Penang Escape - Kek Lok Si, The Temple Of Supreme Bliss | sobriyaacob.com

Thursday, August 6, 2015

Penang Escape - Kek Lok Si, The Temple Of Supreme Bliss

Assalamualaikum & salam sejahtera..

Hai semua, nampaknya masih tidak terlambat untuk sob mengucapkan Selamat Hari Raya Aldilfitri kepada seluruh muslim di dunia, al maklumlah kita masih  lagi di dalam Mood Syawal, jadi macam mana raya korang tahun ni? wah bukan main meriah habis lagi raya korang tahun ni, meriah dengan pelbagai #hashtag kat media sosial, ada yang sampai sekarang cerita raya pun tah habis-habis publish lagi! alhamdulilah syukur semoga Hari Raya Aidilfitri tahun ini, semakin mengeratkan dan merapatkan silaturahim yang terjalin antara kita semua.

Entry ini adalah sambungan Penang Trips, destinasi yang seterusnya yang Sob nak share dengan korang semua ialah Kek Lok Si Temple Juga dikenali sebagai Tokong Supreme Bliss, Kek Lok Si merupakan tokong Buddha terbesar di Asia Tenggara. Sekiranya korang berkunjung ke area Bukit Bendera Kek lok Si Temple antara lokasi tourist attractions yang boleh korang lawati lebih kurang 10 minit dari bukit bendera terletak di Bukit Itam, Penang. 

Kek Lok Si Temple

11) Kek Lok Si Temple

Kek Lok Si Temple, mesti korang tertanya-tanya apa yang boleh korang buat sekiranya berkunjung di Temple ni, if u are muslim.. mesti korang cakap temple, so aku nak buat di situ? antara list-list lokasi terakhir yang korang nak kunjungi :P if u guys ask me about this places, suatu tempat yang boleh korang mempelajari & melihat budaya baru dikelilingi oleh senibina kuno yang hebat, temple ini menjanjikan panorama yang hebat terutama korang pencinta seni photograpy! trust me bro.. cuba tembak gambar kat sini sumpah tak menyesal, bayangkan dikelilingi Architecture bagunan lama yang berusia puluhan tahun memberi satu definasi pengalaman yang berbeza ! - perhh dah macam ayat majalah aku tulis :P

Dari Pintu masuk sudah boleh nampak pagoda yang turut dikenali sebagai Pagoda Rama VI 

Deretan kedai di laluan pejalan kaki untuk sampai ke Temple

What is the means of this, guys please explain to me :)

Terdapat 2 cara untuk sampai ke Temple ini sama ada boleh drive terus sampai ke atas atau berjalan kaki melalui lorong laluan pejalan kaki dari parking kereta bawah. sepanjang perjalanan untuk sampai ke pintu masuk kuil ada banyak gerai yang menjual barangan cenderahati, barangan sembayang, cafe di tepi-tepi lorong pejalan kaki. Tempoh masa lebih kurang 15 minit untuk sampai ke pintu masuk kuil. Pada waktu sob naik cuaca agak panas memang berpeluh badan juga untuk sampai ke kuil.


Pemandangan kuil dari Pintu masuk, agak wow!! dengan lanskap pokok-pokok yang tersusun kemas yang di tanam di kawasan temple. Kawasan temple ini dibahagikan kepada beberapa bahagian antaranya dewan sembahyang, pagoda, menara loceng dan kolam kura-kura, kolam ikan & kedai cenderahati.

Di bahagian ini ditempatkan pula beribu patung Budha.


Architecture bangunan kuno,  seperti berada di set movie kungfu! acah-acah berlakon dengan Jackie Chan & Bruce Lee.

Di belakang Sob itu adalah Pagoda Rama VI (Pagoda 10,000 Buddha) setinggi tujuh tingkat 

Untuk masuk ke Pagoda ini anda dikenakan bayaran sebanyak RM2.00 Pagoda ini setinggi 7 tingkat & di puncak pagoda ini boleh melihat pemandangan Penang. Pagoda Sepuluh Ribu Buddha yang berusia sekitar 79 tahun ini berwarna kuning ini memiliki tujuh tingkat dan senibina dipengaruhi oleh senibina China, Thailand dan Burma.


Pemandangan di dalam Pagoda. Apa yang ada di dalam pagoda ini adalah kisah-kisah budha, lukisan dan patung-patung buddha.

Dari sini di tingkat atas sekali  kita boleh melihat view keseluruhan Temple dan kawasan sekeliling Air Itam.


