Ekspedisi Santai Menjejaki 5 Puncak Bukit Berekeh @ Bukit Botak | www.sobriyaacob.com

google advertising

Sunday, March 6, 2016

Ekspedisi Santai Menjejaki 5 Puncak Bukit Berekeh @ Bukit Botak

Assalamualaikum & salam sejahtera

Bukit Berekeh atau turut dikenali juga sebagai Bukit Botak, berketinggian 1940 ft ( 454 mtr ) terdapat 5 buah puncak bukit serta memiliki Beirut di puncak tertinggi, terletak di Kampung Bawong Lasah, Sungai Siput, Perak antara lokasi yang kurang menjadi tumpuan para pendaki untuk datang kesini tapi menawarkan pemandangan yang terbaik dari puncak bukit seolah-olah seperti berada di kawasan Savana yang dikelilingi oleh rumput-rumput keperangan tumbuh melatar di sekitar puncak memang menawarkan satu panorama yang cukup indah.

Ekspedisi Santai Menjejaki 5 Puncak  Bukit Berekeh @ Bukit Botak

Alhamdulillah pada pada 24/01/2016 Sob dan Team Agaras berjaya sampai ke Puncak Bukit Botak secara jujurnya sob memang tak tahu mengenai kewujudtan Bukit Botak, tapi bak kata-kata orang tua tak kenal maka tak cinta dah kenal mulalah rasa nak repeat lagi, ternyata bukit botak mempunyai keistimewaan yang tersendiri daripada penangan trek sehinggalah view yang awesome ! cuma baru-baru ini gambar pemandangan di Bukit Berekeh telah viral di Hacam harapnya Bukit Botak tidak menerima nasib yang sama seperti Gunung Baling. Nikmati dan hargai keindahan alam yang diberikan harus dikongsikan bersama bukan untuk di musnahkan :P


Sebenarnya misi utama kami ke Bukit Botak dan usaha mencari Hang Tuah, Hang Jebat, Hang Kasturi, Hang lekir dan Hang leque, Tun Teja bersama dayang-dayangnya khabarnya ada team agaras yang termimpi-mimpi bertemu dengan mereka, maka demi untuk menunaikan hajat sahabat kami maka Trips santai ke Bukit Botak dijalankan. LineUp asal yang menyertai trips kali ini seramai 8 orang iaitu Abang Dean, Kak Vien, Abang Naz, kak june, kak anis, Abang Zul, abang zuhud dan  sob pada saat-saat akhir  ada pertambahan 3 orang penduduk setempat.

Kami bertolak seawal 5 pagi daripada gerik menuju ke Kampung Bawong, perjalanan mengambil masa lebih kurang 2 jam untuk sampai ke lokasi dan setibanya di sana Local Guide telah menunggu kami semua Bersarapan dahulu di gerai berhampiran dan seterusnya bertolak ke lokasi permulaan untuk mendaki.

Dari sini korang boleh nampak yang Bukit Botak Mempunyai 5 puncak.

Di pertengahan jalan menuju ke puncak Bukit Botak, take 5 rest sebelum teruskan perjalanan.

Keadaan trek, so far trek asal ke puncak bukit tidaklah terlalu sukar mula-mula akan melalui kawasan sawit ( penanam sawit semula ) anggaran masa 30 minute berjalan, seterusnya terus memasuki trek hutan lebih kurang 20 minit boleh sampai ke puncak pertama, anggaran masa dari puncak pertama untuk sampai ke puncak terakhir dalam masa 20 minit. Cabaran terbesar hiking disini adalah faktor cuaca tambahan ketika musim panas terutama di bahagian atas bukit tak banyak kawasan yang mempunyai pokok-pokok yang boleh dijadikan tempat untuk berteduh, jadi pastikan bawa air secukupnya dan payung.

Untuk menjadikan ekspedisi kali ini lebih menarik, kami membuat keputusan untuk mencuba trek baru dibuat untuk menuju terus ke puncak terakhir Bukit Botak iaitu puncak ke 5 ini bermakna ketika turun nanti baru menggunakan trek asal untuk mendaki ke Bukit Botak. Tahap kesukaran trek baru yang baru dilalui oleh kami 80% kecuraman dimana kami  mendaki terus sampai ke puncak ke 4, seriously trek ini betul memberi cabaran kepada kami semua memang layan lah.. thanks Abang Dean tunjukkan trek ni memang memberi adrenalin yang berbeza untuk pendakian kali ini :P

Permulaan mengikuti trek ladang kelapa sawit, seterusnya laluan balak *sob rasa* dan seterusnya memasuki kawasan hutan untuk menuju ke Puncak Bukit Botak

Trek baru yang dilalui oleh kami, agak mencabar dan curam, silap langkah boleh jatuh ke bawah struktur tanah di sini tidak begitu kuat jadi berhati-hati ya P



Di puncak kelima Bukit Botak disini terdapat Beirut


3 serikandi yang joint trips #Agaras, so far Bukit Botak nice places untuk sesi photography.

