Misi Menjejaki Air Terjun Di Bukit Larut | www.sobriyaacob.com

Wednesday, November 11, 2015

Misi Menjejaki Air Terjun Di Bukit Larut

Assalamualaikum & salam sejahtera...

Bagaimana dengan aktiviti hujung minggu korang? membosankan hanya duduk terperap di rumah setelah penat bekerja, inilah masanya keluar untuk beriadah mengeluarkan peluh sambil menikmati keindahan alam sekitar. Jadi sekiranya anda semua mencari aktiviti riadah yang sihat dan mengeluarkan peluh mendaki ke Puncak Bukit Larut antara pilihan aktiviti riadah yang boleh anda lakukan sekiranya berkunjung ke Taiping, Perak

Misi Menjejaki Air Terjun Di Bukit Larut

Bukit Larut di Taiping Perak ataupun dulunya dikenali sebagai Bukit Maxwell adalah kawasan rehat tanah tinggi yang tertua di Malaysia. dengan ketinggian 1,200 Kawasan ini merupakan kawasan tanah tinggi yang paling basah di Malaysia walaupun Bukit larut tidak sebegitu popular seperti Cameron highlands tapi keindahan alam semulajadinya, ketenangan dan udara yang nyaman membuat lokasi ini tempat yang paling menyeronokkan untuk hiking terutama kepada beginner.

Pintu masuk ke Bukit Larut, korang boleh park kereta di area sini

Perjalanan kami bermula seawal 4.00 pagi daripada Gerik menuju ke Tasik Taiping, owh ya trips kali ini juga disertai oleh #GHKJ tujuan utama kami untuk menyertai Program Awareness Walk Orang Utan seawal 8.00am, one of the program pulau orang utan to save Orang utan, mengenai program itu sekiranya ada masa nanti sob tulis.

Waktu pendakian kami bermula agak lambat sekitar pukul 12.00 tengahari, agenda utama kami ke Taiping ialah untuk mendaki Bukit Larut maka terpaksalah mendaki dalam cuaca agak panas dan ketika dalam perjalanan  kebanyakkan pendaki lain yang mendaki seawal pagi dalam perjalanan turun ke bawah.

#GHSJ penuh semangat untuk mendaki !



Pendakian kami bermula agak lambat, cuaca di  kawasan Taiping yang tidak menentu pada sebelah petang biasanya terutama di kawasan Bukit Larut akan turun hujan, jadi misi utama kitaorang untuk sampai ke Puncak bukit larut terpaksa dilupakan dan secara automatik muncul pulak idea untuk mandi air terjun yang terdapat di dalam perjalanan ke puncak Bukit larut.

Terdapat dua cara untuk sampai ke Puncak Bukit Larut, sama ada menaiki Jeep atau mendaki. Bayaran sebanyak Rm 6,00 dewasa, manakala kanak-kanak Rm 3.00 dan untuk sewa trailer sebanyak Rm 15.00



Keadaan treck di sini berjalan tar, so agak senang untuk mendaki sekiranya korang teringin sampai lebih cepat ke atas banyak jalan-jalan short cut yang boleh lalu. Tapi pastikan tidak sampai tersesat ke dalam Hutan. Yang best diberapa kawasan memang ada air bukit, jadi bagi korang yang kehabisan air atau keletihan bolehlah basah-basahkan muka, refresh kembali tenaga sebelum teruskan pendakian!

Owh ya pendakian kali ini melibatkan seramai 6 orang anggota jamaah dalam usaha membakar-lemak degil iaitu Aburis, Anis, Amirul, Miela, K June, Amalina dan Sob. Sebelum ini team kami ada menjaki Puncak Gunung Baling boleh baca kisah kita orang (di sini) 


Masa pendakian yang sepatutnya di ambil untuk sampai ke puncak 3 jam dan turun 3 jam, manakala jarak perjalanan sejauh 10 km dan akan melalui lebih kurang 72 selekoh jalan. Dekat sini juga banyak Jeep yang lalu lalang jadi pastikan apabila korang mendengar bunyi Hon sila berdiri di tepi-tepi jalan, kerana kebanyakan kenderaan Jeep dipandu agak laju... jadi make sure always alert dengan bunyi-bunyi hon.


Di sepanjang perjalanan memang akan disajikan dengan pemandangan yang awesome!

