Perak Trip - Program Kebudayaan & Kesenian Royal Belum | www.sobriyaacob.com

google advertising

Thursday, August 7, 2014

Perak Trip - Program Kebudayaan & Kesenian Royal Belum


Assalamualaikum dan salam sejahtera reader!....

Pengembaraan kita di Royal Belum Rainforest diteruskan lagi tapi kali ini saya akan membawa korang semua meninjau ke Program kebudayaan dan kesenian Royal Belum yang berlangsung pada 23-24 jun 2014 bertempat di Model Perkampungan Orang Asli Sg Tiang. Ini adalah entry edisi khas dimana saya akan menceritakan serba sedikit perjalanan apa yang menarik berlaku sepanjang program ini berlangsung kepada korang semua.

Royal Belum Rainforest I 2014

Intro *sila baca seperti iklan kepelbagaian bio di Malaysia di TV* untuk ambik mood!

Malaysia merupakan bumi yang bertuah yang kaya dengan kepelbagaian bio. Kepelbagaian bio merangkumi semua benda hidup serta ekosistem yang merupakan habitat bagi kehidupan ini. Kita semua adalah sebahagian dari jaringan kehidupan yang kompleks ini dan saling bergantung antara satu sama lain. Malaysia antara salah satu daripada 12 negara yang kaya dengan kepelbagai bio  merangkumi lebih 15,000 jenis tumbuhan berbunga dijumpai di Malaysia lebih 3,000 spesis orkid iaitu antara bunga yang paling eksotik di negara ini disamping lebih 350 spesis reptilia, 300 spesis mamalia, 1,000 spesis rama-rama, 730 spesis burung dan pelbagai lagi dan di Royal belum atau digelar sebagai permata hati perak kerana keindahan dan kepelbagaian spesis flora dan fauna yang masih dalam keadaan habitat asal masih belum terusik 

Program  kebudayaan dan kesenian royal dianjurkan bertujuan untuk mempromosi keindahan dan keunikan yang terdapat di Royal Belum serta menjadi sebagai salah satu ikon  perlancongan yang popular di negeri perak, khasnya di daerah Gerik sempena dengan Tahun Melawat Malaysia 2014 I Visit Malaysia Year 2014. 

Antara objektif program ini ialah mempertengahkan kesenian dan kebudayaan masyarakat orang asli yang menetap di sekitar kawasan Royal belum, dimana membantu meningkatkan pendapatan masyarakat setempat melalui industri perlancongan seperti penjualan hasil kraftangan, hasil hutan dan penglibatan penduduk setempat dalam program yang dijalankan. Program ini dianjurkan oleh Perbadanan Negeri Perak dengan kerjasama Tourism Malaysia Perak dan NCIA.


Bertempat di Model Perkampungan Orang Asli Sg Tiang, Royal Belum Perak

 Program ini dianjurkan oleh Perbadanan Negeri Perak dengan kerjasama Tourism Malaysia Perak dan NCIA.  Majlis ini dirasmikan olah YB Salbiah Binti Mohamad,  selaku Adun Temenggor.

Antara tetamu vvip yang turut hadir ialah En Mohamad Suhaimi Bin Samssudin (Pengarah Perbadanan Taman Negeri Perak) Puan Noor Asmah ( Timbalan Pengerusi Perbadanan Taman Negeri Perak) Tuan Haji Ibrahim (Pengarah Tourism Malaysia Perak) dan Puan Jariah daripada NCIA (Northern Corridor Implementation Authority)

Antara aktiviti-aktiviti yang dijalankan sepanjang program ini berlangsung ialah diberikan penerangan dan diadakan demontrasi cara hidup seharian yang diamalkan oleh masyarakat orang asli seperti bagaimana cara untuk memburu menggunakan sumpit, teknik-teknik bagaimana cara untuk menangkap haiwan serta bagaimana cara memasak nasi menggunakan buluh kaedah masyarakat orang asli Jahai.


