6 Tempat Tarikan Menarik Wajib Dikunjungi Di Georgetown, Penang | www.sobriyaacob.com

google advertising

Friday, November 27, 2015

6 Tempat Tarikan Menarik Wajib Dikunjungi Di Georgetown, Penang

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Pulau pinang boleh dikatakan antara lokasi percutian yang lengkap untuk berlibur, kehadiran anda ke sini pasti tidak mengecewakan daripada pelbagai variasi makanan yang perlu dicuba oleh penggemar makanan, begitu juga pelbagai tempat-tempat menarik yang wajib anda kunjungi. Di bawah sob senaraikan tempat-tempat menarik yang wajib dikunjungi di sekitar bandar Georgetown


6 Tempat Tarikan Menarik Wajib Dikunjungi Di Georgetown

Georgetown merupakan ibu negeri Pulau Pinang, Malaysia. Georgetown merupakan bandaraya ketiga terbesar di Malaysia selepas Kuala Lumpur dan Johor Bahru, turut disebut dengan nama Tanjung oleh penduduk setempat. Tapi apa yang buat sob keliru sampai sekarang setengah orang panggil Bagan tak pun Tanjung ? Orang-orang Penang yang segak lagi lawa tolong betulkan kekeliruan abang sob ini ? Owh ya selain itu yang membuatkan kawasan ini sangat menarik kerana telah diwartakan sebagai Tapak Warisan Dunia, jadi kunjungan korang ke sini pasti tidak mengecewakan kerana banyak aktiviti menarik yang boleh dibuat di sini


 Padang Kota Lama

Padang kota lama, tempat menarik yang perlu korang kunjungi sering menjadi tumpuan penduduk setempat ataupun pelancong untuk bersantai-santai. Antara aktiviti yang menarik boleh dilakukan di sini ialah pertama sekiranya anda pertama kali datang di sini anda boleh melawat ke Kota Fort Cornwallis kota tinggalan sejarah di mana Kapten SHTI Francis Light telah mengibarkan bendera Union Jack. 


Fort Cornwallis

Di sini masih jelas kelihatan Kubu pertahanan yang dibina di Padang Kota Lama dan beberapa buah meriam di sini masih dapat dilihat dengan jelas hingga kini. Walaupun British tidak lagi menjadi pentadbir di Pulau Pinang, tetapi legasi British dapat dilihat jelas sekitar Padang Kota terutama di bangunan-bangunan lama yang persi bangunan dari negara luar.



Banyak bagunan-bangunan menarik boleh ditemui di sekitar Padang Kota Lama terutama kebanyakan design dipengaruhi oleh senibina British. Perfect places untuk pencinta photography. Untuk aktiviti riadah yang lebih santai korang boleh bersiar-siar di kawasan sekitar dengan menaiki beca atau lepak-lepak di tepi tebing-tebing pantai yang menghadap laut sambil menikmati pemandangan yang sangat cantik



Selain itu, antara tempat makan yang agak popular di Padang Kota Lama adalah Mee Sotong Hameed, pasembor yang banyak dijual di Food court dan jangan lupa pekena coconut shake padang kota!. Pada sebelah malam di kawasan Padang Kota menjadi tumpuan, banyak aktiviti menarik ada di sini antaranya busking, main buih belon, roller blade memang best terutama apabila lepak-lepak bersama kawan sambil pekena angin laut!


Antara Mercu tanda yang femes kat sini.

Pemandangan di Lebuh Pantai Georgetown.

Church Street Pier


Tanjong City Marina 

Marina pertama di Malaysia yang terletak di tengah-tengah bandaraya GeorgeTown. Pemandangan dari Tanjung City Marina cukup menarik dimana korang boleh nampak feri ke bot bertukar ganti tiba dan berlepas dari jeti. Kepada korang yang teringin nak merasai pengalaman menaiki Kapal Cruise ataupun nak honeymoon di atas kapal besar boleh pergi  ke Pelabuhan Swettenham bersebelahan Tanjung Marina City, bolehlah feeling makan light dinner sambil menghadap matahari jatuh! romantik :P


Chew Village

Apa yang menarik mengenai kawasan Perkampungan Cina di atas air di mana di hujung perjalanan korang akan menjumpai Jetty yang masih digunakan oleh penduduk setempat, pertama dekat sini korang akan menjumpai a few Art Street, sekiranya anda dalam misi menjejaki semua art street yang femes lokasi ini wajib korang kunjungi!

Chew Village ini antara lapan perkampungan clan jetty yang terdapat disini dan ini antara chew village yang paling ramai pelancong datang antara penempatan clan jetty paling tinggi di sini juga. Sepanjang jalan ke kampung ni diperbuat dari kayu, ada rumah kayu kiri kanan di sepanjang perjalanan korang akan menjumpai ramai peniaga yang berniaga makanan makanan dan cenderamata!

Antara hasil lukisan yang dijual, cukup menarik!


Pemandangan di hujung kampung, di mana korang akan menjumpai satu Tokong

Clan tu apa ? Clan sebenarnya adalah kategori kaum atau keturunan. Satu kelompok manusia yang kongsi minat yang sama, nama yang sama or senang cerita keluarga pun boleh juga. 

