Ekspedisi Gunung Kenderong -The Twin Peaks Of Perak (k2) | sobriyaacob.com

Sunday, January 10, 2016

Ekspedisi Gunung Kenderong -The Twin Peaks Of Perak (k2)

Assalamualaikum & salam ceria !

Gunung Kenderong dan Gunung Kerunai yang dikenali sebagai the twin peaks of Perak ( K2 ) antara 2 puncak gunung yang berdiri megah di kawasan Gerik, Perak. Gunung Kenderong yang berketinggian 1223 M dari paras laut melambai-lambai untuk didaki sehingga ke puncak. Sebagai anak jati Gerik sudah menjadi satu keinginan di hati untuk menjejakkan kaki ke atas Puncak Gunung Kenderong antara gunung tertinggi yang terdapat di daerah Grik, alhamdulillah pada 01/01/2016 - 03/01/2016 kami Team Bamboo Hikers #THSJ berjaya Menawan Gunung Kenderong. Gunung Kenderong boleh disifatkan treknya dagu bertemu lutut, panas dan  trek yang agak mencabar daripada bawah sehingga ke puncak !

Ekspedisi Gunung Kenderong -The Twin Peaks Of Perak 

Menaiki lori untuk ke waterpoint melalui kampung Pahat Dalam

01/01/2016 ( Jumaat )

Jumaat petang kami semua berkumpul setelah cukup line up seramai 8 orang iaitu Nasif, Amy, sob, Aburis, Din, Amalina, Jamilah, & Angah!   selepas dibahagikan sama rata barang yang perlu dibawa setiap ahli kumpulan seterusnya pada pukul 5.30 pm kami menaiki lori menuju ke Kampung Pahat Dalam untuk menuju ke waterpoint 1 untuk camping sebelum memulakan pendakian keesokannya. Sepanjang perjalanan akan melalui kawasan kebun getah dan terpaksa meredah trek yang dihalang oleh buluh-buluh besar yang banyak di sepanjang jalan, anggaran perjalanan lebih kurang 1 jam 10 minit. Kitaorang terpaksa jalan agak jauh lori tak mampu hantar ke sedekat yang mungkin ke kawasan waterpoint disebabkan permukaan off-road yang berlubang di samping ranting-ranting dan duri yang boleh mencalarkan sekiranya tidak alert dengan halangan di hadapan.

Melalui kawasan kebun getah terlebih dahulu,  selain itu antara cabaran lain pokok-pokok buluh yang banyak di sepanjang jalan antara halangan utama yang kena tempuhi

Sungai kecil ini satu-satunya waterpoint yang terdapat di sini.

Benda yang paling best makan ketika camping ialah meggi, thanks Amy sebab rajin masak untuk kami semua tengah-tengah malam, memang nikmat malam-malam buta dapat menikmati semangkuk maggi :P

Kami sampai ke waterpoint ketika waktu maghrib keadaan cuaca semakin gelap seterusnya didirikan khemah dan fly untuk berehat dan memasak. Aktiviti pada sebelah malam dijalankan aktiviti santai-santai berkenalan antara satu sama lain terutama hiker yang pertama kali joint Bamboo Hikers iaitu amy dan along. Thanks zul menceriakan camping dengan game-game spontan daripada hang yang sememangnya menguji Pendengaran dan minda kami semua  :P


Mengemas dan bersiap sedia untuk teruskan perjalanan ke Puncak Gunung kenderong


02/01/2016 ( Sabtu )

Mengikut plan asal, seawal pagi yang mungkin ingin terus meneruskan perjalanan mendaki ke puncak kenderong untuk mengelakkan cuaca panas tapi pada saat-saat akhir ada pertambahan peserta yang ingin mengikuti trips ini jadi pendakian bermula agak lewat sekitar pukul 12.00 am. Terima kasih Pakcik Man kerana menghantar June sehingga ke waterpoint, owh ya memandangkan gunung kenderong pernah terbakar sebanyak 2 kali jadi trek sangat tidak kukuh dan banyak batu-batu rapuh terbang terutama si bahagian atas. Sepanjang perjalanan akan menghadapi cuaca yang panas kerana tiada pokok-pokok besar di sepanjang perjalanan, pastikan korang membawa bekalan air secukupnya sekurangnya 3 botol besar 1.5 ltr setiap orang untuk kegunaan di puncak selain itu untuk mengelakkan stroke haba.