Tekun  YB Salbiah Binti Mohamad,  selaku Adun Temenggor mendengar penerangan yang diberikan

Diberikan penerangan serta demo bagaimana cara untuk menyumpit menggunakan buluh oleh ranjer daripada perbadanan taman negeri perak, kelihatan Tuan Haji Ibrahim bergaya macho di sebelah Adi Putra

Ini pula diajar bagaimana teknik memasak menggunakan buluh, teknik survival dalam hutan daripada suku kaum orang asli Jahai, sambil dibantu oleh Amaris.

ketika proses memasak, ada teknik yang tersendiri.. bak kata Chef Zam rasanya rasa nasi yang dihasilkan lazat dan  tak hangit

Inilah hasilnya nasi yang telah dimasak menggunakan buluh, rasa macam nak cuba buat le, macam menarik je..macam comel je :P

Abang Sado Adi Putra I Agak friendly orangnya

Eh lupa nak khaborkan kepada awok-awok semua,  Program Kebudayaan & Kesenian Royal Belum kali ini juga turut mengundang beberapa salebriti untuk meluangkan masa dan turut terlibat dalam program ini antaranya Adi Putra, Ayo OIM, Haliza Misbun, Tanuja & Twins, Cheff Zam dan Amaris.

"Apa gosip i yang mengatakan akan berlakon dengan adi putra? ish..ish itu gosip semata-mata  jangan percaya ok terutama di ruangan gosip di Wordless Wednesday 8 yang mengatakan i ada pengembaraan dengan Adi Putra.. wah u all ni suka fefeling artis gittuw.. mak jemah sungguh! *sambil tangan di dada, mata di atas*

Siapa lagi tinggi saya ke atau Anuja?

Bersama Tanuja Miss Malaysia 2009 dan Anuja, sekali imbas tengok memang boleh bezakan mana satu tanuja dan anuja, agak seiras rupa mereka. Dahlah cantik, tinggi, badan langsing patutlah menang Miss World Malaysia. Tanuja saya peminat setia awak since Mastercheff.



Di Malaysia terdapat banyak kaum orang asli antaranya Bateq, Temeir, Semai,semang, senoi dan suku kaum yang terdapat di daeerah Royal Belum adalah suku kaum Jahai dan saya dulu bersekolah di SMKSIS so far memang banyak juga orang asli bersekolah di situ jadi dari kecil sudah bergaul dengan dengan diorang jadi adalah cerita rahsia-rahsia alam yang sempat korek daripada diaorang. Bagi korang yang tertanya-tanya dan ingin tahu lebih lanjut mengenai orang asli Jahai bolehlah baca info di bawah -Sumber

Lokasi penempatan kumpulan etnik Jahai terdapat di Banun, Sungai Tiang dan persisir Empangan Temenggor di Perak. Sementara di Kelantan, mereka bertumpu di Kampung Sungai Rual dan sekitar Jeli, Hulu Kelantan. Pada amnya, rupa paras orang Jahai seakan ada persamaannya dengan orang Habsyi atau Negro di Arika, suku kaum Negrito di Pulau Andaman dan Aeta di Filipina. Rumah mereka berbentuk pisang sesikat, dibina daripada buluh dan beratapkan daun bertam dan tepus. Keadaan rumah mereka yang serba ringkas itu adalah disebabkan amalan mereka yang suka berpindah randah, terutama apabila berlaku kematian dan bencana selain tujuan untuk mencari keperluan makanan di kawasan baru. Namun demikian, seperti juga masyarakat Orang Asli yang lain, mereka kini sudah memiliki penempatan sendiri dan terbela dari segala sudut kehidupan melalui bantuan-bantuan oleh pihak Kerajaan.

Bersama dengan anak-anak kecil daripada suku kaum Jahai, tapi diorang ini agak pemalu sikit ya! kena pandai ambil hati baru adik-adik ni nak dekat dengan kita, so cute :P



Turut dimainkan demo alatan muzik menggunakan buluh antara alat muzik tradisional kaum Jahai, selalu yang kita lihat didalam tv tarian sewang dimana diringi dengan alat muzik, sedikit informasi yang boleh saya kongsikan mengenai tarian sewang -sumber

Tarian Sewang adalah tarian tradisional yang berasal daripada masyarakat Orang Asli. Pada asalnya tarian ini diadakan bagi tujuan perubatan dan turut merangkumi unsur-unsur spititual dan ritual seperti pemujaan roh, semangat si mati serta aktiviti membuang bala, walau bagaimanapun kini tarian Sewang telah diolah semula bagi tujuan persembahan dan hiburan semata. Tarian Sewang dipersembahkan dalam bentuk bulatan yang mana penari akan membentuk bulatan semasa persembahan diadakan. Tarian ini biasanya diiringi paluan alat muzik yang diperbuat daripada alam semulajadi seperti ketukan buluh.

wajah-wajah ceria, penyambung warisan generasi Orang Asli Jahai



Seperti biasa Fam Trips kali disertai oleh Para bloggers, wakil media, wakil travel agensi untuk merasai sendiri tarikan yang ada di negeri perak serta mempromosikanya kepada orang ramai

Macam mana menarik bukan? sebenarnya masih banyak lagi tarikan yang ada di sini nantikan kisah saya yang seterusnya mengenai Royal Belum Rainforest apa yang boleh saya gambarkan untuk entry berikut tempat yang penuh mistik mempunyai tarikan tersendiri terutama kepelbagaian bio flora dan faunanya serta ekosistem yang ada di sini, so nantikan entry seterusnya ya! 