Yeah! kami berjaya sampai ke Puncak Bukit Botak, plus cuaca hari tu memang panas.. memang hebat penangan Bukit Botak terutama pada waktu tengahari.  #AgarasAdvantureTeam


Dari sini boleh nampak pemandangan 360 darjah gunung-gunung yang terdapat di sekeliling, boleh lihat view gunung trans titiwangsa ( V3 ) selain itu boleh nampak kampung Bawong penempatan orang asli dan ladang kelapa sawit disekitarnya

Rombongan Hang Tuah dan Tun Teja dijumpai di Puncak Bukit Botak! cuba teka mana satu Hang Tuah, Hang Jebat, Hang Leker, Hang Kasturi dan Tun Teja! 

Sambungan cerita asal mengenai mimpi untuk menjumpai Hang Tuan dan kawan-kawannya serta Tun Teja bersama Dayang-dayang nya akhirnya menemui kegagalan di puncak Bukit Berekeh, kami hanya menjumpai Beirut ternyata mimpi itu hanya sekadar mimpi yang tidak akan menjadi realiti maka secara realitinya apa hubungan antara kaitan Bukit Botak dan Hikayat @ sejarah melayu lama ? yang pasti idea untuk pakai baju kebangsaan di puncak bukit, idea spontan di group wassup akhirnya menjadi! maka ada yang termimpi kembali ke zaman-zaman dulu kan? banyak sangat tengok dvd ni kan geng. Syabas team! korang memang sporting :)


Bukit Botak, we done!


Pemandangan dari puncak tertinggi Bukit Botak disini boleh nampak lagi empat puncak dan di bawah gambar view 360 darjah gunung disekeliling, perh view memang layan tambahan kalau ada kesempatan untuk layan view sunrise atau sunset. Bolehlah kalau nak berangan nak photoshot video diwale kat atas ni, sumpah view di puncak bukit ni memang cantik.

Rumput-rumput di sini yang berwarna keperangan memberi pandangan seolah-olah di kawasan savana ataupun di persekitaran Gunung Sahara, jadi tak perlu hiking jauh-jauh datang ke sini pun, view sudah cukup memuaskan hati.


Tips mengenai Bukit Botak, seeloknya hiking seawal pagi atau sebelah petang untuk mengelakkan cuaca panas, bawa air secukupnya dan payung sekiranya berhajat untuk stay lama di Puncak. Seriously waktu sob dan team naik cuaca sangat panas, tambahan di kawasan atas bukit sangat limited pokok-pokok yang boleh dijadikan tempat berteduh, tahap kesukaran trek sekiranya mengikut trek asal semua peringkat umur boleh mendaki di Bukit Botak. Cuma pastikan tidak membuang sampah merata-rata sangat sayang kawasan yang  cantik dicemari dengan sampah jadi sila jaga kebersihan dan ingat jadilah seorang pendaki yang bertanggungjawab, Bukit atau Gunung bukan tempat sampah :P

23 comments:

  1. view dipuncak bukit botak mengagumkan keindahannya...team anak muda yg menawan puncak meminjam semangat pendekar yg lima n tun teja sebenarnya tu. tahniah. cantik n kacak berbusana Melayu meraikan kejayaan yg xmudah tu.

    ReplyDelete
  2. Ekspedidi la sementara masih sihat dan kuat, macam saya sekarang dah tak boleh, lutut dah rosak :(

    ReplyDelete
  3. bestnya hiking walaupun tengah panas sampai juga puncak

    ReplyDelete
  4. dah dekat beno ngan kg teman tu...teman pun x sampei lagi ke kg bawong tu...hehehe...bukan main lagi srikandi2 dan pahlawan2 yer... tahniah buat sobri and the gang

    ReplyDelete
  5. fitnya korang ni, apappun pemandanga yang cantik itulah kepuasan bila dah sampai. ye tak

    ReplyDelete
  6. photo nya keren" cob :D jadi pengen ke sana wkwk

    ReplyDelete
  7. Aktiviti lasak dan mencabar.
    Tahniah hang tuah, hang jebat, rakan2, hulubalang2 dan dayang2

    ReplyDelete
  8. Bang perlukan guide utk ke sini ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. bukit ni tak hard sangat..klau tahu jalan nak ke starting point tak perlu guide.. :)

      Delete
    2. Kt blah mana starting point dia bro

      Delete
    3. starting point dia bro..kat atas skali teres terakhir tanam pokok sawit..btw agak compius nak cari.. sbab smua nampak sama..ada tanda dgn tali awas nak naik ke laluan trek

      Delete
  9. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  10. Waw indah sekali pemandangannya.

    ReplyDelete
  11. Salam bang, nak tanya starting point dia bla mana?

    ReplyDelete
  12. esok pagi saya n team saya nak gi panjat Berekeh neh......

    ReplyDelete
  13. cmne nk dapatkn no guider yer??

    ReplyDelete
  14. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  15. Macam mana nak identify starting point?
    (Waze ke nama apa? Ada apa landmark?)
    Thank you :)

    ReplyDelete
  16. boleh bg details org yg guide en.. bercadang nak naik jugak tapi masih xde guider T_T, please email muslimahnisa@gmail.com

    ReplyDelete
  17. boleh bg details org yg guide en.. bercadang nak naik jugak tapi masih xde guider T_T, please email hasrul233@gmail.com

    ReplyDelete
  18. berapa lama ambik masa nak naik n turun?

    ReplyDelete

Komen Anda Amat Dihargai
Terima Kasih Kerana sudi membaca