Jom Tengok Klip - Klip Kampung Dew | sobriyaacob.com

Friday, October 10, 2014

Jom Tengok Klip - Klip Kampung Dew

Assalamualaikum & salam sejahtera...

Apa khabar semua? diharapkan korang semua sihat-sihat selalu, bertemu lagi kita dalam edisi  Perak Trips kali inikita akan ke Kampung Dew yang terletak di kawasan Simpang Ampat, semanggol perak untuk melihat kelip-kelip yang bertebangan liar, meriah berkelipan untuk mengawan di sekitar persisiran sungai Dew. Kelip-kelip? apa tu! mesti korang tertanya-tanya apa yang best sangat mengenai kelip-kelip ini, kat belakang rumah aku pun ada kelip-kelip kadang-kadang tersesat seekor dua masuk dalam rumah, tapi apa yang special mengenai kelip-kelip di kampung Dew ialah jumlah kelip-kelip yang ada disini agak banyak sehinga seolah-olah kita melihat seperti pokok krismas yang dipenuhi dengan lampu lampu kecil berkelipan tapi datang daripada cahaya kelip-kelip yang mengawan disekitar pokok beremang.

Kelip-kelip Kampung Dew, Perak

Jeti  kelip-kelip di Kampung Dew

Walaupun Abang sob kau ini memang budak kampung, tapi memang amatlah jarang ataupun memang tak pernah tengok kelip-kelip di kawasan habitatnya, dimana masih dalam keadaan baik dan tak tercemar dengan aktiviti manusia untuk melihat kelip-kelip mengeluarkan cahaya bergemerlapan untuk menarik pasangan sehingga membentu satu formasi kerlipan cahaya yang menarik, satu pengalaman yang unik dan menyeronokkan! ya la cuba korang fikir tak banyak binatang yang ada di dunia ini yang boleh mengeluarkan cahaya sendiri, kalau ada pun sangat sikit sedikit! jadi kalau korang tak tengok sendiri salah satu kekuasaan tuhan.. sangatlah rugi.

Untuk pengetahuan korang semua lagi, di sini ada disediakan Jeti di mana korang boleh makan-makan dan  mendapatkan perkhidmatan feri untuk melawat kelip-kelip dimana diakan trips untuk meronda-ronda . Nanti korang semua boleh call number di bawah sekiranya teringin nak tengok kelip-kelip.


suasana senja di jeti Kelip-kelip Kampung Dew.

Meh saya kongsikan sedikit info menarik mengenai kelip-kelip atau juga sebagai kunang-kunang.

Habitat kelip-kelip memerlukan keadaan cuaca yang lembap dan persekitaran berpaya untuk hidup dan membiak. Cahaya kelip-kelip ini hanya boleh dilihat pada waktu malam. Justeru, di siang hari, kelip-kelip menjadi tidak aktif dan berehat di bawah daun-daun pokok berembang. Tahu pokok berembang tu pokok apa? apa yang  abang sob paham! pokok berembang menjadi pilihan kelip-kelip untuk berhinggap berbanding pokok lain kerana faktor daun pokok berembang itu sejuk, sebab kunang-kunang sukakan tempat yang lembab dan sejuk untuk membiak.

Cahaya yang dikeluarkan cukup terang terutama kelip-kelip jantan.  Sesuatu yang menarik dan perlu diketahui korang semua ialah kelip-kelip jantan mengeluarkan cahaya lebih terang bagi menarik perhatian kelip-kelip betina. Selain itu, kelip-kelip betina akan berterbangan dari pokok ke satu pokok berbanding jantan yang duduk di satu tempat saja.

Dan antara fakta yang cukup menarik yang abang sob ingat sampailah sekarang mengenai kelip-kelip ialah selepas kelip-kelip jantan dan betina "make are love" maka tamatlah riwayat kelip-kelip jantah! sangat trajedis kisahnya! nampak mengorbanan si kelip-kelip jantan untuk meneruskan kebelangsungan generasi. Manakala kelip-kelip betina akan bertelur dan selepas itu juga akan mati.

Sesuatu yang menarik dan perlu diketahui ramai ialah mengenai kitaran hidup kelip-kelip ialah berlaku secara ‘metamorfosis’ iaitu bermula dari peringkat telur kepada larva dan bertukar menjadi pupa sebelum menjadi kelip-kelip dewasa. ha..ha.ha.. menarik bukan sangat ilmiah blog kau sob! ilmiah bebenor..


