Perak Trip - Keunikan Sira Garam Di Royal Belum | www.sobriyaacob.com

google advertising

Thursday, September 11, 2014

Perak Trip - Keunikan Sira Garam Di Royal Belum

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua..

Nampaknya Abam Sob kita kembali bersiaran, setelah sekelian lama menyepi daripada dunia blogging.. menyepi tanpa sebab? tapi sekarang sudah sedia untuk kembali memeriahkan arena berblogging yeah! wah gitu stementnya ya? apa kahabar semua, diharapkan korang semua sentiasa sihat walfiat dan dikurniakan kesihatan yang baik insaallah, amin.. Mesti korang tertanya-tanya ke mana saya menghilang *walaupun tak ada yang ambil kisah* teman tetap nak khaborkan juge ya, kisahnya begini setelah lama menulis.. sampai satu tahap otak jadi jem membeku apabila nak mengarang ayat, sehingga wujudlah situasi perasaan malas nak menaip  jadi terpaksa bercuti sekejap  sambil melihat keindahan dunia untuk refresh semula supaya sel-sel di dalam otak dapat berhubung kembali dengan riangnya.. now i'm back !

Keunikan Sira Garam Di Royal Belum

Pengembaraan kita di teruskan lagi di Royal Belum Forest, di mana penerokaan kita pada kali ini akan melawat sira garam atau juga dikenali sebagai Jenut. Untuk pengetahuan korang semua, sira garam atau jenut ini adalah tempat di mana binatang-binatang liar seperti harimau, tapir, rusa dan sebagainya datang untuk menjilat garam-garam mineral yang terdapat di sekitar jenut / sira ini untuk menambah atau mendapatkan zat garam mineral serta nutrien-nutrien penting seperti kalsium, magnesium, natrium dan zink yang amat penting dalam diet pemakanan binatang liar tesebut, seperti manusialah memerlukan vitamin A, B, C zat besi, kalsium cuba bezanya kita boleh dapat semua khasiat tersebut daripada makanan yang kita makan.


Seperti biasa untuk mengisi masa pada waktu lapang pada hari terakhir, diadakan sesi memperkenalkan diri? eh bukan lebih kepada sesi sembang-sembang berkongsi pengalaman sepanjang berada di Royal Belum. Antara wajah-wajah yang keletihan sepanjang 3 hari berkampung di Royal belum :P

Di bawah antara gambar-gambar pemandangan di Royal Belum yang sempat saya tangkap di sepanjang perjalanan untuk menuju ke Kem Sungai Papan untuk ke lokasi melihat Sira Garam / Jenut. Pemandangan yang disajikan memang sangat mempesonakan bayangkanlah langit yang membiru dilatari dengan hutan dan tasik yang menghijau airnya so amazing! jadi memang sangat - sangat layaklah Royal Belum digelar sebagai permata hati perak, memang sangat menambat hati! tak percaya ? boleh tengok gambar di bawah.. abang sob tak bohong ya.


Salah satu perkampungan orang asli yang terdapat di Royal Belum, dalam perjalanan nak ke Kem Sungai Papan.

Macam mana cantik tak view dekat Royal Belum ni?  Rugi la kalau korang tak datang rasa sendiri pengalaman dekat sini.. close with nature gituw! ewah...


Belanja gambar macho sikit, sementara untuk  sampai ke destinasi. Seterusnya kami menaiki speed bot untuk menuju ke kem Sungai Papan anggaran perjalanan daripada houseboat kami ke sana dalam 30 minit, tapi saya tak berapa pasti sebab tengok syok layan naik speed boat sampai lupa semua benda :P

Speed boot saling berkejar-kejaran untuk sampai ke destinasi! tu yang buat perjalanan nak ke sana rasa best. rasa macam nak naik boat hari-hari :P


Akhirnya sampai juga di Sungai Papan, dekat sini juga ada tempat penginapan / chalet disediakan seperti di kem sungai tiang, more info korang boleh contact Perbadanan Taman Negeri Perak for more information ya.