Trek yang tak bagi muka dari bawah sampai ke puncak, cuaca yang panas jadi jangan mengharap di atas puncak ada water point jadi sila lupakan impian dan angan-angan korang nak mandi manda di puncak, jadi pastikan air yang dibawa cukup kegunaan untuk naik dan turun :P


Awas terutama di bahagian nak sampai ke Checkpoint Balak, dimana  trek di  kawasan itu agak berbahaya dan agak tinggi oleh kerana tiada pokok atau akar kayu  yang betul-betul stabil atau kukuh untuk berpaut kesan daripada terbakar jadi banyak bergantung kepada rumput, akar kayu dan tali. Kebanyakan tali yang diikat sudah agak lama jadi pastikan tali itu betul-betul selamat sebelum berpaut dan perlu sangat berhati-hati kepada batu terbang kerana permukaan tanah di sini sangat rapuh dan digalakkan memanjat seorang demi seorang untuk mengelakkan batu terjatuh terkena rakan korang. Batu terbang antara yang mencabar kesabaran selain daripada cuaca panas dengan beban yang dibawa sekali silap hari bulan sekiranya tiada komunikasi dan kesabaran memang boleh menyebabkan kecederaan. Sehingga ada team kami mengelarkan trek ini trek taubat, kerana taubat lepas ni tak mahu repeat lagi gunung kenderong, perlu lebih berhati-hati di sini kerana gaung berada di kiri dan kanan

Keadaan tanah di sini yang tak stabil dan banyak batu kapur yang kecil jadi korang akan sentiasa dengar jeritan daripada kawan-kawan kat atas 'batu terbang' memang tak dapat dielakkan dan untuk keselamatan dan memudahkan korang mendaki di kawasan ini sila bawa extra tali sebagai sokongan untuk memudahkan perjalanan sampai ke puncak

Checkpoint Balak (  bukit tipu 2 ) kawasan ini agak lapang untuk berehat dari sini hendak sampai ke Kem Solar anggaran 20 minit dengan cuaca yang panas memang boleh pewai. Dari sini sudah boleh melihat view Pekan Gerik dan Gunung Kerunai dengan jelas dari sini.

Pewai-pewai jugak... tapi asal kemera on letih terus boleh hilang bila nak bergambar :P

Di sepanjang laluan ke atas memang tak banyak kawasan yang lapang untuk take 5, laluan memang agak sempit jadi asal ada kawasan teduh yang redup ditutup oleh pokok-pokok kecil atau semak untuk korang rehat sebentar terutama dengan cuaca yang panas sekiranya first time hiking memang boleh mengalah dengan Kenderong  yang panas, berdebu, batu terbang sekiranya tidak bersabar.  Di sini terdapat 3 bukit tipu di mana korang akan jumpa sebelum sampai ke puncak jadi jangan tertipu dengan apa korang lihat jadi banyakkan bersabar bila rasa sudah dekat-dekat nak sampai puncak.  Ok cukupklah sob cerita apa extreme mengenai trips mendaki Gunung Kenderong apa yang best view di sini memang cantik terutama ketika sunrise di awal pagi dan pada waktu malam kita boleh melihat view pekan Grik dan sekeliling yang bercahaya daripada atas puncak cukup mempesonakan.


Disebelah sana boleh kelihatan Gunung Kerunai tapi untuk menaiki gunung kerunai melalui laluan  yang berbeza, melalui di persimpangan y

korang boleh nampak pemandangan Pekan Gerik, tapi sayang kebanyakan pokok di sini terbakar jadi bila camping pastikan unggun api yang dibuat betul-betul terpadam.

Kesan-kesan terbakar yang boleh dijumpai boleh terasa bau-bau debu dan arang di sepanjang perjalanan, pastikan memakai sarung tangan kalau tidak memang di celah kuku-kuku penuh dengan kesan-kesan hitam :P

Di puncak tipu / Kem Solar,  pendakian masih memerlukan 50 minit untuk sampai ke atas di mana akan menjumpai beirut usang di Puncak. 

kami mendirikan khemah untuk berkemah di sini kerana tapak di sini agak luas, disini korang akan menjumpai 1 papan solar rasanya sudah tidak berfungsi lagi. Dari sini hendak ke Puncak Gunung sudah tidak jauh lagi anggaran masa 40-50 minit. Selain daripada trek yang pacak 60-90 darjah terutama di sebelah atas batu terbang, cuaca yang panas sepanjang perjalanan korang akan dihinggap oleh lebah  di kenderong agak friendly mungkin juga tertarik dengan peluh yang keluar tapi lebah-lebah disini tidak menggigit cuma terasa agak terganggu untuk mendaki.

