Perusahaan Labu Sayong Di Kuala Kangsar | sobriyaacob.com

Monday, November 10, 2014

Perusahaan Labu Sayong Di Kuala Kangsar

Assalamualaikum dan salam sejahtera readers! 

Untuk entry  kali ini, awok nak bercerite pasai labu sayong! ate.. rase macam tak lengkap pulok kalau ke kuala kangsar tak ade kisah labu sayung. Al Maklumlah daerah kuale kangsor amat terkenal dengan tempat penghasilan labu sayung make banyaklah kampong yang menjalankan perusahaan labu sayong *amboi bukan main susah awok nak menaip dalam bahase Kuale ni ye!* Selalunya labu sayong yang korang tengok atau beli sudah siap dibuat tapi kali ini sob nak berkongsi sedikit dengan korang semua bagaimana proses cara pembuatan labu sayong dijalankan sehingga terhasilnya labu sayung yang pelbagai corak yang dijual di pasaran.

Labu Sayong Kuala Dal Kuala Kangsar I www.sobriyaacob.com

Dekat Kuala Kangsar ini banyak tempat yang mengusahakan Labu sayong secara kecil-kecilan sehingalah saiz yang besar terutama di daerah Sayong, tapi kali ini sob nak bawa korang semua ke Perusahaan Labu Sayung, Shahizul Enterprise yang terletak di Kampung Kuala Dal, Padang Rengas, Kuala Kangsar yang diusahakan oleh Abang Shahizul.

Shahizul Enterprise I Pengusaha Labu Sayong.

Abang Shahizul antara pengusaha labu sayung yang terdapat di  Kuala Dal, disini dijual pelbagai produk berasakan tembika dan labu sayong, produk warisan Negeri Perak. Alhamdulilah akhirnya sob berpeluang juga melihat sendiri bagaimana proses untuk menghasilkan labu sayung bermula daripada tanah liat dibancuh, dibentuk, dicorakkan, diwarna dan dibakar sehingga terhasilnya Labu Sayong. Sebenarnya bukan senang tau nak menghasilkan labu sayong banyak proses yang perlu dilakukan dan semestinya perlukan kemahiran, kesabaran yang tinggi kalau tak jawapnya! tak jadi lah labu sayung yang sempurna..

Sebelum sob menulis dengan lebih panjang bagaimana proses labu sayung dihasilkan, jom layan produk-produk tembikar yang dihasilkan oleh Abang Shahizul yang dijual di Gerainya bersebelahan dengan tempat proses pembuatan tembikar dan labu sayong.

Di atas antara produk labu sayung yang telah diberi nafas moden, nampak lebih stylish dan urban gitu! sesuai dengan gaya hidup moden sekarang :P *ewah!*

Beraneka produk tembikar, tak silap sob ini boleh dijadikan sebagai tempat letak lampu tidur. Memang cantik diletakkan di bilik tidur seperti deko-deko hotel 5 star.


Adik-adik, yang ini  namanya labu sayong, produk warisan Negeri Perak. Labu Sayong di atas  masih mengekalkan ciri-ciri tradisional pada corak dan bentuknya. Ini kalau letak air kat dalamnya sejuk je bila kita minum, tak perlu simpan dalam peti ais. Mesti korang tertanya-tanya bagaimana proses nak menghasilkan labu sayong ini, nampak macam simple tapi bukan mudah nak hasilkan. Sebelum ini jom baca sedikit info mengenai Labu Sayong yang sob rasa agak menarik juga untuk dikongsikan.

Labu Sayong

Labu sayong biasanya dibuat dalam dua warna iaitu hitam dan coklat. Bentukya ialah leper seperti labu bocong, labu tela, labu pucung dan labu panai. Hiasan yang kebanyakannya digunakan ialah pecah empat, bunga api, bunga lawang, bunga cakar ayam, bunga tanjung, bunga cengkih dan pucuk rebung. Salah satu keunikan labu ini ialah ianya diilhamkan daripada bentuk buah labu itu sendiri dan corak yang digunakan lebih bersifat semulajadi. Teknik yang biasanya digunakan ialah teknik lingkaran dan picit bagi proses pembentukkan labu sayong.

