Ekspedisi Mencari kerlipan Bintang di Puncak Gunung Bintang | sobriyaacob.com

Wednesday, July 27, 2016

Ekspedisi Mencari kerlipan Bintang di Puncak Gunung Bintang


Assalamualaikum dan salam sejahtera

Baru-baru ini hajat sob untuk mendaki Gunung Bintang akhirnya tercapai juga setelah lama mengidam untuk menawan antara gunung yang tertinggi di Kedah, bagi hampa yang tertanya-tanya mengenai Gunung Bintang ialah sebuah gunung yang menjadi titik sempadan antara negeri Kedah dan negeri Perak, berketinggian 1,862 meter dari aras laut dan ia merupakan sebahagian daripada gunung dalam deretan Banjaran Bintang yang menganjur dari Selatan Thailand. Pun begitu puncak Gunung Bintang terletak di dalam sempadan negeri Kedah dan sob difahamkan ini merupakan merupakan gunung yang tertinggi di Negeri kedah, So antara misi utama trips ini adalah nak melihat kerlipan bintang-bintang dari puncak tertinggi Gunung Bintang, sama ada misi ini berjaya atau tidak :P

Ekspedisi Mencari kerlipan Bintang di  Puncak Gunung Bintang

Trips ini telah di organized by Bro Ash dari "Orang Gunong Osem" so hampa boleh like group ni di facebook sebab Bro Ash agak aktif dalam dunia hiking so banyak trips dan info-info terkini yang di share di page Orang Gunong Osem ( O.G.O )

Trips mendaki Gunung Bintang Kali ini mengambil masa selama 2hari 1malam dan starting point bermula daripada Lata Sedim, Kedah. Ketinggian Gunung Bintang Lebih Kurang 1862 meter dari aras laut, jangkaan masa pendakian sampai ke puncak mengambil masa 12 jam bergantung kepada stamina pendaki dan jarak pendakian sejauh 13-14 km untuk sampai ke puncak. Untuk mendaki Gunung Bintang boleh dibahagikan kepada beberapa checkpoint, CP1 Pertama akan menjumpai Kawasan air Terjun, seterusnya CP2 kawasan permatang dan CP3 terakhir iaitu di kem Bunian dimana disini terletaknya last water point sebelum terus ke puncak.

berjalan kaki menuju ke kaki rimba

Dari starting point lata Sedim boleh berjalan kaki  menuju ke kaki rimba melalui jalan yang bersimen, kami bergerak dalam pukul 9.30 am dan anggaran masa lebih kurang 2 jam dan antara  pilihan lain boleh menaiki 4x4 untuk mempercepatkan masa perjalanan seterusnya akan melaui trek hutan dan kawasan berbuluh untuk menuju ke waterpoint ( checkpoint 1 ) anggaran masa selama 2 jam 30 minit dimana akan melalui laluan yang mendatar, cabaran utama di sini terpaksa mengelak dan merangkak daripada rumpum-rumpun buluh yang tumbang. Sepanjang perjalanan ke Cp 1 akan menjumpai lebih kurang 2 sungai kecil dan awas laluan ini juga merupakan laluan Pak long mencari makanan jadi sila berhati-hati dan berjalan dalam berkumpulan.


Air Terjun Lata Riau di Check point  1, boleh tahan tinggi waterfall ni.. memang cantik pemandangan nya kalau dapat tiruk  lagi memang layan :P

Sampai ke Lata Riau lebih kurang pukul 12.00 tengahari, di sini terdapat satu wakaf / pondok yang masih dalam keadaan baik cuma tandas yang kelihatan sudah lama tidak digunakan, jadi dekat sini boleh rehat sebentar sambil makan pack lunch sebelum meneruskan perjalanan di mana cabaran yang sebenar bermula. Perjalanan seterusnya untuk menuju ke next Cp 3 iaitu ke Kem Bunian dimana kami akan bermalam sebelum keesokan harinya terus menuju ke puncak untuk melihat matahari terbit. Boleh dikatakan trek daripada Cp1 menuju ke Cp3 ( LWP ) memang trek  yang tak kasi muka langsung, trek yang mencanak dan mencongak! orang cakap memang layanlah trek ni nak jumpa permatang yang mendatar pun susah memang menguji fizikal dan mental. Alhamdulilah sepanjang perjalanan tak ada yang tercedera cuma sedikit pewai ? sedikit sangatkan hahahahhaa tapi kaki masih boleh teruskan melangkah - tq Bro Ash for your support, u are truly hikers sejati i really  appreciated it :P


