Kayu Arang Di Kuala Sepetang | sobriyaacob.com

Sunday, March 29, 2015

Kayu Arang Di Kuala Sepetang


Assalamualaikum dan salam sejahtera reader!....

Pernah tak korang semua terfikir bagaimana pembuatan arang dijalankan, ataupun pernah tengok secara live bagaimana proses pembakaran arang dilakukan daripada cara pemilihan jenis kayu, proses pengeringan, proses pembakaran dan mengredkan kualiti arang ? apa tak pernah ! ya kita serupa, jadi jom korang semua layan cerita di sebalik Hitamnya Arang Di Kuala Sepetang! eh bukan.. Proses Penghasilan Arang Di Kuala Sepetang versi Abang Sob! sebenarnya bukan mudah untuk menghasilkan seketul arang banyak proses, tenaga.. kudrat digunakan! untuk memastikan ayam bbq anda dibakar dengan lazat dan sempurna :)

Suasana di Dalam Kilang Arang Kuala Sepetang I Charcoal Factory


Waktu yang paling tepat untuk melihat keseluruhan proses ini dijalankan adalah pada awal pagi, pada waktu itu kita boleh melihat keseluruhan aktiviti dijalankan daripada kayu bakau dipindahkan ke kilang melalui bot kecil, proses pengeringan kayu, proses kulit kayu dibersihkan dan kayu diletakkan ke dalam glove /  oven untuk dibakar sehingga menjadi arang



Proses pembakaran kayu mengambil masa sehingga 30 hari! untuk menghasilkan arang yang berkualti tinggi, tapi istilah yang digunakan bukan dibakar ialah dimasak selama 30 hari dengan menggunakan suhu yang berbeza-beza. 10 hari api besar, 10 hari api kecil dan 10 hari lagi untuk proses penyejukan arang


Kubah yang berbentu seperti glove ini dipanggil sebagai Tanur.

Dapur pembakaran kayu di kilang ini berbentuk unik seperti reka bentuk iglu dengan warna kecoklatan. Senibina dapur pembakar ini terdiri daripada batu-bata. Pembinaan dapur yang berbentuk iglu itu memerlukan 25,000 bongkah bata untuk membangunnya. Sebenarnya batang-batang kayu ini tidak dibakar secara langsung. Ia boleh diumpama sebagai 'kukus' bagi menyejat kandungan air dari batang dan melalui beberapa prosedur pembakarannya.- sumber-



Untuk memperolehi arang yang bermutu tinggi dan suhu api mestilah dijaga peringkat demi peringkat bagi memastikan ianya benar-benar sesuai untuk digunakan.

Apa yang sob paham Setiap dapur arang / atau tanur boleh memuatkan sehingga 1,500 batang kayu arang di dalam sesebuah tanur yang beratnya mencecah 50 tan, setiap daripada batang kayu itu akan disusun tegak berdiri supaya proses memasak dijalankan.


Mengikut apa yang dikatakan oleh pekerja-pekerja disini, arang-arang ini akan dibungkuskan mengikut gred yang tersendiri dan di pasarkan ke Korea dan jepun antara pasaran utama  bagi tujuan pembuatan alat-alat solek dan pencuci muka!

korang pernah dengar orang cakap air titihan daripada tanur ni sangat bagus untuk masalah kulit terutama untuk menghilangkan bekas jerawat? ada sesiapa pernah cuba ?

Pemandangan Di Luar Kilang Arang

Antara kaedah pengankutan secara tradisional digunakan untuk membawa kayu arang ke kilang antaranya menggunakan bot dimana air pasang surut memudahkan kayu bakau yang ditebang daripada hutan dibawa ke sini, tapi sob rasa cara yang paling mudah sekarang mungkin menggunakan lori


Inilah rupa kayu bakau adik-adik bukan kayu getah! Dan kayu bakau ini ada jenis kayu bakau tersendiri seperti kayu bakau kurap dan minyak * just google*


Kayu-kayu bakau yang dikeringkan, dibuang kulit dan dipotong mengikut size sebelum proses pembakaran di dalamTanur dijalankan.


Kilang Arang kayu Di Kuala Sepetang

Sekiranya korang berminat untuk berjalan-jalan ke kuala sepetang boleh hubungi Tuan Khairul - www.kualasepetang.com untuk melihat sendiri pakej produk perlancongan yang ditawarkan yang ada di sekitar kawasan Kuala Sepetang dan jangan lupa mention yang korang baca daripada blog sob! ya

Akhir kata serumit proses pemerapan ayam untuk bbq lagi complicated proses arang kayu dihasilkan!
Ok semua jumpa lagi untuk entry yang berikutnya.. insyaalah! bye :P

18 comments:

  1. Assalam Sobyieeeee..lamanya menyepi..tiba2 kuar citer kayu arang!

    ReplyDelete
  2. sangat menghargai kudrat org yg bekerja di kilang kayu arang ni...jika x ada arang..SATAY x SEDAP!

    ReplyDelete
  3. Tak penah plak tahu tentang kayu arang sebelum ni..hehehe..bagus share satu ilmu..

    ReplyDelete
  4. PROSES BUAT KAYU ARANG NI BERAT JUGA KERJANYA...

    ReplyDelete
  5. wow asa usually with good picture.. memang hargai mereka.. tanpa mereka kita tak dpt buat BBQ dan masak satay kan ^_^

    ReplyDelete
  6. arang sekarang sepeket berharga rm7 kalau disini, memang payah proses pembuatannya dan kalau di tanahair kita ni biasanya di gunakan untuk bbq sahaja kan.. :)

    ReplyDelete
  7. Wow! Speechles..tak semua orang dapat masuk ke sini ya

    ReplyDelete
  8. eh x rumit langsung kot nak perap ayam.. hAHA

    ReplyDelete
  9. Woah, 'memasak' rupanya istilah dia, nice info. Kilang 'masak' kayu bakau jadi arang ni, sis tak pernah jejak lagi... tapi, kalau hutan bakau tu, pernah la jejak dulu masa camping ;3

    ReplyDelete
  10. Memasak menggunakan arang kayu membuatkan sesetengah makanan menjadi sedap.

    ReplyDelete
  11. saya baru lawat kilang arang tu..cerita karang lebih kurang sama...hihihi

    ReplyDelete
  12. arang kayu dah biasa tengok.
    ada tunjuk dalam tv1 arang buluh madu..first time tengok..huhu

    ReplyDelete
  13. Sangat menarik. Tak pernah tahu pun sebelum ni..

    ReplyDelete
  14. pernah tengok dokumentari tentang pembuatan kayu arang di sini...rumit prosesnya..

    dokumentari yg akak tengok 'Suri Kuala Sepetang' mengenai isteri2 yg menolong suami mereka dengan bekerja di kilang kayu arang ni...ada sendu, ada sayu...

    ReplyDelete
  15. Cantik gambar2 tu.. pengalaman ilmu yg menarik juga ni.. seronok.. :)

    ReplyDelete
  16. susah juga nak buat arangkan...
    akak kat sini tahu ubat charcoal je..

    ReplyDelete
  17. peh 30 hari nk jadi arang...lama sgt.....kagum!

    ReplyDelete

Komen Anda Amat Dihargai
Terima Kasih Kerana sudi membaca