Pendakian Gunung Kerunai - The Twin Peaks Of Perak (K2) | sobriyaacob.com

Thursday, November 17, 2016

Pendakian Gunung Kerunai - The Twin Peaks Of Perak (K2)


Impian untuk melengkapkan pendakian Puncak K2 iaitu Gunung Kenderong & Gunung Kerunai sudah lama terpahat di dalam hati, walaupun pada ketika itu sudah mendaki Kenderong lebih daripada 5 kali tapi sob masih belum berpeluang untuk mendaki jirannya iaitu Gunung Kerunai untuk melengkapkan Misi The Twin Of Perak ( K2 ) Syukur di sekitar April 2016 buat pertama kalinya Puncak Gunung Kerunai dijejaki oleh Sob bersama Team Agaras. Ternyata gunung yang turut mendapat gelaran Pyramid Of Gerik mempunyai tarikan sendiri buat penggemar outdoor pastinya pendakian korang ke sini tidak mengecewakan!

Pendakian Gunung Kerunai - The Twin Peaks Of Perak (K2)

Untuk pengetahuan semua, trek untuk menuju ke kaki Gunung Kenderong dan Kerunai sudah tidak lagi sesukar seperti pengalaman pertama kali sob menjejaki Gunung Kenderong dimana perlu merangkak melalui bawah buluh, melalui jalan-jalan kecil dan semak dimana kini jalan sudah diletakkan batu yang lebih selesa untuk memudahkan perjalanan para pendaki sehingga ke tapak Campsite yang pertama yang terletak di  kaki Gunung. Pendakian kali ini hanya melibatkan 3 orang sahaja iaitu Vien, Sob & Dean jadi kami hanya memilih untuk mendaki secara santai-santai menikmati keindahan flora dan fauna di sepanjang jalan dan kami hanya mendaki daypack tidak ber camping di puncak gunung.

Di pertengahan jalan hampa akan menjumpai simpang Y sila ke kanan, dimana trek menuju ke Kerunai dan kiri jalan menuju ke Kaki Gunung Kenderong dan juga tapak campsite.

Di permulaan akan melalui trek yang sedikit semak berlalang dan berbuluh seterusnya nanti akan melalui trek yang agak jelas sehingga ke puncak


Ok mengikut pengalaman sob trek mendaki Gunung Kerunai sebenarnya agak lebih senang dan santai berbanding mendaki gunung kenderong dimana trek boleh dikatakan 80 darjah pacak. Perjalanan melalui trek Gunung Kerunai agak panjang dimana akan menjumpai banyak puncak tipu lebih kurang 6 puncak jadi pendakian ini boleh disifatkan gabungan antara mendatar turun dan naik bukit dimana di sepanjang jalan kita melalui jalan denai ke denai.

Pemandangan sepanjang jalan, akan menjumpai banyak pokok-pokok sebegini kesan daripada terbakar pada ketika dahulu.

Di pertengahan perjalanan rehat sebentar, seperti hampa sedia maklum antara cabaran utama mendaki Gunung K2 selain daripada trek batu-batu yang tidak begitu kukuh dan mudah jatuh ke bawah ialah cuaca yang panas disepanjang jalan kerana tidak begitu banyak pokok besar yang ada di sepanjang jalan untuk dijadikan tempat berteduh, mendaki di bulan april  dimana ketika itu musim panas perhh memang satu cabaran utama buat kami jadi pastikan membawa air yang secukupnya.


Di pertengahan perjalanan akan melalui satu checkpoint yang ditanda Lembah 1, itu bermakna pendakian hampa semakin hampir ke puncak. Tips mendaki gunung kerunai untuk mengelakkan pewai akibat kepanasan ketika mendaki pastikan mendaki pada awal pagi atau disebelah petang dimana ketika itu cuaca lebih teduh dan pemandangan pada ketika itu lebih cantik, owh ya walaupun gunung kerunai hanya ketinggian 1000 Mtr pastikan bawa air dan kelengkapan yang lain secukupnya.


Di sebelah kiri Gunung Kenderong yang berdiri megah disebalik gugusan awan.

Tapi yang menariknya mendaki gunung yang dimana sepanjang jalan melalui jalan denai yang terbuka memberikan view 360 darjah, di sebelah kanan kita dapat menyaksikan pemandangan kampung dan pekan Gerik dimana di sebelah kiri pulak pemandangan Gunung Kenderong berdiri megah disebelah Gunung Kerunai, sepanjang pendakian mata disajikan dengan pemandangan yang cukup menyegarkan!  Cuma pemandangan di puncak agak tertutup dengan pokok-pokok berbanding gunung kenderong, dimana pemandangan yang dilihat sepanjang jalan menuju ke puncak lebih indah jadi take your time slow hike and enjoy the view. Di sepanjang perjalanan hampa akan menjumpai banyak pokok-pokok renek, pokok yang agak rare, species orked dan juga Periuk kera.

Pemandangan Puncak kenderong daripada Peak Kerunai

Setelah mendaki hampir 1.35 minit, kami tiba ke puncak Gunung Kerunai. Suasana di puncak yang berketinggian hanya 1,000 Mtr ini agak redup dilitupi beberapa pokok sederhana tinggi, cukup selesa untuk berehat dan makan. Keadaan di puncak yang masih bersih dan terdapat sedikit lumut hijau yang masih hidup berbanding di puncak kenderong yang terbakar sampai ke puncak. 

View Gunung Kerunai daripada Puncak Kenderong!


Unlock Gunung Kerunai - Berketinggian 1000 Mtr

Lebih kurang 1 jam berada di Puncak, kami mengambil keputusan untuk turun ke bawah untuk mengelakkan berhadapan dengan  cuaca lebih panas, masa yang diambil semasa turun ke bawah dianggarkan lebih kurang 1 jam 15 minit. Secara keseluruhannya trips The Twin Peaks Of Perak (K2) ini berjaya berlangsung mengikut waktu yang telah  ditetapkan, syukur :P

6 comments:

  1. Assalamualaikum sob..bestnya hiking. Jeles tau. Badan mesti fit kan. Selalu aktif hiking ni...

    ReplyDelete
  2. 1000 meter tu sama dengan 1 km. Tinggi tu.. Stamina tinggi oklah mendaki.

    ReplyDelete
  3. salam sobri...dah lama x terjah ke sini...dah aktif berhiking pulak yer...cantik gambar2 tu...bila sampai ke kemuncak tu...baru rasa puas kan...

    ReplyDelete

Komen Anda Amat Dihargai
Terima Kasih Kerana sudi membaca