Pendakian Gunung & Bukit Sepanjang Tahun 2016 | sobri Yaacob Blog

Tuesday, February 7, 2017

Pendakian Gunung & Bukit Sepanjang Tahun 2016

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua

Fuhh rasanya sudah lama Sob tak tulis entry yang agak santai, tahun 2016 merupakan satu tahun yang penuh dengan aura adventure dimana sob banyak belajar mengenai benda baru terutama mengenai aktiviti outdoor, berjumpa dan berkenalan dengan rakan-rakan pegunungan yang baru. Satu tahun yang penuh cabaran dipenuhi dengan pelbagai pengalaman  manis dan yang pahit untuk ditelan antaranya dilipak oleh kawan-kawan tapi sob percaya semua pengalaman ini akan lebih mematangkan kita satu langkah ke hadapan sebagai manusia :P

Senarai Pendakian Gunung & Bukit Sepanjang Tahun 2016

Sepatutnya entry ini dipost pada penghujung tahun 2016, kononnya untuk rumusan 2016 sebelum masuk tahun 2017 seperti yang selalu sob tulis seperti tahun-tahun yang sebelumnya. Kekangan masa sibuk dengan pelbagai aktiviti dan kerja  yang tiada penghujungnya dimana ada request di Fb & IG yang mintak sob listkan gunung dan bukit yang telah didaki pada tahun 2016 walaupun tidak lah sebanyak otai-otai di luar sana, 'G7 pun tak grad lagi' diharapkan senarai gunung yang pernah didaki oleh sob ini memberi sedikit inspirasi panduan dan tips untuk anda mendaki dan paling penting menjadi pengubat rindu dan kenang-kenangan buat diri sendiri, InsyaAllah
Tahun 2016 dimulai dengan trips pembukaan Mendaki Gunung Kenderong di awal tahun, tak silap pada 01/01/2016 bersama team Bamboo Hikers dimana pada masa itu pengalaman mendaki dan camping sangatlah limited masih mencoba-cuba mengenal aktiviti mendaki gunung semuanya berharap dan bergantung antara satu sama lain untuk menjayakan trips mendaki  gunung yang berdiri megah di kawasan Gerik, Perak iaitu Gunung Kenderong yang berketinggian 1223 Mtr di antara gunung tertinggi yang terdapat di Grik. Alhamdulilah misi berjaya dilaksana dengan sukses antara gunung yang sob boleh disifatkan treknya dagu bertemu lutut tambahan pula sekiranya mendaki ketika cuaca yang panas kerana sepanjang mendaki menuju ke  puncak tak begitu banyak pokok besar boleh dijadikan tempat berteduh  dan trek yang agak mencabar pacak daripada bawah sehingga ke puncak, tapi dalam duk kata di dalam hati taubat tak nak repeat lagi gunung ini dah lebih daripada 7 kali sob mendaki mungkin disebabkan trek gunung kenderong ini agak mencabar dan keindahan himpunan awan kapet yang cukup memukau membuatkan ramai yang kembali lagi mendaki di sini.

2: Gunung Kerunai

Gunung ini terletak bersebelahan dengan Gunung Kenderong, berketinggian lebih 1000 Mtr turut dikenali sebagai k2 gabungan nama dua gunung antara Kenderong & Kerunai yang turut mendapat gelaran Pyramid Of Gerik. Sepanjang perjalanan mendaki ke puncak akan melalui jalan-jalan denai yang terbuka terbuka memberikan view 360 darjah, di sebelah kanan kita dapat menyaksikan pemandangan kampung dan pekan Gerik dimana di sebelah kiri pulak pemandangan Gunung Kenderong berdiri megah disebelah Gunung Kerunai, sepanjang pendakian mata disajikan dengan pemandangan yang cukup menyegarkan!

3: Bukit Berakeh

Bukit Berekeh atau turut dikenali juga sebagai Bukit Botak, berketinggian 1940 ft ( 454 mtr ) terdapat 5 buah puncak bukit serta memiliki Beirut di puncak tertinggi, terletak di Kampung Bawong, Lasah Sungai Siput, Perak menawarkan pemandangan yang terbaik dari puncak bukit seolah-olah seperti berada di kawasan Savana yang dikelilingi oleh rumput-rumput keperangan tumbuh melatar di sekitar puncak memang menawarkan satu panorama yang cukup indah. Pemandangan dari puncak tertinggi Bukit Botak disini boleh nampak lagi empat puncak dan view 360% darjah gunung-gunung di sekeliling, perh view memang layan tambahan kalau ada kesempatan untuk layan view sunrise atau sunset. Pada pertengahan tahun 2016 Sob ada menulis mengenai pengalaman Bukit Berekeh sebelum kawasan bukit itu viral, dan article ini telah dibaca lebih 30155 ribu setakat ini dimana sob banyak menerima email dan whatsApp bertanyakan mengenai Bukit Botak.