Kepada korang semua yang rasa teruja nak datang ke sini selepas membaca cerita saya *ewah* (klik sini) untuk tahu bagaimana cara atau untuk berhubung dengan siapa untuk datang ke Royal Belum Rainforest. eh tak dilupakan  Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, atau ingin mendapatkan maklumat-maklumat terkini pelancongan yang ada di Negeri Perak, sila hubungi mereka aka Tourism Malaysia Perak dengan merendah hati mereka akan membantu korang semua:

Tourism Malaysia Perak
No. 12, Medan Istana 2,
Bandar Ipoh Raya,
30000 Ipoh, Perak 
Tel : +605-2552772/9962 
Faks : +605-2532194 
Like Facebook :Tourism Malaysia Perak


58 comments:

  1. Wow..bestnya bro....Menarik gambar2 tu..
    #Intro tu mmg baca sebijik mcm TV..hihihihih

    ReplyDelete
    Replies
    1. bila tulis entry ni bro..asik teringat iklan tu je..memng memberikan kesan yg besar le he..he :P

      Delete
  2. dah lama teringin nak gi sini...x tau bila berpeluang

    ReplyDelete
    Replies
    1. jangan lupa lpas pergi leh wat review :)

      Delete
  3. Wahh blogger retis gitew bro Sobri hehee... Menarik entri ni. Ia dpt membuka mata semua pihak ttg keunikan Royal Belum termasuk kebudayaan penduduk yg ada di sana. Satu usaha yg harus dipuji & dicontohi. Syabas Tourism Malaysia Perak & all the best buat bro Sobri. Artikel yg sgt menarik.. Thanks sharing.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. wah..wah..terima kasih bro khir..terharu gitiww bile bloggers terkenal komen panjang2 sbgini... alhamdulilah peluang yg diberikan kita manfaatkan sbaiknya utk kongsikan dgn org lain.. btw terima kasih sangat :)

      Delete
  4. Mmg tgh cari info psl Royal Belum, teringin nak pegi.

    ReplyDelete
  5. menariknya dpt gi tempat org asli.. hope nasib dorang akan terbela.. tp jgn la sampai "pisahkan" dorang ngan kehidupan asal dorang.. jgn amek dan musnahkan penempatan dorang.. sian

    ReplyDelete
    Replies
    1. insaallah semoga nasib diorg trus terbela oleh pihak2 yg sewajipnya... setuju shin :)

      Delete
  6. jeles jer tgk sobri dapat join mereka ... byk tgk dunia luar blh beri ketenangan , keseronokan dan tambah kenalan ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye memng tenang ada kat sini..memng back to nature :)

      Delete
  7. Pengalaman tu sememangnya sangat manis kan dik? Jeles akak. hehe. Nak pergi jugakkk.

    ReplyDelete
  8. tercemar pemikiran adik laki tu pegang paper cover Miera Liyana tu. =..=' apsal tak jadi bahan bakar je.

    ReplyDelete
    Replies
    1. komen ko yg paling best bro..ha.ha.. takut dijadikan cover tu bhan rangsangan.. :)

      Delete
  9. A great trip to know more about orang asli.

    ReplyDelete
  10. Untung le dapat pegi ...kekekeke.......

