Penang Escape - Apa Tarikan Yang Menarik Ada Di Bukit Bendera I Penang Hill, Penang | www.sobriyaacob.com

Sunday, September 27, 2015

Penang Escape - Apa Tarikan Yang Menarik Ada Di Bukit Bendera I Penang Hill, Penang

Bukit Bendera antara lokasi percutian yang begitu sinonim dengan Pulau Pinang semenjak dahulu lagi, senang cakap "mai penang, hampa wajib datang kat sini ambik gambar kat signboard yang tulis sebesaq-besaq perkataan Bukit Bendera" . Terletak di ketinggian daripada 830 Mtr dari aras laut, Bukit Bendera merupakan destinasi pelancongan yang berbayar yang sekarang menawarkan pelbagai tarikan seperti Own Muzium, Cliff Cafe, Astaka Bukit Bendera, Lock Point dan macam-macam lagi.

Penang Hill @ Bukit Bendera, Pulau Pinang

15) Bukit Bendera I Penang Hill, Penang

Bukit Bendera terletak ketinggian daripada 830 Mtr dari aras laut antara lokasi terbaik untuk melihat pemandangan Pulau Pinang daripada puncak bukit terutama pada waktu malam, keadaan suhu disini agak nyaman antara destinasi wajib untuk berkunjung yang terletak di Air Hitam, 6 km dari Georgetown.

So far Bukit Bendera bukan sekadar bukit, tapi pada masa sekarang sudah banyak tarikan baru telah diwujudkan. Buat pasangan couple maybe suka suasana di Bukit Bendera agak romantik terutama di love Padlock dimana korang boleh Lock cinta teragung di sini acah-acah berada kat korea, Paris, London dan sewaktu dengannya :P





16 ) Lock Point

Di Lock Point, dekat sini korang boleh lihat keseluruhan pemandangan Pulau Pinang, teropong ada disediakan jadi boleh lihat view yang lebih jelas dan terperinci, dari atas ini bolehlah nampak bangunan komtar, Jambatan pulau pinang! tapi kalau korang pergi waktu awan agak tebal & berkabus memang agak spoil sikit view yang korang nampak... nampak kabus je.


Astaka Bukit Bendera, Antara Port untuk lepak-lepak dekat dalam Astaka ada food court, cafe  jual makanan, minuman, cenderahati dan di atas astaka ini korang adalah kawasan love packlock di mana korang boleh Lock Cinta agung korang disini #kekononsweet


Food court di dalam astana, rasa makanan not so bad! 

love Padlock?, bak kata pujangga tulislah kata-kata cinta ikhlas daripada hati yang nurani anda dan kuncilah cintamu disini tanpa was-was!

17) Astaka Bukit Bendera / Love Padlock

Nak jimat duit beli mangga? beli siap-siap mangga dari rumah korang bawa kat sini & lock sebab pertama  harga manga yang dijual agak mahal tak berbaloi dengan kualiti mangga tu, Btw bila sob dekat sini memang terasa forever alone mostly yang ada kat sini memang pasangan couple! i'm feel so gay dekat dekat sini berdua dengan Dook? i know that feel bro..

:
Bak kata Sis Nana  "love locks shits places! "




17) The Own Museum

Di puncak bukit bendera, terdapat A few kafe, Kuil, Masjid dan tarikan terbarunya Muzium Burung Hantu atau The Owl Museum. Harga terkini untuk masuk ke dalam muzium tersebut ialah RM10 untuk orang dewasa dan percuma untuk kanak-kanak.



its all about art! Owl at anywhere.


Sedikit info mengenai Muzium Burung Hantu, muzium pertama di asia tenggara yang mengumpulkan beribu patung atau art yang terinspirasikan daripada burung hantu dan tercatat di dalam Malaysia book of record. Saiz muzium ini agak kecil,koleksi pameran biasa-biasa sahaja, cuma part yang best di ruang kedai cenderahati agak menarik banyak pilihan barang yang dijual agak comel dan unit cuma harga agak mahal sedikit.

kedai cenderahati di Owl Museum


So far Bukit Bendera not so bad, taklah sebegitu bored seperti yang diperkatakan agak menarik untuk dikunjungi terutama bersama ahli keluarga, kawan-kawan untuk relax & lepak-lepak sambil menikmati pemandangan Pulau Pinang yang awesome daripada puncak bukit. Tapi sekiranya korang inginkan aktiviti yang lebih mencabar  sob cadangkan aktiviti hiking ke puncak Bukit Bendera bila korang rasakan naik train takde rasa feel sangat  bro. Sekiranya korang datang ketika waktu cuti sekolah lokasi ini agak paek dan terpaksa tunggu agak lama turn untuk menaiki train ke atas dan train terakhir untuk turun ke bawah adalah jam 11 malam.


Untuk maklumat dengan lebih lanjut sila layari website Bukit Bendera

15 comments:

  1. Menyesal betul tak singgah sini masa datang Penang haritu. Cantik view dari atas!

    ReplyDelete
  2. Cantiknyaa view. Lama dah tak pergi sana.

    ReplyDelete
  3. naik buggy, jln2 dlm hutan...the Owl Museum tu menarik..

    ReplyDelete
    Replies
    1. nak naik buggy tu slalu tak dapat.. penuh all the time..
      yang owl museum tu hehe.. ada satu spot diorang lambak bantal2..
      ada skali CT masuk org mmg xdak.. tunggu mak meeting dan tido =P

      Delete
  4. love padlock tu mmg semak pun hahaha.. (jelly sebab x dpt nak lock kat situ)
    ada CT jumpa yang lock dah patah.. dah break up kot =P hehehe..

    ReplyDelete
  5. bukit bendera semakin cantik n banyak aktiviti menyukakan hati yg boleh dilakukan...dj lama xkesana...

    ReplyDelete
  6. Hi Bro. It's so beautiful place. I wanna be there once again. Awesome!

    ReplyDelete
  7. dah lama tak menjengah ke bukit bendera ni. it looks awesome! will find a date for it.. nice info bro!:-)

    ReplyDelete
  8. woah bukit bendera... dah lama gila tak jejak kaki sana, last time pergi sana belum ada lagi budaya love locks tu, hahah... tak koserrr ;p

    ReplyDelete
  9. tak pernah lagi ke owl museum, macam menakutkan jer

    ReplyDelete
  10. sy akan masukkan bukit bendera dalam 'makan angin list' sy...wlpn duduk berjiran Penang je tapi xpernah smp sana...☺

    ReplyDelete
  11. Pemandangan dan tempat2 wisata nya keren2 sekali, apalagi muzium burung hantu itu, yang serba burung2 hantu. Kalau ada duit nanti saya juga mau kesana lah.

    ReplyDelete
  12. Love Locks Shits Places? hahaha...kalau dia ke Korea mesti meroyan

    ReplyDelete
  13. ish dulu dtg tak ada la pulak org pasang mangga tu huhuuiu...

    ReplyDelete
  14. kalau tak naik buggy agak2 lama x berjalan kalau nak pusing satu penang hill tu?

    ReplyDelete

Komen Anda Amat Dihargai
Terima Kasih Kerana sudi membaca