Penang Trips - 4Day 3Night Penang Escape | www.sobriyaacob.com

google advertising

Thursday, June 4, 2015

Penang Trips - 4Day 3Night Penang Escape

Assalamualaikum & salam sejahtera Readers!


Pengalaman 4H3D Bercuti Di Pulau Pinang I Penang Trips


Trips kali ini ke Penang ibarat mengimbas kembali kenangan. Seperti yang korang sedia maklum Pulau Pinang antara destinasi yang menjadi pilihan untuk bercuti sama ada local or pelancong asing disebabkan tarikan yang pelbagai sperti Art Street, Batu Ferringhi, Teluk Bahang yang pasti menawarkan pengalaman yang unik dan makanan yang best! sepanjang Sob bercuti di sini, banyak tempat tarikan pelancongan  yang sudah banyak berubah, perkara yang masih tetap sama kekal di dalam ingatan ialah food kat penang still lagi the best! sebagai 'surga penggemar makanan local yang pelbagai' char kuey  teow, nasi kandar beratur.. murtabak kapitan.. perh... terbaik.


Trips Travel kali ni lebih kepada sob menjadi Tour Guide to Mr Dook - my friend from Thailand, sebenarnya  beliau antara yang selalu memberi komen di blog sob, Dook juga travel blogger banyak menulis mengenai tempat menarik di Thailand, kemudian kami mula membalas email bertukar pandangan terutama mengenai travel dan dia  banyak bertanya sob mengenai malaysia, from that moment we started planning travel together..

Sob masih ingat lagi first email sob balas email dok  "bro are u understand read my blog ? because im writing in Malay' membalas dengan penuh english broken, and then dia balas 'bro im understand because 1 can use google translate, Anyway I like to see pictures you take so nice' maka bermulalah kisah perancangan pengembaraan kami, and the sob tanya tempat mana yang kamu ingin datang ke Malaysia untuk bercuti.. and then dia reply Penang! dalam hati sob cantik.. sebab dari perak ke penang almost 1 hour setengah

Jadual waktu Operasi Kaunter Tiket kereta api.

Untuk  Trips Penang Escape, actually Dook lagi banyak merancang apa aktiviti yang kitorang nak buat sepanjang di Penang, sebagai orang Malaysia yang pernah tinggal dan belajar di Penang dengan riaknya kata 'dont worry bro i will planning everything, u just come here and relax! ' puih..  im totally wrong sebenarnya bila dah sampai sini, sob sendiri tak tahu nak tunjuk apa kat Dook, where should we start first.. thank good nasib baik dook dah buat persediaan print semua list-list tempat menarik dari internet yang kami boleh pergi, dari situ sob dah boleh start merancang supaya untuk percutian kali ini kami dapat memaksimakan untuk pergi semua tempat tarikan pelancongan yang ada di Penang. 


Tempat membeli tiket Ktm I Kaunter Tiket di tingkat 2

1 ) KTM Butterworth Railway Station

- Dari sini hendak ke Terminal Feri ke sebelah Pulau hanya mengambil masa 5 minit, bersebelahan dengan stesen bas Butterworth
- Maklumat lebih Lanjut layari www.ktmb.com.my

Seperti yang kitaorang planning Sob akan jumpa Dook disini, dimana dook menaiki kereta api dari Hatyai ke Butterworth-penang pukul 7.00am dan dijangka sampai pukul 2.00 pm. Actually sob agak excited juga nak jumpa Dook maklumlah sebelum ni just chat di Facebook & ini kali pertama juga sob pergi travel dengan orang yang kita tak berapa kenal, so great experience because i want to challenge myself banyak benda yang kita boleh belajar terutama kalau planning dengan orang yang kita kenal selalunya hujung-hujung date banyak masalah yang berlaku and then lastly cancel ! pengumuman lepas ni sekiranya korang ada trips travel yang best, jangan malu dan segan kalau tak de kawan nak ajak joint meh ajak abam Sob.. janji trips tu sempoi menarik dan paling penting save budget percutian.. kalau  yang mahal tak mampu teman nak ikut :P

Stesen Kereta Api Butterworth

Tepat dalam Pukul 2.30 train dari Hatyai ke Butterworth, dari jauh sob dah nampak kelibat dook dekat landasan sebelah, reaksi pertama sob nampak dia, angkat tangan lambai-lambai dengan confident itu dia padahal bukan main ramai lagi mamat siam turun dari kereta api, yes tekaan Sob betul itu dia.. nasib baik kalau tak terpaksa la sob merayau-rayau cari dook kat stesen ni.