Tapi kalau korang tanya abang sob mana le.. gambar kelip-kelip yang berhinggapan di sekitar sungai yang dikatakan banyak, untuk pengetahuan korang dengan peralatan dan kecangihan kemera yang saya ada sekarang memanglah tidak melayakkan untuk mengambil gambar kelip-kelip kerana bukan senang nak ambik gambar kelip-kelip sebab sangat kecil dan memerlukan skill yang tersendiri.

Finally saya sudah sampai sini! disajikan dengan pemandangan yang mengangumkan! walaupun sekadar tengok kunang-kunang tapi dia punya fealling  memang mengujakan.

Lupa pulak sob nak khabarkan setiap trip untuk menyusuri sungai kampung dew ini untuk melihat kunang-kunang / kelip-kelip mengambil masa selama 30 minit untuk pergi dan balik dan setiap bot boleh memuatkan 5 sehingga 7 penumpang ( bergantung kepada saiz bot ) bayaran yang dikenakan sob lupa pulak, jadi untuk memudahkan korang semua yang teringin datang ke sini untuk buat trip makan mee ketam & tengok kelip-kelip boleh hubungi Pak Su @ Tuan syukur di alamat di bawah.


Tuan Syukur Bin Ishak
Fireflies Kampung Dew Port
No 1, Kampung Dew,
34400 Semanggol, Perak. 
Tel: 019-5786456 
Email: shukor.hero@yahoo.com


Kelip-kelip kampung Dew antara produk perlancongan ecotourism yang terdapat di Perak


Memang kecur la ayor liur kome semua, bila nengok mee ketam ni! attee jom le try..

Selain itu, jangan lupa untuk merasai sendiri keenakan Mee ketam antara menu yang istimewa yang dijual di Jeti kelip-kelip kampung Dew. selalu makan mee udang, mee kari, mee kuah jadi sesekali teringin nak ubah selera tekak tu boleh datang ke sini cuba sendiri Mee Udang. Jadi lepas korang dah siap trips ronda-ronda menyusuri sungai Dew  melihat kelip-kelip next agenda mesti try mee ketam ni tau! memang sedap rasa kuah mee manis-manis sebab pakai ketam segar.

Bersama Tuan Syukur, orang kuat pengurusan kelip-kelip kampung Dew.

So make sure bila korang sampai ke Taiping, datang singgah ke Eko Perlancongan Kampung Dew untuk melihat kelip-kelip yang ada disini, just google bagaimana cara untuk sampai ke sini atau guna waze setkan kampung dew. Kerana kat dunia ni amnya di negara kita Malaysia tak banyak lokasi yang boleh kita datang untuk melihat dan mempelajari mengenai kunang-kunang @ kelip-kelip jadi agak sayanglah peluang sebegini dilepaskan, jadi kalau nak tengok pokok krismas semulajadi berkelipan cahaya, hasil daripada kunang-kunang jemputlah singgah ke sini :P


33 comments:

  1. lama x nengok kelip kelip.. jarang jumpa.. dulu time kekecik.. lik keje je tangkap kelip kelip.. letak dlm kocek..

    ReplyDelete
  2. assaam kunang-kunang yg berkelip-kelip mmg indah mnghiasi mlm...ada jeti n perkhidmtan yg disediakn utk menyusuri sungai meliatnya secara dekat pula...best tu...

    ReplyDelete
  3. baguslah kampung ni, aktif eko pelancongan dia yek.
    tak mcm kampung sy kat sini. ~.~'

    ReplyDelete
  4. pemandangan bulan tu mmg rare. trase nak datang kampung dew nih

    ReplyDelete
  5. Kat Semanggol rupanya, dkt jg dgn kuala..

    Sedapnya mee ketam..

    ReplyDelete
  6. Boleh try p tgk nnt... Bayaran berapa ya... Mee Tue Plak brapa hrga...

