Penang Escape - Explorasi Keunikan Taman Negara Pulau Pinang | www.sobriyaacob.com

Thursday, August 13, 2015

Penang Escape - Explorasi Keunikan Taman Negara Pulau Pinang

Assalamualaikum & salam sejahtera semua..

Apa khabar? hopely korang dalam keadaan ceria & sentiasa bersemangat untuk meneruskan kehidupan! Jadi apa berita terhangat di Malaysia buat masa sekarang selain daripada isu #menderma oh ya duit Malaysia sudah jatuh nilai  1 USD = RM 4.00, jadi buat kaki-kaki travel yang suka pergi ke oversea bertabahlah bro! senyum jelah #SyukurEkonomiMalaysiaMasihKukuh. Jadi marilah kita semua beramai-ramai ber cuti-cuti di dalam Malaysia :P

Pulau Pinang memang sangat dikenali sebagai lokasi percutian yang menawarkan pelbagai tarikan bandar yang pesat membangun, syurga makanan buat pencinta makanan dan lokasi percutian yang menjanjikan keindahan alam semulajadi yang mengagumkan.Tak lengkap sekiranya sampai ke Penang tidak mengunjungi ke Taman Negara Pulau Pinang yang terletak di Teluk Bahang. Secara Peribadi Penang National Park is my favorite location in Penang!

Taman Negara Pulau Pinang  I Penang National Park

12)  Taman Negara Pulau Pinang

Untuk hari 3 di Penang, sob dan dook merancang hendak ke area Teluk Bahang, perjalanan dari Bandar Georgetown ke Teluk Bahang lebih kurang selama 45 minit, antara lokasi yang menarik ada di sana ialah Toy Muzium, Taman Rempah Tropika, Taman Botani, escape & Pantai Batu Ferringhi yang boleh korang kunjungi.

Sebelum ini sob adalah pernah sampai ke Teluk Bahang untuk menyiapkan final project, tapi tidak berkesempatan lagi untuk hiking di dalam Penang National Park sekadar jalan-jalan & lepak-lepak di tepi pantai ketika zaman belajar dahulu, jadi untuk trips kali ini ke penang sob memang merancang untuk hiking di dalam hutan ini, nak explore sendiri khazanah-khazanah flora dan fauna yang terdapat di dalam Taman negara & tujuaan utama kami ke sini adalah hendak melawat pusat conservation Penyu Pantai Kerachut, teringin giler nak tengok baby-baby penyu yang comel-comel yang ada di pusat conservation. Mula-mula sob sendiri tak percaya bila orang kata yang dekat penang ni ada  tempat penyu datang bertelur! jadi korang kena datang sendiri.


Tidak silap sob di sini terdapat dua jalan, yang pertama menuju  Teluk Duyung & Mukah head yang kedua pula  ke arah Pantai Kerachut. Jarak dari pintu masuk hendak menuju ke  Pantai Kerachut di situ terdapat Tasik Meromiktik  & Pusat Konservasi Penyu anggaran sejauh 3405 meter. Tempoh masa untuk sampai adalah  1 jam 20 minit tapi bergantung kepada cuaca dan tahap stamina korang. Tempoh masa yang diambil oleh sob dan dook lebih kurang 1 jam 40 minit untuk sampai ke Pantai Kerachut.

Sebelum korang masuk ke Taman Negara Pulau Pinang, pastikan dahulu daftar nama kepada renjer hutan ini bertujuan untuk rekod sekiranya ada emergency kes berlaku dan tiada bayaran dikenakan.

Keadaan jalan trecking disni dalam keadaan baik, disetengah laluan disediakan tangga untuk menurun bukit curam & jambatan  untuk melintas anak sungai

Antara flora dan fauna yang boleh korang temui di dalam Taman Negara Pulau Pinang. Dianggarkan terdapat sebanyak 417 species flora manakala 143 species fauna yang mendiami hutan simpan ini

Orkestra Hutan

Lebih kurang 20 minit perjalanan  korang akan sampai satu kawasan yang dikenali sebagai orkestra Hutan. Yang best mengenai tempat ni korang akan dengar bunyi-bunyi unggas  seperti katak, cengkerik, burung yang membentu satu bunyi alam yang sedap didengar! kalau sob rekod bunyi tu memang letak kat dalam blog, yang bestnya sepanjang jalan menuju ke pantai kerachut memang korang tak akan dengar bunyi-bunyian ungas sekuat di tempat ni, ini antara lokasi hot sport nak layan bunyi-bunyian alam. Jadi bila dah sampai kat sini please close your eye and enjoy the sounds of nature gittuw!