Owh ya untuk trips kali ini sepanjang perjalanan kami menggunakan kereta, lebih cepat untuk bergerak ke suatu tempat, lagi pun jalan di Sini tidaklah terlalu sukar kecuali trafik jem as long waze on, everything will be ok! :P


Di Dalam Kapal yang membawa kami ke sebelah Pulau

2) Terminal Feri ke Pengkalan Weld

- Dikenali Terminal Feri Sultan Abdul Halim
- Harga Tiket Kenderaan kereta RM 7.00
- Motosikal RM 2.00
- Pejalan Kaki RM 1.40, bagi yang berjalan kaki make sure bawa duit siling yang secukupnya.


Dook mengambil gambar pemandangan Georgetown, the best way nak lihat Bandar Georgetown dengan menaiki feri - from here can take the best shoot georgetown view!

Actually sob memang sengaja ke Pulau dengan menaiki feri sebab pertama lebih dekat nak ke bandar Georgetown  - save time daripada lalu jambatan, and the dari sini kita boleh menikmati pemandangan Penang dari laut, sambil-sambil kena angin laut memang sempoi bak hang :P  Dook  juga minta photography sepanjang perjalanan ke pulau dapatlah ambil gambar view of penang and then orang cakap kalau p penang kalau tak naik feri rasa macam tak lengkap pulak kan ?

Kat bawah a few of picture sob sempat tangkap daripada dalam feri, Waktu dalam feri kitaorang banyak bersembang berkenaan trips ni.. biasalah baru jumpa.. sampai camera pun tolak tepi #excited la konon :P

Dari jauh Boleh nampak Penang Port I Disini dijalankan tempat pemindah barang untuk import dan export.  Kat sini banyak kontena disimpan & tempat pertama Sob kerja lepas Study :P

Itu dia Jambatan Pulau Pinang Yang Pertama -  perh dulu sanggup pergi ke Georgetown malam -malam dengan member naik motor semata-mata nak makan Nasi Kandar Beratur. Pendapat sob Nasi kandar Pokok Ketapang atau kami panggil nasi kandar ganja area Butterworth di hadapan bangunan Telekom  lagi sedap, sama juga kena beratur panjang..


Dari sini kita boleh lihat keseluruhan view Bandar Georgetown, see nampak tak bngunan yang paling tinggi tu komtar :P

Lepas kitaorang sampai ke Main Islands, first destinasi yang kami cari ialah Tune Hotel di jalan burma untuk check in dalam pukul 3. Untuk korang yang dapat travel secara budget sob recommended untuk korang stay kat sini , fasiliti bagus tapi make sure book awal baru boleh best price :P

Tune Hotel Downtown Penang


- lokasi :100, Jalan Burma, Georgetown, 10050 George Town, Penang, Malaysia
- Harga bilik mampu milik sesual dengan konsep nya Service 5 star bayaran 1 star

Review di Trips Advertiser pun kebanyakan komen ok, banyak komen positif, so berpada la dengan service yang di provided dengan harga kita bayar! #saya x memilih janji boleh tido. Komen Sob bilik bersih, tilam memang empuk memang sedap tidur paling penting tandas keadaan baik dan bersih. Yang kurang best ialah setiap kali masuk parking dikenakan 6 ringgit, kopak gak duit untuk save budget trips. lokasi Hotel ini juga berdekatan dengan tempat makan terutama di Nagoya Street and then di bawah hotel ada 7E so kalau tengah malam lapar memang senang ar nak cari Maggie.

Pemandangan daripada dalam bilik di Tingkat 7, rehat sebentar sebelum sesi memenatkan diri tawaf Georgetown dijalankan dalam misi menjejaki The famous-amos Art Street!