Bukit Larut di Taiping Perak atau pun dulunya dikenali sebagai Bukit Maxwell adalah kawasan rehat tanah tinggi yang tertua di Malaysia. dengan ketinggian 1200 mtr Kawasan ini merupakan kawasan tanah tinggi yang paling basah di Malaysia walaupun Bukit larut tidak begitu popular seperti Cameron highlands tapi keindahan alam semulajadinya, ketenangan dan udara yang nyaman membuat lokasi ini tempat yang paling menyeronokkan untuk hiking terutama kepada beginner.

Di Puncak Gunung Lang, Gunung bersempadan antara Thailand dan Malaysia 

5: Gunung Lang

Gunung Lang terletak di kawasan Mukim Pengkalan Hulu berhampiran sebuah Kg Kuak Hulu berketinggian 800mtr, Gunung yang bersempadan antara Thailand dan Malaysia ( kedah & perak ) ini sangat unik kerana kaya dengan pelbagai jenis pokok herba yang boleh ditemui antara pokok tongkat ali dan kacip fatimah. Sebelum sampai ke puncak terdapat satu kawasan view point dimana dari situ boleh kelihatan jelas Pekan Betong, Thailand


Gunung Bintang terletak di dalam sempadan negeri Kedah merupakan merupakan gunung yang tertinggi di Negeri kedah gunung yang menjadi titik sempadan antara negeri Kedah dan negeri Perak berketinggian 1,862 meter dari aras laut dan ia merupakan sebahagian daripada gunung dalam deretan Banjaran Bintang yang menganjur dari Selatan Thailand. Jangkaan masa pendakian sampai ke puncak mengambil masa 12 jam bergantung kepada stamina pendaki dan jarak pendakian sejauh 13-14 km untuk sampai ke puncak. Untuk mendaki Gunung Bintang boleh dibahagikan kepada beberapa checkpoint, CP1 Pertama akan menjumpai Kawasan air Terjun, seterusnya CP2 kawasan permatang dan CP3 terakhir iaitu di kem Bunian dimana disini terletaknya last water point sebelum terus ke puncak. Walaupun pendakian ini hanya melibatkan 2 orang iaitu sob dan abang Ash banyak pengalaman baru sob pelajari dan sampai sekarang kata-kata daripada Bro Ash tetap menjadi inspirasi sob untuk mendaki 'asal namanya gunung, kita layankan je, tak larat kita rehat, tak laju kita jalan tapi jangan sesekali patah semangat' thanks idola!


7: Gunung Stong, Gunung Ayam Dan Gunung Baha

Mendaki di 3 Puncak Gunung Stong, Baha & Ayam antara salah satu pengalaman pendakian yang sob tak mungkin lupakan daripada keindahan Air Terjun Jelawang yang cukup terkenal buat para penggemar waterfall dimana ia merupakan air terjun yang tertinggi di Asia Tenggara sehingga di saat menunggu sunrise di awal pagi di Kem Baha dimana dihidangkan dengan pemandangan himpunan lautan awan kapet sehingga membentuk negeri di atas awan, sambil melihat terbitnya pancaran cahaya matahari kemasan di sebalik awan subhanallah cukup mengagumkan seolah-olah berada di kayangan satu kenangan indah yang cukup sukar dilupakan! Perasaan ketika mendaki 3 puncak memang cukup puas menyeronokkan penuh dengan pengalaman pendakian yang cukup berharga. Alhamdulilah ketiga-tiga puncak iaitu Gunung Baha dengan ketinggian 1,450 meter, Gunung Ayam, 1,500 meter dan Gunung stong 1,422 meter daripada aras laut, yang terletak di Dabong kelantan sukses dengan jayanya !

Suasana Hutan Mossy forest di Gunung Yong Belar cukup memukau pandangan

8: Gunung Yong Belar

Gunung G7 adalah kategori gunung yang mempunyai ketinggian melebihi 7,000 kaki terletak di Semenanjung Malaysia, Gunung Yong Belar merupakan sebuah gunung di sempadan negeri Perak Darul Ridzuan dengan Pahang Darul Makmur dan Kelantan Darul Naim, Malaysia dan mempunyai ketinggian 2,181 Mtr  merupakan gunung ke 3 tertinggi di semenanjung. Cuaca yang sejuk sepanjang pendakian ke puncak memberikan satu panorama yang cukup indah terutama ketika melalui celah-celah pokok yang dipenuhi dengan lumut, suasana di dalam hutan yang sejuk dan berkabus antara sebab pohon mossy forest yang terdapat disini lebih cantik dari kebanyakkan mossy forest yang terdapat di tempat-tempat lain.


