Ekspedisi Menawan Gunung Baling, Kedah | www.sobriyaacob.com

Wednesday, October 7, 2015

Ekspedisi Menawan Gunung Baling, Kedah

Assalamualaikum & salam sejahtera

Apa khabar semua? diharapkan korang semua dalam keadaan sihat sejahtera, entry kali ini nak berkongsi mengenai pengembaraan Sob bersama-sama Geng Hiking Sampai Jadi #GHSJ dalam misi menawan Gunung Baling. Untuk misi kali ini memerlukan kami untuk mendaki ketinggian 420M untuk sampai ke puncak Gunung Baling. Untuk pengetahuan korang Gunung Baling ni termasuk dalam kategori gunung limestone outcrops di mana Gunung Baling terdiri daripada batuan batu kapur dimana di puncak gunung akan menjumpai batu-batu kapur dan juga batu kristal.

Ekspedisi Menawan Gunung Baling

Pengembaraan Team HSJ bermula dari Gerik, di mana bertolak daripada pekan gerik menuju ke Pekan Baling, perjalanan mengambil masa lebih kurang 1 Jam dan berkumpul di Perkampungan yang terletak di bawah kaki gunung untuk berjumpa Our Tour Guide bersiap-siap untuk mendaki Gunung. Owh sebelum itu kebanyakkan anggota  #Team HSJ yang joint Trips Hiking Sampai Jadi merupakan pengalaman pertama kali hiking gunung, so banyak perkara-perkara menarik yang terjadi sepanjang trips ini yang membuat kami semua akan repeat lagi sekali mendaki Gunung Baling.

Pemandangan Gunung Baling di waktu pagi.

Gunung Baling, walaupun nama dia Gunung, tapi ketinggian Gunung Baling masih belum mencapai tahap Gunung, ketinggian boleh dikira sebagai tahap ketinggian bukit, apa yang menarik mengenai gunung baling ini ialah kepelbagaian biologi dan landskap hutan yang boleh korang jumpa sepanjang perjalanan untuk sampai ke puncak. 

Check point untuk naik ke Gunung Baling, di belakang rumah-rumah orang kampung dimana di awal pendakian akan melalui lorong-lorong rumah, seterusnya akan menjumpai dusun buah dan disitu akan menjumpai trek untuk ke puncak dimana trek di ikat dengan tali merah dan diletakkan botol.. Tahap kesukaran untuk menjadi gunung baling untuk yang pakar mungkin agak mudah pejam mata pun boleh sampai, tapi untuk beginner perhh.. boleh tahan juga trek gunung baling memang menguji kesabaran diri, mental dan segalanya sekiranya kurang focus dan tidak berazam untuk sampai ke puncak memang tewas di tengah jalan!

Perhentian rehat pertama kami di Gua Kambing, kenapa gua ini dipanggil sebagai gua kambing? sebab terdapat satu struktur batu yang menyerupai kambing.

Walaupun ramai yang cakap ketinggian gunung baling standard aras ketinggian bukit dimana masa pendakian yang untuk naik dan turun dalam masa 2 jam 10 minit, tapi kecerunan dan trek yang terpaksa dilalui agak mencabar, curam, agak berbatu dan licin sekiranya selepas hujan sangat menguji fizikal dan mental korang, senang cakap walaupun ketinggian gunung ini aras rendah tapi memang sangat layan trek kat sini! ada kejutan tersendiri.

#Team HGSJ Amalina, Anis, Jamilah, k. June, Khairul @ Boris, 
Addy, Adli & our Guide Nazhif!

Ekspedisi pendakian yang di diklasifikasikan  sebagai  ekspedisi santai-santai oleh Team HSJ.. santai-santai ke? bukan main teruk lagi hampa push diri nak sampai ke puncak, alhamdulillah sampai jugak kat atas.. sangat berbaloi bukan dengan pengalaman dan pemandangan yang ditawarkan

Checkpoint tempat rehat pertama Gua Kambing, rehat sebentar untuk reduce kembali energy.

Laluan trek yang agak curam, memang akar-akar kayu sebagai tempat untuk berpaut 

Laluan mendaki boleh dibahagikan kepada tiga peringkat. Peringkat pertama laluan hutan sederhana yang bertanah di mana disini trek pendakian korang akan terus mendaki bukit agak mencabar. Kedua laluan hutan sederhana yang berbatu, dan ketiga laluan berbatu yang ditumbuhi pokok renek dan buluh.


