Penang Escape - Tarikan Di Monkey Beach & Batu Ferringhi Night Market | www.sobriyaacob.com

Monday, August 24, 2015

Penang Escape - Tarikan Di Monkey Beach & Batu Ferringhi Night Market

Assalamualaikum & salam sejahtera

Monkey Beach ? apa yang menarik mengenai "Pantai Monyet" yang terletak di dalam kawasan Taman Negara Pulau Pinang. Apa yang boleh sob katakan Monkey Beach antara Pantai-Pantai yang masih bersih yang menawarkan pemandangan yang memukau! seindah mata memandang. Monkey Beach antara salah satu Pantai yang paling popular dikunjungi oleh pelancong  yang terletak di  kawasan Teluk Bahang, Penang

Pengembaraan kami bermula di Taman Negara Pulau Pinang ( klik sini ) Tracking daripada Pintu Masuk Taman Negara  Menuju ke Pantai Kerachut sejauh 3405M, melihat keunikan Tasik Meromiktik & Pusat Konservasi Penyu seterusnya menaiki bot menuju ke Monkey Beach

Monkey Beach I Penang National Park

Jeti di Pantai Kerachut

Perancangan utama kami ialah untuk tracking menuju ke Pantai Kerachut sejauh 3405 Meter & seterusnya menuju ke Monkey Beach seterusnya kembali semula ke Pintu Masuk Taman Negara Penang dengan menaiki Bot yang telah disewa terlebih dahulu, dengan cash dikenakan sebanyak Rm80.00 kongsikan dengan beberapa orang Pelancong.

Ketika kami sampai ke Pantai Kerachut jam menunjukkan lebih kurang pukul 12.00 Pm, cuaca pada hari itu agak panas di sini selepas ke Pusat Konservasi Penyu Pantai Kerachut melihat anak-anak penyu yang super duper comel kami berehat sebentar di jeti yang terdapat di sini sambil menunggu boat datang mengambil kami dalam pukul 2.00 Pm.

Menaiki boat menuju ke Pantai Monyet, anggaran perjalanan  lebih kurang 15 minit dari Pantai Kerachut


Dalam perjalanan ke Monkey Beach atau juga dikenali sebagai Teluk Duyung, korang akan nampak batu-batu yang membentuk bentuk seperti penyu dan buaya. Gambar di atas adalah batu yang seperti Buaya kalau korang perasan le.


Monkey Beach @ Teluk Duyung

Monkey Beach sampai juga sob disini, yeaaahh akhirnya jumpa juga pantai yang cantik di area Penang, air laut yang menghijau pasir yang memutih serta persekitaran pantai yang dikelilingi oleh hutan semulajadi.... im feel so relax here! Tambah pulak selepas penat tracking menuju ke Pantai Kerachut this perfect places for relax and recharge energy!  sambil tenangkan fikiran dan waktu kitorang sampai tak berapa ramai pengunjung yang ada di sini. memang best tak perlu ber sesak-sesak.



Kalau korang tanya sob apa aktiviti yang best boleh buat di Monkey Beach ? di area Pantai Kerachut korang tidak dibenarkan untuk mandi laut disebabkan keadaan ombak laut yang agak kuat jadi di sini antara lokasi yang dibenarkan untuk mandi laut. Antara aktiviti yang korang boleh lakukan ialah menaiki Banana speed, Menunggang kuda,  menunggang Atv atau lepak-lepak di gerai-gerai sekitar pantai sambil menikmati air kelapa fresh. Bagi yang suka outdoor aktiviti korang mungkin boleh camping disini.

Really enjoy this place! mandi laut, relex, berjemur sampai hitam, perfect holiday :P

Aktiviti menunggang kuda di persisiran pantai

Antara cafe & kedai-kedai yang menjual cenderahati

Kawasan pantai ini memang best, cuma awas terhadap monyet-monyet di sini yang kadangkala bertindak sangat agresif terutama ternampak makanan, pastikan makanan di simpan di tempat tertutup jikalau tidak monyet disini tersebut akan cuba merampas. Jadi sentiasa berhati-hati terutama ternampak monyet berhampiran anda. Pernah ternampak satu kejadian di mana roti yang dimakan oleh pelancong dirampas oleh monyet, bayangkan kalau barang yang dirampas oleh monyet telefon atau camera makan hati juga, terpaksa redha dalam tak redha! jadi pastikan makanan dan barang berharga disimpan di tempat yang selamat.