"Orang cina kan ada banyak surname : Lee, Tan, Chew dan sebagainya. Jadi masa zaman datuk nenek moyang orang cina memula datang Tanah Melayu, they classified their houses through surname. Jadi keluarga Chew duduk satu kelompok. Keluarga Tan duduk satu kelompok. Tak bergaul dan saling bermusuhan. Kiranya asabiyyah terbentuk melalui surname masing-masing. As time passed by negara pun dah maju tak adalah permusuhan tu semua. Tapi blocks perumahan mengikut nama masih ada."

Sumber dari blog siti yang menaip, diharapkan dengan perkongsian ini semakin bertambah lah pengetahuan kita semua mengenai masyarakat Malaysia yang berbilang bangsa gittuw!



The Postcard Shop

Rasanya kedai postcard ini terletak di armenian Street, actually sob bukan peminat atau pengumpul poskad tapi sekiranya korang nak kirim poskad kepada Abam Sob memang sangat dialu-alukan :P Yang menarik mengenai kedai ini terdapat beribu poskad dijual dengan harga yang sangat berpatutan selain deco yang menarik dan comel terdapat pelbagai design poskad yang sangat menarik bagi korang penggemar atau pengumpul poskad wajib datang ke sini!

Deco di dalam The Postcard Shop


Art Street

Tarikan utama di bandar Georgetown, yang paling wajib korang kena pergi iaitu Art Street! lukisan mural yang dilukis di sekitar bandar Georgetown @ Armenian Street, antara salah satu sebab utama kenapa ramai berkunjung ke sini untuk melihat sendiri karya yang dihasilkan. Gabungan hasil seni jalanan yang dilukis di sekitar dinding-dinding bangunan lama dan arca-arca dihasilkan yang agak menarik menceritakan budaya penduduk setempat, senang cerita datang ke sini tak ambil gambar di art street maka tak lengkap lah percutian korang ke Penang.





Untuk info terdapat banyak Street Art yang dihasilkan, tetapi terdapat 8 mural yang wajib dilawati, semuanya berada di lokasi yang berbeza. Lukisan street art dihasilkan oleh pelukis antarabangsa dan pelukis tempatan, Antara artis yang menghasil karya mereka ialah Ernest Zacharevic, Louis Gan, Simon Tan, Oceu Aprista Wijaya dan ramai lagi! Setiap lukisan yang dihasilkan mempunyai maksud / mesej yang berbeza yang hendak disampaikan oleh pelukis itu, jadi bergantung kepada kita bagaimana untuk mentafsir dengan cara yang tersendiri tiada betul tiada yang salah.



Masjid Kapitan Kling 

Antara lokasi yang wajib korang pergi bila dah sampai ke Georgetown lokasi berhampiran dengan kedai Nasi kandar Beratur. Masjid Kapitan Kling yang terletak di Lebuh Pitt adalah masjid tertua di Pulau Pinang. Masjid kapitan keling juga antara landmark bagi pulau pinang. seni bina masjid ini diadaptasi daripada senibina Moghul. Untuk bumbung masjid ini dibina berdasarkan reka bentuk pyramid atau lebih menjurus kepada reka bentuk bumbung tempatan. Itu sebab Masjid ini kelihatan sangat indah dan cantik


Ternyata Georgetown mempunyai pelbagai tarikan yang menarik gabungan seni bina lama dan art street yang banyak boleh ditemui di sekitar Bandar Georgetown membuatkan kunjungan korang ke sini sangat berbaloi, senarai di atas sekadar pendapat dan cadangan Sob antara lokasi menarik yang boleh korang semua lawati dimana tiada bayaran dikenakan!

17 comments:

  1. suka Lebuh Pantai dengan bangunan2 colonial yg cantik..

    ReplyDelete
    Replies
    1. cantik design bagunan kat situ..fealing2 kat oversea :P

      Delete
  2. mee sotong hameed la yang di cari-cari kalau pergi ke Penang..

    ReplyDelete
  3. makanan kat penang ni sedap n menyelerakan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. pelbagai variasi mkanan yg perlu dicuba..
      hehehe

      Delete
  4. bestnya.. pernah sampai penang kecik2 dulu.. dah besar ni xsampai lg.. in sya allah satu hari..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehhe..
      nampknya lpas ni kena plan short trips ke penang :)

      Delete
  5. pi padang kota lama wajib pekena mee sotong hameed pata! ahahaha

    ReplyDelete
  6. dulu masa duk kedah, hari minggu selalu lepak kat penang.
    sekarang duk johor jauh nak p..huhu

    ReplyDelete
  7. Blog walking, terjumpa blog yg owesome ni...kipidup..
    Dulu masa zaman sekolah kerap juga ke Penang sbb pakcik polis kt sana, last sekali pegi ms tggu result SPM thn 2001..masa tu pakcik tinggal kt kuarters polis air itam...lps dia dh pindah balik kampung, mmg x jejak kaki dah ke Penang. rindunya nak p sana..InshaAllah, 1 day akan smpai gak ke sana..nk tgk perubahan2 yg dah berlaku..

    ReplyDelete
  8. Oh lama betul tidak ku jejak kan kaki ke penang.. Last bulan 3 tahun lepas huhuuu :D

    ReplyDelete
  9. penang sekarang memang banyak dah tempat best2 nak pegi. tak payah menapak jauh2 dah weeeeee ;D

    ReplyDelete
  10. That's amazing! wanna be there again :)

    ReplyDelete

Komen Anda Amat Dihargai
Terima Kasih Kerana sudi membaca