Perak Trips - Victoria Bridge Kuala Kangsar, Tapak Warisan Sejarah Negara | sobriyaacob.com

Thursday, July 3, 2014

Perak Trips - Victoria Bridge Kuala Kangsar, Tapak Warisan Sejarah Negara


Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Pernahkah anda mendengar nama Victoria Bridge, sekiranya tidak pernah mesti korang tertanya-tanya apakah itu victoria bridge? adakah seseksi model victoria secret atau secantik victoria beckkam, maaf sangkaan anda salah Victoria Bridge ialah sebuah jambatan kereta api yang terdapat di Pekan Karai, Kuala Kangsar. Merupakan salah satu khazanah negara yang masih kekal sehingga hari dan masih terpelihara dalam keadaan elok.

Victoria Bridge atau dikenali juga sebagai Jambatan kereta Api Victoria. Penduduk tempatan turut memanggil nama jambatan ini sebagai Jambatan Kaghei

Untuk entry kali ini saya akan membawa korang semua menyelami dan meneroka salah satu mercu sejarah yang ada di Kuala Kangsar iaitu Victoria Bridge atau dikenali juga sebagai jambatan kereta api Victoria. Jambatan kereta api ini dinamakan sebagai Victoria Bridge, mengambil sempena nama Ratu Victoria, pertamanya ketika di awal pembinaan pada tahun 189, merupakan tahun pemerintahan Jubli Intan Ratu Victoria. Keduanya, apabila tamat pembinaan, Afrika Selatan secara seluruhnya telah berada di dalam pemerintahan baginda Ratu.

Bagi anda pertama kali singgah ke blog ini, ingin membaca entry terdahulu bolehlah klik pautan di bawah:

Foto: Tourism Malaysia Perak
Victoria Bridge Kuala Kangsar, Tapak Warisan Sejarah Negara

Disini Saya Kongsikan Sedikit Info Dan Sejarah Mengenai Victoria Bridge

Victoria Bridge merupakan jambatan keretapi antara yang tertua di Malaysia, ketika itu dikenali sebagai Malaya. Jambatan ini merentangi Sungai Perak yang menghubungkan Bandar Diraja Kuala Kangsar. Jambatan ini terletak di Karai, Kuala Kangsar. Ia telah dibuka pada 21 Mac 1900 oleh Almarhum Sultan Idris Murshidul Azzam Shah pada satu majlis yang turut dihadiri oleh Sir Frank Swettenham, Residen-Jeneral untuk FMS, dan Sir John Pickersgill Rodger, yang bertindak Residen British Perak. Pembukaan istiadat jambatan terdiri membuka sebuah bar menyeberangi portal dengan kunci perak.

Lihatlah senibina victoria bridge, sangat cantik dan unik turut mempunyai pengaruh senibina daripada luar negara. Antara khazanah warisan negara yang harus terus dipelihara.

Ini merupakan pertama kali saya datang ke sini, sebelum ini pernah juga mendengar nama jambatan Victoria daripada kawan-kawan yang tinggal di sekitar kuala kangsar, tapi saya tak sangka rupanya jambatan ini sangat panjang dan luas permukaanya serta mempunyai senibina yang sangat menarik, dinyatakan bahawa jambatan ini pernah dibom semasa perang kedua, kerana fungsinya amat penting pada masa itu.

Jom Layan Beberapa keping Gambar Di Sekitar Victoria Bridge, Kuala Kangsar Yang Sempat Saya Ambil.

Kucing jalanan ini merupakan model rasmi kami untuk dijadikan objek untuk mengambil gambar di Victoria Bridge :P

Struktur pembinaan di Jambatan, menggunakan besi dan bata-bata merah, masih utuh sehingga sekarang.

Disebelah jambatan ini telah dibina jambatan kereta api baru, maka fungsi Jambatan Victoria Bridge telah diambil alih oleh jambatan baru disebelahnya.

Pemandangan indah daripada atas Jambatan Victoria

Bagi anda yang sangat sukakan bidang photograpy dan mencari lokasi yang menarik, sangat disyorkan untuk korang datang disini untuk ouating, sebab pemandangan yang ditawarkan sangat super! eh tak dilupakan kepada bakal pengantin, couple yang nak cari lokasi outdoor yang cantik  ataupun  korang yang  duk berangan nak bergambar konsep ala-ala zaman dahulu kala, harus datang ke Victoria Bridge di Pekan karai, Kuala Kangsar.  Tak percaya saya cakap di victoria bridge ini sangat awesome  viewnya untuk bergambar, boleh tengok bukti di bawah :P

Macam mana lawa tak? awesome bukan pemandangan disini! apa nak lagi gambar, tapi mohon jangan terpikat ya :P

Credit: Pak Dolly Photograpy
Meh saya belanja satu keping gambar lagi gambar. Bukan saya dah cakap tempat ini sangat indah dan unik panoramanya, sangat sesual dijadikan lokasi untuk photograpy selain kaya dengan warisan sejarah tersendiri.


Acara wajib, bergambar secara berjemaah rombongan Fam Trip kali terdiri daripada media massa, media cetak, bloggers dan Travel Agensi menandakan kami semua telah sampai ke Victoria Bridge. Kepada team Tourism Malaysia Perak berbanyak terima kasih kerana sudi membawa kami semua menjelajah tempat-tempat menarik yang ada di sekitar Bandar kuala kangsar bandar diraja. 