Bukit Belah

Perjalanan trekking seterusnya, korang akan menjumpai satu tempat yang dikenali sebagai Bukit Belah, kenapa tempat digelar sebagai Bukit Belah, ceritanya begini ye adik-adik pada zaman dahulu terdapat bukit setinggi 5 meter 'dibelah'  menggunakan cangkul oleh 7 orang lelaki  penduduk temppatan dalam tempoh masa 10 hari saja. sebagai laluan jalan untuk kerbau menarik kayu yang ditebang untuk dibawa ke bawah. Jadi apa kesimpulan cerita ini orang dahulu memang gagah perkasa kalau tak mana mungkin anak sampai 10 orang dong, minum tongkat ali kah? :P



Sedikit informasi yang agak menarik sob nak share mengenai Taman Negara Pulau Pinang

  • Merupakan taman negara paling kecil di negara ini dengan keluasan seluas 2,562 hektar. Ia diwartakan pada tahun 2003 dan merupakan rumah bagi 46 spesis burung seperti burung raja udang, uwak-uwak dan bangau.
  • Taman Negara Pulau Pinang terletak dipinggir Timur Laut Pulau Pinang dengan berdepankan Selat Melaka. Sekiranya dari Kuala Lumpur ianya sejauh lebihkurang 400km dan hanya 30km (45 minit) dari Bandar Georgetown. Pulau Pinang. 
  • Taman Negara ini bersempadankan dengan kawasan metropolitan dengan keluasan 1,213 hektar meliputi hutan pantai dan bukit malahan kaya dengan flora dan fauna. Hutan ini dahulunya dilindungi dengan nama Hutan Simpan Pantai Acheh dan dibezakan dengan 5 habitat yang berlainan berbanding dengan kawasan perlindungan di tempat lain seperti tasik meromiktik, tanah lembap, pelantar lumpur, batu karang dan pantai penyu bertelur. 
  • Terletak di sebelah pesisiran pantai Pulau Pinang. Taman ini mempunyai keluasan sebanyak 1, 266 hektar meliputi dipterokarpa, tanah tinggi, paya bakau, pantai dan juga pesisiran pantai berbatu. Keluasannya adalah yang kedua terbesar selepas Taman Negara. 
  • Ekspedisi pada tahun 2000 yang dikendalikan oleh Persatuan Alam Semula Jadi Malaysia merekodkan terdapat sebanyak 417 spesis flora manakala 143 spesis fauna. Sebelum kawasan ini dijadikan taman negara, penduduk tempatan mengenalinya sebagai Hutan Simpan Pantai Acheh.
  • Pantai Kerachut juga merupakan tempat bertelur bagi penyu hijau dari bulan April hingga Ogos, dan penyu karah pula dari bulan September hingga Februari. 


Rehat sebentar melepaskan lelah, yang best jalan tracking dekat sini dalam keadaan baik, so kalau korang pakai selipar jamban pun boleh bro! Digalakkan pakai kasut bersarung yang sesuai untuk mengurangkan rasa beban ketika berjalan.

 Explorasi Keunikan Taman Negara  pulau Pinang

Sebelum ini sob pernah masuk ke Hutan Belum yang terletak di Gerik, Perak ( boleh rujuk entry di sini ) terdapat perbezaan antaranya permukaan Hutan, suhu di dalam hutan dan flora dan fauna yang tumbuh. Disebabkan lokasi Taman Negara Pulau Pinang Di tepi laut jadi memberi satu panorama hutan yang berbeza daripada hutan-hutan yang sob penah masuk dahulu, awesome experience.. dapat merasai pengalaman yang baru


Akhirnya 1 jam 40 minit perjalanan kami, akhirnya sampai juga ke Pantai Kerachut, sampai sahaja ke pantai ini korang akan nampak Tasik Meromiktik, antara tarikan utama ada di sini kerana di Malaysia di Taman negara ini sahaja terdapat Tasik Meromiktik. 

Apa itu Tasik Meromiktik ?

