Perak Trips - Keindahan Sungai Kooi Dan Misi Mencari Bunga Rafflesia Di Hutan Royal Belum | sobriyaacob.com

Tuesday, August 12, 2014

Perak Trips - Keindahan Sungai Kooi Dan Misi Mencari Bunga Rafflesia Di Hutan Royal Belum

Assalamualaikum & salam sejahtera buat semua pembaca yang disayangai :P

Seperti yang telah dijanjikan untuk edisi kali ini the advanture of royal belum rainforest, we will back to nature dimana kita akan melawat antara destinasi wajib yang harus di lawati di Royal Belum iaitu  di Sungai Kooi dalam misi meneroka Air Terjun Sungai kooi dan mencari Bunga Rafflesia. Sepanjang perjalanan ke sini korang akan disajikan pemandangan yang sangat luar biasa hutan tropika dimana akan melihat pelbagai jenis flora dan fauna yang sangat unik dan sesetengah itu memang payah untuk ditemui antaranya lantern bug, tetrastigma vine dan fig trees.

Back To Nature I Royal Belum Rainforest

Mari saya flashback balik memory korang mengenai FAM Trips di Royal Belum by Tourism Malaysia Perak kerjasama bersama Perbadanan Taman Negeri Perak dan NCIA (Northern Corridor Implementation Authority). Kami bergerak daripada Padang Rengas sejurusnya tamat Program Bike Ride @ Padang Rengas melalui Tasik Raban, Lenggong, Pekan Lawin, Gerik dan seterusnya meneruskan perjalanan selama 1 jam lebih ke Jeti Banding / jeti Aman dimana boothouse menunggu kehadiran kami semua!

Perkara pertama kami borakkan bila sampai di Jeti Aman ialah houseboat mana yang kami akan naik sepanjang berada di Royal Belum, terdapat beberapa houseboot yang menunggu daripada yang semegah-megahnya sampailah yang biasa-biasa, jadi kami pun berteka-teki mungkin akan naik houseboat yang jenis biasa sajalah sebab ada satu lagi team yang menunggu membawa selebriti tapi sangkaan kami meleset rupanya kami menaiki houseboat yang paling cantik kacak dan moden binaanya daripada Arus Belum.

 Houseboat Arus Belum I Royal Belum Rainforest

Inilah houseboatnya memang cukup supers & terbaik lengkap semua kemudahan, alhamdulilah tercapai juga antara wish list saya nak merasai pengalaman bercuti sambil bersantai-santai di atas houseboat, ini semua akibat pengaruh Filem Anaconda dimana ada scene diaorang travel memasuki kepulauan Borneo menaik houseboat nak  cari blood orchid, jadi start daripada masa itu ada juga berangan-angan suatu hari  nanti akan travel masuk hutan menggunakan housebat dan tak sangka pulak akan naik houseboat yang agak mewah rasa macam kena loteri pulak, nanti saya akan buat sedikit review mengenai perkhidmatan houseboat Arus Belum, jadi tunggu.

Setelah selesai dibahagikan bilik dan menyimpan barang kami diberi sedikit taklimat ringkas dan pengenalan diri daripada Puan Fadilah (Perbadanan Taman Negeri Perak) dan Puan Jariah (NCIA) sedikit latar belakang mengenai Royal belum dan program yang akan dianjurkan esok iaitu program kesenian dan kebudayaan Royal Belum.

Aktiviti seterusnya bebas, sementara menunggu houseboat sampai ke tempat penginapan kami di Kem Sungai Tiang dianggarkan dalam 4-5 jam perjalanan jadi banyaklah aktiviti berfaedah dilakukan seperti menyembang, berkaroke & sesi photograpy untuk Cover Majalah Mangga dijalankan sambil menikmati pemandangan Hutan Royal belum daripada atas kapal yang sungguh mendamaikan.


Pemandangan Sepanjang Perjalanan, seluas saujana memandang dikelilingi tasik dan hutan.

Belanja gambar Selfie satu, bersama Jurugambar terhebat Amy, Bro Sham (travel bloggers), Cik Shiela (staff Tourism Malaysia Perak) & Atirah (volenteer Perbadanan Taman Negeri Perak)

Group Photo bersama jejaka tampan & hensem, booi & Dikwan (Zuk Tour and Travel), Abang Jalani (Mob tv), Bro Sham dan Bro Amy.

Pose untuk poster majalah mangga edisi Cintailah alam sekitar tapi bukanlah berkonsep berenang untuk kesihatan, di tingkat 3 houseboot Arus Belum berlatar belakangkan Tasik Belum, thank Bro Amy for Awesome Picture.

