Ekspedisi Mendaki Gunung Kerinci 3805 M - Gunung Berapi Tertinggi Di Indonesia | www.sobriyaacob.com

Wednesday, October 26, 2016

Ekspedisi Mendaki Gunung Kerinci 3805 M - Gunung Berapi Tertinggi Di Indonesia


Alhamdulilah, syukur salah satu daripada wishlist sob untuk merasai pengalaman mendaki Gunung Berapi akhirnya tercapai ! Gunung Kerinci Gunung Berapi yang tertinggi di Indonesia, fuhh.. bukan biasa-biasa cabarannya buat para pendaki terutama kepada sob yang belum pernah mendaki gunung yang permukaan dan treknya agak berbeza daripada gunung-ganang yang terdapat di Malaysia. Pengalaman berjalan pada awal pagi untuk misi summit attack untuk mengejar sunrise, dimana ketika di pertengahan jalan terpaksa dihentikan sebentar akibat badai yang melanda hampir selama 40 minit dimana kami hanya berlindung disebalik jalur-jalur / di batuan-batuan di sebalik laluan gunung berapi di mana ketika itu angin kuat dan kencang melanda di puncak dan suhu yang sangat sejuk memang satu pengalaman yang tidak mungkin sob lupakan, yeah it true never measure the height of a mountain until you have reached the top dimana pada waktu itu hanya tekad dan semangat yang kuat menjadi pendorong untuk meneruskan pendakian  :P

 Gunung Kerinci 3805 M I Gunung Berapi Tertinggi Di Indonesia


Tanggal 29 September 2016 kami bergerak daripada KLIA 2 menuju ke Airport Padang dengan menaiki pesawat Air Asia AK402, tepat pukul 1.30pm kami semua selamat mendarat ke Tanah Sumatra Barat, di sini kesemua lineup bertemu dan berjumpa untuk pertama kali yang sebelum ini hanya bertegur sapa di dalam group whatsApp Mendaki Gunung Kerinci. Perasaan ketika itu agak berdebar-debar tapi agak teruja kerana sudah berada di kawasan Gunung Berapi tertinggi di Indonesia yang hanya menanti untuk ditawan pada keesokan harinya. Seterusnya berjumpa dengan organizer yang merancang trips ini iaitu Nuar daripada NHC dan seterusnya menaiki van untuk membawa kami ke daerah Kersik Tuo, dimana anggaran perjalanan mengambil masa lebih kurang 9 jam perjalanan.


Minangkabau International Airport! Gunung Kerinci kami datang :P


Selepas menempuh perjalanan lebih kurang 9 jam yang penuh dugaan terutama keadaan jalan raya yang bisa membuat kita pening-pening dan muntah, akhirnya kami sampai ke rumah penginapan kami di Homestay terletak di Jambi yang dimiliki oleh pasangan indonesia yang bernama Amdani yang sangat peramah dimana kami bermalam dahulu disini sebelum kesokan harinya berangkat ke Taman Nasional Kerinci Seblat untuk mendaki.

Mendaftar diri dulu  adalah wajib dan korang dikenakan sedikit bayaran untuk mendaki Gunung Kerinci

Lebih kurang 30 minit perjalanan daripada homestay dimana sepanjang jalan dihidangkan dengan pemandangan indah ladang teh seluas mata memandang akhirnya  kami sampai ke Pos Penjagaan Taman Nasional Kerinci Seblat di mana wajib para pendaki mendaftarkan diri sebelum memulakan pendakian

Team nhc X kerinci ! are you ready :P

Lineup Pendakian Gunung Kerinci terdiri seramai 16 orang, dimana terdiri daripada 12 jejaka hensem for sure me! dan 4 orang puteri sado berserta 1 penunjuk arah Alex (+6282380799455) dan sweeper Amdani ( very recommend ) dan kami tidak menggunakan sebarang khidmat porter dimana tempoh pendakian mengambil masa selama 2 hari 1 malam.

wajah-wajah ceria sebelum memulakan pendakian.

Sebelum memulakan perjalanan, berdoa semoga semuanya selamat sampai naik dan turun  dari puncak ke bawah dan sentiasa dipelihara oleh Allah swt sepanjang pendakian ini berlangsung.