Meromiktik adalah bermaksud fenomena bermusim yang berlaku apabila beting pasir terbentuk di tepi pantai akibat tindakan angin dan ombak. Beting pasir ini akan menghalang pergerakan air laut yang masuk ke dalam tasik (dibawa oleh ombak dan angin) hingga membentuk lagun bermusim.Kiranya lepas terbentuknya beting pasir di tepi pantai tadi, air laut yang masuk ke tasik tadi dah tak boleh keluar ke laut balik. Air laut dan air tasik mempunyai suhu dan ketumpatan berbeza. Air laut yang lebih berat akan berada di lapisan bawah manakala air tasik akan berada di bahagian atas. Dalam tasik ni ada 2 jenis air dan dua air tu tak bercampur antara satu sama lain. Kalau kita dalam tasik tu kita akan dapat rasa di bahagian bawah panas dan bahagian atas sejuk.

Tasik Meromiktik


Inilah rupa Tasik Meromiktik, waktu kami datang tasik ini agak cetek boleh nampak daratan kat tengah-tengah tasik Phenomena Tasik Meromiktik ni berlaku cuma pada perubahan musim monsun Timur Laut pada November - Mac dan angin monsun Barat Daya pada Mei - September.


Yang best kat Pantai Kerachut ni, Pantai bersih dan pasir putih mata memandang, memang best nak lepak-lepak sambil kena angin laut, view pun sempoi.



Pantai Kerachut antara pantai-pantai yang masih terjaga elok, bersih dan bebas daripada pencemaran! tapi  kenapa bila  sebut tempat ni sob ingat lokasi pesta bogel ya? nasib baik masa sob masuk tak jumpa mana-mana group tengah buat pesta bogel :P


Lepas puas lepak-lepak di Pantai kerachut, hilangkan lelah penat hiking jom kita tengok kemudahan-kemudahan yang ada di sini.So far kemudahan seperti pusat kawalan, tandas, tempat solat, disediakan tempat berkhemah dan pondok untuk melakukan aktiviti riadah! Semuanya dalam keadaan baik.


yang best mengenai Pantai Kerahcuk ini memang tak jumpa langsung sampah dibuang merata-rata! good job kalian semua!

Pusat Konservasi dan penerangan Penyu Pantai Kerachut

Pusat ini terletak di Pantai Kerachut, berhampiran Jeti. Tujuan Pusat ini ditubuhkan untuk sebagai satu fungsi pusat ini juga adalah untuk mendekatkan masyarakat dengan penyu dengan pelbagai aktiviti yang boleh dirangka seperti program sukarelawan penyu, penyelidikan dan kajian serta yang paling menarik aktiviti penetasan dan pelepasan anak penyu. Jadi sekiranya anda datang pada waktu dan musim yang betul korang boleh lihat sendiri penyu bertelur di sekitar pantai. menarik bukan!


Banyak informasi mengenai habitat penyu boleh korang baca, dari cara penyu mengawan, bertelur, menetas, sehinggalah penyu datang balik ke tempat habitat asal untuk bertelur kembali. Ini antara fakta yang menarik mengenai penyu yang sob ingat untuk mendapat telur penyu yang betul-betul berkualiti penyu betina perlu mengawan dengan empat penyu jantan yang berbeza untuk menghasilkan telur yang paling berkualiti! menarik bukan. Bukan semua penyu yang dilepaskan di laut akan hidup nisbah 1000 anak penyu yang dilepaskan mungkin hanya 2, 3 yang mampu bertahan hidup sampai dewasa


Inilah anak-anak penyu yang ada di Pusat Konservasi, comel-comel bukan ? memang sangat berbaloi untuk hiking semata-mata untuk melihat anak penyu, satu perasaan yang sangat  mengujakan bila dapat lihat dan pegang nak anak penyu secara live! Tapi kalau dapat tengok penyu bertelur depan mata secara live rasanya mau terlompat-lompat excited.


Mengikut rekod daripada 15 hingga 20 ekor penyu agar mendarat di negeri ini ketika musim mengawan dan yang membanggakan hanya tiga hingga empat ekor merupakan ibu penyu lama iaitu yang pernah mendarat sebelum ini, purata penyu bertelur 100 -120 biji. Jadi sekiranya korang melakukan aktiviti camping di pantai ini amatlah tidak digalakkan untuk berjalan merata-rata atau membuat bising kerana ini akan mengganggu penyu-penyu ini untuk bertelur.

