Penang Escape : Tempat Menarik Di Bandar Georgetown | sobriyaacob.com

Monday, June 29, 2015

Penang Escape : Tempat Menarik Di Bandar Georgetown

Assalamualaikum & Salam Ramadhan buat semua...

Dalam tak sedar alhamdulilah hampir seminggu lebih kita telah berpuasa, jadi apa cerita ramadhan korang? mesti menarik kan :P btw apa khabar korang semua? Diharapkan korang semua dalam keadaan sihat sejahtera dan sentiasa dipelihara yang maha esa tambahan sekarang kita di dalam semangat Ramadhan Kareem banyak dugaan dan cabaran jadi banyakkan bersabar dalam setiap dugaan yang mendatang  ya :P

Untuk entry kali ini adalah kesenambungan entry Penang Escape ( Part 1 ), untuk kali ini sob akan sharekan tempat-tempat yang menarik yang ada di sekitar Bandar Georgetown, tarikan yang ada yang boleh korang buat di Sekitar Bandar Georgetown.

Pengalaman 4H3D Bercuti Di Pulau Pinang I Penang Trip

6) Mural Art Street Di Sekitar Bandar Georgetown

Bila sebut je mengenai Georgetown, perkara pertama yang terlintas di kepala Sob ialah Art Street! ya lukisan-lukisan yang dilukis di sekitar bandar Georgetown.. salah satu sebab kenapa ramai berkunjung ke sini untuk melihat sendiri karya yang dihasilkan. Gabungan hasil seni jalanan yang dilukis di sekitar dinding-dinding bangunan lama dan arca-arca dihasilkan yang agak menarik menceritakan budaya penduduk setempat dalam unsur-unsur lawak kadang-kadang agak sinis! #membahan, tapi sekarang sob lihat banyak juga mural-mural baru yang dilukis konsepnya agak moden selari dengan trends semasa. Sangat menarik untuk dilawati. Tapi awas pastikan anda bukan seorang peminat seni - kalau tidak kawasan ini mungkin agak bosan bagi diri anda untuk berjalan.


Kebanyakkan plan yang sob dan Dook rancangkan untuk kurangkan sebanyak mungkin perbelanjaan kitaorang, jadi kebanyakkan list tempat yang hendak dilawati free of charge, sekiranya berbayar haruslah berbaloi dengan bakal kitaorang lawati. Untuk pengetahuan korang di sini juga banyak muzium yang boleh dilawati seperti Muzium camera, Penang 3D Trick Art MuseumMuziun Negeri Pulau Pinang.


Armanien Street antara lokasi yang banyak menempatkan Mural Art Street karya Ernest Zacharevic




7) Ronda-ronda menaiki basikal  di Sekitar Bandar Georgetown.

Antara alternatif lain bagi korang yang nak explore bandar Georgetown ialah dengan menaiki basikal ia lebih cepat dan tidak meletihkan berbanding berjalan. Kebanyakan kedai kat sini memang ada buat service sewa basikal untuk pelancong. Harga Sewa dalam Rm10.00 - 20.00 bergantung kepada jenis basikal. tempoh masa valid untuk satu hari, so korang boleh lanyak basikal tu sepuas-puasnya Selalunya bila sewa basikal akan diberi peta dan air mineral sebotol buat penghilang tenaga bila berbasikal ye? rasanya naik basikal lagi berpeluh dari jalan kaki :P Tapi kitaorang just jalan kaki pusing-pusing area sini sambil cari art street sebab senang nak ambil gambar bila jalan kaki ni, so berbasikal di sekitar bandar Georgetown antara pekara yang boleh korang cuba bila ke sini.

Dekat sekitar Armanien Street banyak juga kedai yang jual cenderahati.. poskad, keychain, t-shirt! 

 Art Street Penang

Misi  utama yang Sob and Dook ialah untuk mencari The Famous Art Street lukisan yang terdapat di sekitar jalan Ah Quee Street, Muntri Street, Penang Road & Armanien Street. Actually kitaorang berhajat nak cari semua lukisan Art street yang ada, hopely misi kami boleh tercapai!

Untuk info terdapat banyak Street Art yang dihasilkan, tetapi terdapat 8 mural yang wajib dilawati, semuanya berada dilokasi yang berbeza. Lukisan street art dihasilkan oleh pelukis antarabangsa dan pelukis tempatan, Antara artis yang menghasil karya mereka ialah Ernest Zacharevic, Louis Gan, Simon Tan, Oceu Apristawijaya dan ramai lagi! Setiap lukisan yang dihasilkan mempunyai maksud / masej yang berbeza yang hendak disampaikan oleh pelukis itu, jadi bergantung kepada kita bagaimana untuk mentaksir dengan cara yang tersendiri tiada betul tiada yang salah. Kebanyakkan lukisan yang dilukisan berkisar tentang budaya penduduk setempat. Korang boleh baca entry yang lebih detail sob tulis mengenai Art street ( di sini )


Antara mural comel  yang korang boleh jumpa di sekitar Armanian Street.