    ReplyDelete
  11. Sobri syok la noo jalan2..BELUM ni dulu rajin gak dipromosikan dalam tv lepaih tu tengok tarak dah tapi best suasana dia nooo

    ReplyDelete
    Replies
    1. ha..ha.. sekrang diorg nak upkan kembali produk royal belumni..
      antara produk utama. negeri perak ni bro :)

      Delete
  12. Best! bertuah Sobri dapat peluang sebegini.. moga murah rezeki selalu :)

    ReplyDelete
  13. Woww It's a fantastic trips, more activity and all traveler are nice(handsome and pretty :D)
    I unfortunately did not get to see this program T.V. (T^T)

    ReplyDelete
    Replies
    1. thank bro.. mostly all the trveller...im are hensome one ..he..he..he..just kidding..
      tq reading bro :P

      Delete
  14. baca macam iklan kepelbagaian bio.. aku pun baca la jugak.. eh sedap jugak kalau suara aku jadi suara latar rupanya lol hahaha... \0/

    ReplyDelete
    Replies
    1. orang cakap nak ambik mood bro..wah suara artis le teww :P

      Delete
  15. suka tengok kehidupan mrk yg sederhana lagi asli bersatu dgn alam semula jadi di Belom..klik3 menabung.

    ReplyDelete
  16. suka tengok orang asli...life yang simple dan menarik..

    ReplyDelete
    Replies
    1. dan tak terikat dengan hutang, wifi, pinjaman..hew hew

      Delete
    2. paling penting bleh hdup tanpa internet he..he.. :P

      Delete
    3. hehehe komen KA win betul... heheheh ;p

      Delete
  17. Syok..back to nature. Ade kosong tak? heee :P

    ReplyDelete
    Replies
    1. ha..ha.. ada..ada kosong...
      napa nak mnginap kat sana ka?
      bleh kenalkan dgn tok batin ..he..he

      Delete
  18. pergh seronok tu bro. mohon ajak kalau ade nak pergi mana-man lagi lepas ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh..beleh kalau ada lagi..nanti aku emailkan..

      Delete
  19. memang bagus promosi nature-cultural tourism mcm ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu sis.. ramai yang nak rasa dan lihat sendiri..

      Delete
  20. wah best aktiviti ni bro. klu dah overload stress dengan kerja, boleh hilang macam tu je ngan aktiviti macam ni :)

    ReplyDelete
  21. Perak memang banyak tempat menarik, tapi dia terpisah-pisah

    ReplyDelete
  22. wahhh...seronoknya bukan setakat dapat tengok tapi siap dapat feel lagi macam mana kehidupan masyarakat orang asli nie...

    Regards,
    -Strider-

    ReplyDelete
  23. i dah ke Belum. u dah ke Belum? haaa... siapa yang belum pergi Belum cepat-cepatlah cari masa dan apply cuti untuk ke sana.. memang seronok kan sobri? Heheh....

    ReplyDelete
  24. owh.. pasal ni rumapnay prelude gambar adi putra sebelum ni tu..
    kawasan ni aku pernah lalu je, dari penang ke kelantan.. selalu berhenti kejap kat tasik bawah jambatan tu..

    ReplyDelete
  25. Memang best gi Belum... penuh dengan keunikan dan sesuai bagi korang yang suka kepada alam semulajadi... saper yang lom gi lagi tu...wajib pergi jugak sekali dalam seumur hidup...pastu aku rasa mesti nak gi sana lagi kan...ekekeke... nice sharing bro.... terbaekkk lah Royal Belum ni... :D

    ReplyDelete
  26. wahhh...siap jumpa artis lagi...glemer la sobri...
    menarik tempat ni...tp x pernah sampai lg...
    mayfair tuk sobri :)

    ReplyDelete
  27. salam. wahhh..seronoknya dapat peluang macam ni..

    ReplyDelete
  28. Best dapat peluang macam ni. Dapat tahu cara hidup masyarakat orang asli dekat pedalaman. Best.

    ReplyDelete
  29. Rupanya kat sana ada orang ASLI...itu pengalaman yang bergitu berharga...
    Untunglah dapat jumpa ramai celebriti..dan bergambar....*Lari masuk bilik sambil tekup muka dgn bantal
    EHH!!! Anuja lagi tinggi lah..

    ReplyDelete
  30. akak ada tag Sobri. kalau boring, meh lah joinn. hehe

    http://www.schanazri.com/2014/08/7-things-about-scha-nazri-versatile.html

    ReplyDelete
  31. hamboiii kauu sobriii!hahaha..byk pengalaman sobri ni..nnti mmg dh boleh suruh sobri jd tour guide..hihi

    ReplyDelete
  32. Tahniah..
    Mesti dpt menimba pengalaman yg menarik

    ReplyDelete
  33. bestnya.. bkn semua org dpt ke tempat mcm ni. anak2 org asli pun dh bergaya. comel2 je

    ReplyDelete

Komen Anda Amat Dihargai
Terima Kasih Kerana sudi membaca