Biasanya tanah liat yang digunakan namun, bagi penduduk Kampung Sayong, mereka menggunakan sejenis tanah yang terdapat di daerah Sayong. Namun, mengikut para penghasil labu sayong yang lain, tanah yang sesuai digunakan ialah tanah yang didapati satu kaki daripada aras permukaan bumi. Tanah liat yang digunakan untuk penghasilannya ialah tanah liat yang berwarna kelabu dan tanah liat yang berwarna kemerah-merahan. Alatan yang digunakan ialah batu sungai, pengukir, perepek, span, pinggan, papan rata atau papan gelak, gergaji kecil, pengguris dan roda pembentuk tembikar.


Ok itulah antara sedikit sebanyak sejarah, info mengenai labu sayong, sekarang jom kita lihat bagaimana labu sayung dihasilkan. Terima Kasih kepada Abang Shahizul kerana sudi menunjukkan dan mengajar sob bagaimana untuk menghasilkan Labu Sayong!

Proses Penghasilan Labu Sayong

Menurut kata Abang Shahizul, tanah liat yang digunakan diambil daripada Daerah Sayong kerana bukan semua tanah liat sesual digunakan untuk menghasilkan labu sayung, katanya tanah liat daripada sayong paling berkualiti dan terbaik.

Yang kacak bergaya inilah Abang Shahizul, yang itu pula tapis untuk menapis bancuhan di atas untuk mengasingkan bendasing sehingga mendapat bancuhan yang sesuai.


Ada dua cara untuk menghasilkan labu sayung, satu menggunaan acuan dan satu lagi menggunakan kaedah tradisonal dimana tanah liat itu diolah memnggunakan kaedah lingkaran picit sehingga membentuk labu sayung.

Abang Shahizul menunjukkan cara bagaimana membentuk corak di permukaan labu sayung, corak yang dihasilkan berdasarkan kretiviti dan idea tersendiri.

Sentuhan ajaib abang shahizul, menghasilkan corak di permukaan labu sayong, perhh.. memang respect, sebab seni yang dihasilkan memang cukup halus dan berseni. Ajarkan saya Master :P 

Sob ada juga cuba-cuba main-main conteng-conteng mengukir corak di labu sayung, senang cerita bukan senang nak hasilkan corak yang bermain di fikiran, kita nak buat lain, yang jadi benda lain pulak! tapi satu pengalaman yang tak dapat dilupakan terutama ketika hasilkan labu sayung menggunakan kaedah tradisional yang pusing-pusing sambil kaki tekan untuk mengerakkan mesin tu bagi berpusing sambil tangan cuba membentuk tembikar * Macam gambar kat bawah, sob pun dah lupa apa nama benda tu * memang terasa klasik giler! kalau korang ke kuala kangsar wajib dan harus mencuba :P

Mencuba sendiri membuat labu sayong!

Tempat proses penghasilan labu sayong Shahizul Enterprise 

Suasana Gerai Abang Shahizur menjual hasil labu sayung dan produk tembikar keluaran perusahaanya. Pelbagai corak, saiz, warna dijual! apa design yang korang nak semua ada.. memang best tempat ni, paling penting semua produk kraftangan yang dihasilkan sangat kemas dan bermutu tinggi hasilnya :P


Pendapat saya, tak lengkap kalau kunjungan korang ke kuala kangsar kalau tak pergi melawat sendiri tempat perusahaan labu sayung, sebab satu pengalaman yang menarik untuk melihat sendiri bagaimana langkah demi langkah untuk menghasilkan labu sayung produk warisan Negeri Perak, Sekiranya korang teringin nak datang kesini  sama ada nak buat lawatan, nak order barang kraftangan bolehlah hubungi Abang shahizul sendiri.

Shahizul Enterprise
Pengusaha Labu Sayong.
Kampung Kuala Dal, Padang Rengas, Kuala Kangsar 
012 - 456 2959
012 - 450 1656
05 - 7771392



Ok bye! jumpa lagi untuk entry yang berikutnya :P

29 comments:

  1. memang rumit membuatnya kan, sepadan dengn harga.pernah ke kuala kangsar, tapi tak pernah pulak try hands-on buat sendiri labu sayong ni.pengalaman yg berharga nih...tak buat satu ke, bawak balik rumah?hehe

    ReplyDelete
  2. cantiknya..suka tengok creativity dia orang ni..seni sangat..