Dekat sini disediakan lengkap tapak perkemahan, chalet, bilik air, wakaf dan sebagainya jadi kalau korang nak bercuti atau nak buat team bulding untuk syarikat atau persendirian memang saya syorkan, sesuai dengan persekitaranya yang damai dan tenang.

Sejurusnya kitaorang sampai disini, kami disambut mesra oleh En Yusri seorang ranjer yang sangat luas pengalaman mengenai selok belok khazanah - khazanah hutan yang terdapat si sini. Terlebih dahulu kami diberi taklamat serba sedikit mengenai kem sungat Papan dan destinasi yang bakal ditujui iaitu melawat sira garam atau jenuk untuk melihat sendiri bagaimana rupa jenuk yang selalui dikunjungi oleh haiwan liar untuk mendapatkan khasiat daripada jenut tersebut.

Sebelum ini saya pernah pergi melawat ke tapak sira gajah yang selalu dikunjungi oleh gajah, jadi memang ada sedikit perbezaan di antara kedua-dua tapak sira antaranya luas kawasan dan jenis mineral tapi kedua-duanya fungsi yang sama dimana haiwan datang untuk mendapatkan mineral - mineral yang ada yang mana diperlukan oleh haiwan tersebut untuk hidup. Untuk sampai ke lokasi tersebut kami melalui jambatan gantun dan tracking lebih kurang 15-20 minit untuk ke jenut, apa yang best bila kita memasuki hutan dengan Ranjer yang berpengalaman maka banyaklah cerita-cerita dahulu kala dikala bulan mengambang, mengenai kisah hutan Belum daripada cerita perdagangan / konsep butter pada zaman dahulu sampailah khasiat dan kegunaan tumbuhan-tumbuhan serta pokok-pokok yang terdapat di sini, jadi kalau semua saya nak kongsikan kat sini memang panjanglah entry kali ini, jadi saya akan share mana-mana cerita yang saya rasakan menarik masih teringat dan terlintas di kepala otakku ini :P

Ok antara cerita yang saya masih ingat adalah pada zaman dulu apa benda yang paling berharga yang menjadi rebutan apabila berdagang? eh masa tu masih pakai sistem butter.. tapi benda tu memang terlajak laris menjadi rebutan pada zaman itu.. cuba teka? adakah kayu, herba, emas, perak atau permata? jawapan dia ialah garam kerana tanpa garam maka tak sedaplah masakan tu tak rasa berperisa, maka garam antara barang dagangan yang menjadi rebutan penduk-pendusuk asal di sini dengan penduduk luar khususnya  penduduk siam apabila diorang berdagang dan sangat bernilai pada masa itu.. alkisahnya :P


Ranjer Hutan yang mengiringi kami Encik Yusri, banyak jugaklah ilmu-ilmu mengenai hutan diturunkan kepada kitaorang semua terutama kegunaan tumbuh-tumbuhan, kayu kayan dan herba-herba yang terapat di dalam hutan. Great Experience terasa macam belajar ilmu sains pulak cuma bezanya kita dapat belajar secara real ini kalau daripada sekolah rendah ajar cara macam ni memang jadi saintis la saya ye... sumpah tak bosan rasa lagi excited nak tahu dengan lebih mendalam, 

Meh saya terangkan sikit mengenai pokok yang ada di belakang En Yusri, untuk pengetahuan korang semua itu adalah pokok damar atau nama lain dikenali sebagai shorea faguetina.. ingat ya pokok damar kat malaysia pun ada pelbagai spesis! kan malaysia ni kaya dengan kepelbgaian flora dan faunanya seperti kata-kata keramat iklan dekat tv tu... shorea faguetina bukan kemain susah nak menyebutnya, jadi disebakan lidah saya melayu, jadi kita panggil sahaja ini pokok damar dan ini antara pokok yang sangat berharga dan bernilai tinggi dan tak silap saya pokok ini mengeluarkan getah, gambar kat bawah tu getah yang terhasil daripada pokok damar yang dibakar dan mengeluarkan bau yang tersendiri dan ada khasiat tersendiri...


