Tempat Menarik Di Alor Setar | www.sobriyaacob.com

Saturday, February 11, 2017

Tempat Menarik Di Alor Setar

Siapa Cakap dekat Alor Setar, Kedah tak ada tempat yang sempoi nak lakukan aktiviti outdoor pernah dengar mengenai Gunung Keriang antara gunung yang cukup menarik untuk didaki atau boleh mencuba aktiviti caving explore gua-gua yang menarik terdapat di situ. Selain itu masih terdapat pelbagai tempat menarik yang boleh dilawati di sekitar Bandar Alor Setar seperti Menara Alor Setar & Muzium Padi. Disini juga cukup kaya dengan pelbagai lokasi bersejarah untuk dikunjungi seperti di Muzium Diraja, Balai Besar & Balai Nobat dan bagi hampa yang kaki shopping banyak lokasi-lokasi yang boleh dikunjungi seperti di Pekan Rabu Ukil Mall & uptown Stadium Darul Aman.

Fuhh menarik bukan pelbagai aktiviti yang boleh dilakukan sekiranya mengunjungi Alor Setar, selepas seharian penat berjalan-jalan di sini tambahan pula bagi yang baru lepas turun daripada mendaki Gunung Keriang pastinya perkara pertama yang terlintas di fikiran inginkan sesuatu yang sejuk, enak dan menyelerakan senang cakap sesuatu yang rare! pastinya aiskrim antara perkara sentiasa terlintas di fikiran hampa bukan :P

Kedai Aiskrim Bazaar 🍦🍦🍦

Pernah dengar mengenai AISKRIM BAZAAR, yang terletak di Lot 11, Kompleks Perniagaan Saga, Jln Alor Mengkudud Alor Setar ( sebelum sampai ke pasaraya Mydin Alor Setar ) adalah destinasi tempat menarik yang wajib hampa kunjungi apabila berkunjung ke Alor Setar, Kedah. Sebab apa di sini anda dan keluarga dapat melihat dan merasai keenakan aiskrim yang tidak terdapat di tempat lain, senang cakap di kedai  Aiskrim Bazaar menawarkan pelbagai menu aiskrim yang 'rare' kerana semua menu yang ditawarkan adalah 'SECRET RECIPE' fuhh! dan dihasilkan oleh pihak Aiskrim Bazaar sendiri dimana hampa semua  memang  tidak akan dapat jumpa di tempat lain di dunia ini lagi dimana hanya terdapat di Aiskrim Bazaar.


Konsep Aiskrim Buffet dimana cedok, timbang dan FREE TOPPING tu yang paling penting serta terdapat lebih 17 perisa aiskrim untuk dicuba.

Disini Sob kongsikan antara menu yang ditawarkan antaranya ialah :

1: Aiskrim MYCEDOK 

Terdapat 17 perisa aiskrim untuk dicuba antaranya 
  • Perisa Classic : Coklat Idaman, Vanila Salju, Jagung Emas, Keladi WOW, Strawberi LOVE, Kopi Latte, Karamel
  • Perisa Fantastic : Ripple Coklat-Coklat, Ripple Vanila-Coklat, Ripple Vanila-Strawberi, Ripple Caramel- Coklat, Pistachios, Butterscotch
  • Tropika : Durian, Kelapa Muda, Mangga, Nenas

Aiskrim Gulung No 1, Kedah

2: LITTLE BOSS ICE CREAM ROLL

Aiskrim gulung yang terhasil daripada resepi sendiri dimana pelanggan boleh Customised perisa kegemaran hampa sendiri dimana gabungan perisa aiskrim, buahan segar dan cookies pasti meninggalkan kenangan tak dapat dilupakan, turut didatangkan bersama sos coklat dan taburan kacang menyempurnakan kenikmatan aiskrim


3: AISKRIM CRISPY

Fuh ini diantara Aiskrim kegemaran sob, aiskrim chrispy dimana perlu di goreng rangup terlebih dahulu  sebelum dinikmati senang cakap rangup diluar, sejuk di dalam. Didatangkan di dalam tiga jenis  perisa iaitu Coklat, Strawberi & Karamel dimana boleh dinikmati bersama jagung, sos coklat dan sapuan coklat gabungan yang cukup sempurna !