Aktiviti keesokanya selepas selesainya program Program kesenian dan kebudayaan Royal Belum (baca klik sini) pada sebelah petangnya kami semua dibawa untuk meneroka antara destinasi wajib yang harus dipergi iaitu ke Sungai kooi untuk melihat Air terjun Sungai Kooi dan misi mencari bunga pakma yang sedang mekar.

langit membiru air tasik kehijauan, cantiknya pemandangan ciptaan ilahi.


Untuk sampai ke sini kitaorang menaki speed boat daripada kem sungai Tiang, anggaran masa dalam 20-30 minit, sepanjang pemandangan boleh melihat banyak tungul-tungul kayu dan pemandangan hutan yang mengangumkan, dipahamkan daripada ranjer hutan yang membawa boat kitaorang sekiranya datang pada season yang tepat  boleh melihat banyak burung kenyalang yang berterbangan yang ada di sini dan dianggarkan lebih 10 spesis yang dikenalpasti terdapat di Royal belum lebih banyak yang terdapat di Sarawak.


Sudah sampai ke jetty Sungai Kooi untuk sampai ke air terjun sungai kooi kena mendaki lagi lebih kurang 10-15 minit sebelum sampai ke tapak air terjun, bagi korang yang rasa ada masalah nak hiking ini jangan risau banyak laluan disediakan tali, jadi sangat memudahkan.


Tali disediakan, jadi sangat memudahkan pendakian korang, cuaca di sini terasa sejuk dan nyaman.

Sepanjang kita mendaki kita akan melalui jalan yang berbatu, merentasi anak sungai dan disajikan dengan pelbagai spesis tumbuhan, pokok, dan bunyi serangga yang unik.

Tahukan korang bahawa usia Hutan Royal Belum adalah lebih tua daripada Hutan Amozon di Brazil, bukti saintifik dan sejarah sukar untuk ditidakkan. Usia Hutan Belum lebih tua dari Hutan Amazon iaitu 130 juta tahun, malah kebanyakkan hutan hujan di negara kita mempunyai usia yang lebih lama dari usia Hutan Amazon. Negara kita sebenarnya menyimpan khazanah yang lebih berusia dan lebih bernilai. Memandangkan saiz hutan amozon lagi berganda-ganda luasnya daripada hutan royal belum maka sebab itulah selalu media luar mengwar-warkan bahawa hutan amozon adalah hutan tertua di Dunia tetapi fakta itu adalah salah.

Jadi bayangkanlah hutan yang tertua usianya di dunia mesti menyimpan pelbagai cerita mistik dan  pelbagai kazanah alam yang cukup  berharga selain menawarkan pemandangan yang cukup  mempesonakan.


Antara pemandangan sepanjang jalan menuju ke Air terjun sungai Koi,sejuk mata memandang


lantern bug antara spesis serangga yang susah ditemui dan dikatakan hanya masih wujud di persekitaran Royal Belum, sangat cantik menarik warnanya seperti pepatung, thank Abang Li daripada Ipoh Echo for awesome picture


Untuk tujuan pembelajaran pokok-pokok disini juga di namakan dan diberitahu kegunaanya, rasanya kebanyakan pokok-pokok kayu di sini berusia ratusan tahun berdasarkan saiz dan ketinggianya memang cukup besar serta sangat bernilai, jadi pesanan penaja untuk memastikan kebelangsungan spesis-spesis ini terus hidup membesar di habitat asalnya tolong jangan lakukan pencerohohan dan pembalakan secara haram dan sentiasa menjaga alam sekitar pesanan iklas daripada abang sob a.k.a ranger hutan tak bertuliah.

Bergambar di antara pokok yang terbesar terdapat di sini, dikenali sebagai Pokok Medang

 Air yang jatuh umpama titisan air hujan ditembusi oleh cahaya umpama yang mutiara berguguran. 
bersajak pulak kite ye, terlalu terpegun dengan keindahan alam ciptaan ilahi.

Pemandangan Air Terjun Sungai Kooi

Akhirnya setelah berhempas pulas mendaki kami sampai juga ke Air Terjun Sungai Kooi, pemandangan memang sangat terbaik, macam mana saya nak gambarkan pemandangan air terjun ni ya? air terjun dia tak berapa deras tapi yang membuatkan air terjun ini sangat menarik ialah air yang jatuh umpama titisan air hujan ditembusi oleh cahaya seperti mutiara berguguran seperti air terjun magic sehingga kita beleh merasa tempiasnya, memang cukup cantik berlatar belakangkan pokok-pokok yang menjalar di sekitar air Terjun.