Inilah trek yang kitaorang lalu untuk sampai ke sira garam / jenuk, dari kem sungai papan lebih kurang 15 minit. Tahap kesukaran trek lavel biasa-biasa sebab waktu kitaorang pergi bukan musim hujan jadi jalan ok dan tak berlecak.. senang kata laluan landai serta mudah untuk dilalui.


Pemandangan di dalam hutan.. rasa hijau je mata ;P

Inilah rupa sira garam / jenuk yang selalui dikunjungi oleh haiwan liar.

Jenut Papan ni merupakan kawasan batuan yang terdapat titisan mata air yang mengandungi garam mineral dan inilah yang dijilat oleh haiwan-haiwan yang bertandang di Jenut Papan. Menurut penerangan daripada renjer, kebiasaannya Jenut Papan ni sering didatangi oleh haiwan-haiwan kecil seperti pelanduk ataupun  kijang - sumber 

Sira (salt-lick) merupakan titisan ‘mata air’ mengandungi nutrien garam yang sering dikunjungi oleh haiwan liar untuk ‘mencuci mulut’ selepas mengunyah makanan - sumber

Jadi kalau korang duk tertanya-tanya apa itu sira garam yang saya ceritakan dari awal sehingga akhir kat atas tu secara ilmiahnya apa itu sira / jenuk ada dua definasi di atas. Mohon adik-adik yang membaca entry ini untuk peperiksaan ulangan UPSR untuk paper sains yang akan mendatang sekiranya keluar soalan nai sira garam boleh menjawap secara tepat dan mantap mengikut definasi di atas, tanpa perlu maklumat daripada soalan bocor :P

Inilah rupa anak-anak sungai yang terdapat di sini.. bersih bebas daripada pencemaran, terasa fresh bila sentuh air sungai..siap boleh nampak anak-anak ikan bermain dengan riangnya daripada darat - punyalah beria nak menggambarkan berapa bersih dan jernihnya sungai ni :P


Lepas ni masih ada satu entry lagi mengenai Royal Belum jadi tunggu.. pesanan terakhir saya sekiranya korang semua pergi ke tempat-tempat sebegini sila kawal kelakuan dan mulut korang bila berbicara, kalau boleh sifat-sifat riak, takbur dan bercakap besar tu bawak-bawaklah simpan sikit ya takut jadi perkara yang tak sepatutnya, anda waktu korang pergi ke sira garam / jenut pada waktu yang tepat mungkin korang boleh jumpa secara live haiwan liar yang datang ke sini untuk menjilat garam.

Untuk mengetahuan korang semua entry ini ditulis dalam usaha saya bekerjasama dengan Tourism Malaysia Perak untuk mempromosikan tempat-tempat menarik yang ada di Negeri Perak sempena dengan Tahun Melawat Malaysia 2014.

Sekiranya korang mempunyai sebarang pertanyaan, atau ingin mendapatkan maklumat-maklumat terkini pelancongan yang ada di Negeri Perak, sila hubungi mereka aka Tourism Malaysia Perak dengan merendah hati mereka akan membantu korang semua melalui alamat di Bawah :


Tourism Malaysia Perak
No. 12, Medan Istana 2,
Bandar Ipoh Raya,
30000 Ipoh, Perak 
Tel : +605-2552772/9962 
Faks : +605-2532194 
Like Facebook :Tourism Malaysia Perak


29 comments:

  1. Salam. Tunggu juga entri. Semoga terus berblogging. Sejak akhir2 ini ramai sahabat yg telah bhenti berblogging.. Cantik semua gambar2 tu... Awesome.