Pendakian daripada Cp1 ke Cp3 tempoh mana dianggarkan selama 3 Jam lebih dimana cabaran sebenar mendaki Gunung Bintang bermula, semasa dalam perjalanan akan jumpa pelbagai jenis flora dan fauna serta disajikan dengan pemandangan  dan bunyi-bunyian hutan yang cukup mendamaikan. Yang best hiking di Gunung Bintang walaupun trek dia boleh dikatakan mencanak daripada atas ke bawah tapi kita tak akan jumpa puncak tipu yang selalu memberi harapan palsu boleh  jadi boleh focus dan layankan je kaki menapak slow-slow sampai ke puncak, sepanjang jalan menuju ke kem bunian dengan diri pewai sambil melayan perasaan on track banyak perkara yang terlintas dekat fikiran berkait rapat dengan bintang.. antaranya harimau bintang ishh! tak mau..tak mau mintak dijauhkan! selain itu nak lompat bintang dekat puncak Gunung Bintang dan pada waktu malam nak layan bintang-bintang berkelipan dari Gunung Bintang !

 Cp 3, Campsite Bunian dekat sini juga hampa boleh nampak kesan-kesan najis pak long jadi ini antara kawasan laluan mereka, ok ada yang tanya kenapa kem ini nama Kem Bunian ? well bunyi agak mistik bukan nak tahu kena naik dan bermalam sendiri kat Kem ni :P

Lebih kurang 5.30 petang kami sampai ke Kem Site Bunian, dimana di sini terletaknya Last Water Point, bagi yang ingin terus hiking ke puncak boleh ambik air dulu disini dimana hampa kena turun sedikit ke bawah lebih kurang 5 minit untuk  menuju ke sungai kecil di bawah. Kami bermalam di sini dulu dimana keesokan harinya awal-awal pagi dalam pukul 4.30am boleh terus ke puncak untuk melihat matahari terbit. Kawasan Kem Bunian ini agak luas, jadi boleh menempatkan ramai group. Pada hari kami mendaki ada sedikit  hujan pada sebelah petang jadi suasana berkabus-kabus dan cuaca yang sejuk terutama pada sebelah malam memang best jadi pastikan bawa sleeping beg dan sweeter untuk tidur dalam keadaan selesa kalau tidak jawab nya tidur dalam sejuklah !

Inilah sungai kecil dan merupakan Lwp di Kem Bunian, airnya jangan cakap memang sejuk gila kalau minum terus, terasa fresh je segar terus mata.. jujur cakap pemandangan di punca air ini memang cantik berlumut hijau.

Pemandangan daripada Bonsai Kecil, misi utama nak lihat kerlipan bintang bersinar di waktu malam tapi apakah daya naik gunung ketika bulan penuh, alhamdulilah disajikan dengan panorama bulan mengambang yang cukup mengasyikkan.

Keesokan hari lebih kurang 4.30am kami memulakan perjalanan menuju ke puncak anggaran tempoh masa lebih kurang 1jam 30 minit dimana akan melalui Taman Bonsai dan Bintang kecil sebelum sampai ke Puncak. Trek daripada kem bunian ke puncak sebenarnya agak mengelirukan dan terdapat banyak laluan treck dan laluan tikus dimana ini juga trek laluan binatang jadi pastikan lalu di laluan yang betul. Pengalaman hiking pada awal pagi memang beri adrenaline yang berbeza lain macam sikit, best memang best hiking awal pagi tapi nak bangun tidur awal tu yang seksa sedikit.