Misi seterusnya diteruskan lagi untuk mencari punga pakma bunga terbesar di dunia, pendakian kali ini agak mencabar kerana terpaksa mendaki bukit yang agak tinggi, lebih kurang 10 minit tapi semua itu ditolak tepi dalam misi mencari bunga paksa itulah cabaran yang harus ditempuhi sayang beribu sayang bunga yang dijumpai masih teratai layu di tasik madu masih belum mekar, diangkakan lagi seminggu akan kembang mekar elok..ish sayang, tak ada rezeki nak melihat bunga pakma berkembang mekar live di depan mata. 



Inilah bunga pakma masih tertutup, masih malu-malu nak tunjukkan diri. Ini antara spesis bunga pakma yang saiz bunganya paling besar terdapat di Royal Belum. Bunga Pakma juga mempunyai beberapa jenis iaitu Refflesia Azlani, Kerrii dan cantley

Antara ahli rombongan FAM trips kali ini bergambar beramai-ramai di pintu masuk Sungai Kooi setelah penat mendaki bersama Ranger Hutan Perbadanan Taman Negeri.

Setelah puas bergambar dan berehat, kami turun ke bawah menuju ke Speed Boat untuk membawa kami kembali ke Kem Sungai Tiang untuk  meneruskan aktiviti berikutnya, nak tahu apa aktiviti seterusnya kami lakukan jangan lupa untuk baca entry berikutnya pengembaraan saya di Royal belum, yang pasti pemandangan hutan di Royal Belum belum memang akan tidak mengecewakan korang dan setiap ativiti yang dilakukan penuh dengan perasaan keterujaan dan keseronakan.. back to nature!

Kepada korang semua yang rasa teruja nak datang ke sini selepas membaca cerita saya *ewah* (klik sini) untuk tahu bagaimana cara atau untuk berhubung dengan siapa untuk datang ke Royal Belum Rainforest. Tidak dilupakan  sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, atau ingin mendapatkan maklumat-maklumat terkini pelancongan yang ada di Negeri Perak, sila hubungi Tourism Malaysia Perak melaui alamat di bawah dengan merendah hati mereka akan membantu korang semua:

Tourism Malaysia Perak
No. 12, Medan Istana 2,
Bandar Ipoh Raya,
30000 Ipoh, Perak 
Tel : +605-2552772/9962 
Faks : +605-2532194 
Like Facebook :Tourism Malaysia Perak

44 comments:

  1. Wow, I just know that there's Rafflesia in Peninsular Malaysia.

    ReplyDelete
    Replies
    1. intresting right..not only sabah.. perak also have rafflesia :)

      Delete
  2. Replies
    1. jemputlah datang shin.nanti bolehlah kita sama2 hiking kat sini

      Delete
  3. salam. alamak..seronok betul la korang..sy join bolehkah? hehe

    menabung oldtown kat sini :))

    ReplyDelete
    Replies
    1. wasalam.. boleh saja emputlah dtg kemari cik itah :P

      Delete
  4. It's so amazing forest! feel like a scene in Anaconda 2 same as you said Ha ha

    Great!. ^^)b

    ReplyDelete
    Replies
    1. seriusly totally feel like scene in anaconca 2.. hunting blood orchid..
      totally awesome trips :P

      Delete
  5. subanallah...cantik sungguh hutan royal belom ni jikalau keujudannya ratusan juta tahun...tentu keturunan kita sudah berada di sini ratusan juta tahun juga...klik2 menabung.

    ReplyDelete
    Replies
    1. allah maha besar...bayangkan sudah lama keterunan kita menetap di malaysia :)

      Delete
  6. cantiknya pemandangan sungai dan hutan..lantern bug tu species kelip2 ke? first time tengok serangga ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya pun pertama kali lihat sis.. rasanya bukan spesis kelip..macam pepatung atau serangga,.. tapi colur dia cantik :)

      Delete
  7. subhanallah..mmg cantik alam semulajadi tu...Bestnya Bro!Gambar mmg terbaik..kalaulah pakma tu mekar lagilah cntik...:DD

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih bro..sayang datang timing x kena pulak :)

      Delete
  8. Pemandangan indah yang memukau mata. Bertuah dapat menerokai keindahan alam kan..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulilah...sekali sekali dijamu mata pemandangan mcm ni memang melegakan mata..

      Delete
  9. amazing trip Sobri, kuntuman pakma belum mekar... Subhanaallah cantiknya bumi hujau..