Sedikit info mengenai Gunung Kerinci

Gunung Kerinci yang berketinggian 3.805 mdpl merupakan puncak gunung tertinggi di pulau Sumatera juga merupakan puncak ‘Gunung berapi tertinggi di Indonesia’ terletak di kawasan Jambi yang bersempadan dengan wilayah Sumatera Barat di Pegunungan Bukit Barisan, pantai barat,dan terletak sekitar 130km di sebelah selatan Padang termasuk dalam kawasan Taman Nasional Kerinci Seblat (TNKS) Untuk pengetahuan korang semua gunung gunung Kerinci dikelilingi kawasan hutan tebal Taman Nasional Kerinci Seblat dan merupakan habitat semulajadi harimau serta badak sumatra di mana dijalan pintu masuk pendakian kita akan menjumpai Satu Tugu yang di atas nya terdapat replika Harimau yang dikenali sebagai Tugu Macan simbolik kawasan ini kawasan perlindungan untuk habitat Harimau sumatera.

Perjalanan menuju ke Pintu Rimba, sepanjang perjalanan akan melalui kebun sayur dan ladang teh dan pendakian kami bermula lebih kurang 10.00 am selepas selesai urusan pendaftaran dan pembayaran .

Di permulaan pendakian selepas melalui Pintu Rimba Dimana akan melalui hutan tropika yang sama seperti hutan di Malaysia cuma suhu agak dingin dan semakin tinggi kita mendaki landskap hutan juga turut berubah daripada landskap hutan tropika biasa ke hutan mossy seterusnya menjumpai hutan-hutan yang ditumbuhi oleh pohon-pohon renek dan di atas sekali laluan berbatu dan berpasir kesan letusan gunung berapi terdahulu. Perjalanan menuju ke Puncak Kerinci boleh dibahagikan dengan melalui beberapa pos dan shelter.

30 September 2016 

10.00 am: Memulakan pendakian dari Pintu Rimba
10.30 am: Tiba di Pos 1 (1885m)
10.50 am: Tiba di Pos 2 (2020m)
12.00 pm: Tiba di Pos 3 (2225m)
1.30 pm: Tiba di Shelter 1 (2504m)
4.00 pm: Tiba di Shelter 2 (3200m)
9.00pm : Tiba di Shelter 3 (321m) / kemsite

01 October 2016 

5.00 am: Shelter 3 
6.30 am : Berhenti di Pertengahan akibat Badai
7.00 am : Tiba di Tugu Yuda
8.00 am : Tiba di Puncak Kerinci (3805m)
9.30 am : Turun ke Kemsite / Shelter 3
1.00 pm : Memulakan perjalanan turun
7.30 pm : Selamat sampai ke Kaki Pintu Rimba

Berhenti sebentar di Pos 1

Kaki Rimba - Pos 1, Perjalanan 30 minit.

Perjalanan daripada Pintu rimba menuju ke Pos 1, dimana disini terdapat 3 Pos iaitu Pos 1, Pos 2 dan Pos 3 sebelum sampai ke Shelter 1, di setiap pos korang tidak dibenarkan untuk berhenti terlalu lama dan bermalam disebabkan faktor keselamatan. Jalan trek cukup landai dikelilingi oleh hutan-hutan tropika/ hutan yang tertutup, keadaan trek alhamdulilah di hari pertama kami mendaki cuaca di sini masih keadaan elok dimana sudah lama tidak hujan dan trek yang tidak licin.

Pos I - Pos II, Perjalanan 20 minit

Keadaan trek dan persekitaran hutan  masih sama dalam keadaan landai dimana tidak perlu banyak mendaki bukit-bukit kecil, so take your time and enjoy that moment sambil bergelak ketawa sebelum cabaran sebenar bermula :P