Gunung Baling yang Ketinggian 420m, termasuk dalam kategori gunung limestone outcrops di mana terdiri daripada batuan batu kapur. Lokasi Gunung Baling terletak di Mukim Pulai, Daerah Baling, Kedah & koordinat puncak tertinggi gunung ini adalah 5°40.790’N 100°54.567’E. Gunung Baling, walaupun nama dia Gunung, tapi ketinggian Gunung Baling masih belum mencapai tahap Gunung ketinggian boleh dikira sebagai tahap ketinggian bukit, apa yang menarik mengenai gunung baling ini ialah kepelbagaian biologi dan landskap hutan yang boleh korang jumpa sepanjang perjalanan untuk sampai ke puncak. Laluan mendaki boleh dibahagikan kepada tiga peringkat. Peringkat pertama laluan hutan sederhana yang bertanah di mana disini trek pendakian korang akan terus mendaki bukit agak mencabar. Kedua laluan hutan sederhana yang berbatu, dan ketiga laluan berbatu yang ditumbuhi pokok renek dan buluh. Buat masa sekarang Gunung Baling antara lokasi kegemaran sob untuk mendaki pada hujung minggu. Sama seperti article Bukit Berekeh, kisah pendakian sob bersama kawan-kawan mendaki Gunung Baling & Pulai telah dibaca lebih 45600 ribu kali.

Gunung Pulai terletak di kawasan yang sama dengan Gunung Baling, dianggarkan ketinggian gunung Pulai dianggarkan 1,853 ft / 565 mtr lebih tinggi sedikit daripada Gunung Baling. Gunung ini merupakan gunung yang ke 756 yang tertinggi di Malaysia dimana trek Gunung Pulai agak berbeza dengan Gunung Baling yang agak landai dan berbatu manakala trek pulai bermula daripada starting point trek berbatu-batu, tajam dan memanjat sehingga ke puncak memang sangat menguji mental Boleh dianggarkan 90% treck melalui trek berbatu, digalakkan memakai kasut yang sesuai dan glove untuk mengelakkan tangan luka. Trek untuk naik ke puncak ada sesetengah kawasan agak semak dan ada juga trek-trek lain yang dibuat oleh penduduk kampung untuk mencari Pokok Aji jadi sentiasa alert dengan penanda dan pastikan tidak sesat ke lorong lain.

Puncak Gunung Semanggol, pemandangan jelas 360% 

11: Gunung Semanggol

Gunung Semanggol yang terletak di daerah Kerian, Negeri Perak. terletak berhampiran dengan Kampung Bukit Semanggol dan ketinggiannya adalah 390 mtr. Walaupun Gunung semanggol ini digelar sebagai Gunung tapi tahap ketinggian adalah level ketinggian bukit sama seperti Gunung Baling, tapi yang menariknya mendaki disini adalah view dari puncak Gunung Semanggol yang 360% sungguh menakjubkan terutama ketika sunrise Dari puncak anda boleh melihat dengan  Bukit Merah laketown, Bukit Larut, laut, ladang sawit dan pemandangan sawah padi terbentang luas cukup memukau!

Gunung Bubu yang terletak di Ulu Kenas, Kuala Kangsar Perak, berketinggian 5436 ft (1657 meter) antara gunung yang cukup terkenal kerana mempunyai pelbagai 1001 kisah misteri dan merupakan gunung yang kaya dengan pelbagai khazanah alam yang tersendiri, Gunung Bubu antara gunung yang diberikan gelaran 'gunung pacat'. Sepanjang perjalanan menuju ke puncak akan disajikan dengan pemandangan yang sangat menarik selain itu akan menjumpai banyak pokok-pokok dan tumbuhan yang menarik seperti periuk kera, strawberry liar, orkid, lumut dan kulat. Di puncak terdapat sebuah beirut yang masih kukuh berdiri tegak.


