraturan ini, berada di Taman Negeri -

1) memasuki kawasan Taman Negeri tanpa permit yang telah disahkan oleh Perbadanan;
2) memasuki kawasan Taman Negeri berseorangan dan jika berkumpulan hendaklah ditemani/bersama sekurang-kurangnya seorang pemandu pelancong (berdaftar) atau seorang pegawai/ranjer/penguatkuasa Perbadanan;
3) membawa pelancong masuk ke Taman Negeri kecuali pemandu pelancong yang berdaftar dengan Perbadanan sahaja;
4) memasuki kawasan Taman Negeri dengan bot persendirian (tanpa lesen);
5) berada di atas bot di dalam kawasan Taman Negeri tanpa memakai jaket keselamatan;
6) menjalankan sebarang aktiviti penyelidikan di kawasan Taman Negeri tanpa mendapat kebenaran dari pihak Perbadanan dengan mengisi borang permohonan kebenaran bagi menjalankan penyelidikan, mengumpul dan membawa keluar spesimen;
7) membawa keluar apa-apa sahaja spesis flora dan fauna serta benda-benda lain yang terdapat di dalam kawasan Taman Negeri;
8) memburu, menjerat dan apa jua cara menangkap sebarang spesis hidupan liar di dalam kawasan Taman Negeri;
9) menebang dan memusnahkan pokok-pokok di dalam kawasan Taman Negeri;
10) membenarkan apa-apa haiwan ternakan memasuki atau merayau-rayau di kawasan Taman Negeri;
11) menangkap ikan menggunakan teknik bom, kejutan elektrik, panah, racun, jala, rawai, jaring, pukat, bubu dan apa-apa teknik kecuali memancing di sepanjang sungai dan tasik di kawasan Taman Negeri;
12) memancing dan apa jua cara untuk menangkap ikan di kawasan yang telah dizonkan larangan menangkap dan memancing ikan oleh Perbadanan dan Jabatan Perikanan Perak kecuali di zon yang dibenarkan sahaja;
13) membawa keluar sebarang spesis ikan terutama spesis kelah, temoleh, tengas dan sebarau kecuali spesis ikan seperti toman, baung, lampam sungai, sia, kaloi, loma, terbul dan temperas adalah dibenarkan pada kadar 3 ekor bagi setiap pemancing;
14) menduduki dan menggunakan kemudahan harta kekal dan harta mudah alih milik Perbadanan di dalam kawasan Taman Negeri tanpa kebenaran dan kelulusan dari Perbadanan;
15) merosakkan atau menyalahguna kemudahan harta kekal dan harta mudah alih milik Perbadanan di dalam kawasan Taman Negeri;
16) membina apa-apa bangunan di kawasan Taman Negeri tanpa kebenaran Perbadanan;
17) membuang sampah di merata-rata semasa berada di dalam kawasan Taman Negeri; dan
18) melanggar lain-lain peruntukan dalam peraturan ini yang akan dibuat oleh Perbadanan dari semasa ke semasa.
                                                                                                 

Ini adalah entry mukadimah untuk Fam Trip: Advanture of Royal Belum, untuk entry yang berikutnya saya akan berkongsi mengenai Program Kebudayaan dan Kesenian Royal Belum 2014, dan tempat-tempat yang menarik lagi awesome di sekitar Royal Belum. Sebelum itu mari saya belanja "video advanture" yang kami tempuhi Sepanjang FAM Trips ini berlangsung, kredit sepenuhnya kepada Tuan Sham : www.shamphotography.com.

 Dengan lagu cuti-cuti Malaysia background, memang fefeling abih la layan.. rugi  owh..kalau korang tak tengok sampai habis. Sila tengok sampai ke minit terakhir baru ada muka teman baling-baling air dekat camera :P

Diharapkan entry kali ini amatlah dapat membantu korang yang teringin datang ke sini tapi masih was-was bagaimana nak  berhubung atau datang ke sini, untuk memudahkan perjalanan korang amatlah dicadangkan korang berhubung terus dengan Perbadanan Taman Negeri Perak dimana banyak pakej menarik yang ditawarkan meliputi tempat penginapan, tour guide dan membawa anda ke tempat-tempat tarikan utama di Royal Belum, jadi ada apa-apa persoalan atau pertanyaan boleh terus berhubung sama ada melalui pangilan telefon  atau email.

Dan sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, atau ingin mendapatkan maklumat-maklumat terkini pelancongan yang ada di Negeri Perak, sila hubungi :


Tourism Malaysia Perak
No. 12, Medan Istana 2,
Bandar Ipoh Raya,
30000 Ipoh, Perak

Tel : +605-2552772/9962
Faks : +605-2532194
Like Facebook :Tourism Malaysia Perak


34 comments:

  1. Oh...gambar kat WW tu kat sini la ye...cantik!

    ReplyDelete
  2. Nanti nak dtang perak nak jumpa sobri. bawak jenjalan kat royal belum. adventure sikit. hehe. nak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh scha.. meh teman bawak jalan2 kat sini he..he :P

      Delete
  3. Nice... Dulu selalu jugak lalu ikut Hutan Belum masa nak pergi ke MRSM dari Kota Bharu... Tasik dia memang wow cantik habis...