    ReplyDelete
  3. tak tau pula di Kuala Dal pun ada industri ni, ingatkan kat Sayong je yang ada...huhu..pernah sekali gi rombongan sekolah rendah ke tempat buat labu ni..

    design yg moden tu memang menarik utk perhiasan, lebih commercialised..tapi ramai yg suka design yg original, nampak unik..

    ReplyDelete
  4. labu sayong seni kreaviti halus indah....

    ReplyDelete
  5. ada yang labu sayong boleh letak air dalam tu kan kemudian minum. air jadi sejuk je..

    ReplyDelete
  6. jadikan lampu tidur , mmg romantik ... tak sabar lak nak dapatkan ... heee

    ReplyDelete
  7. amboi kome, cakap Perak ye... hehe kak ana sendiri pernah melihat proses pembuatan labu sayong di Kuala Kangsar, memang memerlukan kesabaran dan kemahiran... :)

    ReplyDelete
  8. Dari kecik memng suke tengok org buat labu sayong ni..best!!

    ReplyDelete
  9. labu sayong... ada satu kat rumah, lepas tu tak tau dah hilang ke mana... nak kena cari lain nih, bak mai sebijik! X3

    ReplyDelete
  10. Beautiful vase, I want the black one for decorate my home ^^)b nice photo I like that

    ReplyDelete
  11. Tetiba terasa nak ada satu.. sebab simpan air boleh jadi sejuk huhuhuu.. :D

    ReplyDelete
  12. dekat rumah saya pun ada satu... bila simpan air dalam labu sayong memang sejuk air tuu...

    ReplyDelete
  13. cantiknya semua labu sayong tu. memang tangan berseni :)

    jemput join > http://buatwanita.blogspot.com/2014/10/segmen-buatwanitablogspotcom-mencari.html

    ReplyDelete
  14. omaigodddd lamanya tak singgah blog sobri, ika busyyyyyyy T_T

    cantinyaaa tengok labu sayong tu semua, creative betul, kalau ika sendiri buat ntah apa rupa laa jadi huhu

    ReplyDelete
  15. Wahhhhhh...... ko terjah satu lagi tempat pembuatan labu sayong... bagus2.. pasni ko leh belajar buat labu sayong pulak kan....ekekekekekeke.... :D

    ReplyDelete
  16. rasanya dulu pernah pergi tempat ni ikut rombongan sekolah.. dah lama dah.. x igt sangat pasal tempat tu, tapi rasanya yg ni la kot..

    ReplyDelete
  17. Assalamualaikum sobri. lama sheila tak blogwalking sini. hehhe sihat ke? minum air daripada labu sayong ni, perghhh sejuk dia nyaman tekak. hehehehe

    ReplyDelete
  18. dulu pernah ada labu sayong kat rumah akak..simpan air kat dalam tu...sejuk ja terasa..

    ReplyDelete
  19. http://madey09.blogspot.com/2014/12/sabah-teh-garden-mengujakan.html as'salam klik laman Etuza, blog anda telah Etuza linkkan ya. tahniah. mari saling mengunjungi

    ReplyDelete
  20. Harap anda tak lupa klik laman Etuza ya.ada sedikit info Etuza ambil di laman anda terbaik ..tahnia rupannya anda blogger hebat ..sangat menarik paparan blog anda

    ReplyDelete
  21. wahh cantiknya !!!!!!!!!!! aduh rasa nak beli satu

    ReplyDelete
  22. qila suka tengok this kind of perusahaan hehe.
    rasa mcm appreciate sgt apa yg diorang buat.
    kalau kaya nak beli je semua bg dkt umi hahahahaha

    ReplyDelete
  23. Singgah sini...
    Apa khabar adik Sobri?

    ReplyDelete
  24. Cantik-cantiknya labu sayong dia, geram tengok. Bila la dapat peluang menyingah ke mari.
    Apa kabar Sobri ?

    ReplyDelete
  25. Berapa RM labu sayong yg saiz biasa?

    ReplyDelete

Komen Anda Amat Dihargai
Terima Kasih Kerana sudi membaca