Akhirnya berjaya juga meneroka Taman Negara Pulau Pinang, dalam pukul 4.30 Pm kami kembali ke Dataran Taman Negara.

Planning yang seterusnya pergi ke Toy Muzium yang terbesar di dunia lokasinya berhampiran lebih kurang 5 minit dari Taman negara. Cerita mengenai Toy Muzium Penang sob akan share di entry berasingan.

Kompleks BayuSenja, Batu Ferringi.


Pada sebelah malam kami bercadang untuk ke Batu Ferringhi Night Market untuk Dook mencari cenderahati yang murah-murah, sebelum itu kami berhenti makan dulu di Kompleks Bayu Senja di Gerai Kak Ani Seafood sambil layan sunset turun menghadap  Pantai Batu Ferringhi

Makan Nasi goreng pataya + pekena Milo ais, sambil layan sunset turun #heavenlife

Sunset di Batu Ferringhi Beach.


13) Batu Ferringhi Night Market

Pasar malam Batu Ferringhi, ramai orang cakap ini adalah port terbaik untung mencari cari barang -barang cenderahati yang murah seperti T-shirt, Fm boleh dapat disini. Sebenarnya ada  setengah barang yang harganya lebih murah dan kadang-kadang mahai sampai tak masuk akal untuk barang tiruan jadi kemahiran untuk tawar menawar perlu ada. Jadi sekiranya korang mencari beg tangan jenama Lv, Gucci, Prada, Bedah dan sebagainya atau jam tangan jenama Rolex, G-shop lokasi yang korang perlu kunjungi.

Kawasan pasar malam Batu Frringgi agak panjang, so tempat terbaik untu bakar kolori selepas makan malam sambil window shopping



Tips & info

Disini juga banyak kedai yang menjual makanan timur tengah antara restoran yang agak femes adalah Restoran Tarbus dan beberapa restoran Thailand's, disebab kebanyakkan pelancong yang datang ke sini dari Negara-negara Arab. Selain itu banyak juga gerai atau kedai makan melayu yang berniaga yang sesuai dengan bajet korang.

Sekiranya korang mencari barangan tiruan yang branded, disini adalah tempat nya daripada Dvd, Baju, Beg dan Jam tangan yang berjenama. Kenapa perlu beli yang mahai sekiranya boleh dapat yang murah? tapi taklah berapa murah sangat. senang kata ikut bajet dan selera masing-masing Selain itu banyak juga deko-doko hiasan rumah yang menarik dijual seperti lampu-lampu, ukiran kayu, lukisan dan pelbagai lagi.

Disini juga ada perkhidmatan Beca berhias lampu neon, bagi yang nak ambil angin di Batu Ferringhi sambil nak tengok suasana pasar malam boleh lah mencuba menaiki perkhidmatan beca. Tapi sekiranya ingin membakar lemak dan kalori berjalan kaki adalah pilihan terbaik.

Parking agak senang dicari tetapi kebanyakan adalah berbayar, jadi untuk jimat korang  boleh parking kereta di kawasan Hotel dan perlu berjalan sedikit untuk sampai ke Pasar malam

Info Terakhir disini juga banyak spa-spa yang menawarkan pelbagai perkhidmatan antaranya massage kaki atau badan, seharian penat bermain air di laut tidak salah untuk manjakan diri dengan mengunjungi spa-spa yang ada.


12 comments:

  1. Beautiful sunset...cantik lah..
    p/s : akak nampak batu bermuka buaya tu :)

    ReplyDelete
  2. sepanjang pantai penang indah...batu feringgi mmg terkenal.

    ReplyDelete
  3. Singgah pagi..cantik sgt..sila lah dtg ke blog sy..http://ajax85.blogspot.com

    ReplyDelete
  4. boleh gak menunggang kuda di sepanjang pantai ...

    ReplyDelete
  5. sampai di Gurney Drive, tak gi Ferringhi night market....monyet comel tapi kalau ganas, memang menakutkan..

    ReplyDelete
  6. ngeh3.. pun tak penah sampai.. isk nak kena plan la trip ke sni..
    tapi tamo hiking lalalala..

    ReplyDelete
  7. Pesal CT tak pernah share pun tempat ni ngeh ngeh ngeh

    ReplyDelete

Komen Anda Amat Dihargai
Terima Kasih Kerana sudi membaca