    ReplyDelete
  4. Huh.. terpesona dengan keindahan semulajadi hutan Royal Belum ni... mmg nampak tenang dan menyegarkan. Thanks sharing info bro Sobri... menarik.. :)

    ReplyDelete
  5. Bro, thanks for sharing. There's a typo, should be Adventure instead of Advanture.

    ReplyDelete
  6. mmg cantik ciptaanNya.. lagi2 terpelihara kan Sobri..
    nanti Sobri boleh lah bawak akak jalan2 kat tempat mcm ni yer :))
    3xclick :)

    ReplyDelete
  7. royal belom dgn view yg sgt indah n info yg diberi detil sekali..klik3 nuff.

    ReplyDelete
  8. salam. jeles..sy pun nak kesana jugak uhuk...cantik sangat tempatnya..subhanallah..

    ReplyDelete
  9. Assalamualaikum.. lawa gila tempat ni. teringin nak ke sini suatu hari nanti. saya suka pemandangan indah gini.. terpesona sangat, sobri..

    ReplyDelete
  10. Cantiknya ...suka tengok gambar-gambar ni...

    ReplyDelete
  11. Nice sharing bro! Nak juga ke sini nanti, boleh release stress sambil menikmati keindahan alam semula jadi. ;)

    ReplyDelete
  12. ahaa..JM dah tahu yang mana satu Sobyie..rupa ala2 org Korea lahh
    Hoyee..cerita Royal belum dh nak setart..best ni..baru baca intro..semua info lengkap di sini..kalau nk ke sana just refer kat sini jek..ohhhh Cengkerik gian mengawan yek...hamoi..hamoi..hamoiii heee

    ReplyDelete
  13. Memang best kalau dapat mendekatkan diri dengan alam semulajadi, jauh dari havoz kota..

    ReplyDelete
  14. Salam...cantik sangat ..dengan alam semulajadi...bunda orang Perak pun tak pernah sampai lagi kesana....

    ReplyDelete
  15. fuhh..kena gi nih nanti. cantek.

    ReplyDelete
  16. Hari tu kampeni ade wt event sini.. xleh ikut..kje banyak TT

    ReplyDelete
  17. Bestnya perkongsian tentang Royal Belum di sini. Dulu akak selalu lalu di sini waktu ulang alik dari kelantan - tanah merah - gerik. Pemandangan kat situ cantik dan berkabus. Boleh khayal seketika. Baca entri ni lebih membuakkan hasrat untuk beradventure di sana. Thanks for sharing Sobri. Terbaik.

    ReplyDelete
  18. OMG!.. it's feel like adventure and excited. i like houseboot, it's cute. beautiful photo. thank you for advise how to go to Royal Belum Forest ^^)

    ps. Just know, meaning sound of cricket; krik..krik..krik that mean...ha ha ha

    ReplyDelete
  19. Untungnya banyak masa nak melancong..:)

    ReplyDelete
  20. Popular noh tempat ni, pernah lalu nampak signboard ja sebelum ni, nak singgah tak sempat plak masa tu... InsyaAllah nanti akan ku singgah jua ;3

    menabung~ ^^

    ReplyDelete
  21. tak blh thn nampak air tu ... rasa nak terjun n berkubang jer mcm masa kecil2 dulu .

    ReplyDelete
  22. macam best aje tempat nih.

    masalahnya sibuk kerja sekarang. Takde masa nak bercuti sangat.

    ReplyDelete
  23. Royal Belum best cuma belum berkesempatan ke sana. Pernah kursus di Banding Lake Side je. Seronok memancing kat situ

    ReplyDelete
  24. baca entry ko dan eshamz nie membuatkan aku ngan kawan2 nak organize trip melawat perak pulak rasanya....hehehehe

    Regards,
    -Strider-

    ReplyDelete
  25. best juga kan sekali sekala tukar2 angin pergi ke royal belum nie pula... tapi tempat macam nie rasanya sesuai pergi dengan kawan2 jer...

    ReplyDelete
  26. Memang best gi royal belum... rasa cam nak lepak kat sana lagi jer... kat sana hp semua kena simpan sbb takde line... mlm2 penuh ngan aktiviti lepak sambil berborak ngan kawan2.. mmg best...

    Lawa la video tu... sapa yang buat ek?...ekekekekekekeke... :D

    ReplyDelete
  27. cantik..unspoilt nature..Royal Belum..

    ReplyDelete
  28. cantiknya....banyak tempat dlm negeri sendiri x pergi lagi

    ReplyDelete
  29. Begape kene bayau satu kepale kalu ade pakage g sane

    ReplyDelete

Komen Anda Amat Dihargai
Terima Kasih Kerana sudi membaca