4: Aiskrim Kelapa

Untuk pengetahuan korang semua ini adalah menu yang cukup popular di sini wajib cuba dimana Aiskrim kelapa yang diperbuat daripada gabungan isi dan air kelapa muda segar, pastinya memberikan perasaan  menyaman tekak ketika menikmati aiskrim Kelapa. Tirut dihidangkan juga bersama jagung dan kacang sebagai pelengkap hidangan.

Demonstrasi kaedah pembuatan aiskrim 

Sob cukup suka dan tertarik dengan konsep di AISKRIM BAZAAR dimana sekiranya berkunjung disini hampa boleh melihat sendiri demonstrasi pembuatan aiskrim secara manual dimana menggunakan kaedah Tradisional dan juga secara automatic satu pengalaman yang cukup  jarang-jarang sekali pada masa sekarang  dapat lihat pada zaman sekarang, bagi hampa yang ingin melihat demonstrasi pembuatan aiskrim dijalankan  mengikut jadual yang telah ditetapkan oleh Pihak Aiskrim Bazaar. Pastinya Aiskrim Bazaar menjadi destinasi keluarga untuk bersama-sama menikmati aiskrim yang terbaik dan pasti memberi kepuasan dimana anak-anak pasti gembira dapat menikmati aiskrim kegemaran mereka.

Pastinya  ramai yang cukup rasa teruja sampai mengalir-ngalir air liur untuk mencuba sendiri keenakan pelbagai pilihan Aiskrim yang dijual di sini, bolehlah mengunjungi atau berhubung dengan pihak Aiskrim Bazaar seperti alamat dan no telefon yang tertera di bawah :


LOKASI AISKRIM BAZAAR :

Lot 11, Kompleks Perniagaan Saga, 
Jln Alor Mengkudud Alor Setar 
( sebelum sampai ke pasaraya MYDIN Alor Setar )

Waktu operasi: Sabtu - Khamis, Jumaat TUTUP
10 pagi - 7 malam, Rehat : 2-3 ptg

Google map/waze : aiskrimbazaaralormengkudu
HOTLINE: 011-18519542
FB : aiskrim bazaar

8 comments:

  1. Sedapnya aiskrim! ni kalau pergi Alor Setar ni memang kena singgah tempat-tempat ni. btw saya singgah dan follow blog ni ya. jemput melawat blog saya :)

    http://anothersyed.blogspot.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih tuan
      sekiranya ke alor setar one of places wajib pergi :P

      Delete
  2. Replies
    1. Thanks sis, so nanati jalan2 ke sana
      bolehlah singgah sndiri merasai kenakan aiskrim Bazaar

      Delete
  3. Ah, baru balik dari Kedah tapi tak berpeluang untuk explore sangat tempat-tempat menarik di sini. Tempted la tengok aiskrim gulung tu. Pernah sekali rasa masa ke Krabi, I'm sure rasa sama je kot.

    Definitely Aiskrim Bazaar tempat ideal untuk mereka yang suka rasa pelbagai jenis aiskrim. Thanks sebab kongsi Sobri!

    Best regards,
    www.pojiegraph.com

    ReplyDelete
  4. aiskrim bazaar....best ni...klu bawak anak buah rietta, mesti dia happy....suka sangat dia dengan eskem...

    ReplyDelete
  5. CCL follow sini #989

    Stay perlis ..boleh dikatakan setiap bulan ada juga pergi alor setar ..tapi tak pernah explore lagi kedai-kedai area mydin ..lepas ni nak try cari aiskrim bazaar ni

    ReplyDelete
  6. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete

Komen Anda Amat Dihargai
Terima Kasih Kerana sudi membaca