Selfie kemenangan satu kali dulu, alhamdulilah salah satu lagi Puncak berjaya didaki, Gunung Bintang ( 1862 mtr ) bersama Bro Ash.

macam mana belanja tak view sunrise kat Gunung Bintang :P

Bro Ash #idola #padu

waiting the sunrise! please be nice with me :)

Lebih kurang 6.30am kami sampai ke puncak, alhamdulillah hari ini disajikan dengan pemandangan matahari terbit yang cukup menawan daripada puncak tertinggi Gunung Bintang yang berketinggian 1862 meter dari aras laut ini adalah puncak gunung tertinggi di Kedah berjaya ditawan! syukur. Suhu di puncak pada hari itu agak sedikit sejuk tapi tetap bersemangat menunggu matahari terbit antara saat-saat yang ditunggu oleh semua pendaki, ganjaran terbaik selepas berhempas pulas mendaki antara kepuasan yang tak boleh diucapkan dengan kata-kata.


Cantik bukan bukan semua orang boleh rasa moment ini, dari sini boleh nampak Gunung Kenderong dan kerunai, Gunung-gunung lain maaf abang sob masih nubis tak tahu nama.

Di atas kawasan Puncak, terdapat juga kem site untuk berkhemah, tapi tidak seluas di kem Bunian, disini terdapat Beirut lama yang sudah patah, katanya sebab dilanggar oleh pak long @ orang besar! Ok kita sudah sampai ke puncak Gunung Bintang jadi jom lompat Bintang Satu kali :P


Lebih kurang 1 jam berada di puncak seterusnya kami berpatah balik menuju ke Kem Bunian, gambar di atas diambil ketika berada di Bintang Kecil, antara tempat yang cukup mengancam untuk selfie portrait! Pemandangan  di kawasan Bintang Kecil memang cukup menarik dan terasa mistik pun ada mungkin sebab faktor-faktor suasana awal pagi yang berkabus dan pokok-pokok dekat sini yang kelihatan nampak sedikit exotic! Masa kami naik awal pagi tadi dalam keadaan gelap dan berkabus jadi banyak pemandangan menarik boleh lihat ketika waktu turun antara hampa akan menjumpai kawasan mossy forest itu dah dekat-dekat nak sampai ke Puncak dan kawasan bonsai di Bintang kecil dan Taman Bonsai.

Bonsai Garden I Taman Bonsai.

Lepas siap mengemas di di Kem Bunian seterusnya kami mula bergerak turun, lebih kurang pukul 3.30 petang kami sampai kembali ke starting point di Lata Sedim, secara keseluruhannya pendakian ke Puncak Hati Awak  berjaya dengan sukses ya! eh pendakian ke Gunung Bintang berjaya dan cukup meninggalkan kesan yang mendalam buat sob kerana banyak kenangan dan halangan yang perlu ditempuhi sepanjang trips ini berlangsung, alhamdulilah berjaya diatasi dengan jaya dan akhirnya impian untuk mendaki Gunung Bintang tercapai, walaupun pendakian kali ini hanya melibatkan Sob dan Bro Ash,  sepanjang pendakian tidak berlaku apa-apa masalah semuanya boleh diselesaikan, syukur bak kata Bro Ash 'asal namanya gunung, kita layankan je, tak larat kita rehat, tak laju kita jalan tapi jangan sesekali patah semangat' thanks idola- saya pegang kata-kata tu.

11 comments:

  1. CT malas hiking so kira baca entry kira dah hiking samalah eh.. aci kan ? huahauaaa..

    ReplyDelete
  2. ceq ingat Gunung Jerai paling tinggi.. Sedim daaa sampai da.. hehe nak gak bagitau =P

    ReplyDelete
  3. uuuish checkpoint ketiga tu ada sikit seram ehehe..

    ReplyDelete
  4. adeh.. hampa sembang Pak Long tu cem rilek je.. aduh. nak kena bermalam dulu baru tau ? oookay xpela hehe.. kekalkan la nama tu hehe..

    ReplyDelete
  5. Cantik sungguh view di puncak gunung bintang tu...kak xtaupula gunung ni paling tinggidi Kedah..malu ngaku org Kedah heh..heh..

    ReplyDelete
  6. untungla bro dapat ikut ekspdisi seperti ini....menjadi sahabat kepada alam

    ReplyDelete
  7. Tahniah...
    Gambar2 memang terbaik....superb

    ReplyDelete
  8. Tahniah...
    Gambar2 memang terbaik....superb

    ReplyDelete
  9. Assalamualaikum..bestnya hiking... tapi seram pula baca laluan psk belang tu...

    ReplyDelete

Komen Anda Amat Dihargai
Terima Kasih Kerana sudi membaca