Entry mengenai Taman Negara Pulau Pinang, masih ada sambungan part 2, untuk entry berikutnya sob akan share pengalaman sob di Monkey Beach apa yang menarik ada di pantai itu yang boleh korang buat.  Owh ya bagi korang yang terlepas entry terdahulu penang escape Part 1 & 2 boleh klik( link ini ) Bagi korang yang tertanya-tanya bagaimana cara untuk datang ke sini boleh guna cara di bawah.

Panduan Perjalanan ke Taman Negara Pulau Pinang

Terdapat dua pintu masuk ke taman ini, satu di Kuala Sungai Pinang dengan menaiki bot atau satu lagi di Teluk Bahang, yang mudah dituju dengan menaiki kereta. Tidak sampai 45 minit perjalanan menaiki kereta untuk ke Taman Negara Pulau Pinang dari ibu negeri, George Town. Perjalanan ke sini melewati persekitaran bandar dan kampung di sepanjang jalan pesisir pantai bandar Tanjung Tokong, Tanjung Bungah, Batu Ferringhi dan Teluk Bahang. Pintu masuk pertama ke taman ini berada di Teluk Bahang, atau anda boleh menaiki bot dari Kampung Kuala Sungai Pinang. Denai melalui taman dibuat dengan baik dengan papan tanda yang memudahkan.

Sebarang pertanyaan sila hubungi

Department of Wildlife and National Parks Penang
Telefon: +604-881 3530/881 2016/261 3039

23 comments:

  1. salam jumaat cantik sungguh taman negara negeri pulau pinang ni dgn lokasinya berdekatan dgn laut...nama pun pulau tentulah di kelilingi laut.

    ReplyDelete
    Replies
    1. wasalam sis..
      .. ya antara taman ngara yg terkecil.. di malaysia
      unik skali. lokasi yang snang nak sampai.....
      pantai2 yg bersih dan belum dicemari :P

      Delete
  2. heheh saya dah lama x p...org penang pun ada yang x penah sampai sini...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ha..ha.. itulah bro
      samalah bro.. ..nanti ramai2 pakat mai kat sini :P
      hiking hujung minggu

      Delete
  3. P.penang pun ada taman negeri sendiri. Cantik kalau tengok gambar tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup.. cantik..
      setiap tempat kat taman ngara tu
      ada keunikan yg tersendiri,.. best..
      klau nak hiking hujung minggu...

      Delete
  4. Best tu..ada orkestra hutan. Sesuatu yang unik.
    Tasik dan pantai kat situ pun cantik..

    ReplyDelete
  5. That's amazing trips. I wanna be there again soon. :)

    ReplyDelete
  6. Ok, next time sis pi Penang nanti, nak pi tengok dan dengar orchestra hutan sekali :p

    ReplyDelete
  7. taksangka pula p.penang ada taman negara tersendiri..

    ReplyDelete
  8. Subhanallah...indahnya alam ciptaan tuha n

    ReplyDelete
  9. subahanallah..ni di PP pula ya..cantiknya..WE LOVE MALAYSIA..

    ReplyDelete
  10. mcm2 ada penang ni.. thanks utk info.

    ReplyDelete
  11. cantiknya tempat . rindu nak dengar bunyi unggas hutan ...

    ReplyDelete
  12. 15 thn lepas inilah tempat ulang alik..selama dua bulan dok di Muka Head..tak sangka la ni dah ada pusat konservasi penyu..agaknya tu sbb penyu dah mula bertelur di sana

    ReplyDelete
  13. part ni ceq nak sorok muka sket hehe.. orang Penang tp x penah sampai sni =P

    ReplyDelete
  14. assalamualaikum. brpa minit ambik masa utk smpai kerantut beach dan monkey beach dr teluk bahang? tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. jalan kaki lebih kurang 30 minit..naik bos dlam 1o mnit dah boleh sampai...

      Delete
  15. Terbaik geng !

    Pencarian Taman negara Pulau Pinang membawa abang ke sini. Huhu

    ReplyDelete

Komen Anda Amat Dihargai
Terima Kasih Kerana sudi membaca