Acara wajib setiap kali berehat, bergambar, berselfie & membahan salah satu cara nak hilangkan perasaan nak give up yang menari-nari dalam minda, mostly yang joint trips ini beginner hiking gunung so rasa sangat bertuah kerana semua team memainkan peranan masing sentiasa memberi kata-kata peransang dan sokongan  kepada satu sama-lain supaya team rasa tak mengalah. Sebenarnya cara paling senang nak kata-kata perangsang dengan membahan! tak percaya ? cuba buat ya :P

eh tunjuk apa tu? nampak tak semangat untuk menawan gunung baling terpancar di muka masing-masing

Sekarang kami berasa di laluan yang ke 3, laluan berbatu yang ditumbuhi pokok renek dan pokok buluh. Suasana di sini memang cantik, sejuk so kalau sampai disini memang port wajib untuk bergambar! Dekat sini korang akan melalui celah-celah batu yang agak tajam di lereng-lereng bukit jadi memang amat digalakkan untuk memakai sarung tangan untuk keselamatan jari daripada terluka. 


Antara cabaran untuk terpaksa ditempuh untuk sampai ke puncak adalah melalui 'celah batu' sebab ada lubang kecik dan korang terpaksa menyelit di bawah celah-celah batu. kerjasama daripada setiap anggota kumpulan sangat penting untuk mengelakkan kemalangan yang tidak dijangka. Safety first

Setelah 1 Jam mendaki akhirnya sampai juga kami ke puncak Gunung Baling.. alhamdulilah


Pemandangan di atas gunung baling turut dikenali sebagai Rock Garden dekat sini korang akan melihat pelbagai bentuk batu dikelilingi pokok-pokok renek dan serai, satu pemandangan landscape yang cukup berbaloi untuk dilihat bila sampai di atas puncak.

Tips daripada sob pastikan korang memakai baju lengan panjang sebab dekat sini memang banyak nyamuk sembur insert repellent pun still nyamuk hinggap memang ketegaq nyamuk-nyamuk kat sini. selain di atas ini banyak batu-batu besar yang tajam,  pokok serai untuk mengelakkan luka badan korang terkena batu dan daun serai,

seperti biasa lah dah sampai ke atas puncak aktiviti wajib kena buat ialah welfie & selfie di  atas gunung baling sambing menikmati pemandangan indah gunung diliputi oleh kabus.. eh bukan kabus tapi jerebu, syukur


saya sudah sampai ke sini? anda bila lagi ! memang gayat owhh.. bila tengok kat bawah.

It very valuable experience a lot of fun in the process of bonding with nature, very unforgettable Hiking activities experience! It all about Teamwork.. Adventure.. Nature

Thanks kepada our guide Nassif yang sentiasa menjaga keselamatan kami dengan efisien good job bro! kepada Addy & Adli walaupun agak malu-malu kucing first time jumpa terima kasih kerana sudi menjaga dan memberi kata-kata semangat kepada akak-akak korang ya!sepanjang pendakian ini. kepada K June, Anis, Amalina & Jamilah you girls Rocks the world! Boris do are great job bro..give fully support untuk trips kali ini kata-kata semangat kau membuat ramai yang bersemangat untuk sampai ke Puncak, Hope ini adalah permulaan untuk Geng HSJ untuk trips dan adventure yang mendatang!...

Segala penat lelah mengharungi pelbagai cabaran dan ragam melalui laluan berbatu yang mencabar. panjat tebing batu tinggi dengan tali, lalui celah-celah lubang batu yang sempit, kerabat akar-akar kayu akhirnya sampai juga Team Hiking Sampai Jadi ke atas, memang sangat berbaloi dapat melihat pemandangan yang memukau!

54 comments:

  1. Wow!!!.. memang hebat skrg.... tahniah bro.... #kipidap... :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. ha.ha..ha.. kipidap bro..
      thanks..tapi mana boleh lawan sifu.
      gunung kinablu pun dah sampai!

      Delete
  2. BUKAN MUDAH NK MENDAKI KE PUNCAK GUNUNG BALING NI KALAU XSANGGUP REDAH CABARANNYA TU KAN SOB...TAHNIAH.

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih sis..
      alah tegal biasa..
      berbaloi bila sampai kat ats tu..dgn view yg dinikmati :)

      Delete
  3. walaupun dulu pernah belajar di baling, tak pernah sekalipun nak pergi daki..tengok korang happy ja..