    ReplyDelete
    Replies
    1. cantikkan pemandangan kat sana..hijau je mata...damai

      Delete
  10. houseboat dan reflesia...dalah dua benda yang belom pernah rietta cuba...dlu ke sabah, telerpas waktu kembangnya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. menarik owh rieta.. satu hari kena cuba..best..layan gak lepak2 kat houseboat...
      saya dah dua kali p..dua2 x pnah kembang..sedih :(

      Delete
  11. Cantik betul scene kat Hutan Belum ni. Untung dapat pegi sana, siap boleh tengok bunga pakma secara live lagi tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. memng cantik bro.. sayang time aku p bunga x kembang lagi..lg seminggu ranjer hutan tu ckkp nak kembang...dah la spesis yg aku p tgok antara spesis yg bunga dia paling besar kat royal belum.. sedih :(

      Delete
  12. alalaaa dia tutup pulak, bila dia nak kembang ni? saspen aih ;3

    *tengok pakma sambil minum kopi kat sini ;3

    ReplyDelete
    Replies
    1. dia malu kot? sbab yg p tu semua segak2 tu pasai x mau kembang... he..he..
      thank you sis :)

      Delete
  13. Sungguh tertawan melihat keindahan semulajadi yg ada.. sejuk je mata melihat. Fuhh.. bro Sobri dgn baju harimau malaya mmg sesuai sgt.. senggattt lah hehee. T kasih atas perkongsian informasi yg sungguh bermanfaat ini.. mmg menarik.. :)

    ReplyDelete
  14. aktiviti melihat keindahan Illahi macam ni boleh release stress dan free mind.

    ReplyDelete
  15. Alam yang damai dan tenang..Aduhai cemburunya..nanti ajar anak-anak mencintai alam juga

    ReplyDelete
  16. cintai lah negara kita.... sebab negara kita memang kaya dengan alam semulajadi.... hehehe....

    ReplyDelete
  17. Sejuknya mata memandang keindahan alam semulajadi... Tengok gambar saja pun dah rasa sejuk, tenang & damai, apatah lagi kalau berada di sana... First time tgk lantern bug tu... :)

    ReplyDelete
  18. lawa-lawa lah gambar, permandangan pun menarik.. cantik sangat

    ReplyDelete
  19. Untung orang yang suka mengembara masuk segenap hutan dandanau ni...Satu dapat melihat keindahan alam semula jadi...satu lagi dapat pengalaman macam2 sepanjang perjalanan... Terbaiikk..

    ReplyDelete
  20. wahh..

    teringin gak nak try houseboat tu.

    ReplyDelete
  21. Memang mempesonakan Air Terjun Sungai Kooi ni kan... tp tu ler bunga pakma tu malu nak berkembang pulak...ekekeke.. terbaeekkk bro... nanti dorang jemput lagi mesti akan join lagi nyer..ekekeke... :D

    ReplyDelete
  22. Assalamualaikum sobri. wahh besar gila pokok tu. Subhanallah. bestnya tengok gambar2 ni.. teringin nak ke sini, tgu Adam besar sikit kot. ahhahahah

    ReplyDelete
  23. Allah dik. Cantik sangat permandangan kat situ. Akak terkesima dan terpegun kejap.

    ReplyDelete
  24. jeless sbb dpt peluang naik houseboat CANTIK dan KACAK BERGAYA
    Gambar pose utkm ajalah MANGA membuatkan kakek CAIR dik!!1
    pstt : akak tertarik dengan cara penyampaian penulis seperti seorang penulis..keep it up..i like 100x

    ReplyDelete
  25. cantik2nya pic.. Nurul memang sangat teruja dengan shot yang cantik2.. baru tau yang Royal belum ni lebih tua dari Hutan Amazon.. urmmm

    ReplyDelete
  26. wahhhh!nk ke perak la cam ni..hahaha..menarik betul..aduh..dh lama buat wishlist jln2 kt sana..sobri sila tunggu niesaaaaa!

    ReplyDelete
  27. Pemandangan alam sekitar yg sgt cantik

    ReplyDelete
  28. Bila la nak dapat berpeluang berjalan bersama mereka yang bergelar Blogger Hebat hehehehe :D
    best kan Royal Belum.. sekali pergi pasti nak mai lagi hehehehe :D

    ReplyDelete
  29. sangat seronok ya sobri !.. meriah cuti2 malaysia thun ni. bila agaknya boleh pergi sana :)

    ReplyDelete
  30. Salam En Sobri,

    Tq atas perkongsian diatas.Nak tanya, sesuai ke anak berumur 1 tahun 5 bulan ikut serta ke sini ?

    ReplyDelete

Komen Anda Amat Dihargai
Terima Kasih Kerana sudi membaca