Royal Belum State Park Destinasi Percutian Yang Wajib Dikunjungi ! | sobriyaacob.com

Monday, August 8, 2016

Royal Belum State Park Destinasi Percutian Yang Wajib Dikunjungi !

Assalamualaikum dan salam Sejahtera,

Dikelilingi oleh kehijauan alam semula jadi sentiasa menjadi destinasi pilihan utama Sob untuk bercuti dan berehat, bayangkan dikelilingi oleh hutan yang berusia lebih 130 tahun dan merupakan hutan tertua di dunia malah lebih tua daripada usia hutan Amazon pastinya kunjungan korang ke Royal Belum Rainforest pastinya tidak akan menyesal. Hutan yang cukup terkenal kerana memiliki pemandangan tasik dan hutan yang cukup indah dan ini antara satu destinasi pelancongan yang cukup menarik untuk dikunjungi di Negeri Perak 

Sob tahu sebenarnya tersangat lah banyak tempat untuk bercuti yang sangat menarik untuk diterokai di sekitar Negeri Perak tapi untuk  entry kali ini sob ingin lebih focus mengenai destinasi percutian yang kian menjadi bualan buat para pelancong iaitu di Hutan Simpan Belum yang terletak di daerah Gerik Perak. 


Tahun Melawat Perak 2017 / Visit Perak 2017

Tahukan korang bahawa usia Hutan Royal Belum adalah lebih tua daripada Hutan Amazon di Brazil, bukti saintifik dan sejarah sukar untuk ditidakkan. Usia Hutan Belum lebih tua dari Hutan Amazon iaitu 130 juta tahun, malah kebanyakkan hutan hujan di negara kita mempunyai usia yang lebih lama dari usia Hutan Amazon. Negara kita sebenarnya menyimpan khazanah yang lebih berusia dan lebih bernilai. Memandangkan saiz hutan amazon lagi berganda-ganda luasnya daripada hutan royal belum maka sebab itulah selalu media luar menggambarkan bahawa hutan amazon adalah hutan tertua di Dunia tetapi fakta itu adalah salah. 



Sedikit Fakta mengenai Hutan Belum-Temenggor :

Hutan Belum dibahagikan kepada dua bahagian iaitu Hutan Belum (lower) dan Hutan Simpan Belum (upper). Pengunjung hanya boleh meneroka Hutan Belum yang tidak diwartakan sebagai hutan simpan, manakala Hutan Simpan Belum perlu mendapatkan permit pihak berkuasa.

  • Kompleks Hutan Belum-Temengor berusia 130 juta tahun merupakan hutan tertua di dunia.
  • Menjadi kawasan tadahan hujan utama bagi Semenanjung Malaysia.
  • Kompleks Hutan Belum-Temengor merangkumi Taman Negeri Royal Belum (117,500 hektar), Hutan Simpan Grik (34,995 hektar) dan Hutan Temengor (147,505) hektar).
  • Keluasan Kompleks Hutan Belum-Temengor hampir empat kali ganda saiz Singapura, kaya dengan kepelbagaian flora dan fauna.

Bagi yang tertanya-tanya apa aktiviti yang korang boleh lakukan sekiranya berkunjung ke Royal Belum Forest antara aktiviti menarik yang korang boleh  lakukan antaranya Tour Island, melawat kampung orang asli, mencari bunga rafflesia, Salt licks ( Sira Gajah ), tracking di hutan,menjejaki air terjun dan pelbagai lagi. Di bawah sob kongsikan gambar-gambar percutian  dan aktiviti yang sob lakukan semasa berkunjung ke Royal Belum  Forest

Mandi Manda di Tasik, sangat best owhh !

Mencuba aktiviti lasak dan advanture di Belum Advanture Camp


Pemandangan Di dalam salah satu lokasi menarik di Hutan Belum, iaitu di Sungai Kool

 Antara pokok-pokok Besar yang boleh ditemui.


Tiruk di Waterfall aktiviti wajib sekiranya berkunjung di Air Terjun Sungai Enam


Keindahan Hutan Belum yang masih belum terusik dimana menjadi tempat tinggal pelbagai jenis flora dan fauna. Jungle tracking di dalam Hutan Belum antara aktiviti yang cukup menarik untuk dilakukan.


Di salah satu perkampungan Orang Asli di Hutan Belum

Ronda-ronda melawat pulau-pulau yang terdapat di sekitar tasik, pengalaman yang cukup menarik!

Sob akan kongsikan kepada korang semua bagaimana cara untuk ke sana :

Bagaimana cara hendak sampai ke Royal Belum Forest

1- Memandu sendiri menggunakan kereta:

Melalui Lebuhraya Utara Selatan Plus melalui exit 143 kuala kangsar terus memandu sehingga ke Gerik lebih kurang 1 jam sehingga jumpa roundabout bulat jalan terus ke pengkalan hulu, sekiranya hendak ke jeti awam tasik banding sila ambil laluan kanan jalan untuk ke kelantan sehingga sampai ke pulau banding perjalanan dianggarkan dalam 1 jam, banyak signboard disediakan sepanjang jalan boleh dijadikan jalan petunjuk arah. Sekiranya ingin membeli sebarang barang keperluan seperti makanan dan barang keperluan dicadangkan beli d Gerik dan pastikan isi minyak penuh di stesen minyak di situ kerana perjalanan seterusnya ke Royal Belum tidak akan jumpa mana-mana lagi pekan atau perhentian.

2- Menaiki kenderaan awam bas atau teksi: 

Menaiki bas akan turun di stesen bas gerik, boleh ambil teksi di belakang stesen bas gerik (hubungi 05-7911263) dikenakan tambang sebanyak RM60.00 sebiji kereta digalakkan anda berkongsi tambang.

Cara-cara untuk masuk ke Hutan Royal Belum boleh didapati daripada Perbadanan Taman Negeri Perak untuk mendapatkan maklumat yang selanjutnya:


Tempat Penginapan Terdapat di Tasik Banding

-Royal Belum Rainforest Resort
-Banding Lake Site
-Chalet Mat Shah

Royal Belum Rainforest Resort

Jangan ingat di tengah-tengah kawasan hutan ini tidak ada kemudahan hotel, chalet atau resort di sini banyak ditawarkan pelbagai pilihan tempat penginapan untuk menginap semuanya bergantung kepada kemampuan korang, pakej dan suasana percutian yang korang inginkan. Bagaimana cukup menarik bukan apa lagi moh le datang ke Royal Belum !

7 comments:

  1. peergh.. cantik.. selalu dok lalu ja masa nk pi kelantan..

    ReplyDelete
  2. hutan royal belom sgt indah n menyimpan misteri tersembunyi

    ReplyDelete
  3. Indahnya negeri tanah tumpah darahku...Saya dah masuk ke dalam hutan ni dan bermalam di situ...BEST!
    Sungai Kool tu betul-betul COOL :)

    ReplyDelete
  4. memang menarik tempat ni. x abis jelajah lagi

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum.. dah lama aim nak pergi sini. Tapi anak2 masih kecil, simpan hasrat dulu. Hihiii lama tak jungle trekking. Berkarat rasa diri ni

    ReplyDelete

Komen Anda Amat Dihargai
Terima Kasih Kerana sudi membaca