Penang Escape - Apa Yang Menarik Di World's Largest Toy Museum I Penang Toy Museum | www.sobriyaacob.com

Monday, September 7, 2015

Penang Escape - Apa Yang Menarik Di World's Largest Toy Museum I Penang Toy Museum

Assalamualaikum & salam sejahtera...

Pernah korang semua tengok kartun Toy Story or Movie Night at Museum, pada malam hari semua Patung-patung ini hidup? berinteraksi sesama sendiri. Seramkan tambah kalau Chucky dari Child's Play horror film itu hidup memang creepy! So kalau korang nak lihat beribu-ribu koleksi patung pelbagai saiz dan rupa jadi  jom ke World's Largest Toy Museum I Penang Toy Museum Yang Terbesar di Dunia terletak di Teluk Bahang, Pulau Pinang

Toy Muzium Penang I  World's Largest Toy Museum

14)  World's Largest Toy Museum I Penang Toy Museum

Meh Sob share dengan korang serba sikit mengenai sejarah Toy Museum, Di dalam Toy museum  ini menyimpan lebih 100,000 permainan, patung yang tidak patut di sembah dan collector's item daripada pelbagai jenis permainan kanak-kanak dan orang dewasa dari pelbagai siri kartun, television, filem mahupun permainan video.

Jadi bila korang masuk ke sini seolah-olah kembali ke zaman childhood, hanyut di dalam dunia fantasi masing-masing terutama melihat karakter patung yang kita kenal.  Bagi sob yang lahir pada zaman 90an pastinya terkenang animasi seperti Dragon Ball, ninja boy, Doraemon, salamoon, maklumlah dulu tak berapa banyak chanel yang dapat Rtm & Tv 3 itupun sekejap ada sekejap tak de siaranl !

One of my favorite movie of all time Pirate of caribbean, memang excited dapat tengok semua karakter patung dari movie pirate of caribbean terutama Captain Jack Sparrow

Captain Jack Sparrow dan tidak dilupakan juga kawan-kawan beliau Will Turner, Barbossa, elizabeth Swann dan watak-watak yang sob tak ingat namanya :P

Kawan baik setiap budak perempuan, Barbie! so pinky :P

Laluan di dalam Toy Museum

Di dalam muzium ini boleh dibahagikan kepada beberapa seksyen seperti Chamber of Comic Book Heroes, Chamber of Horror, Hall of Rock and doll Legends dan lain-lain mengikut jenis Toys. Semua  patung ini diletakkan di dalam kotak untuk melindungi daripada patah atau rosak, sebab kebanyakkan patung-patung ini terutama yang bersaiz besar ditempah di luar negara dan harganya bernilai ribuan ringgit.

Laluan agak besar, so tiada masalah untuk bergambar pelbagai cara mengikut kreativiti korang dengan pelbagai gaya, lagi fotogenik lagi cantik hasil yang korang dapat. Owh di setiap rak ada empat tingkat pula dan masing-masing penuh dengan toys sampai naik juling mata tengok :P

Dragon ball, budak-budak yang lahir tahun 90an mesti tahu kartun ni, paling menyampah kalau ada kelas tambahan hari sabtu, sebab mesti miss tengok kartun ni.. kamehameha!

 Berjumpa  sekejap dengan Goku, Vegeta, Pendekar Penyu, Bulma, Kuririn,  Trunks,Tenshinhan, Piccolo,  Freeza, Cell dan Majin Boo!




Antara koleksi yang paling banyak ada di dalam muzium ini sob rasa ialah dari Filem Star Wars! 




Sebab si Chucky inilah sampai sekarang sob tak suka nak kumpul any toy kat rumah, korang pahamlah perasaan seorang budak lelaki yang menonton cerita ini ada zaman kecilnya! such as scary & creepy story! paling seram pernah sob tengok waktu kecil.




So far sob memang sangat berpuas hati dengan koleksi-koleksi yang ada di dalam muzium ini, sangat banyak, menarik dan interaktif  untuk dilawati sampai tak sempat nak lihat semua Toys yang dipamerkan. Toy Museum ini Sob boleh ibaratkan sebuah tempat untuk menggamit memory zaman kita masih kecil, teringat di mana animasi-animasi ini pernah menjadi kegilaan, idola dan superhero pada satu ketika dahulu terutama yang lahir tahun 80 & 90an. 

Sekiranya pada masa hadapan sob sangat berharap pihak pengurusan akan membuat satu seksyen khas mempamerkan toys daripada animasi tempatan seperti sang wira, anak-anak sidek, Usop sontorian yang terbaru boboiboy, puteri dan upin dan ipin sebab kebanyakkan rakyat malaysia membesar dengan menonton siri animasi ini :P

World's Largest Toy Museum I Penang Toy Muzium

Panduan Perjalanan ke Toy Muzium, Penang :

Dari Batu Ferringhi memandu menghala ke Teluk Bahang jumpa roundabout sila ambil ke arah bulatan jam number 9 exit. signboard untuk simpang masuk hanya 50 Mtr. Boleh juga menaiki bas Rapid Penang : 101, 102 dan 501 atau bas Penang HOHO (beach route) dan turun di Teluk Bahang.

Sebarang pertanyaan sila hubungi :

Toy Museum Pulau Pinang
1370, MK2, Teluk Bahang,
11050 Pulau Pinang.

Contact : 012-4602096

Tiket Masuk :

Adult : RM10 (MyKad)
Children : RM6

16 comments:

  1. Replies
    1. skrg dah pindah ke teluk bahang..
      lokasi berdekatan dgn taman negara pulau pinang

      Delete
  2. menarik..cutenya Doraemon..suka tengok movie Toy Story..

    ReplyDelete
  3. muzium toys pun ada kat sini ya ..anak2 mesti suka kalau dibawa ke sini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup... sis
      sangat menarik.. budak mesti seronok..
      yg dah besar pun teruja..

      Delete
  4. Sangat menarik terutama buat peminat tegar..

    ReplyDelete
  5. Wah..saya memang nak pergi ke Escape Park ni nak test monkey business tu.Permainan ala-ala kampung style yang the only one dekat Malaysia rasanya . Toys ni pun best sebab suka sangat tengok cerita Night In The Museum . Banyak good value dalam cerita tu.

    ReplyDelete
  6. Koleksi Toy Story dan Pokemon kami dah banyak didermakan pada orang, masih ada yang comel-comel dalam simpanan...kalau buat mini museum di rumah dah boleh dah ni :D Entry ini jadi sumber inspirasi kami :)

    ReplyDelete
  7. Awesome! wanna be there again hee hee

    ReplyDelete
  8. Mau juga jadinya bertamasya ke musium ini, sekedar untuk melihat koleksi yang teramat banyak itu, juga sedikit bernostalgia dengan action figure yang sangat terkenal di masa-masa 90-an (waktu saya masih kecil).

    ReplyDelete
  9. Takde animasi tempatan ke? Lagi satu boleh tangkap gambar eh dlm tu?

    ReplyDelete
  10. CT rasa 90s kids je yang boleh relate dgn kartun2 kat sni..
    unless kalo owner tempat upin ipin.. frozen characters je bru budak2 gen baru excited..

    ReplyDelete
  11. kat Penang? wahh...byk tempat menarik di Penang ni

    ReplyDelete
  12. tq for sharing.
    in shaa Allah next week nak ke penang.
    wajib bwk anak2 ni :)

    ReplyDelete

Komen Anda Amat Dihargai
Terima Kasih Kerana sudi membaca