Dekat depan temple ni ada satu Art street yang korang boleh jumpa iaitu lukisan "Little Children on Bicycle"

Mural "Little Children on Bicycle"

semangat cintakan Malaysia sentiasa ada di hati ! Auummm!

"Boy on Bike" : lokasi Ah Quee Street 
Antara semua lukisan yang  jumpa, ini antara yang sob paling suka!


Si Minion banananana pun ada...

Minion si bermata satu pun ada!.. sekarang semua orang tengah pakat gila nak kumpul koleksi patung minion ni, tambah pulak tak lama lagi nak keluar Movie Minion, pakat beratur panjang kat MD le nak kumpul koleksi baru :P

Main conteng-conteng kat dinding pun nampak lawa :P


Jalan raya di sini yang sentiasa jem terutama di hujung minggu memang agak susah nak cari parking kereta, semak juga mata memandang "P

Kat sini juga banyak art street yang dibuat daripada Wires yang diletakkan di tepi-tepi bangunan, sob tak sure orang panggil apa ? mungkin wires Art!


Wires Art ni pulak bercerita tentang sejarah mula-mula wujudnya nasi kandar!


Balai bomba di Bandar Georgetown

8) Menikmati keindahan seni bina bangunan lama yang diiktiraf sebagai tapak Unesco

Kebanyakkan bangunan lama yang dijadikan pejabat, rumah kedai masih lagi mengekalkan sinibina lama means ada campuran senibina British, chines, india dan Malay yang menghasilkan senibina itu nampak klasik dan rare!. Bangunan-bangunan lama yang ada  yang masih dipelihara baik kerana lokasi ini diktiraf sebagai tapak UNESCO dan salah satu menjadi tarikan pelancong untuk datang ke sini.

Dook sangat suka jalan-jalan kat sini katanya tertarik dengan setiap detail yang terdapat di rumah -rumah kedai lama contohnya ukiran dan motif di pintu, ukiran kerawang di tingkap, design and warna bangunannya sangat unik dan menarik. Tapi sob paling tertarik dengan susun atur mozek di setiap bangunan lama nampak rare dan klasik giler, zaman sekarang mana boleh cari lagi corak-corak dan design mozek macam ni, kalau korang perasan ada berunsurkan mix  baba & nyonya.



Antara deretan bangunan lama yang sangat menarik perhatian sob, masih dijaga dengan baik btw kalau buat lokasi outdoor untuk wedding memang cantik :P


9) Seh Tek Tong Cheah Kongsi

waktu melawat: Isnin - Ahad ( 9.00 am -5.00 Pm )

Ini antara tempat yang sob memang berhajat lama nak masuk, terutama lepas tengok rancangan Destinasi Bajet diorang ada shoot mengenai Cheah Kongsi agak terpukau dengan hasil seni ukiran halus yang ada di dalam bangunan ini. Tapi sayangnya kami sampai agak lewat petang ke sini jadi tempat ini sudah ditutup dilawati. so kalau korang ke Penang Seh Tek Tong Cheah Kongsi antara lokasi yang korang boleh pikir-pikirkan untuk lawati.

Mural yang terdapat di luar bangunan, dekat mana-mana pun ada art street cuma mata je kena alert & rajin nak cari :P



Cheah Kongsi, view dari luar Masih dalam proses pengubahsuaian


10) Masjid Kapitan Keling

Antara lokasi yang wajib korang pergi bila dah sampai ke Georgetown lokasi berhampiran dengan kedai Nasi kandar Beratur.  Masjid Kapitan Kling yang terletak di Lebuh Pitt adalah masjid tertua di Pulau Pinang. Masjid kapitan keling juga antara landmark bagi pulau pinang, alang-alang sudah sampai ke sini jangan lupa untuk singgah solat di dalam Masjid ini ya :P

Pemandangan pada waktu senja di Masjid Kapitan Keling, Penang


Dari apa sob baca senibina masjid ini diadaptasikan  daripada senibina Moghul. Untuk bumbung masjid ini dibina berdasarkan reka bentuk piramid atau lebih menjurus kepada reka bentuk bumbung tempatan. Itu sebab Masjid ini kelihatan sangat indah dan cantik

Sejarah Masjid Kapitan Keling, nak baca korang just zoom gambar ni

Ini kawasan perjumpaan  abang long besar! jangan bikin durjana di ini kawasan.
Tertarik dengan lukisan besar naga dekat hadapan kedai :P

Dekat bawah, a few gambar yang sempat sob ambik dalam perjalanan hendak balik ke Hotel, ikut perancangan asal kitaorang first day sampai just nak look around jalan-jalan sekitar bandar Georgetown, esoknya baru nak menjejaki kesemua Art Street yang ada, tapi hari pertama pun dah jumpa a few art street tapi tak semua ye lukisan yang  fameous tu. kami jalan kaki dari Tune Hotel ke Kawasan art street nampak tak berapa gigihnya disitu. Kalau korang tanya sob jauh tak dari Jalan Burma nak sampai Ke Armanien Street boleh berpeluh gak dahi tu:P