Boleh dikatakan setiap 2, 3 km korang akan menjumpai pondok rehat jadi untuk beginner tak perlu tergopoh gapah untuk sampai ke puncak take your time and enjoy that moment. Jujurnya walaupun bukit larut ini diketegorikan sebagai bukit tapi tahap keletihan dan kesukaranya boleh tahan juga boleh terasa sengal keesokan harinya tambahan pula kebanyakan trek hanya melalui jalan raya membuatkan perjalanan terasa jauh untuk sampai.

Di pertengahan perjalanan



Akhirnya jumpa juga Air Terjun yang tidak bernama di pertengahan jalan disebab kami sendiri tidak pasti nama air terjun ini, apabila bertanya dengan local yang hiking pun tak sure nama dengan tepat gelaran air terjun ini, dengan ini sob isytiharkan air terjun ini dengan nama Air Terjun Sob boleh? just kidding :P

Untuk penjelasan, misi kali ini memang ami semua tidak sampai ke puncak sebab target utama Team HSJ memang untuk mandi air terjun di Bukit Larut nak merasa nikmat nya berapa sejuknya mandi air bukit memang best giler  terasa sejuk sampai ke tulang memang sangat puas mandi manda. Untuk sampai ke puncak perjalanan masih berbaki 1jam 30minit, manakala kitaorang hanya sampai separuh perjalanan di Bukit Larut. Pendakian kali ini lebih kepada bermotif santai-santai practice for next hiking project. Memang Bukit Larut memberikan satu pengalaman pendakian yang berbeza dan tersendiri walaupun hanya berjalan di trek bertar tapi tetap memberi cabaran yang tersendiri!

19 comments:

  1. OMG! i'd like to soak my body at here. Ha ha

    ReplyDelete
  2. dulu mandi kat bromis pool je ehehe.. naik Bukit Larut dengan jeep..
    turun2 terus muntah.. hahaha..

    ReplyDelete
    Replies
    1. untunglah siti naik dgn jeep..
      hahaha.. lpas ni bleh cuba hiking plak hehehe..

      Delete
    2. ehehehe hiking ? ceq lari dulu laaalalala..

      Delete
  3. seronoknya sob bersantai di air terjun atas bukit larut...tentu penat nak mendaki sampai ke situ.

    ReplyDelete
    Replies
    1. memng terasa nikmatnya sis..
      lpas2 penat2 mendaki lpas tu brendam air bvukit plak..perhh :P

      Delete
  4. Terbaiklah bro... aku x pernah jejak lagi ni.... bila laa dapat hiking sama2 ngan bro Sobri Yaacob ni?.... :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahah.. tq bro..
      ish2 dia tu yg sifu.. bro sham..
      tengah terinpirasi utk next project hiking sebelum
      last skali panjat gunung kinabalu heheheh....

      Delete
  5. ok yang pertamanya nak komen jeles tengok gambar go pro dia.....haishhh kesitu pula yang nampak

    kedua....blog saya dah lama bertukar ke arzmoha.com....terima kasih sobri sebab masih tinggalkan blog saya dalam bloglist....im back

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha..saya pun jeles gak dgn gambar bro arz yg berseni dan awsome tu
      btw tq bro ..samalah kita ya...

      Delete
  6. ok keduanya jeles....rasanya dah dua kali nak naik bukit maxwell tapi tiket selalu habis...

    ReplyDelete
  7. Indah sekali air terjunnya, ingin nanti kesana juga ...

    ReplyDelete
  8. dah penat2 berjalan, best betul dapat mandi kt air terjun yg cantik macam ni..

    ReplyDelete
  9. mendaki pastu mandi air terjun..perg..nikmat...pastu mkn sadwish rasa x nk balik ;p

    ReplyDelete
  10. practise for next hiking katanya...ke mana tu? Rinjani keww!!

    ReplyDelete
  11. seronok ni.. tp daki time da agak pnas ni cepat pening..

    ReplyDelete
  12. La baru aku tahu ada air terjun di bukit larut tu.. memang awesome sangat lah :D

    ReplyDelete
  13. Assalamualaikum,
    Firstly tahniah kt semua. Aktiviti yg sgt2 baik. Nak tanya sikit, agak2 air terjun tu bape kilometer dari kaki bukit. Tq

    ReplyDelete

Komen Anda Amat Dihargai
Terima Kasih Kerana sudi membaca