Selepas berehat sebentar, perut pun dah lapar so kami decided untuk pergi ke georgetown je untuk jalan-jalan melihat apa yang menarik disitu and then jalan-jalan untuk cari port yang best untuk mengisi perut yang berkeroncong, actually sob planning untuk bagi Dook cuba local food  tapi disebabkan dekat bandar Georgetown amatlah susah nak jumpa gerai melayu islam yang jual local food, gerai cina banyaklah disebabkan ragu-ragu akan status halal so kami just makan kat KFC area komtar. Walaupun dah naik muak makan kfc, tetap kena makan untuk cover balik tenaga yang bakal hilang dalam misi menjejaki Art Street & mural sekitar Bandar Georgetown.


Me & dook :P

Apa yang best dengan Dook ni, dia seorang yang sempoi, klakar.. event kadang sob tak berapa paham apa yang dia cakap.. at lease dia cuba gak nak berkomunikasi. Paling penting minat kitaorang sama, suka ambil gambar and sob boleh rumuskan tema trips kita orang kali ini photography and art ada persamaan antara kami yang buatkan trips kat Penang ni rasa sungguh sempoi!

Bangunan Komtar

Ada cerita best sikit berkenaan dengan Bangunan komtar ni, masa kitaorang macam tak ada arah tujuan.. lost sikit nak pergi lokasi art street, sebab daripada Tune Hotel berjalan lebih kurang 20 minit sebelum sampai ke lokasi kebanyakan mural dilukis kat bagunan-bangunan lama kat area Georgetown. Lepas kitaorang selesai makan kat Kfc, so Dook  ada la tanya kat seorang student amoi cina ni  'sorry miss, how i want to go art street at Georgetown? ' and then amoi tu boleh jawab, dia sendiri tak tahu jalan, so dia cakap boleh naik bas nak ke sana, so sob pun menyampuk lah berapa lama naik bas, and then dia balas dalam 20 minute, sob dah mula ar rasa pelik.. ikutnya kalau dah sampai komtar dah dekat dengan lokasi-lokasi art street tu.. sob tanya lagi 'are u locals?' dia cakap yes! arhh sudah.. orang local pun tak tahu jalan.. nasib baik ar ada autie yang menyapu sampah tu ada dengar kami tanya arah lepas tu dia ada bagi tahu cara nak sampai jalan mana kena lalu, jalan short cut sebenarnya tak jauh dalam 5 minit jalan kaki dah boleh sampai.

kat area Bandar Georgetown ni ada banyak juga kedai kopitam yang beroperasi, sob suka tengok design dia cantik tambah pulak kalau kopitiam tu bukak kat building lama.. look so old town &  classic i like :P

George Town World Heritage site

what makes me really like about this place because "
*It's like a town that's lost in between the past and the presen*

4) Bandar Georgetown  sebagai tapak warisan Dunia

Owh sekadar perkongsian maklumat Georgetown telah diisytiharkan sebagai tapak warisan dunia UNESCO pada 7 july 2008, jadi kita masih boleh melihat bangunan-bangunan bersejarah yang masih wujud dalam keadaan asal dan elok dikelilingi bangunan moden. Tak percaya bro.. boleh tengok gambar kat bawah, so make sure bila hampa ronda-ronda kat sini yang mana minat art tu.. ni memang tempat yang hampa wajib kena datang melawat.

The old style Chinese architecture, so beautiful right?  tengoklah dia punya detail, ukiran kayu dan cara susunan mozek. sungguh memikat mata yang melihat.

The old style Malay architecture, kalau korang perasan kebanyakan struktur bangunan di sini ada unsur campuran pembinaan campuran british, chinese and indian style.

I like this mural.. look awesome, star wars.. eh betul ke? ke predator vs alien :)

Kung fu Fighter


Pemandangan yang bernilai jutaan ringgit, i'm so glad can take this shoot :)

Ini sekadar entry mukadimah, entry yang berikutnya sob akan share dengan korang tarikan-tarikan yang ada di sekitar Georgetown apa yang best seperti Art Street yang ada di sekitar Sini, senibina bangunan lama, tempat makan dan lepak yang best  yang boleh korang lakukan bila datang kesini. Bagi Sob Georgetown sebuah bandar yang unik hasil daripada campuran pelbagai budaya, penuh dengan kejutan.. tak percaya cuba jalan-jalan di lorong-lorong bangunan lama di sekitar bandar  Georgetown.. sesuatu yang bernilai menanti korang :P

29 comments:

  1. Penang ni pada kak ana ada dua versi, yang moden dan yang heritage, kalau kak ana lebih berminat pada yang heritage, unik dan sangat cantik pemandangannya.Detail dah perkongsian Sobri :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. kak ana kita puntya minat sama ar..
      sob pun bih prefer versi heritage.. byak budaya..sejarah yg leh kita nampak.. he..he
      *It's like a town that's lost in between the past and the presen*

      Delete
  2. tk pernah pergi penang. tq utk info ni.. cecepat update tempat makan pulak. kalau pergi nanti tak tersilap pilih kedai nk makan rugi hehe dan terbaik dpt geng dengan minat yang sama.