"Reaching Up" : lokasi Cannon Street

Dalam perjalanan nak balik terjuma jumpa lagi satu art street yang tersorok-sorok di Cannon Street, hari pun sudah senja orang tua-tua kata tak baik senja-senja duk luar.. takut kena sorok dengan hantu masalahnya kat bandar pun ada hantu gak ke? kalau kena sorok dengan orang itu mungkin :P tu yang pakat kalut nak sampai hotel cepat.. ye

Kat bawah tu bukan gambar hotel kitaorang stay, tapi tempat ni lawa penuh dengan lampu, nampak macam baru lepas renovate tak sure sama ada ini muzium, galeri atau Hotel?


Dalam perjalanan nak balik Hotel, nampak tak komtar ? jauh lagi nak sampai Hotel :(

So far ini antara lokasi yang kami sempat jalan-jalan di sekitar Georgetown untuk hari pertama, tapi masih banyak tempat yang belum sampai seperti City Hall, Town Hall, Escpalane, Fort fornwallis, Clain Jetty. kawasan ini semua berdekatan dengan Padang Kota, so kami decided nak pergi esok pagi sekali harung untuk tawaf semua area ni.. Perut pun dah berbunyi semacam memangil-manggil nak pekena roti canai & teh tarik.. dalam perjalanan balik singgah dulu kedai mamak pi pekena roti canai dulu!

Pendapat Sob mengenai Bandar Georgetown sangat menarik untuk dilawati terutama kalau korang suka ambil gambar, ini antara port wajib korang kena sampai kerana banyak unexpected benda menarik korang boleh jumpa tanpa disangka!.. Cadangan kalau boleh gerak dari pagi untuk pusing-pusing barulah tak letih dan rasa terkejar-kejar and then boleh jalan relex-relex sambil hisap rokok. Satu hari dah boleh cover semua tempat tourist attractions yang ada. Cerita Penang Escape Trips masih panjang... jadi tunggu :P


ok bro, dah penat menaip tunggu sambungan berikutnya pulak bye :P

24 comments:

  1. salam ramadan sobri selamat berpuasa...melihat pic masjid di georgtown terasa tenang di hati kan...cantik

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam ramadhan sis.. alhamdulilah syukur :P

      Delete
  2. banyak tarikan baru di penang laa ni, mural art street dah jadi satu trending dalam industri pelancungan tempatan, salam Ramadan buat Sobri dari kak ana .

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam kak ana..
      yup art stre et skrg mcm phonemena kat malaysia..
      kat ma,aysia pun dah byak wujud2 tmpat2 mcm ni..

      Delete
  3. wow, guna wires untuk buat street art... smarttt~ :D
    nice photos as usual sob, selamat berpuasa ;3

    ReplyDelete
    Replies
    1. tq sis..
      as usual.. thanks a lot he.he.he...

      Delete
  4. sy dah pergi Armenian Street..siap naik basikal pusing..kawasan situ best..next time nak explore tempat lain pulak..Penang byk tempat best..hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. bestkan dpt expore sambil pusing2 kat georgetown..
      byak benda unik bleh jmpa...
      trutama art street :P

      Delete
  5. you're great photographer, So beautiful photo i love that ^^)

    ReplyDelete
    Replies
    1. thank bro..
      thnks a lot to be my travel patner!

      Delete
  6. Cantiknya tempat ni..
    gambar2 nya pun tip top....
    Kalau gi Penang...part yg akak paling suka adalah makan...huhu. Apa lagi kalau ada member org penang yg jadi pemandu pelancong....

    ReplyDelete
  7. ride basikal tu yg best . kaki pun tak penat . byk tempat blh pergi ...

    ReplyDelete
  8. Dah lama tak pergi penang.. Pergi dulu pun masa anak yang sulong kecil lagi..

    ReplyDelete
  9. aku suka tengok gambar... memang terbaik

    ReplyDelete
  10. last year CT sewa basikal kat armenian tu rm5 saja shari.. amboi makin mahal..
    kayuhla smpai ke fort cornwalis..
    tamo naik dah wakakka.. lenguh yang amat.. panas plak tu.. tak kira sunburn lagi..
    rela jalan kaki skitar armenian ke jetty then naik la kereta ke tempat lain pulak =p

    ReplyDelete
  11. salam aidilfitri maaf zahir batin bro ;p

    ReplyDelete
  12. Kagum betul tengok orang yang pandai melukis ni sebab diri ni takde langsung bakat seni....tangan keras kejung haha...

    ReplyDelete
  13. kreatif betul mural tu, nampak hidup jer...

    ReplyDelete
  14. memang suka pergi penang...byk tempt kita
    boleh melancong

    ReplyDelete
  15. sgt stuju. skg dah semakin byk attractions di Penang berbanding tahun sebelum. Kalau nak shopping pun best

    ReplyDelete

Komen Anda Amat Dihargai
Terima Kasih Kerana sudi membaca