Sedikit perkongsian mengenai  Kek Lok Si Temple :

Pembinaan tokong ini bermula pada tahun 1893, diinspirasikan oleh ketua sami Tokong Dewi Kuan Yin di Jalan Pitt. Maharaja Guangxu Manchu telah meluluskan projek itu, menganugerahkan satu tablet dan menghadiahkan 70,000 naskah Edisi Imperial Sutra Buddha. Pemerintah China yang lain, seperti Maharaja Kuang Xi dan Maharani Cixi Dinasti Ching, telah cukup kagum dengan tokong ini dan telah menganugerahkan banyak hadiah kepada tokong ini.

Masa terbaik untuk melawat Kek Lok Si adalah semasa Perayaan Tahun Baru Cina, apabila tokong ini dihiasi dengan beratus-ratus tanglung yang cantik. Namun, pada masa lain, banyak yang boleh dilihat di sini, dengan dewan sembahyang, pagoda, menara loceng dan kolam kura-kura yang cantik. - sumber -

Menaiki Lif untuk ke atas, dikenakan bayaran RM6.00, naik dan turun

Di bahagian atas komplek kuil ditempatkan Patung Buddha yang bersaiz gergasi yang dikenali sebagai Patung Dewi Kwan Im, ketinggian patung ini dianggarkan  30 Meter!



Berehat dahulu, melepaskan penat di pondok rehat dikelilingi oleh kolam ikan koi. Di bahagian atas komplek agak panas kerana kerana open space kerana tidak banyak kawasan berbumbung berbanding di bawah, so korang boleh bayangkan waktu tengah hari di area sini memang terasa bahang. Di bahagian cuma ada a few Temple dan patung buddha bersaiz gergasi.

Bagaimana untuk sampai ke sini :

Laluan Darat/Bas: Bergantung kepada dari mana anda datang, anda boleh menaiki Bas Rapid Penang 201, 203, 204, 206, 306 atau U502. Anda akan dapat melihat patung Kuan Yin dari jauh. Berhenti di hentian bas di Jalan Pasar, di kaki bukit tokong itu. Dari sana, ikut tanda yang membawa anda ke tokong.


Entry mengenai Penang Trips masih panjang. jadi nantikan sambungan
entry yang berikutnya! ok bro log out dulu.. bye :P

15 comments:

  1. Salam, akan explore Penang weekend ni dan dah masukkan pun Kek Lok Si temple dalam list. Hopefully ada masa untuk explore sebab seperti yang diperkatakan, ia bakal menjanjikan panorama yang cantik dekat sini. Hahah. Thanks for sharing Sob!

    Regards,
    Pojiegraphy

    ReplyDelete
    Replies
    1. wasalam bro..

      semoga semuanya berjalan lancar n have fun bro..
      ha,,ha..ha. insaallah semoga dpt la shoot pic nak tangkap tu..
      your wc bro.. thanks for reading pojie :)

      Delete
  2. assalam sobri...terpesona dgn view yg dipaparkan cantik sekali...rasanya dh pernah sampai sini...

    ReplyDelete
    Replies
    1. wasalam sis..
      nampknya saya lah yg lambat sampai sini ya :)

      Delete
  3. Selamat Hari Raya Sob...akak pernah pergi ke sini masa darjah 6 dulu..sekarang dah ada lif, ok lah kan, tapi kena bayor lah pulak...huhu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. selamat hari raya juga sis..
      mak aiii.. lama dah tu.. agaknya tahun bila la tu,,
      skrg rasanya smkin byak perubahan.. semkin besat temple ni..
      siap ada lif lagi :)

      Delete
  4. raya ritu gi penang tapi da malam semua pun da tutup nasib ada transfomer hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. alamak salah waktu la plak..
      ha..ha..ha.. semua org balik cuti raya kott kat peneng tu..
      owh saya pun x pnah sampai lg kat transfomer tu..
      mesti best kan?

      Delete
    2. itulah 1st time jejak ke penang tp salah time pulak. tk nampak satu pun tempat yg ada lam blog ni grr nak cari art street pun tak tau kat mana... terus pandang penang cam shop2 lot kat KL je..grr

      Delete
  5. kek lok si ni kalau pi time hari cap goh mei, memang meriah... member2 yang melayu pun suka pi tengok, sbb cantik malam tu dengan lampu2 n tanglung..

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah bro..
      klaau diberikan pluang
      teringin jugak nak pergi waktu CNY
      mesti cantik dan warna warni kat temple ni :)

      Delete
  6. salam bro, wak pon penah smpi tokong ni tapi xlah masuk dalam., ;p

    ReplyDelete
  7. Salam. Akak dah lama tak pegi Penang.. :(.
    Cantik gambar-gambar yang Sobri ambik.

    ReplyDelete

Komen Anda Amat Dihargai
Terima Kasih Kerana sudi membaca