"Victoria Bridge mampu menjadi destinasi terbaru tempat pelancongan bersejarah di Kuala Kangsar malah di Malaysia kerana mempunyai nilai-nilai sejarah yang tersendiri yang sangat menarik, antara tapak warisan sejarah negara yang perlu dikekalkan dan dikomersialkan selain daripada lokasi ini sendiri menawarkan pemandangan yang cukup cantik, jadi apa lagi Moh Le Ke Pekan Karai Kuala Kangsar melawat sendri jambatan Kereta api victoria"

Eh Korang semua entry Entry FAM Trips kali ini masih ada sambunganya, tempat-tempat menarik yang boleh korang lawati di sekitar kuala kangsar akan saya kongsikan di entry yang berikutnya antaranya ialah kilang Mariwasa iaitu pengeluar tunggal pingat-pingat darjah kebesaran di seluruh malaysia, Ke Masjid Ubudiah antara masjid tercantik di Malaysia, melawat Azydar Enterprise  mengusaha tenun tekap warisan melayu turun menurun dan Galeri Sultan Azlan Shah.

FAM Trips kali ini ditaja oleh Tourism Malaysia Perak,  terima kasih kerana sudi menjemput saya dalam usaha mempromosikan tempat - tempat Pelancongan menarik yang ada di sekitar Negeri Perak sempena Tahun Melawat Malaysia 2014, jadi sekiranya anda sebarang persoalan, pertanyaan  atau ingin mendapatkan info-info terkini bolehlah hubungi Pejabat Tourism Malaysia perak seperti alamat di bawah.


Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, atau ingin mendapatkan maklumat-maklumat terkini perlancongan yang ada di Negeri Perak, sila hubungi :

Tourism Malaysia Perak,
No. 12, Medan Istana 2,
Bandar Ipoh Raya,
30000 Ipoh, Perak

Tel : +605-2552772/9962
Faks : +605-2532194
Like Facebook :Tourism Malaysia Perak
Website : www.tourism.gov.my




34 comments:

  1. jambatan yg dibina sgt kukuh n kekal membawa sejarahnya...klik2 jetta

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih..antara jambatan yang kaya dgn
      warisan sejarah tersendiri..
      harus dikekal dan dijaga :P

      Delete
    2. tu yg kata bangunan lama tu beratuih tahun tahan

      Delete
    3. kehebatan senibina zaman dulu :)

      Delete
  2. Replies
    1. ha..ha.. great right bro :P
      thank you

      Delete
  3. orang kuala mesti tahu jambatan ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah saya yg sellau p kuala pun
      tak tahu mngenai jambatan ni :)

      Delete
  4. tengah begambo camtu keteapi lalu.. huhu mana nak larik.. teringat laluan keteapi Harry Potter nk gi skolah dia #ngee

    ReplyDelete
    Replies
    1. ar ah shin baru perasan sama mcmkat cerita harry potter he..he :)

      Delete
  5. Gambar kucing & jambatan tu so classic...

    ReplyDelete
  6. Assalamualaikum sobri..wahh lawa sgt jambatan ni.. ingatkan yang dekat temerloh tu. hihi salam ramadhan..

    ReplyDelete
  7. ambil gambar dekat jambatan lama memang klasik sangat kan.....

    ReplyDelete
  8. salam. wahhh..cantik dan menarik..kukuh pulak tu..

    ReplyDelete
  9. tak pernah lagi ke perak..tapi pemandangan cantik..untuk photoshoot pun ok kat sini

    ReplyDelete
  10. Aku ingat jambatan Victoria ni. Ia pernah masuk dalam filem Zombi Kampung Pisang. Time Awie ketuk-ketuk tangan dia untuk elakkan jadi zombi.

    ReplyDelete
  11. Jambatan pun kalau pandai bermain kamera akan cantik juga jadinya.

    ReplyDelete
  12. Alamak... gambar kat rail tu cam model dewi remaja lah...ahahahahaha... mmg seronok dapat ronda2 begini kan.... lebih2 lagi ada org sponser...ekekekekeke.. :D

    ReplyDelete
  13. wahh cantiklah... tak pernah pergi lagi sini ..moga ada rezeki sampai ke sini

    ReplyDelete
  14. wah2xx..mmg cntik permndgn tu...

    #best posing tgh2 trek tu bro!

    ReplyDelete
  15. Assalammualaikum..sobri,

    gambar dan pemandangan kat sini cantik. Bergambar kat jambatan pula tu.. mselim3 tak pernah gi lagi kat sini..

    mselim3

    ReplyDelete
  16. Aaaaa, cantik sangattt! Insya-Allah, nak try jugak pergi sana. View dia sangatlah Subhana-Allah, cantik sgt! Follow sini :)

    ReplyDelete
  17. perghh smart gile rpic nih,..pandai ko amik

    ReplyDelete
  18. noe selalu guna jalan karai tu tuk ke kuala..so selalu la jumpa bridge ni...ate..dah dekat ngan kampung sis

    ReplyDelete
  19. akak pernah tengok org buat outdoor photoshoot kt sini.. mmg cantik ar.. lagi2 guna camera yang canggih manggih.. kalau pakai camera hp mampos nak kena edit 10 hari 10 malam.. muahahahaha

    mcm biasa 3xclick :)

    ReplyDelete
  20. Cantik permandangan jambatan tu.. ditambah dgn photoshoot dari pakar.. mmg bertambah2 cantik.. :)

    ReplyDelete
  21. wah, naise view... struktur bersejarah, port bergambar yg ohsem nih ;3

    menabung sambil bersahur... hehe~ ;3

    ReplyDelete
  22. Cantik dan indah sungguh jambatan ni,masih terpelihara dan dijaga.

    ReplyDelete
  23. tahun 189 sobri?ke ada tertinggal 1 nombor kat situ?tapi mmg terbaik la...pemandangan tu..cantik sgt!harapnya khazanah negara yg bersejarah ni akan dijaga dan disimpan utk cucu cicit dan generasi2 akan dtg nanti..ehe...

    ReplyDelete

Komen Anda Amat Dihargai
Terima Kasih Kerana sudi membaca