Pos II - Pos III, Perjalanan selama 30 minit

Tempoh masa yang diambil lebih kurang 30 minit, di mana pendakian sudah mula perlu melalui trek atau jalur yang sedikit berbukit dan berlecak. Disini terdapat satu Gazebo yang masih dalam keadaan elok dimana kami semua berhenti sebentar untuk mengalas perut terlebih dahulu dengan masakan indonesia yang telah dibungkus terlebih dahulu pagi tadi yang dipanggil nasi wuduk kalau di malaysia rupanya lebih kurang Nasi Lemak cuma bezanya ada letak bihun sangat nikmat makan dalam keadaan cuaca yang agak sejuk. Disini terdapat waterpoint untuk mengisi air. Di Pos III adalah satu satunya Pos yang memiliki sebuah gazebo dalam keadaan baik, dimana pos sebelumnya ini hanya menjumpai tiang dan papan tanda yang hampir roboh :P


Perjalanan daripada pos 3 menuju ke selter 1, dimana masa perjalanan mengambil masa lebih 1 jam 30 minit. Kelihatan landskap hutan sudah berubah ke landskap Mossy Forest kelihatan banyak pokok-pokok besar dan berlumut hijau satu pemandangan yang cukup indah dimana ketika saat keletihan mula melanda setiap pendaki. Keadaan trek yang sudah mula memberi cabaran yang tersendiri buat para pendaki dimana jalan yang lecak dan trek yang agak dalam  serta perlu memanjat dalam kesukaran 40 darjah! 

Di  saat ini masih lagi boleh tersenyum bro!

Di Pos 1, keadaan campsite yang lapang dan luas, anggaran boleh mendirikan khemah dalam 10-12 buah khemah.

Cabaran mendaki sebenar sudah bermula daripada Shelter 1 ke Shelter 2 tempoh masa yang diambil anggaran dalam 2 jam ke 4 jam bergantung kapada pace kelajuan pendaki dimana sob mengambil masa lebih kurang 3 jam masa pendakian dimana pendakian yang dibuat oleh kami dalam keadaan lebih santai-santai. Di mana sekiranya penat atau letih kita berhenti lepak-lepak berborak sambil membahan dulu ada tenaga kita sambung balik pendakian secara slow and steady! 

Alhamdulilah di hari pertama pendaki kami tidak didatangi hujan dan membuat trek yang dilalui agak kering dan tidak berlecak, sebab sob dipahamkan trek or jalur gunung kerinci agak berlumpur dan lecak disebabkan itu adalah laluan air ketika hujan. Keadaan suhu pula semakin tinggi mendaki semakin sejuk bayangkan dalam pukul 2 petang sudah perlu memakai sweeter disebabkan cuaca yang dingin dan angin kencang yang agak kuat di sepanjang perjalanan.


Menuju ke Shelter 11 dimana cuaca yang semakin berkabus dan semakin sejuk

Antara pemandangan yang dapat dilihat ketika menuju ke Shelter 11


Berhenti sebentar di pertengahan jalan ketika menuju ke Shelter 11 dan  berehat sebentar. Tahap kesukaran trek lebih kurang 65 darjah kesukaran dimana masa perjalanan yang dilalui agak jauh dan lebih lama berbanding ke Checkpoint yang lain.

Di Shelter 2 berketinggian  lebih 3200m , ketika ini tengah bersiap-siap mendiri khemah sebentar sementara menunggu lineup yang lain sampai.

Tiba di shelter 2 lebih kurang pukul 4.30 pm dimana ketika itu keadaan suhu yang sangat sejuk disebabkan keadaan angin  yang kencang. Kami menunggu dahulu kesemua lineup  sampai ke sini untuk  berehat dan makan sebelum meneruskan perjalanan ke shelter 3 untuk bermalam Disebabkan keadaan yang agak sejuk kami mengambil untuk mendirikan dulu khemah sebentar untuk berlindung daripada angin kuat, bayangkan 5 orang masuk di dalam satu khemah semata-mata untuk dapatkan haba dan panaskan badan. Angin yang semakin kuat terutama ketika waktu senja dimana kelajuan anginnya sangat luar biasa yang mampu mengoyangkan badan ketika berdiri. Alhamdulilah di sini disajikan pemandangan matahari turun yang sangat cantik walaupun ketika itu cuaca yang sangat sejuk