    ReplyDelete
    Replies
    1. paling tak best kalau terpilih kedai mkaan yg
      totally out rasa food dia,..
      tapi harga mencekit he..he.. spoill mood nak bercuti tu :)

      Delete
  3. penang banyak tempat menarik yg patut dilawati...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya butan satu destinasi yg menawarkan pelbagai tarikan :P

      Delete
  4. Replies
    1. sokong industri plancongan negara :P

      Delete
  5. Replies
    1. thank..
      satu hari nanti kena dtg sini :P

      Delete
  6. Lama dah tak jenjalan Penang. Teringin pulak nak makan pesemboq :)

    ReplyDelete
  7. penang... suka pi padang kota bila ada bon odori festival kat situ... hehehe ;3

    tu mural watak Darth Vader dalam cerita Star Wars la sob... famous tu watak tu, saja lettew buat2 tak tau kan sob... hehe ;3

    ReplyDelete
  8. Georgetown heritage trail memang menarik..suka tengok bangunan2 lama diberi nafas baru..

    sebab dah lama x naik feri, sesaja je menyeberang, kemudian patah balik...pelancong je yg berdiri kat bhg depan feri..hehe..

    ReplyDelete
  9. sis dah pernah naik ferri tu . thn berapa pi sana pun dah x ingat . masa tu blm ada blog lagi . hpone ada camera pun masih mahal ... jadinya gambo nan hado ...

    ReplyDelete
  10. I've got great experience there, So thank you very much :)
    I love Penang and Hope to be there again.^^)b

    ReplyDelete
  11. bestnyaaaa dapat kawan oversea =D lagi best sebab dapat tunjuk ngara kita kat dia..
    hope Dook enjoyed the trip.. hehehe..

    ps : CT yg duduk penang dekat 23 tahun pun still x hafal jalan.. lalalalala..

    ReplyDelete
  12. Salam perkenalan dari follower ke 1050 :)

    Best gi penang sebab makanan sedap2 hehe :D

    ReplyDelete
  13. melaka & penang..2 tempat ni memang fav saya..sbb bagunan dia..:)

    ReplyDelete
  14. Rindunya dengan Penang..last visit masa belajar tahun 2002 huhu...masa tu jelajah la jgk tp xsemua la almaklum budget pelajar matrikulasi kan..

    ReplyDelete
  15. Sob ..selamat hari raya ya dari Blog Pesona Etuza..kita kawan maya ya..tak ada followers kat sini..humm ! hebatnya panorama di PP..teruja nak datang sana..lawa2 Pic

    ReplyDelete
  16. memang hebat dekat PP..so nak save dua pic ya..ikhlas ya

    ReplyDelete
  17. sob.. kalau dr terminal nk ke tune hotel naik bus rapid ok ke? lg sng nk tgu kat area mana..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada bas rapid lalu..tapi saya x pasti apa no dia....tunggu ke stesen bas kat bawah komtar..tnya org ckp nak ke tune hotel.. jalan burma :)

      Delete
  18. Nak tanya.. kalau travel ke penang tu habis berapa ratus for 4days 3nights

    ReplyDelete
    Replies
    1. anggaran dalam 4 ratus..skali transport dg tempat tinggal

      Delete
  19. 5/4 ni nak saya dengan kewan2 mau p penang..kira 1st tima la takut pun ada haha...antara guess house dekat georgtown dengan tune hotel tu mana lagi save bruh?

    ReplyDelete
  20. Sebenarnya penang ni banyak expose tempat pelancongan kat area town(georgetown).area bayan lepas,teluk kumbar,balik pulau banyak tempat makan melayu.tak jauh pon dari town kalau nak try.

    ReplyDelete

Komen Anda Amat Dihargai
Terima Kasih Kerana sudi membaca