    ReplyDelete
    Replies
    1. buat2 happy sis..
      dlam hati hazapnya tuhan saja tahu.. ha..ha.\
      guraulah .. happy bila naik dgn kawan2 yg saling support :)

      Delete
  4. Sakan berhiking sambil bergaya... walaupun dalam jerebu tetap bersemangat, eh jap tu jerebu ka kabus? :3

    ReplyDelete
  5. Wow!!!.. memang hebat ekspedisi ke Gunung Baling. Terima kasih dah kongsi maklumat ini

    ReplyDelete
  6. wahaha.. menarik ni... serai?

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup bro..
      kat puncak gunung baling bayak pokok serai..
      serai wangi :)

      Delete
  7. that's a cool trips Bro. Do you tied when you're hiking?

    ReplyDelete
    Replies
    1. yeah bro.. feal awesome.. not la..so fun when hiking..
      one day your shout try hiking with me :P

      Delete
  8. huurm surrender dulu cenggini.. celah2 batu tah muat kepala je =P

    ReplyDelete
    Replies
    1. ala.. baru nak ajak siti panjat bukit bendera x pun bukit jambul he..he.. :P
      jom la cuba :)

      Delete
    2. This comment has been removed by the author.

      Delete
    3. ahahah CT tunggu kat atas terus la eh.. senang nnt nak pass air =P

      Delete
  9. adeh, tak fit aku nak naik gunung ni. salut sama lu haha

    ReplyDelete
  10. memang terbaik..penat lelah berbaloi bila smp ke puncak gunung..dah lama sy tak hiking..last 2 thn lepas..;p

    ReplyDelete
  11. kena tukar ke nama gunung ni....kepada gunung nyamuk ketegaq

    hehe nice sobri

    ReplyDelete
  12. menarik nya..ada geng n group mcm tu baru enjoy..gambar cantik guna GoPro rupanya..huhuh mampu tgk jelah x mampu nk beli

    ReplyDelete
  13. perghh terbaik ni..
    boleh bg loc detail x kat mana ni? baling area mana? mcm mana nak guna khidmat guide?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Baling dekat area kedah..
      lokasi nak naik lalu belakang rumah org kmpg..
      permulaan treck
      Guide boleh contact bro nasif 013-5290169
      next montn 0n 26 ada group nak hking gunung pulai n baling bminat bleh joint :)

      Delete
  14. Perghhh berkabus bangai.. mmg seronok la.. tapi tak dpt tgk pemandangan la :D

    ReplyDelete
  15. guider dpt mana bos? teringin pulak..hehe

    ReplyDelete
  16. Ada pantang larang x kalau nak naik waktu pagi sebelum subuh?

    ReplyDelete
    Replies
    1. rasanya tak ada bro..janji bawa kelengkapan yang secukupnya dan bhati2 :)

      Delete
  17. Interesting trek,enjoyed your photos

    ReplyDelete
  18. bro...nk tnya..track untuk hiking nie ada penanda ka???
    takut sesat ja..hehehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. skrg dah naik taraf..jalan smua dah tip top..insyaallah smua ok

      Delete
  19. Mcm best je. Lpas ni nk kmana plak, nk ikut

    ReplyDelete
  20. Mcm best je. Lpas ni nk kmana plak, nk ikut

    ReplyDelete
    Replies
    1. nak ikut bg fon number leh add dlm wsp group

      Delete
  21. nampaknya tak terlalu tinggi ya? tapi tetep awesome, good work..

    ReplyDelete
  22. wah... saya pon tak sampai lagi..dok planning nk p..xjd lagi

    ReplyDelete
  23. wah... saya pon tak sampai lagi..dok planning nk p..xjd lagi

    ReplyDelete
  24. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  25. bro...pm sy 0194605291...nk smbng skit psal hiking g. baling

    ReplyDelete
  26. Nk tanya trail hiking jelas ke ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. dah jelas sekarang bro jagan risau..follow penanda

      Delete
  27. Salam, nak tanya kalau naik dalam pukul 4 am nampak x penanda ke kena bawak torchlight juga

    ReplyDelete
  28. Cantik sugguh view gng baling....trgin nk joint tp x da kwn2 yg minat aktviti mcm ny.

    ReplyDelete
  29. Cantik sugguh view gng baling....trgin nk joint tp x da kwn2 yg minat aktviti mcm ny.

    ReplyDelete
  30. Nak naik nih camne nak cari org utk guide ye?

    ReplyDelete
  31. Org yg chubby bole ke lalu bwh batu2 tu? Hahaha xsangkut ke

    ReplyDelete

Komen Anda Amat Dihargai
Terima Kasih Kerana sudi membaca