Langkawi Hotels For Backpackers ! | www.sobriyaacob.com

google advertising

Monday, February 13, 2017

Langkawi Hotels For Backpackers !

The jewel Of  Kedah, Langkawi is indeed a beautiful making it as one of the must-visited destinations in Malaysia. Memang sob tak dapat nafikan Pulau Langkawi antara lokasi pelancongan yang cukup popular di Malaysia untuk berlibur kehadiran korang ke sini pasti tidak mengecewakan disebabkan statusnya sebagai Pulau bebas cukai dan duti, justeru lokasi ini menjadi syurga membeli belah. Selain daripada pelbagai variasi makanan yang sedap dan lazat  perlu dicuba oleh penggemar makanan begitu juga tarikan utama disini  pelbagai tempat-tempat menarik yang wajib anda kunjungi di sini.

Langkawi the jewel Of  Kedah

Walaupun sudah beberapa kali sob mengunjungi Pulau Langkawi perasaan teruja untuk explore tempat-tempat menarik tetap ada, senang cakap bercuti di sini memang tak pernah membosankan sob ada sahaja aktiviti-aktiviti baru yang boleh dicuba sepanjang percutian korang di sini. Bagi yang sukakan aktiviti outdoor terutama mendaki macam sob pelbagai aktiviti yang boleh dicuba antara mendaki Gunung Mat Cincang atau tracking ke Air Terjun Telaga Tujuh.

Ya sob paham, bagi kita yang sentiasa bekerja sibuk dengan kehidupan kota benda yang paling menyeronokkan apabila dapat bercuti bersama kawan-kawan ataupun pasangan apatah lagi bercuti adalah terapi diri yang paling mujarab untuk menghilangkan perasaan stress dan tekanan yang ada di dalam diri! tak percaya apa lagi angkat beg galas korang jom berbackpacking! bercuti :P Tapi masalahnya tak tahu nak pergi bercuti ke mana? Sekiranya korang inginkan suasana percutian yang damai dan menyeronokkan sob ada cadangan iaitu boleh berkunjung ke Langkawi, Malaysia !

Kawasan zon bebas cukai, Kebanyakan barang-barang yang dijual di sini adalah murah murah dan berpatutan

Langkawi merupakan salah satu daripada daerah dalam negeri Kedah Darul Aman, Malaysia. Pulau ini telah menerima status zon bebas cukai pada tahun 1987. Dah nama pun bebas cukai, of course lah barang kat sini murah especially for those yang sukakan chocolate, korang boleh beli berbagai jenis beraneka rasa chocolate di sini dengan harga yang sangat berpatutan almost half of market price.


Untuk datang ke sini, terdapat 2 cara yang korang boleh pilih ikut yang mana untuk memudahkan percutian korang ke sini. Pertama ialah dengan menggunakan feri berkelajuan tinggi yang boleh dinaiki dari Jeti Kuala Perlis dan juga Jeti Kuala Kedah. Yang kedua ni lagi mudah dan cepat terutamanya untuk mereka yang malas nak travel penat-penat iaitu dengan menaiki kapal terbang. Terdapat beberapa syarikat yang menawarkan penerbangan terus ke Langkawi antaranya Malaysia Airlines, AirAsia dan Firefly. So dah alang-alang datang cara backpacking ke langkawi ni, mesti lah korang mencari hotel murah di Langkawi 🏠tetapi selesa untuk berehat. Traveloka menawarkan beberapa tempat penginapan yang mudah dan murah untuk korang pilih! Layari https://www.traveloka.com/en-my/ untuk mengetahui promosi dan tawaran istimewa Traveloka. So, here are some hotel suggestions for those yang plan nak datang ke langkawi, totally recommended by sob!