Jangan  lupa htag #MakanBuahTembikaiDiPuncakGunung  antara saat-saat yang paling dinantikan nikmat yang tak terhingga berehat sambil makan buah tembikai arh memang terasa sangat manis makan buah tembikai  setelah seharian menghadap panas sambil angin gunung tiup sepol-sepol bahasa menikmati pemandangan sekeliling,sambil menunggu sunset menjelma memang layan sangat berbaloi mendaki Perjalanan daripada waterpoint sehingga ke kem Solar  anggaran selama 2jam 40minit .

Menunggu sunset di puncak gunung, semua orang boleh hilang penat apabila melihat sunset turun disebalik gunung

#TeamBambooHiker

Tempat penginapan 5 star, sambil tidur boleh kira bintang :P


Menu malam itu sup sayur & air panas dan segala jajan-jajan yang dibawa memang menjadi cukup nikmat untuk dimakan, berehat sambil bercerita moment-moment menarik  terjadi semasa mendaki gunung kenderong banyak perkara-perkara lucu yang terjadi sepanjang perjalanan biarlah terus menjadi rahsia. Walaupun pewai aktiviti wajib main game tetap dijalankan cuma bezanya aktiviti kali ini lebih kepada aktiviti fun untuk mengurangkan rasa penat dan stress ketika mendaki dan seterusnya tidur untuk persediaan keesokan harinya. Suhu di puncak kenderong agak sejuk jadi pastikan bawa kelengkapan yang sesuai untuk pastikan tidur korang lena tanpa gangguan :P

Sunrise baru nak menjelma pada pukul 6.40am, menunggu sunrise daripada pukul 6.00am sambil menikmati secawan air :P

Selamat pagi Kenderong, sunrise dalam pukul 7.15 am. Perfect timing for welfie :P



03/01/2016 ( Ahad )

Walaupun kesejukan tapi tetap sabar menanti kemunculan sang mentari, naik tinggi-tinggi kalau tak tunggu sunrise muncul memang rasa tak lengkap melihat cahaya-cahaya emas keluar disebalik awan kapet memang salah satu moment indah yang tak dapat dibayangkan, sambil itu awan datang berarak membadai muka perhh.. memang syiok sejuk.. :P


Pemandangan dari gunung kenderong pada waktu pagi, view from Kem Solar

Group Photo #AwesomeTeam #BambooHikers sambil menggayakan puncak Gunung Kenderong yang berjaya ditawan :P

Setelah selesai makan, mengemas dan mengutip balik sampah untuk dibawa turun ingat apa yang dibawa ke puncak itu yang dibawa turun ke bawah.. take nothing but picture, leave noting but footprint. Masa yang diambil untuk turun lebih kurang 2 jam cuma perlu lebih berhati-hati terutama di bahagian turun dari kem solar ke Checkpoint balak, awas kepada batu terbang, kerana bahaya batu-batu akan jatuh ketika pijak dan boleh mengundang bahaya kepada team yang turun terlebih dahulu di bawah kerana waktu menurun memberikan cabaran yang berbeza daripada mendaki naik dan harus menurun separuh demi separuh.



Pemandangan daripada Kem Solar menuju ke Puncak Kenderong dimana disini korang akan berhadapan dengan 3 puncak tipu terlebih dahulu, sebelum sampai ke Puncak

Puncak Tipu ke 2, sebelum menjumpai puncak tipu ke 3, macam mana darjah kecuraman dia memang rare kan :P

 View from the peak, di sebelah atas akan kelihatan pemandangan 360 darjah yang cukup mengancam ! antaranya akan kelihatan Gunung Kerunai

At the top Peak Mountain Kenderong, Alhamdulilah view memang belanja !

Alhamdulilah sepanjang trips kenderong 1.0 kami ini semua berjaya turun dengan selamat walaupun ada a few team yang sedikit cedera terjatuh tapi tidak serius cuma agak pewai kerana pertama kali berhadapan dengan trek Gunung Kenderong, kebanyakan menurun dengan cara bergelongsor untuk menampung beban berat yang dibawa sehingga ada yang terkoyak seluar selain itu kami telah mengikat tanda tali awas untuk panduan pendaki yang lain untuk naik, inshaallah mungkin dalam tahun ini juga akan ada trips kenderong 2.0 memandangkan banyak permintaan kawan-kawan untuk joint sekali, tarikhnya ? bukan pada waktu terdekat ini. Terima kasih kepada Pakngah, Pak long, Pak man yang banyak memberi tips dan panduan sepanjang pendakian kali ini.