Keadaan di campsite Shelter 2, agak kecil dan hanya mampu mendirikan lebih kurang 5-7  biji khemah cuma keadaan di sini masih berpokok dimana mampu menghalang khemah daripada terkena tiupan angin kencang dan juga disini terdapat satu waterpoint, sayangnya waktu sob mencarinya waterpoint untuk mengambil air tapi kelihatan waterpoint dalam keadaan kering. Lebih kurang pukul 7 malam team yang ke 2 sudah sampai ke sini lantas kami terus memasak maggi dan air panas untuk mengalas perut dan memberikan sedikit tenaga dan kehangatan kepada ahli kumpulan yang baru sampai. sebelum bergerak  ke shelter3 untuk mendirikan khemah dan bermalam sebelum dimana kesokkan harinya kami akan memulakan perjalanan pada awal pagi untuk misi summit attack 


Dalam perjalanan menuju ke Shelter 3, mugkin secara kebetulan atau sekarang musim bunga, dimana daripada selter 2 ke shelter 3 kami melalui trek yang seperti terowong dimana ditutup oleh pokok-pokok renek ketika itu sedang berbunga, subhanallah satu pemandangan yang cukup indah sampaikan tidak terasa penat sebab disajikan satu panorama yang cukup cantik di sepanjang jalan. 

Walaupun jarak daripada Shelter 2 menuju ke Shelter 3 tidaklah begitu jauh dalam anggaran hanya 550 m tapi jalur  atau trek yang perlu dilalui agak extreme yang sedikit susah dimana perlu melalui di tebing-tebing yang agak dalam dan curam dan berlecak kerana itu antara laluan air ketika hujan.

Kemsite di Shelter 3, pemandangan di ambil pada waktu pagi sebelum berkhemah untuk turun ke kaki rimba.

Lebih kurang Pukul 9.00 malam kami selamat sampai ke Shelter 3, dimana kami terus mendirikan khemah kerana pada waktu itu keadaan angin yang agak kuat dan suhu yang sejuk sehingga akan bercakap pun mengeluarkan asap! Lokasi di campsite di Shelter 3 agak luas dan boleh mendirikan banyak khemah pada satu ketika, cuma cabaran di sini keadaan yang berbatu dan tidak terdapat pokok disini untuk berlindung daripada angin dan risiko yang kemungkinan khemah yang didirikan ditiup oleh angin kencang

Perasaan tidur di sini, fuhh hanya tuhan tahu berapa sejuknya di malam hari sampaikan memakai beberapa helai baju masih terasa kedinginan malam sambil khemah bergegar hasil tiupan angin kencang. Di sini juga terdapat air dan merupakan last water point.


Memulakan perjalanan di awal pagi hanya berteman kan cahaya headlamp di pagi yang gelap, hanya semangat yang kuat  menjadi pendorong untuk menjejakkan kaki di  Puncak gunung berapi tertinggi di Indonesia

Kesokan harinya seawal pukul 4.30am sudah bangun bersiap sedia dan menyediakan sedikit sarapan pagi untuk mengalas perut untuk memberikan sedikit tenaga dalam usaha untuk sampai ke Puncak Gunung Kerinci, tepat pukul 5.00 pagi dengan hanya berbekal tekad dan azam yang kuat untuk menjejakkan kaki ke puncak idaman yang tidak jauh lagi berada di depan mata yang sedang menanti untuk ditawan.

Perjalanan daripada Shelter 3 menuju ke puncak kita akan menjumpai kawasan memorial Tugu Yudha terlebih dahulu sebelum sampai ke puncak anggaran perjalanan lebih kurang 2 jam lebih dimana akan melalui trek yang berbatu-batu, berpasir dan berdebu. Antara pengalaman yang tidak mungkin sob lupakan di saat kami sudah sampai di tengah perjalanan di mana lebih kurang lagi 20 minit untuk sampai ke Tugu Yudha, kami dilanda badai yang agak kencang anginnya di pertengahan jalan dimana terpaksa dihentikan sebentar perjalanan akibat badai yang melanda hampir selama 40 minute dimana kami hanya berlindung disebalik jalur-jalur / di batuan-batuan di sebalik laluan gunung berapi di mana ketika itu angin kuat dan kencang melanda di puncak dan suhu yang sangat sejuk sehingga membuatkan beberapa ahli kumpulan membuat keputusan untuk berpatah balik ke kemsite dan kembali semula selepas badai kembali tenang, tapi nasib baiklah disaat ingin membuat keputusan untuk berpatah balik keadaan badai kembali tenang, alhamdulillah kami semua tidak mengalami sebarang masalah di ketika badai melanda cuma itu satu pengalaman sob tak mungkin lupakan dimana tidak pernah merasainya sepanjang mendaki di Malaysia bayangkan ketika cuba untuk berdiri seketika untuk berjalan ke hadapan untuk mencari tempat berlindung yang lebih selesa badan bergoyang-goyang ditiup angin kuat, hanya mampu memuji kebesaran, ketinggian dan keagungan mu ya Allah yang maha esa Tuhan sekalian alam.