    ReplyDelete
    Replies
    1. wasalam bro khai..amin
      ya semenjak 2 menjak ni smkin ramai
      rakan2 blogger yg dah slow sikit berblogging..
      tq bro :)

      Delete
  2. Tu dia.... abg sobri kita sudah kembali setelah lama pergi bertapa di dalam gua...ahahahahaha.... nice sharing bro..... bulan 11 ni aku ke royal belum lagi bawak Cheq Eem.... :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. ha..ha.. lama bertapa dlam gua cari ilham bang..
      tq bro..wah skrg dah jadi duta royol belum ya bang :)
      kelazzz! he..he

      Delete
    2. Kalau betul aku dpt jadi duta royal belum alangkah gembira nya hati ini...ahahahahaha...

      Delete
  3. salam. seronoknya kat sini..mesti terasa segar kan udara kat sini..hijau...

    p.s menabung promoted content :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. wasalam..
      terima kasih..
      skrg bkan snang nak rasa udara2 fresh ni he..he

      Delete
  4. lamanya menyepi..ke mana menghilang..ada owang windu tuhh!!!...
    Ohh hutam BELUMmmg begitu memikat hati den

    ReplyDelete
    Replies
    1. owh ada org rindu ke?
      terharunya.. he..he..he.. :)
      hutan belum ? dah sampai ke belum ?? :P

      Delete
  5. lama menghilang, kini sudah kembali..semoga terus berblogging...pengalaman menarik di Hutan Belum..

    ReplyDelete
    Replies
    1. uncus seketika kak..
      lpas x tau plak bila entry baru leh buat..
      doakan ya ..lpas ni konsisten menulis :)

      Delete
  6. ASSALAM MOGA SUDAH KEMBALI REFRESH DGN IDE2 UNTUK MUNCULKAN N3 YANG HEBAT...BELOM MMG INDAH SEKALI ALAM SEKITARNYA.

    ReplyDelete
  7. wow... kena pergi ni.. trima kasih share info!

    ReplyDelete
  8. wahh syoknya berjalan2... pemandangan yang cantik

    ReplyDelete
  9. Wahh kembara yg menyeronokkan. permandangannya pun cantik.. Lama tak dengar perkhabaran? Semoga sihat & ceria selalu.. :)

    ReplyDelete
  10. http://madey09.blogspot.com/ done follow

    ReplyDelete
  11. selamat kembali dari bertapa.... mesti lepas ni penulisan lagi gempak kan? ekekeke..... pape pun Royal Belum memang seronok sangat2... siapa yang dah pergi, mesti nak pergi lagi...

    ReplyDelete
  12. KAK TAG SOBRI THE VERSATILE BLOGGER AWARD..http://karyaku-paridahishak.blogspot.com/2014/09/the-versatile-blogger-award.html

    ReplyDelete
  13. seronoknya boleh nikmati keindahan ciptaan Ilahi. :)

    ReplyDelete
  14. Patutla tengok lama tak berupdate. Royal Belum memang tempat yang terbaik untuk lari dari kesibukan kota.

    ReplyDelete
  15. ada cerita paranormal tak sobri... ? :D
    welcome back to blogging !

    ReplyDelete
  16. Terbaik. Memang menunggu-nunggu untuk membaca kisah lanjutan dari siri lawatan ke Royal Belum ni.
    Membuakan hasrat untuk berkunjung ke sana tapi bila ya ??

    ReplyDelete
  17. Subhanallah...begitu cantik dan uniknya...keindahan yg masih terpelihara...

    ReplyDelete
  18. Ya Allah. Cantiknya dikk. Aaaaa, kagum sangat dgn kebesaran Allah.

    ReplyDelete
  19. Subhanallah..
    Cantiknya pemandangan kt sini..
    Xyah keluar negara..kt msia pun ada..
    Follow & singgah..

    ReplyDelete
  20. menarik sangat. waaa tak ajak pun gi belum

    ReplyDelete
  21. org malaysia duk menyanjung tinggi nak pergi oversea...dalam Malaysia pon tak terokai dalam-dalam lagi.....so beautiful marbelessss gituhhhhhhhh............tgok scenery royal belum teringat kat tasik kenyir...ala-ala tasik kenyir gituhhhh.

    ReplyDelete

Komen Anda Amat Dihargai
Terima Kasih Kerana sudi membaca