Tepat pukul 11am kami berjaya sampai ke water point untuk memasak, mandi-manda dan berehat sebentar dan seterusnya berjalan lagi menuju ke tempat di mana lori meninggalkan kami. Cabaran Gunung Kenderong bagi sob terutama kepada beginner, korang boleh lakukan tapi kena berhati-hati dan berazam untuk sampai ke puncak biarlah sesusah mana halangan yang ditempuh, jatuh, cuaca panas, trek curam sekiranya bertekad pasti boleh lakukan untuk sampai ke puncak, bab kata Zul letih, menagis macam mana pun kaki tetap kena langkah dan muka kena senyum selalu biarpun trek nya lutut bertemu dagu :P



Sob (Bamboo Hikers )
Gunung Kenderong, Gerik Perak
01-03 /01/2016 
'Trips permulaan untuk tahun 2016
Yang penting Hiking Sampai Jadi'

30 comments:

  1. assalam..pengalaman hebat n pic semanya cantik terutama view kala sunset.

    ReplyDelete
    Replies
    1. wasalam sis memang sangat berbaloi untuk didaki sampai ke puncak..
      dijamu pula dgn sunrise yng mngasikkan.. :) syukur

      Delete
  2. Traveling yang menarik
    Gunungnya pun cantik

    :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih..
      ada masa blehlah dtg mendaki :)

      Delete
  3. rasanya sayalah orang yang paling tak adventure sekali, nice view

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehehe.. slow kayuh mesti sampai ke ats..
      tq for reading :)

      Delete
  4. Seumur hidup..tak pernah panjat gunung. Masa belajar dulu, gi camping pun sbb kena paksa..haha
    Gambar2 cantik

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe.. tak pe lpas ni boleh la klau ada peluang
      bolehlag pergi memanjat pulak... memang best

      Delete
  5. Cantiknya gambar2 dengan ulasan yang menarik! happening sangatt nampak..

    ReplyDelete
  6. Ekspedisi begini sangat sesuai untuk mereka yang berjiwa kental. Sekalipun SP sendiri seorang anak kampung, aktiviti begini kurang diminati..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe itulah bagi yang berminat outdoor aktiviti mcm ni
      memng suka joint aktiviti hiking and camping..
      satu kepuasan bila sampai ke puncak

      Delete
  7. indahnya pemandangan . terpesona sekejap tengok ...

    ReplyDelete
  8. suka pengalaman macam ni. tengok alam sekitar

    ReplyDelete
  9. Baca setiap perengan rasa mcm seronok lak. tp tu la kita ni baru try broga je pun da rasa payah. part nak naik ada tali jee. tu pun ada tali. track pun da tersedia. ni nmpk cm takde track kan... hopefully setiap dakian korang yg akn dtg dilindungi keselamatan baik2 yee :)

    ReplyDelete
  10. haihh memang terbaiklah..dapat tengok view lawa tu yang mahal tu...salute!

    ReplyDelete
  11. subhanallah.. pasti teruja melihat alam ciptaan Allah.. baru kak aiza tahu di grik ada tempat mendaki yang menarik begitu..

    ReplyDelete
  12. Gunung ni bkan ke sbelah highway kupang-grik di kari kepala ikan salim kn?

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu bro..ni gunung yg kita boleh nampak dari higway kupang baling..
      yap yang kari kpala ikan tu :)

      Delete
    2. Ptutla dekat nmpk..slalu blik klntn perasan tggi gunung tu.nmpk pkok2 jrang2 xtebal sgt hutan,search2 rupanya gunung ni pernah terbakar..tringin nk mndaki,tp xpernah plak mndki gnung,bru junior naik bukit sja haha

      Delete
    3. Btul ke blh nmpk jmbtan p.pinang dr puncak gunung ni?

      Delete
    4. orang local la ckp..depa pernah nampak dari puncak..jmbtan pulau pinang klau cuaca ok..n clear..owh.. klau berminat nak panjat gunung...roger2 la number.. klau ada trips sya bg tau bro...heheh :)

      ya gunung ni pernah terbakar 2 kali...so memnt kat atas puncak botak n panas.. btw klau lalujalan bling ke gerik..memng akan perasan gunung ni heheh :)

      Delete
    5. InshaaALLAH..ade rezeki stu hr join..bz keje jgak sush nkp mne2 trip.

      Delete
  13. Gunung ni bkan ke sbelah highway kupang-grik di kari kepala ikan salim kn?

    ReplyDelete
  14. Salam. Ade buat trip nak hiking lagi tak gunung ni? Nak joinnn ! Ade contact number ?

    ReplyDelete
  15. Spanjang trek dah siap marking ka bro..laluan trek bnyak ka 1 ja..

    ReplyDelete

Komen Anda Amat Dihargai
Terima Kasih Kerana sudi membaca