Di saat matahari terbit di mana kebanyakan kami masih dalam perjalanan menuju ke Tugu Yudha, walaupun dilanda badai yang kuat sebelum ini tapi kami masih mampu tersenyum kerana disajikan dengan pemandangan matahari terbit keemasan berlatar belakangkan Danau Gunung Tujuh dan kota Jambi yang sangat indah.


Bagi korang tertanya-tanya apa tu Tugu Yudha adalah sebuah kawasan memorial dimana tugu ini didirikan sempena memperingati sorang pendaki bernama Yudha Sentika. Mengikut cerita Alex guidge yang membawa kami Yudha merupakan seorang pendaki yang berusia 17 tahun ketika itu telah hilang semasa cuba untuk mendaki Gunung Kerinci pada 23 Jun 1990 dimana sehingga ke hari ini jasad Yudha masih belum ditemui. Kawasan di sini agak lapang dan boleh dijadikan tempat berehat sebentar sebelum teruskan pendakian  ke puncak. Dari Tugu Yudha anggaran perjalanan lebih kurang 40 minit untuk sampai ke puncak.

Semakin hampir ke puncak sudah boleh merasai bau asap lava gunung berapi 'bau kejayaan' yang terdapat di puncak gunung berapi  yang masih aktif ini.

Di waktu ketika kesemua pendaki mula keletihan akibat kekurangan tenaga dan keadaan suhu yang semakin sejuk untuk menghampiri puncak dan keadaan trek yang semakin kejam 80 darjah kesukaranya dimana keadaan trek yang berbatu-batu besar dan berpasir yang perlu dilalui dimana batu-batu itu menjadi tempat untuk berpijak dan berpegang oleh  kami untuk mengimbangi badan daripada tergelincir ke bawah dimana di bahagian kiri dan kanan terdapat gaung menanti,   hanya azam yang tinggi untuk menawan gunung berapi tertinggi di Indonesia menjadi motivasi kepada kami untuk terus kuat untuk meneruskan langkah !

'Setinggi mana puncak berjaya ditawan dan didaki, mereka sentiasa berada Puncak Hati sob'

Perak di Hatiku :P

Alhamdulilah lebih kurang pukul 8.00 pagi waktu Indonesia pagi, Sob antara yang terawal sampai menjejakkan kaki di Puncak Gunung Kerinci Atap Sumatera yang berketinggian ketinggian 3805 Mdpl, rasa sangat bersyukur dan puas dirasakan setelah melalui perjalanan yang panjang melalui pelbagai dugaan serta cabaran alhamdulillah pada akhirnya kami semua line up nhcXkerinci berjaya menjejakkan kaki di puncak tertinggi Sumatera dalam keadaan selamat tahniah semua !


Pemandangan daripada atas atap Sumatera adalah sangat menakjubkan, tambahan melihat sendiri kawah gunung berapi di depan mata di mana asap-asap yang keluar dari kawah seluas 400 x 120 meter cukup menginsafkan. Selain itu kelihatan juga pemandangan indah Kota Jambi, Padang, dan Bengkulu bahkan Samudera Hindia yang luas terbentang juga dapat dilihat dengan jelas. Di sebelah timur puncak pula kelihatan Danau Bento, iaitu paya berair jernih tertinggi di Sumatera dan di belakangnya terdapat Danau Gunung Tujuh dimana tunggu masa untuk didaki, pastinya Kerinci tunggu kehadiran Sob lagi!

