Pendakian Gunung Pulut - Bukit Di Atas Awan | www.sobriyaacob.com

Tuesday, January 17, 2017

Pendakian Gunung Pulut - Bukit Di Atas Awan


Bukit Pulut atau turut dikenali sebagai Gunung Pulut berketinggian 651 Mtr yang terletak di Daerah Grik, Perak tidaklah begitu dikenali oleh Para pendaki seperti Gunung Kenderong & Gunung Kerunai ( k2 )๐Ÿ—ป tapi turut mempunyai keistimewaan yang tersendiri walaupun ketinggian gunung ini agak rendah lebih kurang dengan ketinggian bukit tapi pendakian hampa disini akan selalu disajikan dengan pemandangan indah ketika matahari terbit dan hamparan lautan awan karpet di disekeliling gunung. Memang tidak dinafikan ada sedikit pertikaian mengenai kewujudan nama Gunung ini kerana tidak ada di dalam Topo tidak seperti Gunung Papulut yang terletak bersebelahan yang pasti pendakian sob ke bukit ini lebih daripada 5 kali memang tak pernah membosankan.

Pendakian Gunung Pulut - Bukit Di Atas Awan

Credit : Neil Nizam ๐Ÿ™‹

Tidak keterlaluan sekiranya sob gelarkan Gunung Pulut  'Bukit di atas awan' mungkin disebabkan faktor lokasi kawasan daerah Gerik  yang agak sejuk, berkabus di malam hari dan masih dikelilingi hutan yang membuatkan kebarangkalian tuah para pendaki untuk mendapat pemandangan awan karpet di puncak agak senang tanpa perlu mendaki gunung yang lebih tinggi. 

Satu-satunya dan juga waterpoint  yang terakhir yang akan diumpai di pertengahan perjalanan ke puncak.

laluan untuk masuk ke Gunung Pulut sebenarnya ada beberapa cara tapi antara laluan yang paling senang untuk akses ke sini adalah melalui kampung Tawai, dimana dipermulaan jalan akan melalui laluan bekas jalan balak yang sudah lama ditinggalkan  jalan yang agak mendatar sebelum cabaran sebenar bermula dimana selepas itu akan melalui trek mendaki yang agak menaik dan laluan banyak menghala ke sebelah kiri, tapi awas ini antara laluan gajah ๐Ÿ˜๐Ÿ˜๐Ÿ˜ untuk ke hutan sebelah untuk mencari makanan kerana di sepanjang perjalanan daripada bawah sehingga ke puncak akan menjumpai banyak najis najis gajah dan sekiranya hampa bernasib baik seperti kami akan menjumpai bekas tapak gajah dan anaknya serta bau yang masih baru.

Keadaan trek gunung pulut, boleh diketegorikan sebagai laluan yang masih baru dibuka jadi kehadiran pacat dari laluan  pintu masuk ke water point agak luar biasa terutama selepas hujan, memang jawapnya main gentel-gental jentik pacatlah ! keadaan trek masih mendatar dan banyak simpang ke kiri dan kanan disebabkan ini bekas laluan balak selepas itu akan  menjumpai sungai kecil dan merupakan juga last water point, mohon jasa baik semua jangan basuh kaki atau kasut atau membuang sampah di kawasan sini kerana ini lokasi tadahan air penduduk kampung setempat, boleh basuh tapi mohon turun ke bawah sikit. Laluan seterusnya akan melalui laluan yang agak  berbukit perlu mendaki dalam 40 - 70 %  tahap kesukaran sehingga ke atas dimana perlu mendaki naik bukit, turun bukit, melalui jalan permatang dimana laluan terakhir perlu mendaki trek berbatu sehingga ke puncak. Anggaran masa bagi pendakian secara santai-santai dalam 1 jam 50 minit untuk sampai ke puncak


Najis gajah yang senang ditemui di sepanjang laluan ke Puncak.

Halangan yang terakhir sebelum sampai ke puncak perlu mendaki trek yang berbatu 

Mendaki buat kali yang ke 2 pengalaman yang sukar dilupakan keluar dari gunung pulut pada waktu malam sebab nak melihat keindahan sunset dari puncak pulut, dimana ketika waktu turun di kawasan waterpoint menuju ke pintu keluar agak sedikit goyang jugak keberanian sob selepas terhidu bau fumakila yang masih baru lalu di kawasan pokok buluh tapi alhamdulilah semuanya baik sahaja cuma pastikan sekiranya ingin kesini ada kawan atau guide yang agak tahu selok-belok kawasan bukit ini kerana jalan nak ke puncak agak mengelirukan dan banyak cabang.

