Explorasi Khazanah Hutan Belum Temenggor - Sira Gajah | sobriyaacob.com

Monday, April 27, 2015

Explorasi Khazanah Hutan Belum Temenggor - Sira Gajah

Assalamualaikum & salam sejahtera semua...

Entry ini kesinambungan untuk Trip Explorasi Khazanah Hutan Belum Temenggor, selepas kami semua ke Tapak Rafflesia X-tray untuk melihat bunga Rafflesia berkembang Mekar "agak kurang bernasib baik" kerana Bunga Rafflesia masih tidak berkembang sepenuhnya, perjalanan kami seterusnya menuju ke salt lick atau dikenali juga sebagai sira gajah.
Bagi korang yang first time dengar mengenai Salt Lick meh sob bagi pencerahan apa itu sira gajah atau juga biasanya juga dikenali sebagai  jenuk. Jenut atau Sira ini sebenarnya bermaksud tempat haiwan menjilat garam. Jenut atau Sira ni kalau dalam istilah Bahasa English nya ialah ‘Salt Lick’ dan ia merupakan satu keperluan yang diperlukan oleh haiwan untuk menambah dan mendapatkan zat garam mineral serta nutrient-nutrien penting seperti calcium, magnesium, natrium dan zink di dalam diet pemakanan mereka. Kalau korang perasan sebelum ini Sob juga ada menulis entry berkaitan jenuk / sira gajah boleh (klik di sini) Keunikan sira Gajah Di Belum.


Dalam perjalanan menuju ke tapak Sira Gajah

Antara trek tracking yang disediakan, disepanjang laluan di kawasan yang terpilih diletakkan Camera tracking untuk merekodkan jumlah kehadiran binatang liar seperti gajah, kijang yang datang ke Sira ini untuk mendapatkan Garam mineral

Ini sira gajah yang pertama kami jumpa

Perjalanan lebih kurang 15 minit untuk sampai ke Tapak Jenuk / Sira Gajah, perjalanan agak mendatar tidak perlu mendaki bukit  seperti di Tapak Rafflesia, ada trek disediakan. Terlebih dahulu Tour Guide kami dari Belum Rainforest Resort En Hassan memberi sedikit penerangan mengenai Sira Gajah dan juga langkah-langkah keselamatan sebelum memulakan trekking.


Jenuk I Sira Gajah

Sebenarnya jenuk ini juga mempunyai banyak jenis, jenuk diatas dipanggil sebagai jenuk kering kerana tidak mempunyai titisan mata air yang mengalir disekitar jenuk ini.. Sekiranya korang perasan entry sob terdahulu jenuk di Kem Papan boleh dikategorikan sebagai jenuk basah kerana di kawasan batuan yang terdapat titisan mata air yang mengandungi garam mineral. 

Inilah Garam Mineral yang dijilat oleh haiwan-haiwan liar yang bertandang di Jenut ini terutama Gajah, seperti kita manusia memerlukan vitamin atau ubat boleh dapatkan di farmasi,  jadi untuk haiwan sira ini  ibarat klinik untuk mendapatkan khasiat, mineral yang diperlukan oleh haiwan tersebut..



Kalau tak percaya tengok betapa besarnya saiz tapak kaki Pak Long, kat sini disepanjang jalan amat mudah untuk menjumpai najis Pak Long! jadi bahasa dan kelakuan kita kena lah dijaga :P


Antara pokok-pokok besar yang kitaorang jumpa sepanjang trips ni! memang besar.. ini kalau pembalak haram dapat tebang ni mau kaya! aku sumpah kalau ada yang gatai-gatai tangan nak tebang ke .. nak rosakkan pokok-pokok ni 7 keturunan kau kena malapetaka!


Banyak flora dan fauna yang korang boleh jumpa di kawasan hutan ini, Kalau korang jenis minat ambil gambar-gambar  micro serangga, kulat, paku pakis  must come here...

Selain Bunga Rafflesia, Hornbill. ini antara binatang yang turut menjadi icon di Hutan Belum, apa yang sob tahu dekat malaysia memang payah nak jumpa species serangga ini kecuali di sini! so kalau ente ahli nujum yang bijaksana, cuba korang teka apa nama serangga ni? :P



Antara flora dan fauna yang dijumpai di sepanjang perjalanan di kawasan hutan ini, dianggarkan lebih kurang 10 spesies burung enggang yang ada di Malaysia dan melindungi lebih 274 spesies burung dan dianggarkan, lebih 3,000 species flora selain 64 species paku-pakis, 62 spesies tumbuhan belumut dan 23 ikan hidup di kawasan Hutan Belum ( sumber wikipedia)  dan Sob pasti masih banyak flora fauna, serangga, binatang dan segala jenis mak nenek kehidupan yang ada di dalam Hutan ini masih belum direkodkan,

Tapi ingat sekiranya korang suka datang ke tempat-tempat macam ni jangan sesuka hati nak buang sampah merata-rata terutama botol-botol air, Penat-penat hiking botol air dah kosong lepas tu sesuka hati campak botol air merata-rata dan membuat kerosakan di dalam hutan! Please always  respect the mother  nature gift ya kita ni hidup berkongsi :P

Untuk entry berikutnya sob akan bercerita mengenai Perkampungan Orang Asli dan Air Terjun yang terdapat di Hutan Belum Temengor ni! so tunggu ya jumpa lagi untuk entuk entry yang berikutnya ....insyaallah ada kelapangan dan masa sob sambung lagi :P

12 comments:

  1. GAJAH PUN TAHU KEPERLUAN TUBUHNYA DAN ALLAH MENYEDIAKANNYA DI ALAM HUTAN YG INDAH INI..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya.. itulah kekuasaan allah sentiasa adil kepada semua ciptaan nya..
      cuma kitalah kena pandai menghargainya :P

      Delete
  2. Replies
    1. your wc bro..
      bro penah lagi smpai sini?

      Delete
  3. pasti suatu pengalaman yang sangat bermakna buat Sobri dan rakan-rakan.

    ReplyDelete
  4. first time tengok jenuk atau sira gajah ni...

    ReplyDelete
  5. Subhanallah, begitu indah ciptaan Allah..haiwan dan manusia memerlukan garam mineral utk kelangsungan hidup...baru tau info ni..ingatkan gajah2 cuma makan tumbuh2an je...

    ReplyDelete
  6. betapa sebenarnya makhluk yg bernyawa mmg memerlukan garam ... subhanallah !

    ReplyDelete
  7. Hai En.Sobri.. lama tak singgah sini.. Ahakss.. Masih mengembara?
    ^_^

    ReplyDelete
  8. Assalamualaikum sobri, wahh bestnya masuk hutan. teringin, hehehe seram lak tengok tapak kaki paklong tu ~~~

    ReplyDelete
  9. Wow... nice sharing Sob, very informative. Baru tau pasal Jenuk ni, tampat gajah ambil garam... menarik betul ciptaan Allah Taala ni kan, setiap ciptaan semua ada peranan masing-masing, alam semulajadi ni banyak benda untuk manusia kaji :D

    ReplyDelete

Komen Anda Amat Dihargai
Terima Kasih Kerana sudi membaca