Bersama pendaki Indonesia yang turut mendaki bersama-sama dengan kami, jujurnya pendaki-pendaki Indonesia baik dan peramah rajin menyapa sekiranya bertemu di pertengahan jalan.

Northen Hiker Community X Gunung Kerinci 2016

Alhamdulilah salah satu Wishlist Sob untuk merasai pengalaman mendaki gunung berapi sudah tercapai dan satu bonus untuk diri sendiri kerana berjaya sampai dan mampu berdiri di Puncak Gunung Berapi tertinggi Di Indonesia. Sob selalu berkata pada diri sendiri mimpilah seperti apa yang hang mahukan dan jadikan mimpi itu nyata kerana You Only Live Once!

Pemandangan di Puncak memang cukup mempesonakan seolah-olah kehadiran Sob dan teman-teman di sambut dengan Hamparan awan karpet putih yang menebal yang menanti kehadiran kami, cuaca yang cerah cukup jelas untuk melihat pemandangan indah di sekitar Gunung. Lebih kurang 50 minit di puncak sob memutuskan untuk pulang ke Campsite Shelter 3, untuk berehat sebentar sambil menunggu kesemua lineup sampai ke sini seterusnya makan tengahari dan seperti biasa menu wajib para pendaki yang sentiasa di cari iaitu Maggi memang nikmat dimakan ketika cuaca yang sejuk cukup menyelerakan. Cuma ketika berada di puncak sob ada diingatkan oleh pendaki tempatan selalunya di sekitar pukul 10.00am akan muncul kabus yang dimana akan menyukarkan pandangan para pendaki untuk turun kerana kerana trek ditutupi oleh kabus tebal dan digalakkan untuk turun agak awal ke shelter 3 untuk mengelakkan diri tersesat melalui jalur ke tempat lain. 

Perjalanan turun menuju ke pintu rimba semuanya dalam keadaan terkawal dan alhamdulillah tidak ada team kami yang mengalami kecederaan teruk sepanjang tempoh pendakian Gunung Kerinci cuma beberapa team yang agak keletihan dan pewai dan itu adalah perkara biasa yang selalu dihadapi oleh para pendaki dan lebih kurang pukul 8.00 malam kami semua selamat sampai keluar dari kaki Pintu rimba, syukur !



Credit Gambar: perkongsian  dari Team nhcXkerinci

14 comments:

  1. wow..memang menarik..syukur berjalan lancar misi pendakian berjaya..hilang semua penat bila tgk pemandangan indah dr puncak gunung tu ...Tahniah to you & team :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih..alhamdulilah semua selamat sampai dan turun..thanks sis

      Delete
  2. best giler! tahniah dah berjaya menawan puncak Kerinchi

    ReplyDelete
    Replies
    1. thanks zila..nanti ada ksempatan cubalah naik kesini best..view pun cantik

      Delete
  3. Tahniah Adik saya abby helmi. Kamu hebat..

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum sob. Allahuakbar. Taniah semua berjaya naik. Kita baca pun seram2 sejuk. Bangga dgn pencapaian awak sob. Bestnyaaaa cemburu kita sebab kita teringin nak hiking.. tapi anak dah 2, pancit oi naik bukit hahahaha... sob pasni wlishlist pergi mana??? Lawa2 gambar sob amik..

    ReplyDelete
  5. WAH SUDAH BERJAYA MENDAKI GUNUNG DI LUAR NEGARA TAHNIAH SOBRI

    ReplyDelete
  6. Kapan-kapan naik ke gunung di pulau Jawa Bro, tak kalah indah dari Kerinci, salam dari Indonesia,

    ReplyDelete
    Replies
    1. insyaallah bro..ada rezeki kita naik gunung di pulau jawa pula ya..
      cantik2 gunung di indonesia :)

      Delete
  7. Keren kisah pendakiannya... Rame" seperti itu pasti asyik..

    Silakan kunjungi gunubng-gunung di Pulau Jawa juga..

    ReplyDelete
    Replies
    1. menarik sekali mendaki di gunung kerinchi
      pastinya mahu mendaki gunung2 di pulau jawa
      skiranya ada peluang bro :)

      Delete

Komen Anda Amat Dihargai
Terima Kasih Kerana sudi membaca