Explorasi Khazanah Hutan Belum Temenggor - Mencari Bunga Raffelesia | www.sobriyaacob.com

Sunday, April 12, 2015

Explorasi Khazanah Hutan Belum Temenggor - Mencari Bunga Raffelesia

Assalamualaikum dan salam sejahtera reader :P

Apa khabar semua? terutama pembaca blog ini diharapkan korang semua dalam keadaan sihat sejahtera & ceria selalu! btw untuk entry kali ini agak special sob akan berkongsi dengan korang semua mengenai keunikan khazanah alam yang terdapat di Hutan Belum, Perak.  Untuk entry kali ini sob akan membawa korang semua menjelajah Hutan Belum-Temenggor one of the part Belum Forest state antara destinasi yang semakin popular untuk dilawati di Royal Belum


Bagi korang yang tertanya-tanya apa bezanya belum-temenggor dengan Royal Belum, sila rujuk peta di bawah. Hutan belum terbahagi kepada 2 bahagian, iaitu Belum-Temenggor ( lower ) dan Royal Belum ( upper )  menghala ke Thailand dimana anda wajib membuat permit  terlebih dahulu sebelum dibenarkan masuk. Bagi korang yang pertama kali membaca entry sob mengenai Hutan Belum boleh (klik link) ini bagaimana cara untuk sampai ke Hutan Belum

Peta Royal Belum State Park
Dianggarkan keluasan keseluruhan kawasan in 4X singapore! bayangkan berapa luasnya 
Royal Belum Rainforest, kalau salah masuk boleh sesat ni :P

Sedikit Fakta mengenai Hutan Belum-Temenggor :

Hutan Belum dibahagikan kepada dua bahagian iaitu Hutan Belum (lower) dan Hutan Simpan Belum (upper). Pengunjung hanya boleh meneroka Hutan Belum yang tidak diwartakan sebagai hutan simpan, manakala Hutan Simpan Belum perlu mendapatkan permit pihak berkuasa.

  • Kompleks Hutan Belum-Temengor berusia 130 juta tahun merupakan hutan tertua di dunia.
  • Menjadi kawasan tadahan hujan utama bagi Semenanjung Malaysia.
  • Kompleks Hutan Belum-Temengor merangkumi Taman Negeri Royal Belum (117,500 hektar), Hutan Simpan Grik (34,995 hektar) dan Hutan Temengor (147,505) hektar).
  • Keluasan Kompleks Hutan Belum-Temengor hampir empat kali ganda saiz Singapura, kaya dengan kepelbagaian flora dan fauna.

Jeti Belum Rainforest Resort

Back to our story, antara aktiviti yang kitaorang lakukan untuk Belum-Temenggor Tour ialah, tour island belum temenggor ( melawat batu putih & kawasan ternakan ikan trapilia) melawat kampung orang asli ( kampung chuweh ) mencari bunga rafflesia, Salt licks ( Sira Gajah ) dan menjejaki air terjun  di base camp sungai enam! & kesemua pakej ni korang boleh dapat di Belum Rainforest Resort. Sound interesting right, jadi apa lagi call untuk tempahan! Kesimpulan untuk keseluruhan trips Belum-Temenggor Tour is totally awesome! sob bagi 5 bintang :P

Misi  explorasi khazanah hutan Belum-Temenggor  kitaorang dimulakan seawal 9.00 am berkumpul di Jeti Belum Rainforest Resort, terlebih dahulu diberikan taklimat ringkas keselamatan dan mengenai aktiviti explorasi yang bakal kami lakukan, so jom gateway to nature bro!


Pemandangan waktu pagi daripada Jeti Belum rainforest resort! nice view beb :P

Another way to explore Royal Belum, use houseboat.

Daripada Jeti Belum Resort, first stop kitorang ialah mencari bunga Rafflesia atau juga dikenali sebagai bunga Pakma, bunga yang paling terbesar di dunia di Rafflesia X-tray. Perjalanan daripada Jeti ke sini lebih kurang 15 minute masa diambil.


Welcome to Rafflesia X-tray, bergambar dulu sebelum misi mencari bunga Pakma dijalankan :P

Sebenarnya sob agak teruja untuk sampai kesini nak melihat bunga rafflesia kembang mekar, sebab percubaan sebelum ini dalam misi mencari bungga Rafflesia di sungai Kooi (klik sini) agak menghampakan. Jadi untuk percubaan kali kedua ini harap dapat lah tengok bunga rafflesia kembang live di depan mata. "dalam hati asyik berdoa..mintak-mintak lah kali ni tuah aku mengena! i hope :P"


 You Can Feel Experience The Magical Of Nature, gittew! :P

Daripada Tempat perhentian boat untuk sampai tapak Bunga Rafflesia anggaran masa lebih kurang 15 minute, bergantung kepada stamina korang. Jadi sebelum hiking pastikan korang panaskan badan, regangkan urat-urat saraf yang ada sebab korang kena agak mendaki agak tinggi sedikit, tapi jangan risau trex disediakan.. untuk sampai ke tapak bunga Rafflesia.


Antara Pokok-pokok besar yang boleh dijumpai.. di sepanjang perjalanan .

Sarang lebah kelulut

Tahi gajah yang masih fresh lagi, antara "benda" yang kitaorang jumpa semasa hiking!

