KeindahanTaj Mahal Ipoh | sobriyaacob.com

Thursday, December 3, 2015

KeindahanTaj Mahal Ipoh

Assalamualaikum & salam sejahtera

Memang tidak dapat dinafikan, Ipoh terbukti mempunyai pelbagai tarikan buat pengunjung daripada pelbagai makanan yang sedap terutama nasi ganja ataupun nasi Vanggey yang wajib dicuba apabila ke sini dan turut mempunyai bangunan-banguanan lama yang senibinanya sangat menawan, tapi adakah korang tahu bahawa di Ipoh juga terdapat sebuah bagunan yang cantik senibinanya sehingga digelar sebagai  Taj Mahal Ipoh ?

Taj Mahai Ipoh I Stesen Kereta Api Ipoh


Untuk pengetahuan korang semua lokasi Taj Mahal Ipoh terletak di Stesen Kereta Api Ipoh @ Ipoh Railway Station yang dimiliki oleh Stesen kereta Api Tanah Melayu yang masih berfungsi dan digunakan sehingga sekarang. Disebabkan keunikan dan kecantikan campuran seni bina Turkey Stesen kereta api ini juga turut digelar sebagai Taj Mahal oleh penduduk setempat Ipoh dan merupakan mercu tanda bagi Bandaraya Ipoh kerana keunikan rupa bentuknya.



Tersergam indah keindahan seni bina di Stesen ini. Kagum dengan kehebatan senibina, perfect place untuk selfie :P

Pemandangan tempat ni memang awesome, dikelilingi dengan landskap berbunga menaikkan lagi seri bangunan ini yang berwarna putih, port yang agak menarik untuk photography. So far sob taklah rasa tempat ni macam sebijik macam Taj Mahal tapi kita akan boleh melihat unsur-unsur atau ciri-ciri senibina  seperti  Taj Mahal di India di sini. Untuk pengetahuan korang dahulu di sini terdapat Majestic Station Hotel tapi buat masa sekarang sudah tidak beroperasi lagi.



Pada sebelah pagi tempat ini menurunkan pengguna kereta api dan merupakan antara laluan untuk Tren ETS. Pada sebelah malam pula di sekitar kawasan Stesen Kereta Api lebih hidup dan sangat meriah kerana menjadi tempat tumpuan pelancong atau penduduk ipoh untuk beriadah kena banyak aktiviti yang menarik ada disini antaranya busking, main buih belon, roller blade dah memang trend sekarang! Pada sob kawasan ini lebih meriah dan hidup pada waktu malam terutama hujung minggu.

Tugu Peringatan 


Mahkamah Tinggi Ipoh, Dewan Bandaraya Ipoh turut berada di Hadapan Stesen Kereta Api Ipoh

So macam mana ? cantik tak Stesen Keretapi Ipoh @  The Taj Mahal Of Ipoh, so far Sob memang mencadangkan korang kesini antara tempah wajib kena singgah terutama pada waktu malam memang sangat meriah dengan pelbagai aktiviti. Jangan korang ingat kat Perak ini tak ada bangunan persisT taj Mahai, jadi pastikan sebelum korang betul-betul pergi tengok the real Taj Mahal kat India make sure kena sampai kat sini dulu untuk ambil feel angin Taj Mahal versi Ipoh :P

7 comments:

  1. Seni binanya unik. Bangunannya juga masih kukuh.

    ReplyDelete
  2. cantik taj mahal ipoh ni...dh sampai ipoh tapi x tahu tentg ni..tq infonya sob.

    ReplyDelete
  3. banyak juga tempat menarik di ipoh ni kan ...

    ReplyDelete
  4. Cantik. Pi sana Ipoh parade je sy prsan bangunan mcm ni tk perasaaaann pula

    ReplyDelete
  5. Oih cantiknya, baru tahu pasal ni :D

    ReplyDelete
  6. lahir kat ipoh dah 27 tahun baru tau stesen keretapi tu panggil taj mahal!!!

    ReplyDelete

Komen Anda Amat Dihargai
Terima Kasih Kerana sudi membaca