    ReplyDelete
    Replies
    1. erm bayaran.. lupa pulak saya..
      tapi kalau berminat bleh contact no kat atas :"P

      Delete
  7. dari kecik tak pernah tengok kelip2....
    teringin jugak nak tengok...
    best nya mee ketam tu...ishhh...
    kat perak mmg terkenal makanan laut... ikar bakar, mee udang kauala sepetang...
    last year pegi dpt lah jamah... next time nak try pulak lah mee ketam..

    ReplyDelete
  8. serious cantik gambar2 jadi nk pegi sana

    ReplyDelete
  9. tahun ni sis baru sekali tengok kelip2 masuk rumah kt kampung...dah lama x tengok....sis ingatkan ada gambo kelip2 tu...x per lain kali...kasi canggih lg kamera n teknik2 tu...

    ReplyDelete
  10. arrr kelip2 tak kelihatan... malu dia nak pi hinggap dekat2, kalo tak mesti boleh snap pict sekor dua kelip2 kan? ;3

    wow mee ketam itu, mesti sedap noh~ X3

    ReplyDelete
    Replies
    1. sis sambung komen kat sini... heheh

      Join my contest? Isi Buih-Kata Komik #2!!!
      Contest tamat pada 10 Nov 2014, winner gets a T-shirt with my print-design~ XD

      Delete
    2. insaallah teringak gak nak joint tapi idea x de.. adoi...

      Delete
  11. mana kelip-kelipnya Sobri? yang nampak ketam aje..he..he

    ReplyDelete
    Replies
    1. kelip2 x nampak..
      x leh ambik gambar..
      sbab cmera x brapa canggih he..he

      Delete
  12. Pergh dia punya ketam...Banyak ka kunang2?
    Saya pernah tengok kunang-kunang pun masa di Perhentian titiwangsa

    sobri saya tag disini
    http://www.arzmoha.com/2014/09/liebster-award-tagged-by-famf-tower.html

    ReplyDelete
  13. dulu study kat selangor plan nak gi kg kelip kelip kuala slangor tapi mak tak kasi sebab alasan perempuan. tak eloklah memalam melewaq hihi.. kat nibong tebal ni ada kg kelip kelip gak mailab terjah hihi..

    ReplyDelete
  14. BW kat sini... promoted content tuk sobri :)

    ReplyDelete
  15. Dah lama tak tengok kelip2 ni... nak pergi lah nnti ...:)
    dulu kecik2 selalu tangkap masuk dalam botol... lepas tu sebelum tidur tenung dia fikir mcm mana lah boleh ada lampu kt badan dia..hihihi...

    Terbaik sob... Tahniah..

    www.k-ridersteam.blogspot.com

    ReplyDelete
  16. TQ sobri, kak ana baru tahu kat Perak pun ada kelip2 ni, ingatkan di Kg Kuantan tu sahaja..nice sharing..:)

    ReplyDelete
  17. Seronok dpt bersampan mlm2 kan.. pengalaman yg sgt menarik. Thanks sharing bro Sobri.. :)

    ReplyDelete
  18. sedapnyaa mee ketam...kecurrr ... kuahnya kari kan ??
    isk isk...dap.

    teringin nak pi tgk kunang2 ni tapi sesuai ke bawok budak 5 thn ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. ar ah sis.. kuah kari..
      boleh kot..
      rasanya x de masalah..
      jangan dia bosan udah le.. biasalah budak2 kan :P

      Delete
    2. sob. mee ketam kari tu ko mkn kat restoren mana..apa nama dia..please habaqqqq...cheq ngidam !

      Delete
  19. Eeeeiii, sobbbb. Akak teringin benor nak tengok kelip2. impian tak tercapai lagiii niii

    ReplyDelete
  20. Wah... untung aaa bro sob dapat tengok kelip-kelip... bila lah aku nak gi sana ni?.. tapi kalau nak gi tengok kat kuala selangor pun ada jugak.. nanti nak cuba kat selangor gak lah... nak jugak merasa suasana cam pokok krismas kan... :D

    ReplyDelete
  21. hahaha, budak bandar macam saya mesti lagi jakun kot bila tengok kelip-kelip..hihi.

    ReplyDelete
  22. ala...baru nk tgk gambar kli2 tu rupanya perlu gun camera canggih..nampaknya peerlu pegi lihat sendiri lah huhuh

    ReplyDelete

Komen Anda Amat Dihargai
Terima Kasih Kerana sudi membaca