 Trex disediakan untuk para pengunjung, jadi tak perlu lah korang nak redah lorong hutan bagai untuk sampai ke destinasi " bersenam sambil membakar kalori degil..

Akhirnya sampai juga kami ke destinasi,  seperti biasa nasib masih kurang ada "ong" nak melihat bunga Rafflesia kembang Mekar, mengikut kata Tour Guide bunga rafflesia baru sahaja dalam proses hendak berkambang, bermakna memerlukan masa lebih kurang 5 hari lagi untuk berkembang mekar sepenuhnya.

 Bunga Rafflesia yang baru hendak berkembang.


 Bunga Rafflesia  yang sudah layu baru sahaja selepas berkembang beberapa hari yang lepas, tempoh masa bunga Rafflesia berkembang hanya bertahan selama 5-7 hari sahaja.

Sedikit Maklumat Mengenai Bunga Rafflesia :
  • Bunga ini hanya tumbuh di hutan hujan tropika Asia Tenggara sahaja. Daripada 20 species Rafflesia yang terdapat di seluruh dunia, lapan daripada nya terdapat di Malaysia. 
  • Bunga Rafflesia mengambil masa 9 bulan untuk berkembang dan akan berkembang sekitar 5-7 hari sahaja. Seboleh-bolehnya jangan pegang Bunga Rafflesia ini menggunakan jari.
  • Rafflesia dikenali sebagai bunga yang terbesar tetapi ada juga bersaiz kecil. Bunganya besar tetapi tidak mampu membuat makanan sendiri dan semua makanan yang diambil daripada tumbuhan perumahan. Rafflesia merupakan sejenis tumbuhan, tetapi ia tidak mempunyai klorofil, iaitu bahagian hijau tumbuhan yang diperlukan dalam proses membuat makanan sendiri seperti yang terdapat pada tumbuhan lain.
Dilarang memetik, mengambil atau merosakkan bunga Rafflesia

Nampaknya misi sob kali ini untuk melihat Bunga Rafflesia berkembang mekar masih belum berjaya! it ok at lease still dapat tengok yang baru hendak mekar pun sudah memadai. Untuk entry berikutnya sob akan berkongsi mengenai sira gajah dan perkampungan orang asli! so wait next entry guys :P 

Owh bagi korang yang pertama kali melawat blog ini jangan lupa baca kisah pengembaraan sob di Royal Belum Rainforest, boleh klik link dibawah.

Ok bye! jumpa lagi untuk next entry :P

21 comments:

  1. Banyak lagi sebenarnya khazanah Malaysia yang kita belum tahu...macam2 ada
    Nice entri Sobri...dah lama x dengar khabar :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hai kak ..sihat.. akak apa khbar?
      yup sememangnya byak kzanah ngara yg tak terteroka..
      terlalu luas.. tq akak :)

      Delete
  2. sis pun terkilan x dpt n tgk reflesia kembang kat blog ni ... tgk air tu , rasa mau mandi saja . jernih sungguh .

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya lagi la tkilan sis :(

      erm jmput dtg mandi :P

      Delete
  3. Wow! amazing place, Is it boundary between Thailand and Malay?

    ReplyDelete
    Replies
    1. yes..bro.. its boundary between malaysia n thai..
      mybe one day. u can visit this place :)

      Delete
  4. bunga pakma ni cantik n ada yg menjualnya juga tu digunakan utk ubat ibu bersalin..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada terbaca jugak.. pasai bnga pakma ni dgunakan utk bsalin..
      btw apa yg saya tahu x berapa bgus guna bunga ni utk bsalin..ada kesan kurang baik

      Delete
  5. hutan dara lah katakan masih indah belum tercemar lagi persekitarannya, nice sharing Sobrie :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya kak ana...masih indah bebas dri sentuhan mnusia :)

      Delete
  6. menarik..banyak khazanah hutan yg tersimpan di Royal Belum...gajah pun ada..huhu..

    ReplyDelete
  7. lepas ni pi repeat lg untuk dptkan time bunga tu kembang :)

    ReplyDelete
  8. Olooo ter-miss lagi peluang untuk tengok bunga pakma yg berkembang mekar... takpa nanti aim timing tu bebetul, yg baru nak berkembang mekar tu nanti mesti cantik bila in full bloom :3

    ReplyDelete
  9. Lama tak dengor khabar. Harap hidup lagi ye encik Sobri.. hehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hdup lg puan gee.. knapa blog kamu x leh masuk ya..
      private ke>?

      Delete
  10. hayoyoyo....sama lah nasib aritu kami pun tak ong jugak nak tgk bunga repelsia ni..

    hui sobri..mana pegi lama tak nulis? :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. ar ah..agaknya nasib kita x baik la sis..
      asik p x berkembang bunga tu :)
      ada kak jrang je munulis skrg ;p

      Delete
  11. bestnya...cantik view..dah lama tak masuk hutan gini...

    ReplyDelete
  12. nice entry bruh but just nk tnye. before masuk hutan belum nih, kena buat any permit ? sorry that part saya x phm sikit. tolong explainkan, thanks a lot.

    ReplyDelete

Komen Anda Amat Dihargai
Terima Kasih Kerana sudi membaca