Sepanjang Perjalanan menuju ke puncak agak menarik, selain daripada trek pendakian yang masih baru dimana masih suci belum dinodai oleh para pendaki ๐Ÿ‘ซ๐Ÿ‘ซ dimana di awal pendakian akan kelihatan banyak pokok-pokok kayu yang bersaiz agak besar yang bernilai ribuan ribu ringgit selain itu di sepanjang laluan juga agak mudah untuk menjumpai pelbagai jenis tumbuh-tumbuhan dan pokok herba antara  tongkat ali, cendawan yang pelbagai warna dan saiz sehingga ke saiz gergasi, pokok-pokok bongsai dan juga spesis orked.

Trips Pulut 1.0 misi mencari sunrise ๐ŸŒ„ alhamdulilah memang cukup berbaloi. Pemandangan himpunan awan daripada puncak pulut dimana kelihatan tersergam indah Pyramid Gerik di hadapan! 



Gambar ini pula diambil ketika matahari terbit dimana buat  kali pertama  sob menjejaki kaki ke Puncak Pulut, di hadapan tersergam indah Gunung Papulut. Subhanallah salah satu moment sunrise yang yang cukup indah.

Trips Pulut 2.0 misi mencari sunset

Keadaan di Puncak Gunung pulut agak luas dan memanjang seperti Bukit Tabur dimana untuk sampai ke penghujung bukit mungkin akan melalui beberapa bukit kecil, jadi sekiranya ingin bercamping di atas banyak port yang sesuai dimana keadaan permukaan tanah yang agak berbatu tapi agak mendatar sesuai untuk mendirikan fly. Di atas banyak pokok-pokok renek yang boleh ditemui tapi yang paling menarik kewujudtan kelompok lumut dan banyak spesis-spesis orked boleh dilihat.



Lumut di Puncak Gunung.

         Tips Mendaki Gunung Pulut :
  • Bawa air yang secukupnya minimum 2 botol x 500ml sepanjang mendaki dan snek, terutama di puncak tidak mempunyai banyak pokok-pokok besar untuk berteduh
  • Di bahagian permulaan menuju ke waterpoint antara lokasi kegemaran pacat menunggu mangsa & ini antara laluan gajah jadi berhati-hati
  • Guna kasut yang sesuai daripada waterpoint menuju ke puncak laluan sebenarnya agak licin terutama selepas hujan ( macam trek gunung baling pun ada ), kasut terbaik adidas kampung dan untuk ke puncak perlu sedikit mendaki di laluan yang agak berbatu-batu ( anggaran 15 minit )
  • Mohon jangan buang sampah merata-rata, kerana kawasan gunung ini masih terjaga dan bersih.
Pulut 5.0 bersama Team Hiking Grik, trips santai Pewai :P

Pemandangan dari puncak gunung, waktu yang paling menarik ketika awal pagi dimana sekiranya bertuah kelihatan himpunan awan karpet menutupi pekan Gerik dan kampung yang berhampiran sehingga menghasilkan pemandangan negeri di atas awan memang cukup cantik. Dari sini boleh kelihatan jelas Gunung Kenderong dan kerunai manakala pemandangan di sebelah belakang pemandangan gunung Papulut  & buat masa sekarang gunung Pulut salah satu tempat gunung Kegemaran sob untuk mendaki ๐Ÿ˜Ž

19 comments:

  1. oo..dekat dgn kampung Sob le ni kan...bestnya trip sunrise & sunset..Subhanallah, cantik..

    ReplyDelete
  2. Subhanalllah cantik sungguh..mmg bnyk terdapat gunung di Grik boleh diteroka daki tu

    ReplyDelete
  3. dengar gajah terus rasa tak jadi nak panjat....

    selalu lalu gerik...jarang bertembung dengan gajah...kalau jumpa najis gajah atas jalan dah dup dap dup dap...

    kalau jumpa di trek lagi merisaukan...

    ReplyDelete
  4. memang sangat cantik permandangan di sini

    ReplyDelete
  5. Nak tanya.. adakah gunung pulut dan gunung papulut gunung yg berbeza..? Mohon pencerahan

    ReplyDelete
  6. Ada trip pergi sana lagi tak ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau saya nak pergi boleh sob jd guide ya...akk nak simpan no nie..

      Delete
  7. Ada guide x klu arena n geng nk pegi ke sana?

    ReplyDelete
  8. Hai. Assalamualaikum. Nak tnye. Pergi Sana kene naik 4x4 ke?

    ReplyDelete
  9. Hi, is the trail clear? Do we need a guide to hike there? Thanks.

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh contact no 013-4599815 en sobri

      Delete
    2. boleh contact no 013-4599815 en sobri

      Delete
  10. Nak mohon tuan sobri jadi guide boleh tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh contact no 013-4599815 en sobri

      Delete
  11. Satu trip dalam group berapa orang minima.

    ReplyDelete
  12. Satu trip dalam group berapa orang minima.

    ReplyDelete

Komen Anda Amat Dihargai
Terima Kasih Kerana sudi membaca