T Star Cottage

Bagi mereka yang sukakan kedamaian suasana hijau, inilah pilihan terbaik bagi anda. Dengan situasi berhampiran pantai Cenang hotel ini menjadi pilihan utama para backpackers kerana harganya yang murah serta lokasinya yang strategik. So, ini boleh dikatakan best hotel in Langkawi dan famous bagi kalangan backpackers. Rekabentuk hotel ini adalah berkonsepkan binaan rumah kampung memberikan perasaan tenang dan selesa kepada sesiapa sahaja yang menginap di situ. Jangan terkejut jika terdapat beberapa ekor monyet berkeliaran di sekitar koridor kerana tempat ini memberikan pengalaman yang luar biasa kepada pelanggan. Bilik di sini terdapat 4 pilihan iaitu moden, spa, kampung dan bajet. So, korang boleh menilai dan meneliti apa yang pakej yang disediakan dengan teliti sebelum membuat keputusan. Plus, yang paling menarik, semua harga bilik yang disediakan sekitar RM 45 – 100 semalan bergantung kepada jenis bilik, menarik bukan :P


Izz Room

Bagi korang yang sentiasa rindukan suasana kampung ? Jika ya, pilihlah hotel ini. Terletak di sekitar pantai Cenang, hotel ini cukup sibuk terutama pada musim cuti sekolah kerana harganya yang berpatutan serta layanan mesra pekerja disitu. Hotel Bajet ini terletak dalam kawasan kampung tetapi korang jangan risau kerana korang hanya perlu berjalan 5 minit untuk sampai di jalan besar Pantai Cenang. Apa yang bestnya kat sini, korang jalan sikit je dah boleh jumpa kedai-kedai souvenir dan kedai-kedai makan di sekitar Pantai Cenang dan yang paling best adalah persekitarannya yang bersih dan keadaannya yang terjaga. Susah nak jumpa sampah kat sini, memang bersih. Jika anda menyewa kenderaan ke sini, jangan risau, kawasan parkingnya teramatlah luas dan terasa selamat. Izz Room ini juga sesuai untuk datang bersama keluarga yang besar kerana kawasannya yang lapang dan anda boleh meluangkan masa bermain serta beriadah bersama-sama. 



Malibest Resort

Hotel ini sesuai buat mereka yang inginkan penginapan seperti resort. Resort ini terletak kira-kira 500 meter dari pantai dan berada di pusat tumpuan utama pelancong ke Pantai Cenang. Bilik-bilik yang disediakan cukup selesa dan ringkas dengan kemasan kayu. Apa yang paling penting adalah setiap bilik dilengkapi aircond. So, boleh lah korang sejukkan diri selepas berjemur di Pantai Cenang. Antara kelebihan hotel ini adalah ianya memiliki Wifi percuma di kawasan awam selain terdapat swimming pool kalau korang nak jugak merasa madi pool walaupun dah kat tepi pantai. Tambahan lagi, kalau korang terasa lapar, korang jangan risau kerana terdapat sebuah restoran di sekitar hotel tersebut. Resort ini hanya berjarak 3 km dari kereta kabel Langkawi. Resort Malibest ini mempunyai kaunter penerimaan tetamu yang dibuka 24 jam jadi jangan risau kalau korang sampai lewat ke apa :P

Best places to watch a perfect Sunset in Langkawi 🌅

Langkawi antara destinasi pelancongan yang cukup menarik untuk dilawati, kunjungan korang ke sini pasti tiada masalah kerana pelbagai pilihan tempat penginapan yang ada, deretan Cafe, kedai makan yang pelbagai gaya menjual beraneka makanan yang sedap yang harus dicuba dan banyak kemudahan pengangkutan awam untuk kemana-mana yang memudahkan lagi percutian korang di Langkawi  So, I hope you will enjoy your stay in Langkawi Hotels and create perfect memories :P

7 comments:

  1. Langkawi pulau percutian indah n xjemu dikunjungi berkali-kali

    ReplyDelete
  2. Setakat ni pernah pergi sekali ja. bila la nak pergi langkawi lagi ni macam cantik pulak tgk hehe.

    ReplyDelete
  3. Banyak tempat nak pergi di langkawi ni, itu yang seronok

    ReplyDelete
  4. sdulu selalu merancang nak vacation ke langkawi ngan kwn2 tapi tak kesampaian haha

    ReplyDelete
  5. Lama dah tak ke Langkawi. Teringin jugak nak pergi lagi. Entah bilalah agaknya

    ReplyDelete

Komen Anda Amat Dihargai
Terima Kasih Kerana sudi membaca