Gunung Kerinci, gunung berapi yang tertinggi di Indonesia turut dikenali sebagai  Atap Sumatera yang berketinggian ketinggian 3805 Mdpl, bukan biasa-biasa cabarannya buat para pendaki terutama kepada sob yang belum pernah mendaki gunung yang permukaan dan treknya agak berbeza daripada gunung-ganang yang terdapat di Malaysia. Pengalaman berjalan pada awal pagi untuk misi summit attack untuk mengejar sunrise, dimana ketika di pertengahan jalan terpaksa dihentikan sebentar akibat badai yang melanda hampir selama 40 minute dimana kami hanya berlindung disebalik jalur-jalur /di batuan-batuan di sebalik laluan gunung berapi di mana ketika itu angin kuat dan kencang melanda di puncak dan suhu yang sangat sejuk memang satu pengalaman yang tidak mungkin sob lupakan. Pengalaman melihat sendiri kawah gunung berapi di depan mata di mana asap-asap yang keluar dari kawah seluas 400 x 120 meter cukup menginsafkan. Selain itu kelihatan juga pemandangan indah Kota Jambi, Padang, dan Bengkulu bahkan Samudera Hindia yang luas terbentang juga dapat dilihat dengan jelas. Di sebelah timur puncak pula kelihatan Danau Bento, iaitu paya berair jernih tertinggi di Sumatera dan di belakangnya terdapat Danau Gunung Tujuh.


Bukit Pulut atau turut dikenali sebagai Gunung Pulut berketinggian 651 Mtr yang terletak di Daerah Grik, Perak tidaklah begitu dikenali oleh Para pendaki seperti Gunung Kenderong & Gunung Kerunai ( k2 ) tapi turut mempunyai keistimewaan yang tersendiri walaupun ketinggian gunung ini agak rendah lebih kurang dengan ketinggian bukit tapi pendakian hampa disini akan selalu disajikan dengan pemandangan indah ketika matahari terbit dan hamparan lautan awan karpet di disekeliling gunung. Memang tidak dinafikan ada sedikit pertikaian mengenai kewujudan nama Gunung ini kerana tidak ada di dalam Topo tidak seperti Gunung Papulut yang terletak bersebelahan yang pasti pendakian ke sini memang tak pernah membosankan.waktu yang paling menarik ketika awal pagi dimana sekiranya bertuah kelihatan himpunan awan karpet menutupi pekan Gerik dan kampung yang berhampiran sehingga menghasilkan pemandangan negeri di atas awan memang cukup cantik. Dari sini boleh kelihatan jelas Gunung Kenderong dan kerunai manakala pemandangan di sebelah belakang pemandangan gunung Papulut


Kisah si Pendaki Gunung, dari Pendaki kepada Pendaki :D

Kadang kala aku pelik. Aku rajin untuk bangun bersiap nak ontrek jam 3 pagi tapi aku merasa malas untuk solat. Kadang aku pelik, aku cuma berhenti berehat apabila azan subuh berkumandang dan aku sambung perjalanan untuk sampai ke puncak sehingga aku lupa untuk tunaikan kewajipan. Kadang aku pelik aku boleh berlari ke puncak untuk mengejar view pagi tapi aku lupa kepada si penciptanya. Kadang aku pelik aku berasa takut untuk naik satu-satu gunung tersebut bila dengar kisah disebalik gunung itu tapi aku tak berasa takut dengan si pencipta gunung tersebut. Mungkin aku perlu beristiqamah selalu naik gunung untuk sihat, berjumpa, mempelajari dan mengenal banyak perkara-perkara baru  dan yang paling utama untuk melihat kebesarannya.


Jangan berhenti meneroka segala yang ada di sekeliling
ambil kesempatan dan waktu yang ada
lawan segala perasaan takut  dan ragu-ragu
be positive, yakin pada diri sendiri yang ada anda boleh lakukan!
dunia ini sangat luas, let explore :P

Looking forward to more adventure 2017 !

9 comments:

  1. Sudah banyak gunung n bukit yg sudah di daki moga terus bersemangat

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih sis
      insyaallah doakan saya ya :)

      Delete
  2. Salam perkenalan.. blogwalking, done follow blog ini dan klik iklan menarik di sini. :)

    ReplyDelete
  3. Mesti sobri ada join group HACAM kan? Dulu akak minat juga ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehheeh mesti kak page wajib kena joint..
      so skarg akak mcm mana aktif lagi mendaki ?

      Delete
  4. Sedang mencari gunung2 kat perak..tjumpa ni blog... Insyaaallah ada rezeki bln mei ni naik .... Nak merasa gunung kat perak..

    ReplyDelete

Komen Anda Amat Dihargai
Terima Kasih Kerana sudi membaca